Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, March 9, 2012

Timbalan menteri isytihar belot daripada kerajaan



Sambil bersarapan sempat meninjau berita di Berita Harian online.

Apa cerita pagi ini? Banyak. Antaranya:

BH: Abdo Hussameddin Timbalan Menteri Minyak Syria menjadi pegawai kerajaan paling kanan pentadbiran Presiden Bashar al-Assad berpaling tadah selepas mengumumkan peletakan jawatannya yang segera disambut baik oleh pembangkang manakala Amerika Syarikat mendedahkan niat memberi bantuan bukan senjata kepada penentang Bashar.

Demang: apa nak hairan. Kat sini pun ada. Bukan timbalan menteri tapi bekas timbalan perdana menteri.

Amerika nak beri bantuan bukan senjata? Alaa... Senjata pun boleh.

BH: Abdo Hussameddin mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu video yang dihantar aktivis ke YouTube dan menyatakan langkah menteri itu menyokong pembangkang.

“Saya, jurutera Abdo Hussameddin, Timbalan Menteri Minyak mengumumkan pembelotan daripada kerajaan dan meletakkan jawatan.

“Saya menyertai revolusi penduduk yang menolak ketidakadilan dan kempen kekerasan pemerintah yang mahu menghancurkan tuntutan rakyat mendapatkan kebebasan dan harga diri,” katanya. Beliau juga mengutuk Russia dan China kerana menyokong pemerintah Syria dengan menyifatkan mereka ‘bukan sahabat rakyat Syria tetapi bersubahat membunuh penduduk.’ 

Demang: kalau Amerika dibolehkan menyokong pemberontak Syria apa pasal nak marah Rusia dan China sokong kerajaan sah di Syria?

BH: Pemimpin berusia 57 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, berkata beliau sudah bekerja selama 33 tahun dengan kerajaan dan tidak mahu mati ‘berkhidmat dengan rejim penjenayah.’ 

“Itulah sebabnya saya menyertai pihak yang benar kerana pemerintah akan membakar rumah saya, keluarga saya dan memberi alasan palsu,” katanya yang dilantik menteri pada Ogos 2009. 

Demang: kat sini pun bekas TPM kami pernah kata kerajaan nak bunuh dia. Ha ha ha.

BH: Dia juga menasihatkan rakan supaya turut sama keluar daripada kerajaan Bashar. 

Demang: kat sini bukan takat ajak malah dia nak beli 30 ahli parlimen supaya dia dapat jadi PM.

BH: Pembelotan itu segera disambut baik pemimpin pembangkang Burhan Ghalion sambil menjangka lebih ramai pegawai dan ahli politik mengambil langkah sama. 

“Saya menyambut baik tindakan menteri itu yang berpaling tadah dan menggesa semua anggota kerajaan dan pekerja meninggalkan pemerintah dan menyertai pihak yang memperjuangkan kebebasan dan harga diri. 

“Saya jangka pegawai kerajaan yang lain dan ahli politik juga akan turut sama,” kata Ghalioun, pengerusi Majlis Kebangsaan Syria. 

Demang: kat sini Karpal Sigh, Nik Aziz dan pembangkang lain pun sokong pembelot kami.

BH: Penentang Bashar terus mendapat berita baik apabila wakil khas PBB-Liga Arab, Kofi Annan membuat rayuan di Kaherah. Annan memberitahu wartawan di Kaherah, beliau menggesa penentang Syria bekerjasama dengannya bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. 

Annan berada di ibu kota Mesir untuk mengadakan rundingan dengan pegawai lain sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Kelmarin, ketua kemanusiaan PBB, Valerie Amos mengunjungi Baba Amr dekat Homs. 

Bagaimanapun, Amos dihalang memasuki kawasan di Homs yang dalam kawalan pembangkang. – AFP

Demang: Kofi Annan? Apa nak hairan, dia pun 2x5 je. Demang tak hairan langsung dengan Kofi tu sebab pagi ini pun Demang sarapan dengan Nescaffe. Lagi kow!

posted from Bloggeroid

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)