Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, April 30, 2012

Sesuatu yang perlu diketahui tentang BERSIH



Tahukah anda apa itu BERSIH?

Berikut adalah sedikit info agar kita ridak terperanfkap dengan permainan politik dunia.

Secara umumnya, rakyat Malaysia mula mengenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) selepas gabungan NGO tersebut mengadakan demonstrasi pada 10 November 2007.

Demonstrasi tersebut berjaya mengumpulkan seramai 60,000 orang peserta demonstrasi bermula di Dataran Merdeka sehingga ke Istana Negara. BERSIH menggunakan slogan “Gelombang Kuning yang mana ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai pakaian berwarna kuning.

Mengikut laman web BERSIH (www.bersih.org), BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya (Joint Action Committee for Electoral Reform atau JACER) pada Julai 2005.

Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia. Namun, apa yang tidak dinyatakan di laman web tersebut adalah pihak yang membantu sekretariat BERSIH ketika itu adalah National Democratic Institute (NDI). Menurut laman web NDI;

“In July 2005, NDI organized a national-level workshop for party leaders on election reform. NDI has since conducted many workshops across Malaysia to promote electoral reform in collaboration with Research for Social Advancement (REFSA), the secretariat for BERSIH.

In 2006, NDI conducted a workshop for BERSIH that focused on improving the action plans of each participating organization or political party in accomplishing their objectives. In 2007, NDI and BERSIH conducted a series of workshops in the politically neglected provinces of Sabah and Sarawak to educate previously disenfranchised political aspirants”.

(sumber : http://www.ndi.org/malaysia)Bantuan NDI kepada BERSIH berterusan daripada 2005 hingga sekarang. NDI sebagai sebuah NGO dibawah National Endowment for Democracy (NED), mendapat sebanyak USD 1,248,332.00 (atau RM 4,027,419.04) dari tahun 2005 sehingga tahun lepas untuk menaja program-program NGO di Malaysia termasuk BERSIH.

BERSIH bukanlah NGO pertama di dunia mendapat tajaan NED dan NDI yang dinaungi oleh CIA untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang kerajaan. Nicaragua merupakan negara pertama yang menjadi sasaran CIA melalui operasi PROJECT DEMOCRACY (dengan melibatkan NED dan NDI serta beberapa NGO Amerika lain). Di Nicaragua, NED menubuhkan Via Civica manakala di Venezuela, Súmate merupakan NGO yang dicipta untuk fungsi yang sama.

memBERSIHkan Zaharin


Apabila durian berpangsa maka labu pun teringin berpangsa juga. Sayangnya labu cuma nampak dari luar macam berpangsa tetapi jika dibelah, hanya terdapat isi yang nipis manakala perutnya lompong dengan biji kemetot terlekat jarang-jarang pada pulur yang miskin.

Namun labu sedap juga dibuat pengat atau kuih bingka. Orang Kedah sebut bingka sebagai bengkang manakala pengat dipanggil serawa.

Cuma jika dimakan terlalu banyak boleh mengundang kembung perut.

Fenomena labu ingin menjadi durian ini mudah ditemui di mana-mana. Dengan sedikit kebolehan menulis atau berucap, mereka dengan mudah menyelit dan menyorongkan diri ke depan agar mudah dilihat.

Golongan ini pandai memanipulasi isu agar orang ramai tertarik. Bahayanya, mereka tidak begitu mengambil berat soal implikasi buruk dan kesan negatif terhadap perjuangan perdana.

Kelmarin seorang lelaki yang tinggal di Bandar Tun Razak mengeluarkan kenyataan rambang bahawa terdapat 2000 orang polis yang menyamar sebagai perusuh dalam demonstrasi BERSIH.

Hanya bermodalkan pengalaman terserempak dengan seseorang yang dikenalinya sebagai anggota polis maka lelaki itu dapat memberikan anggaran jumlah polis yang menyamar secara keseluruhan.

Apa yang peliknya polis menyamar? Memanglah salah satu modus operandi mana-mana polis di dunia ini ialah melalui penyamaran!

Demang tidak kenal rapat dengan lelaki bernama Zaharin itu namun banyak kali terserempak dengannya dalam beberapa program politik dan media siber.

Maaf kerana Demang merujuk pada gantinama 'lelaki itu' sebab Demang tidak pasti hendak menggunakan istilah lain. Nak kata pemimpin UMNO, dah dibuang beberapa kali. Nak kata blogger, Demang lihat blognya dah bertahun tak dikemaskini.

Bagi Demang, golongan yang suka mencari publisiti murahan ini memang ada kalaupun tidak ramai.

Perlu diingat lelaki tersebut pernah 'menumpang alasan' yang membawa perletakan jawatan Paklah.

Malah, lelaki itu pernah mendakwa bahawa dialah penulis asal buku 50 dalil Anwar tidak boleh jadi PM.

Istilah menumpang alasan bermaksud menyibuk dan berlagak seolah memainkan peranan penting atas sesuatu kejadian.

Contohnya, "ketika melihat sebatang pokok tualang hendak tumbang maka Ramli meletakkan tangannya pada pokok tersebut dan memberitahu orang ramai bahawa dialah yang menumbangkan pokok itu."

Hantam saja lah labu...

Ambiga ada masalah mental


Foto pemimpin Islam Norway

OSLO: Pemimpin Islam di Norway melahirkan kebimbangan mereka mengenai ideologi anti-Islam Anders Behring Breivik, fanatik berhaluan kanan yang dibicarakan kerana membunuh 77 orang, ditenggelamkan oleh persoalan mengenai keadaan kesihatan mentalnya.

Itu di Norway.

Ada dua persoalan yang Demang fikirkan:

Pertama, rupa-rupanya pemimpin bukan Islam yang anti Islam ini berada di mana-mana, bukan hanya Yahudi.

Adakah mereka atau yang sealiran dengan mereka juga ada di Malaysia?

Kedua, mungkinkah akan berlaku kejadian yang sama di Malaysia jika UMNO dan PAS sama-sama kehilangan majoriti sebab pengundi Islam berpecah dua yamg menyebabkan bulan Islam menguasai parlimen?

Yang runtuh akhirnya



Tinta 1.

Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum semula...

Namun apa ertinya jika tatkala percantuman berlaku sang pemilik bulu sudah menjadi bangkai; terkejang kaku setelah disembelih?

Maka bulu-bulu yang kononnya hebat itu dicabut, disusun, dan dipacak pada gabus kaku untuk dilempar ke tengah gelanggang menjadi alat permainan.

He he... Bulu yang dibanggakan sang jagoan rupanya hanya alat dua pemain yang sedang berebut piala!

Maaf, dalam 'games' ini bulu ayam tidak termasuk dalam senarai calon pemenang kerana ia hanyalah alat.

Suatu ketika kemudian bulu ayam tidak diperlukan lagi kerana sudah diganti dengan bulu tangkis sintatik.

Tinta 2

Hajatku besar hendak mencabar sang ayam kepunyaan raja. Jika menang maka rajalah aku.

Namun raja bermuslihat dengan menitahkan ayam ditukar. Sial!

Mujur ada kapal dagang dari Cina sedang lalu. Mereka kutahan dan kutawarkan habuan jika mahu membantu.

Maka kukerah para pemuda yang mudah berasa marah agar menyertaiku.

Akhirnya kami menang. Maka dengan megah aku berangkat ke putrajaya bagi mengambil alih takhta kerajaan. Bukankah ayamku sudah menang?

Μaaf, aku lupa bahawa antara aku dengan saudagar dari Cina sudah termeterai perjanjian. Ayamku yang menang itu sebenarnya sudah kugadai kelmarin.

Tinta 3

Menang sorak kampung tergadai.

Korban BERSIH 3.0


AL-Fatihah untuk Arwah anggota IPD Dang Wangi RF 170401 Jaini Bin Nawari 53 tahun telah disahkan meninggal dunia setelah dimasukan ke Wad ICU semalam..Semoga arwah ditempatkan orang-orang yang beriman..MTK mengucapkan takziah buat keluarga arwah.

Bersihkah BERSIH? Patutkah jenayah tersebut dipertanggungjawabkan pada pihak lain atas alasan rekaan iaitu provokasi?

Sunday, April 29, 2012

Bersihkah BERSIH?

Pagi ini semua media menyiarkan berita dalam pelbagai bentuk termasuk video yang boleh diakses oleh hampir semua rakyat Malaysia.

Bahkan penduduk dunia juga turut menontonnya. Demang tidak pastivsamada kita patut malu atau bangga denfannya.

Apapun, harapan kita serta dakwaan PKR dan PAS bahawa himpunan itu akan berlangsung dengan aman tersasar jauh apabila berlaku kecederaan sehingga melibatkan anggota keselamatan ke ICU.

Demang semakin ragu adakah Malaysia akan lebih baik setelah kerajaan bertukar tangan nanti?


http://braveheart-blogger.blogspot.com/2012/04/bersih3-khidmat-unit-anal-pas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FSHklX+%28bERANIKAN+hATI%29&m=1

Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 Menang sorak kampung tergadai



Hari ini himpunan BERSIH 3.0 berlangsung di Dataran Merdeka.

Ia dipanggil BERSIH namun pengertiannya bergantung pada persepsi setiap orang.

Bagi DBKL BERSIH mungkin bermaksud tambahan tugas mereka bagi membersihkan sisa-sisa dan sampah sarap yang ditinggalkan para pendemo.

Bagi pemimpin tertentu BERSIH adalah platform bagi mempromosi diri dan meningkatkan tahap pencapaian individu.

Apa pula kepentingan Ambiga?

Demang tidak fikir Ambiga teringin sangat untuk menjadi ahli politik sepenuh masa. Dilihat pada penglibatannya selama ini, Ambiga lebih cenderung pada perjuangan kebebasan manusia.

KEBEBASAN sudah tentu ditanggapi secara berbeza bergantung pada latar belakang masing-masing.

Bagi ummat Islam, kebebasan ibarat layang-layang yang perlu ditambat dan dikawal. Panjang atau pendek tali yang dihulur perlu mengambil kira situasi semasa termasuk arah dan arus bayu yang sedang bertiup.

Faktor yang tidak kurang pentingnya dalam permainan layang-layang ialah pemain layang-layang itu sendiri. Hal ini termasuklah kewarasannya ketika itu.

Bagi orang yang terdesak, tindakan yang diambil tidak lagi mengambil kira keselamatan umum sebaliknya berdasarkan keperluan untuk terlepas daripada situasi semasa.

Hal ini samalah seperti seorang perompak yang sedang dikepung sekumpulan polis di dalam bank yang dirompaknya.

Ketika itu sang penjenayah akan melakukan apa sahaja termasuklah membunuh walaupun dia tahu hukuman bagi pembunuh ialah MATI!

Justeru kita patut berasa cuak dan curiga dengan penglibatan Anwar dalam demonstrasi BERSIH ini. Sebagai individu yang sedang menghadapi pelbagai tuduhan dari pelbagai arah, Anwar ada alasan yang cukup kukuh untuk merampas kerajaan dan menguasai semua sistem.

Biarpun tiada bukti kukuh bahawa PM yang lepas-lepas mampu menguasai mahkamah dan lain-lain institusi bagi melepaskan diri daripada pertuduhan dan hukuman namun Anwar mungkin berfikir sebaliknya.

Sebenarnya strategi kebanyakan penjenayah mudah sahaja. Jika terdesak, lepaskan diri daripada situasi semasa terlebih dahulu manakala perkara seterusnya boleh difikir kemudian.

Video demo BERSIH 3.0


Emosi meluap tidak terkawal. Demikian fitrah jiwa anak muda.

Setakat manakah kefahaman remaja yang berteriak-teriak dalam video itu terhadap realiti politik?

Ya, sememangnya mereka faham. Mereka amat faham dan sedar tentang realiti politik di Malaysia... setakat usia dan pengalaman mereka.

Kefahaman yang mereka sangkakan sebgi benar. Bagaimana jika sangkaan tersebut tidak benar?

Adakah usia dan pengalaman mereka sudah cukup untuk membuat keputusan untuk keseluruhan rakyat Malaysia?

Ataukah mereka sekadar terperangkap dengan luapan emosi dan tiupan semangat pihak lain yang berkepentingan peribadi?

Adakah Anwar dan Ambiga tidak mempunyai agenda lain selain BERSIH? Sudahkah para pelajar itu menyelidik dan mengenali benar-benar latar belakang Ambiga dan Anwar?

Justeru pendidikan amat penting dan ia bermula di rumah. Anak yang terbiasa dengan tingkah laku yang kurang beradab di rumah akan terbawa-bawa ke luar.

Adalah malang apabila anak-anak lain yang diasuh dengan baik akhirnya terikut-ikut dengan rakan-rakan dan kelompok mereka yang tidak beradab ini.

Demang percaya dan yakin, gerombolan yang berhimpun dan menimbulkan keresahan ibu bapa itu hanyalah kelompok kecil dan tidak mewakili sikap sebenar remaja lain yang terdidik dengan tata susila sesuai dengan ajaran Islam.



Memo penting sebelum pergi BERSIH

SMS yang Demang terima tadi. Mulanya Demang sangka SMS berantai yang karut marut namun setelah dibaca rupa-rupanya suatu amaranbl yang amat penting agar kita tidak terus terjebak dan terpedaya dalam jerat yang tidak kita sangka.

Tolong sebarkan kpd umat islam. Saya tidak mewakili parti mana2, bercakap sbg seorang islam.
Rasanya adakah Allah REDHA kerana kita merestui perempuan kafir bernama Ambiga sbg ketua kita? Memang isu bersih tidak sama,tapi Ambiga ini adalah penentang tegar islam, dimana dia adalah peguam kes lina joy murtad, pengerusi 14 tuntutan fic antaranya,bukan islam tak perlu tukar agama bila nak kahwin dgn org islam. Bukankah kita boleh dianggap bersyubahah. Kita tidak harus memberi kredit kpd ambiga. Tarik diri dgn segera. Sbg org islam kita ada cara kita menyatakan ketidakpuasanhati terhadap sesuatu isu, kita harus utamakan keselamatan maslahat umum dan menjunjung tinggi akhlak rasulallah s.a.w. Ambiga tau apa tentang rasulallah s.a.w,dia tunggu masa yg sesuai nak sesatkan akidah anak cucu kita. Sempat lagi untuk kita tarik diri. Carilah redha Allah dalam perjuangan.

Friday, April 27, 2012

Nizar pembohong bakal didakwa ATM

Dakwa PM minta tentera buat sesuatu jika BN kalah PRU-13

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Saya selaku Panglima Angkatan Tentera mewakili semua panglima Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu. Segala dakwaan dan kenyataan Mohammad Nizar adalah tidak benar dan satu pembohongan.

“Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan itu,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini semalam.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Sementara itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi semalam mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dengan pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin. 

“Itu perkhabaran yang kita terima. Wallahualam, kita pun tidak tahu... jadi saya minta pihak berkaitan melakukan siasatan terhadap khabar ini. Sama ada mereka (Perdana Menteri dan Panglima dalam ATM) nak nafikan atau terima (khabar)... itu terserah,” katanya. 

Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, dekat Ipoh pada malam Isnin lalu mendakwa Najib mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada PRU-13 nanti.

Ceramah Mohamad Nizar yang turut dimuat naik dalam laman Youtube mendakwa semua panglima yang ditemui, enggan menuruti permintaan itu dengan mengatakan mereka akan mematuhi keputusan rakyat.

Zulkifeli juga berkata, seluruh warga ATM amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.

“Kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara. Kebelakangan ini, wujud banyak pihak tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan menghakis keyakinan terhadap ATM dan kerajaan dalam usaha melindungi kepentingan politik mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung Perlembagaan dan bersikap profesional.

Demang nak menyampuk sikit sahaja:

Adakah menjadi tugas PAS untuk menyebarkan khabar angin yang boleh menimbulkan keresahan awam?

Di mana tanggungjawab PAS?

Apakah pandangan Islam dalam isu ini?

Thursday, April 26, 2012

Kenyataan yang menghina Anwar





Semalam kakitangan awam menerima gaji serta tunggakan pelarasan gaji baru.

Hari ini mereka berbelanja apa yang patut. Anwar Ibrahim bukan sahaja semakin dilupakan malah dianggap menyusahkan rakyat.

"Malaysia lebih ceria tanpa Anwar"

video demo PTPTN sambil buat maksiat di Dataran Merdeka



Demang rasa tak perlu lah Demang komen apa-apa sebab video di atas sudah menceritakan segala-galanya.

Inilah akibatnya jika kita terlalu bagi muka.

Apa komen orang PAS? Jangan dek kerana nak tambah kerusi pilihanraya, apa pun tak kesah!


Angkara 8 orang, 112635 peneroka nyaris rugi


FGVH disenarai tanpa koperasi
2012/04/26 Berita Harian

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sama ada pada akhir Mei atau awal Jun tanpa Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) sebagai pemegang saham terbesarnya.

Keputusan itu dibuat kerana kesuntukan masa, khususnya bagi memenuhi tarikh akhir penyenaraian serta jangkaan harga komoditi, terutama minyak sawit mentah yang diramal berada pada puncaknya dalam tempoh berkenaan.

Bagi tujuan itu, FELDA yang mengendali ladang sawit ketiga terbesar dunia akan membentuk sebuah badan khas yang bakal mengambilalih peranan KPF untuk menjaga kepentingan peneroka dalam FGVH.

Pengerusinya, Tan Sri Isa Abdul Samad, berkata nama rasmi badan khas itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) menerusi terbitan prospektus FGVH dalam tempoh terdekat.

Berikutan itu, semua 112,635 peneroka tanah rancangan FELDA tidak perlu bimbang kerana badan khas berkenaan akan diberi mandat sepenuhnya untuk menguruskan kepentingan mereka. Ia akan berfungsi mengagihkan dividen yang diperoleh daripada keuntungan aktiviti perniagaan FGVH kepada peneroka setiap tahun.

“Proses menjadikan FGVH sebagai syarikat senaraian awam kini berjalan lancar dengan semua keperluan bagi penyenaraian sudah dihantar kepada SC untuk kelulusan.

“Berikutan kekangan masa yang terbuang begitu saja berikutan injunksi oleh lapan peneroka untuk menghalang mesyuarat agung luar biasa (EGM) KPF bagi membuat keputusan memindahkan 51 peratus sahamnya dalam Felda Holdings Bhd (FHB) dan 10 anak syarikat kepada FGVH, menyebabkan KPF sendiri tidak dapat terbabit dalam cadangan tawaran awam permulaan FGVH. 

“Namun, peneroka tidak perlu bimbang kerana mereka akan menerima manfaat dua kali ganda daripada penyenaraian FVGH menerusi dividen tahunan yang diperoleh daripada badan khas itu dan dividen tahunan sebagai ahli KPF,” katanya pada sidang media khas mengenai kemajuan terkini penyenaraian FGVH, di sini semalam.

Isa menjelaskan keputusan tidak membabitkan KPF dalam penyenaraian FGVH sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan koperasi. Selepas EGM pertama KPF dibatalkan, EGM kedua pada 20 April menyaksikan 88 peratus daripada 1,250 ahli yang hadir bersetuju membenarkan koperasi itu terbabit dalam penyenaraian FGVH.

Bagaimanapun, Isa berkata, ada beberapa masalah lain yang melambatkan proses penyenaraian susulan tawaran balas KPF seperti struktur dan terma, tetapi perbincangan untuk mencapai persetujuan mengenainya tidak dapat dilakukan dalam waktu singkat ini.

“Justeru, kita memutuskan KPF tidak akan menyertai penyenaraian FGVH kerana jika kita tunggu hasil perbincangan, ia akan mengambil masa, sekali gus melewatkan proses penyenaraian,” katanya.

Wednesday, April 25, 2012

perhimpunan belia 2012


Sambutan Hari Belia Negara (National Youth Day) adalah untuk memberi penghormatan kepadabelia negara kerana mereka telah memberi sumbangan besar kepada negara dan kerajaan.Mereka tidak harus dilihat sebagai beban tetapi bahkan mereka boleh menjadi aset berhargakepada negara kerana mereka adalah penentu ketahanan dan kekuatan sosial, politik danekonomi di masa hadapan.

Sebanyak 11.9 juta belia untuk dikembalikan kepada proses pembangunan negara dengan meletakkan mereka dalam arus perdana tanggungjawab nasional yang harus disokong olehsemua agensi kerajaan, sektor swasta dan NGOMereka perlu dididik untuk didengar dandihargai oleh pelbagai pergerakan dan program yang sangat baik.

Konsep 1 Belia 1 Malaysia telah dapat menunjukkan potensi mereka dan mereka pula sentiasaperlu dipertingkatkanKejayaan Hari Belia Negara 2012 adalah titik perubahan ke arahmembawa darah muda kepada aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedahPenyertaan belia dalam organisasi belia terus meningkat sebagai hasil daripada peningkatan motivasi untuk Hari BeliaNegara 2012 hendaklah dikekalkan.

HARI BELIA NEGARA 2012 di Putrajaya kali ini akan di sambut dengan lebih hebat lagi.




Bermula 23 Mei hingga 27 Mei, Putrajaya akan menjadi "LAUTAN BELIA" apabila lebih DUA JUTA belia akan membanjiri Putrajaya untuk menyaksikan berbagai pertunjukan, pameran, peluang pekerjaan, mempamerkan bakat dan menyaksikan bermacam persembahan dari berbagai kumpulan muzik. 

Saksikanlah bagaimana meriahnya suasana apabila berpuluh pentas disediakan untuk persembahan termasuk persembahan sebuah kumpulan K POP dari Korea Selatan.  Bagi mengetahui berbagai peluang, kehebatan dan keriangan Hari Belia, saksikan HIMPUNAN JUTAAN BELIA dan LIKE web berikut:

Tarikh : 23 – 27 Mei 2012
Tempat : Dataran Putrajaya
Hari : Rabu – Ahad
Masa : 9.00pg – 5.00ptg

video yg tak ingin kita biar anak tonton

Jika ada orang berkata, bagaimana jika perkara ini tidak benar? Maka Demang ingin bertanya, bagaimana jika ia benar dan rakyat tidak diberitahu?



sumber:
http://www.papagomo.com/2012/04/video-adegan-berahi-semboyan-buat-rakan.html

Anwar semakin terpinggir

Dana RM2 bilion diagih
Siaran Berita Harian.
Oleh Anwar Hussin, Khairul Anuar Abdul Samad dan Norliza Wasilan 2012/04/25

BACHOK: Kira-kira 500,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini boleh memohon Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah berjumlah RM2 bilion yang dilancarkan semalam bagi mengembangkan dan meningkatkan perusahaan mereka.

Kemudahan itu menawarkan pembiayaan sehingga RM5 juta dengan rebat dua peratus kepada pemohon untuk aktiviti perniagaan dalam semua bidang patuh syariah, kecuali perkhidmatan kewangan.

Skim itu dikendalikan 13 institusi perbankan Islam dengan Kerajaan Persekutuan membiayai dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan oleh bank yang dikenakan kepada pemohon yang berjaya.

Ia dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Perdana, di sini.

Skim itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 lalu. 

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata dana yang besar itu akan membolehkan ramai pengusaha PKS mendapat manfaat kos pinjaman lebih rendah daripada institusi perbankan Islam yang mengambil bahagian melalui bantuan rebat yang disediakan oleh kerajaan.

“Saya amat bersyukur dan mengucapkan tahniah serta syabas kepada Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan SME Corp Malaysia kerana mewujudkan skim pembiayaan ini,” katanya. 

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin; Pengerusi SME Corp Malaysia, Datuk Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Presiden AIBIM, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid. 

Muhyiddin juga berkata, usaha itu mencerminkan komitmen pihak swasta menyokong usaha kerajaan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara menerusi langkah memperluas serta mempelbagaikan kemudahan institusi perbankan Islam kepada PKS.

“Menariknya, pelancaran skim yang amat penting ini diadakan di bumi Kelantan.

Kerajaan berasakan bahawa ia begitu relevan dan amat berkaitan sekali dengan semangat keusahawanan dimiliki penduduk negeri bertuah ini,” katanya. 

Selain itu, Muhyiddin berkata, setakat ini Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF) sudah meluluskan kemudahan kewangan berjumlah RM166 juta bagi 130 projek, sekali gus membantu merancakkan pembangunan ekonomi di Kelantan.

“Ini termasuk kemudahan pembiayaan berjumlah RM73 juta di bawah program bantuan kewangan Kerajaan Pusat melalui Skim Pinjaman Mudah, khususnya untuk membiayai sejumlah 87 projek PKS dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Kelantan.

“Dari segi pelaburan, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sudah meluluskan insentif bagi tiga projek PKS di Kelantan dengan modal pelaburan domestik keseluruhan bernilai RM6.2 juta,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin ketika meluangkan masa kira-kira 30 minit melakukan tinjauan mesra di Pasar Besar Siti Aishah Jelawat bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM500,000 bagi membaikpulih bangunan berkenaan untuk keselesaan peniaga kecil dan orang ramai.

Beliau yang diiringi Mustapa dan Awang Adek turut mengambil kesempatan bersarapan pagi di pasar berkenaan sebelum ke SMK Dato’ Perdana.

Tuesday, April 24, 2012

kenyataan rasmi tolak dakwaan skandal Syafiee Apdal

Syafiee Apdal sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan tuduhan pengikut Anwar iaitu Zuraida mengenai isu beliau dengan seorang artis.


Hari ini artis berkenaan bukan setakat menafikan malah akan mengemukakan tindakan susulan bagi mendakwa perempuan PKR itu di mahkamah.


Demang nasihatkan rakan-rakan yang masih dalam PKR menghindari segera bukan sahaja Zuraida malah PKR kerana dikhuatiri Zuraida akan cuba meminjam wang bagi urusan mahkamah dan bayar saman.


Berikut adalah kenyataan rasmi tersebut:


DAKWAAN MENTERI BELANJA ZAHIDA RAFIK RM 1.4 JUTA !

Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

1. Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

2. Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

3. Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

4. Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.

5. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.



Zahida Rafik
20hb April 2012

Anak sapa la ni?



Pesan orang tua-tua (petua), kalau nak tahu sikap sebenar anak kita, lihat lah kawan-kawannya.

Sebenarnya terdapat anak-anak yang amat pandai berlakon di rumah. Ramai ibu bapa yang tidak percaya apabila diadukan perangai anak mereka ketika di luar.

Foto di atas Demang temui di blog Penembak Tepat iaitu salah seorang sahabat blogger Demang.

Mungkin individu tersebut bukan pelajar universiti namun perbuatan menghisap rokok dalam kalangan pelajar perempuan di IPTA bukan lah janggal sangat sekarang.

Demang pernah dua kali terserempak dengan beberapa pelajar perempuan UiTM merokok di warung. Ketika itu Demang minum petang bersama beberapa orang pensyarah UiTM berhampiran kampus mereka.

Kali pertama di Shah Alam dan baru-baru ini di Alor Gajah Melaka.

Bagi Demang yang memang seorang perokok, tabiat merokok bukanlah menunjukkan orang itu jahat atau biadap.

Namun jika seorang perempuan apatah lagi pelajar wanita yang melakukannya, maka ia adalah sesuatu yang amat janggal.

Hal ini kerana ia telah melanggar adat. Orang yang berani melanggar adat, adab dan budaya masyarakatnya adalah seorang yang biadap dan kurang ajar.

Ada dua kemungkinan bagi menjelaskan foto individu perokok tersebut:

Pertama, ia dalah pelajar atau kedua, dia adalah rakan pelajar.

Sila lihat semula perenggan pertama tadi.

Relakah anda jika anak anda bercampur dengan perempuan seperti itu?

Nalla serah video seks Anwar Shamsidar pada peguam



Jika Anwar katakan bahawa gerakan untuk menyingkirkan beliau daripada barisan kepimpinan perdana sekaligus menghalangnya dari menjadi PM adalah dirancang pihak-pihak tertentu maka Demang bersetuju.

Sememangnya sejak 1999; laporan, dakwaan, dan pendedahan pelbagai isu yang membabitkan Anwar secara langsung dibuat seolah dirancang.

Namun untuk mengatakan bahawa ia satu konspirasi agak sukar diterima kerana pertuduhan dan sebagainya itu dibuat oleh pihak berlainan dan dari pelbagai arah.

Sebagai contoh, selain individu yang aktif dalam UMNO; PAS dan DAP juga pernah melemparkan tuduhan yang sama terhadap Anwar.

Selain itu tuduhan juga dibuat oleh orang yang pernah rapat dengan Anwar atau keluarganya termasuk pemandu dan pembantu peribadi Anwar dan Wan Azizah.

Agak sukar untuk memahami motif individu yang melaporkan salah laku seks Anwar. Jika wang yang diminta, maka lebih baik mereka berterus terang dengan Anwar dan mereka akan memperolehinya sebagaimana Azmin Ali yang kekayaannya begitu menakjubkan berbanding pendapatan sah beliau.

Terbaru, Nalla Karupan adalah seorang yang sudah kaya namun kenapa bekas sahabat karib Anwar itu berpaling tadah? Bukankah lebih baik terus menjadi kroni Anwar yang sudah hampir benar menjadi Perdana Menteri suatu ketika dulu?

Semalam heboh apabila Nalla secara terbuka menyerahkan satu bungkusan yang didakwa video seks oral antara Anwar dengan Shamsidar (isteri Azmin) kepada peguamnya untuk disimpan dan dijadikan bahan bukti berikutan saman Anwar terhadapnya.

Demang tidak tahu bagaimana aksi tersebut dirakam dan bagaimana Nalla boleh terlibat.

Apapun, rakyat sekali lagi menanti respon daripada Anwar dan pihak yang terbabit.

Oh ya. Bagaimana dengan sidang khas antara Wan Azizah dan Shamsidar Taharin yang dihebohkan beberapa minggu lalu oleh PKR? Sudahkah dibuat?

Syafie Apdal keluar kenyataan nafi skandal dengan artis



Beberapa hari lalu Demang siarkan perkhabaran mengenai dakwaan berlakunya skandal melibatkan seorang menteri dengan seorang artis.

Walaupun artis tersebut tidaklah terkenal sangat namun kerana ia melibatkan menteri maka Demang gesa agar pertuduhan tersebut diberi jawapan oleh pihak berkenaan.

Nampaknya Syafie Apdal tidak perlu menunggu lama kerana hari ini beliau telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara tersebut.

Sebenarnya pertuduhan yang dibuat pembangkang bukanlah secara terus tetapi lebih pada cubaan mengaitkan satu kes lain yang melibatkan perkara lain.

Dah nama pembangkang, macam tu lah. Kait mengait perkara biasa sebab mereka memang terkenal dengan 'telunjuk lurus kelingking mengait'.

Demang masih ternanti-nanti jika ada orang PKR yang berani untuk bertanya secara berdepan pada Anwar benarkah pertuduhan yang dibuat orang ramai selama ini?

Rasanya dah lebih 10 tahun Demang menunggu kenyataan rasmi Anwar sebagaimana yang telah dibuat Syafiee Apdal pagi tadi.

Monday, April 23, 2012

Qiamat 2162



Berita Harian online pagi ini menyiarkan kajian saintis di Mumbai bahawa sperma lelaki semakin menyusut dan dijangka menjadi sifar menjelang 2062.

Jika demikian Demang buat kesimpulan awal bahawa lelaki terakhir mampu memancutkan mani yang mengandungi spermanya pada 2062 dan dari situ akan lahir kanak-kanak terakhir pada tahun tersebut atau tahun berikutnya.

Dengan andaian usia manusia mungkin mencapai 100 tahun maka dengan tiadanya kelahiran terbaru maka menjelang 2162m berakhirlah sudah generasi manusia.

Berdasarkan firman Allah Taala bahawa manusia dicipta sebagai khalifah di dunia ini maka secara logiknya semua kehidupan perlu ditamatkan lantaran khalifahnya sudah tiada.

Demang bukan langsung hendak menjadi peramal kerana Demang yakin bahawa tarikh qiamat adalah milik mutlak Allah Taala.

Justeru Demang cuma nak beritahu bahawa kajian saintis ini boleh dibaca tetapi tidak begitu praktikal.

Dalam hidup ini bukan semuanya boleh dikira menggunakan angka dan statistik.

Begitu juga dalam isu PTPTN, walaupun angka adalah fakta namun di sebaliknya terdapat empat unsur yang berpadu iaitu intelektual, rohani, jasmani, dan emosi.

Itu sebenarnya yang ingin kita bina dan ia perlu difahami benar-benar.

Itu sebabnya Demang sarankan agar menteri pengajian tinggi bersama para pentadbir di semua universiti bersungguh-sungguh memberi kefahaman pada para pelajar tentang semangat PTPTN, bukan sekadar mencongak dan membandingkan angka.

Pelajar adalah kata nama untuk orang yang sedang belajar maka ajarilah mereka agar mereka tidak menjadi kurang ajar!

Saturday, April 21, 2012

Sambal belacan opah



Sesekali kita berehat sebentar dari berkesah mengenai politik.

Sebentar tadi Demang menyampaikan ceramah umum yang tidak menyentuh langsung soal politik.

Sebagai pembukaan dalam ceramah tersebut, Demang mencuba kelainan dalam format ceramah sekaligus keluar daripada belengu blog iaitu dengan cara membacakan kepada audien Demang satu artikal yang Demang tulis untuk disiarkan dalam blog.

Berikut adalah artikal tersebut:

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Apabila tsunami melanda maka peta dunia pun berubah.

Sememangnya dunia telah pun berubah.

Hari ini; sebaik sahaja anda mengetahui jiran anda mendapat cahaya mata, dan anda pun bergegas untuk meraikan, namun sebelum sempat anda tiba di hospital, rakan-rakannya di seluruh negara sudahpun melihat bayi tersebut melalui video di facebook atau Youtube.

Bahkan anda dapati banyak bungkusan hadiah di meja sebelah katil bayi pemberian saudara mara dan rakan taulan dari Perlis hingga Sabah.

Hampir semua hadiah tersebut dihantar melalui syarikat penghantaran tempatan dan sebahagian besarnya di pesan melalui online.

Hari ini juga; jika anda di Melaka sedang menatap blog atau Facebook dan melihat video rakan anda di Alor Star sedang menumbuk sambal belacan, dan andapun menegurnya sambil bergurau:

"saya nak sikit".

Jangan terperanjat jika beliau menjawab dan sejam kemudian sepiring sambal belacan tiba di depan pintu rumah anda!

Bagaimana ia boleh berlaku? Ada banyak kaedahnya.

Jika kita gagal memahami apa yang sedang berlaku dan bagaimana ia berlaku maka kita akan keliru.

Sebaliknya jika sudah faham dan tahu menggunakannya dengan bijak maka anda bukan sahaja akan memperolehi banyak keuntungan malah berupaya mengaut keuntungan yang banyak.

Sebenarnya individu yang menumbuk sambal belacan di Facebook tadi sedang mempromosi sambal belacan keluarannya.

Katakan sahaja namanya, 'Sambal Belacan Opah' keluaran Syarikat Opah Enterprise yang beroperasi dari sebuah rumah di Kedah.

Syarikat tersebut mempunyai agen jualan di setiap kawasan di seluruh Malaysia yang menyimpan stok Sambal Belacan Opah yang sedia dihidangkan terus dengan sedikit perahan limau nipis.

Apabila anda membuka Facebook (sebagai contoh) dan terpandang iklan syarikat tersebut, anda boleh memesannya terus ketika itu juga.

Staf yang bertugas secara sambilan menggunakan telefon atau laptop dengan sambungan internet menggunakan wifi percuma dalam sebuah bilik di sebuah kolej segera menerima pesanan tersebut dan menghubungi agen berhampiran tempat tinggal anda.

Ia boleh berlaku dalam masa kurang daripada 10 minit bermula sejak anda melihat video tadi.

Agen berkenaan menghubungi syarikat penghantaran tempatan yang segera ke premis agen tersebut untuk mengambil bungkusan.

Ia mengambil masa 20 minit, dan 30 minit kemudian sambal belacan yang dipesan sudah tiba di meja makan anda!

Keseluruhannya, 60 minit atau satu jam.

Sementara itu dalam masa yang sama pembayaran pun dibuat melalui perbankan dalam talian.

Berapakah harga sepiring sambal belacan tersebut?

Rasanya berbaloi berbanding jika anda perlu ke pasar membeli cili api dan belacan terbaik, menyelongkar stor bagi mencari lesung, menumbuknya sambil memakai cermin mata, mencuci semula lesung dan akhirnya suami anda mencemik kerana rasanya tidak seperti yang dibuat opahnya dulu.

Hari ini, harga bukan soalan yang penting kerana rakyat Malaysia biasa membayar RM5-RM20 untuk secawan teh di tempat tertentu.

Namun ia boleh diperhalusi pada setiap langkah dan kosnya boleh dikecilkan melalui beberapa kaedah yang sistematik.

Sebagai contoh, agen-agen yang dilantik merupakan agen bebas yang menyimpan pelbagai produk daripada pelbagai syarikat di rumah mereka.

Dengan itu kos sewa premis perniagaan berjaya dihapuskan.

Kos penghantaran melalui pekerja sambilan menggunakan motorsikal mereka sendiri yang terdiri daripada anak muda dan remaja.

Konsep yang kita gunakan adalah begini:
"Mat, engkau tolong ke rumah Makngah di Kampung Daun, ambil sambal belacan yang opah buat, hantar ke rumah Makcik Bedah. Mak bagi kau RM2 sebagai upah."

Kos petrol rm2 dan upah rm2 manakala harga sambal belacan rm1, komisyen rm1.

Jumlah semua ialah RM6.

Ertinya sepiring sambal belacan berharga RM6.

Mahal? Terpulanglah untuk anda menilainya. Namun jika anda berfikiran positif maka anda akan menemui kaedah lain yang lebih murah dan praktikal.

Apa ertinya upah RM2 pada anak muda? Memang tidak seberapa tetapi jika remaja tersebut menghantar 10 produk sehari bermakna pendapatan sampingannya ialah RM20 darab 30 atau RM600 sebulan!

Kita tidak perlukan bilangan yang ramai tetapi kita tawarkan kepada remaja yang berkeinginan dan berkesanggupan.

Sesungguhnya individu yang berjaya seperti Syed Mohtar Al Bukhari dan Lim Goh Thong tidak pernah disuruh menjadi orang yang berjaya sebaliknya mereka sendiri yang berusaha ke arah itu.

Zahira jawab skandal dengan syafiee afdal



Artis yang dikatakan mempunyai hubungan dengan menteri sehingga melibatkan ratusan ribu ringgit mula bertindak balas menafikan perkhabaran tersebut.

Blogger Parpukari yang menyorot isu ini hari ini turut menyiarkan snapshot twitter artis berkenaan.

Bagi Demang, berani buat berani tanggung. Baik Syafiee, Zahida, pemandu peribadi, mahupun Zuraida perlu bersedia menghadapi perbicaraan awam dengan bukti yang mampu melampaui keraguan rakyat.

Menariknya, sekali lagi kita dapati peranan besar seorang pemandu peribadi dalam kehidupan seorang VVIP.

Ingat, Anwar Ibrahim juga dijatuhkan oleh seorang pemandu peribadi!

Ada sesiapa nak jadi driver Demang?

TOLONG! Waadat hilang rakan



Hari ini Sabtu, 21 April 2012.

Blog Waadat muncul seperti biasa. Masih lagi menjadi pemangkin pada isu dan manusia.

Waadat tidak membongkar rahsia. Waadat sekadar memaparkan semula isu semasa menurut kacamata penulisnya.

Tetamu Waadat kebanyakannya terpancing melalui tajuk artikal yang muncul dalam blog rakan seperjuangan (blog list).

Justeru peranan sahabat-sahabat blogger amat penting sebagai rantaian kerjasama.

Namun pagi ini terasa kelainan yang amat sangat. Barangkali ramai yang tidak perasan.

Apabila Demang membuka Waadat untuk melihat berita dan cerita terkini, rakan-rakan blogger tidak muncul di ruang kiri Waadat sebagaimana biasa.

Maka Demang kehilangan sumber berita dan kehilangan rakan blogger.

Sebenarnya ia bermula semalam, Jumaat 20 April iaitu apabila Cheguman menaiktaraf blog ini menjadi www.waadat.com.

Ya. Kini waadat sudah boleh diakses melalui URL sendiri tanpa bertenggek pada blogspot lagi.

Apapun, oleh kerana ia masih lagi bertuankan blogspot maka anda tidak perlu mengubah apa-apa kerana jika anda menaip waadat.blogspot.com sekalipun, blog ini masih akan muncul di layar gadget anda.

Cuma, sebagaimana kata Demang tadi, kerjasama dengan rakan-rakan blogger amat penting. Tanpa blogger lain, Waadat akan terperuk di celahan ribuan blog lain dan sukar ditemui.

Rupa-rupanya proses perpindahan tersebut menyebabkan Waadat kehilangan semua pautan ke blog lain.

Makanya, kepada rakan-rakan blogger diharap dapat meninggalkan URL blog masing-masing di ruang komen ini atau di ruang komen posting terbaru supaya Cheguman boleh memasukkannya semula.

Anda juga boleh gunakan email kepada cheguman@gmail.com atau sms, whatsapp, atau Line 0194402211.

Terima kasih. Salam perjuangan.

Anda amat dihargai.

Friday, April 20, 2012

Lanjutan skandal syafiee afdal



Isu BESAR melanda negara!

Seorang menteri dalam kabinet Malaysia dikatakan terlibat dalam skandal terbaru melibatkan artis wanita tempatan.

Ia bukan sekadar tembakan rambang malah dikatakan satu laporan polis sudah pun dibuat yang boleh dikaitkan dengan isu tersebut.

Malah individu terlibat juga sudah dikenalpasti iaitu Syafie Afdal.

Untuk makluman, pendedahan tersebut bukan dibuat pada hari ini sebaliknya sudah berlalu beberapa hari.

Namun anehnya pendedahan BESAR tersebut seolah dipandang sepi oleh kebanyakan pihak. Hanya beberapa blog yang cuba meniupkan beritanya. Kenapa?

Demang rasa antara sebabnya ialah isu skandal pemimpin adalah perkara biasa yang berlaku pada semua parti.

Jika dalam UMNO ada isu Syafie Afdal, dalam PAS ada isu Mat Sabu dan Badrolamin.

Malah dalam PKR ada skandal yang lebih hebat yang melibatkan Anwar Ibrahim sendiri!

Jika isu ini hendak dirujuk dengan isu WANG yang dikatakan melibatkan ratusan ribu ringgit, PAS juga tidak boleh dianggap bersih kerana sejak dulu sudah kerap dibangkitkan ke mana perginya wang kutipan derma termasuk derma Memali.

Ada yang berkata bahawa PAS kurang isu berkaitan wang kerana parti itu memang tak ada wang dan belum ada kuasa untuk meluluskan wang.

Bagi PKR pula oleh kerana pemimpin parti itu pernah memegang kuasa maka isu wang memang banyak. Hingga kini Anwar dan keluarganya serta Azmin Ali dan isterinya masih membisu terhadap dakwaan memiliki aset berjuta ringgit.

Demang buat kesimpulan bahawa isu Syafie ini akan senyap begitu sahaja kerana ia tidak ada value politik.

Apapun, jika benar maka Syafie Afdal harus bersedia dengan sebarang tindakan atau mengambil sikap seperti Badrolamin yang dengan segera mengundur diri bagi mengelakkan parti terseret sama dalam kancah peribadi.

Jangan ditiru cara Anwar Ibrahim!

Ingat:

"Malaysia bahagia tanpa Anwar"

Hutang pelajar ptptn hapus



Rupa-rupanya tak semua peminjam PTPTN perlu membayar pinjaman.

Yang dapat keputusan baik akan dikecualikan daripada bayaran dan ada pula yang diberi rebate.

Yang perlu membayar ialah yang keputusan biasa-biasa sahaja manakala yang ditahan pinjamannya ialah yang gagal peperiksaan.

Agaknya, yang marah-marah dengan PTPTN tu ialah yang dapat keputusan teruk la tu.

Kalau gitu, tak lah kita hairan sangat sebab orang yang kurang cerdik memang berasal daripada minda negatif manakala yang memiliki minda negatif cenderung melakukan tindakan negatif juga.

Demang intai-intai jugak kot-kot terjumpa pelajar cina dalam demo tersebut.

Nampaknya pelajar cina berpendapat lebih baik mereka belajar rajin-rajin dan dapat pelupusan hutang berbanding berkhemah di tempat yang tak sepatutnya sehingga dibenci orang.

Demang tertarik dengan pendapat sahabat blogger Demang iaitu RBF:

http://www.rbfonline.net/2012/04/kl-springjangan-masuk-perangkap-mereka.html?showComment=1334879588852&m=1#c1299127883857756172

Wednesday, April 18, 2012

Foto demo anti PTPTN

Kepada rakyat Malaysia khususnya ibu bapa yang anak mereka sedang atau bakal menuntut di universiti, lihat dan nilai lah sendiri foto-foto ini.

http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2012/04/takluk-dataran-taklukan-malam-keempat.html

posted from Bloggeroid

Riba dalam PTPTN



Ada seorang pelajar Islam berkata bahawa PTPTN haram kerana riba'.

Kemudian beliau melanjutkan bicara bahawa pendidikan percuma adalah tanggung jawab kerajaan berdasarkan hadis 'menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslimin dan muslimat'.

Demang bukan ahli hadis tetapi hadis yang pelajar tersebut catatkan dalam FB itu pernah Demang pelajari semasa di tingkatan 1 atau 2.

Barangkali agak janggal untuk mengaitkan hadis tersebut dengan PTPTN, demonstrasi, dan riba' namun bagi Demang ia masih relevan.

Teringat Demang semasa menduduki SRP dulu. Apabila diminta dalil yang membuktikan adanya syurga maka Demang berikan dalil "bagi haji yang mabrur, tiada balasan lain selain syurga (jannah)".

Demang harap pemeriksa beri markah penuh sebab setidak-tidaknya ada perkataan 'syurga' di situ.

Berbalik pada isu asal tadi maka pelajar tersebut berhujah bahawa oleh kerana belajar itu wajib justeru menyediakan pendidikan juga wajib atas batu jemala kerajaan yang memerintah.

Betul la tu. Demang pun setuju. Setakat yang Demang tahu belum ada lagi murid prasekolah, sekolah rendah, hingga tingkatan 6 yang terpaksa meminjam PTPTN atau mana-mana bank atau ahlong untuk belajar.

Semuanya belajar secara percuma melainkan sedikit bayaran yang tak seberapa jika dibandingkan dengan duit rokok atau duit derma ke tabung ceramah PAS ayah mereka.

Pada pendapat Demang, pelajaran percuma hingga ke tingkatan 6 itu sudah memadai diberi percuma sesuai dengan hadis tersebut.

Perlu diingat, kewajipan dalam solat tidak sama dengan kewajipan menuntut ilmu. Solat ditentukan bilangan sehari semalam serta rakaat dan waktu mengerjakannya manakala menuntut ilmu tidak begitu.

Jika tidak, maka berdosa lah orang yang tak masuk universiti!

Namun hujah Demang itu masih tidak bercanggah dengan hadis tersebut dan Demang juga tahu konsep menuntut ilmu hingga ke liang lahad (pendidikan seumur hidup).

Adakah pendidikan selepas STPM itu juga tanggung jawab kerajaan?

Kalau anda mengatakan YA, maka Demang juga bersetuju.

Setakat ini (setahu Demang) belum ada lagi pihak yang menganjurkan ceramah agama di masjid mengenakan bayaran pada audien. Semuanya ditanggung oleh kerajaan melalui pelbagai agensi.

Kalaupun dianjurkan pihak jawatan kuasa masjid, sekurang-kurangnya tempat ceramah adalah dibina oleh kerajaan yakni masjid manakala imam yang diberi amanah menganjurkannya diberi elaun.

Sesetengah masjid, para petugas termasuk imam mendapat gaji bulanan daripada kerajaan.

Ceramah, forum, dan sebagainya itu adalah tempat untuk rakyat menuntut ilmu sesuai dengan hadis 'menuntut ilmu itu wajib pada setiap muslimin wal muslimat.'

Selain itu kerajaan menyediakan radio dan tv untuk tujuan tersebut. Ada banyak ilmu pengetahuan di dalamnya terus kepada rakyat yang mahu menuntut ilmu. Percuma.

Errr... Kalau dalam ceramah PAS, tak tahu lah Demang. Dengar khabar ada kutipan derma IKHLASSSSSS.

Ye le... Kang siapa lak nak tuangkan minyak kereta Mat Sabu atau sewa hotel Badrolamin..!

Bersabit isu riba dalam PTPTN, jika anda yakin ia adalah riba maka janganlah ambil PTPTN. Ada banyak sumber lain untuk menuntut ilmu. Takkanlah tak ada duit untuk ke Jordan atau Mesir maka tak boleh menuntut ilmu?

Di Malaysia ini ada banyak madrasah yang menawarkan pelbagai ilmu yang hebat-hebat! Nak ilmu ke nak kertas ijazah? Atau nak ambik kesempatan ke luar negara secara percuma?

Demang nak buat analogi sikit:

Di Jordan ada jualan arak? Di Mesir ada? Maaf, Demang memang tidak tahu.

Yang Demang tahu, di Kelantan ada jualan arak walaupun kerajaannya Islam.

Soalan Demang; jika di Kelantan ada jualan arak, adakah kita akan menjawab dalam kubur nanti bahawa aku minum arak kerana kerajaan aku benarkan jualan arak?

Μaka, jika anda yakin dan percaya bahawa PTPTN itu haram kerana riba maka janganlah anda guna PTPTN.

Kerajaan sudah sediakan pelbagai kemudahan lain termasuk melalui MARA yang tidak perlu dibayar.

Setahu Demang, PTPTN mengenakan bayaran perkhidmatan untuk menampung perbelanjaannya termasuk gaji kakitangan pengurusan.

Bagi Demang bayaran kos pengurusan adalah cara Islam bersandar pada amalan dalam zakat iaitu salah satu asnaf penerima zakat ialah amil.

Selain itu, tidak semua yang menggunakan PTPTN perlu membayar kembali. Ada juga yang cuma perlu membayar kembali sebahagian daripadanya.

Ingatlah bahawa bukan semua yang berwarna merah itu ros dan bukan semua yang berkaki empat itu lembu.

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 17, 2012

Pelajar mogok lapar pula



Demonstrasi membantah PTPTN pada Sabtu lalu bukan sahaja gagal malah menjadikan rakyat semakin meluat dan benci dengan pembangkang.

Seorang peniaga warung yang Demang kenali yang selama ini menyokong pembangkang menggeleng kepala menonton video yang memperlihatkan betapa biadapnya budak-budak muda tersebut.

"Kurang ajar!" kata lelaki berusia 40an yang sebelum ini sering berkempen untuk PAS.

Manakan tidak kurang ajar apabila perkara akidah dieksploitasi? Patutkah seseorang yang mengucap dua kalimah sahadah diperlaku seolah beliau seorang kafir (hindu)?

Ini sudah melangkaui garis sempadan yang tidak boleh diberi toleransi. Soal akidah bukan perkara main-main.

Akidah adalah hubungan manusia dengan Allah. Tiada manusia yang berhak mengatakan orang ini Islam dan orang itu tidak Islam apabila kedua-duanya mengakui Lailaha illallah dam Muhammad itu pesuruh Allah.

Soal akidah juga tidak boleh dilakonkan. Sebab itu seseorang Islam tidak boleh memegang watak seorang yang tidak percaya pada Allah.

Berita terbaru yang Demang terima terdapat pelajar yang mengugut untuk mogok lapar pula.

Mereka belajar dari mana tindakan mogok lapar ni?

Bagi Demang, berani buat berani tanggung. Mari kita sama-sama lihat berapa lama mereka sanggup berlapar?

posted from Bloggeroid

Monday, April 16, 2012

Pecat menteri pecat pensyarah



Nampaknya pembangkang berjaya menjadikan isu yang asalnya berkaitan teknikal menjadi seolah isu besar yang boleh menumbangkan kerajaan!

Itulah kelebihan Anwar PKR: Pakar Kempen Retorik.

Kenapa sampai jadi begini? Golongan pelajar adalah golongan yang sedang belajar. Mereka hanya menerima sesuatu yang logik pada akal mereka. Maka jika ada yang boleh merasionalkan mereka, sudah tentu mereka akan terima.

Susah sangatkah nak rasionalkan mereka? Bagi yang memang biadap sejak lahir tu kita abaikan sahaja. Kita selamatkan kumpulan yang salah faham sahaja.

Beritahu mereka fakta sebenar. Jika memang kerajaan bersalah dalam hal ini, inilah masanya untuk diperbetulkan. Jangan jadikan ia alasan untuk pembangkang menangguk di air keruh.

Dalam hal ini Menteri Pengajian Tinggi perlu proaktif. Jika tidak, elok diganti orang lain sahaja.

Susah sangatkah nak memberi kefahaman pada pelajar di universiti? Kalau sesi taklimat atau ceramah tidak mencukupi, buatkan kursus khas sehingga mereka benar-benar faham. Sediakan satu kertas khas dan peruntukkan kreditnya sebagaimana kertas lain.

Dalam membina negara kita perlu lebih jujur. Jangan takut andai fakta yang ada tidak menguntungkan emosi kita. Terima kenyataan dan perbaiki.

Demang percaya dengan cara itu mahasiswa akan mengerti dan akhirnya akan terbit rasa simpati pada kerajaan yang bertungkus lumus membina negara.

Para pensyarah perlu mengajar dengan penuh tanggung jawab. Untuk itu para pensyarah perlu terlebih dahulu faham kedudukan sebenar.

Silap sikit-sikit tu, biasa la. Pemimpin bukan nabi dan kita pun bukanlah bertaraf sahabat nabi. Zaman tu dah berlalu.

Malangnya terdapat pensyarah yang cenderung pada parti tertentu dan mempengaruhi pelajar dalam dewan kuliah.agar condong pada pegangan mereka.

Pensyarah yang sebegitu mudah sahaja melayannya. Tak perlukan modal besar. Hanya sekeping kertas tunjuk sebab kenapa mereka tidak boleh diberhentikan!

Kenapa menteri berkenaan gagal mengawal universiti? Kenapa masih terdapat ramai pensyarah yang tidak faham realiti negara sendiri masih dibenarkan bertugas di universiti dan menghentam kerajaan?

Kalau setakat tahu fakta tapi tak tahu 'roh' perjuangan bangsa, suruh mereka pergi duduk dalam gua sahaja!

Bila Demang sebut 'bangsa' akan ada pula yang kaitkan dengan assobiyah. Itu sudah dikira kejahilan melampau dalam pentafsiran!

Lebih malang lagi apabila pensyarah yang asyik menghentam kerajaan yang menyuapkannya nasi sejak terpancut daripada perut ibu itu dapat kenaikan pangkat kerana kelayakan akademik mereka!

Penat la camni bro... Dok ulang benda yang sama berkali-kali tapi tak faham-faham juga.

Wassalam.

'Malaysia Lebih Aman Tanpa Anwar'.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 15, 2012

Hutang PTPTN yang dilupuskan



Bukan semua pengguna perkhidmatan PTPTN perlu membayar kembali wang yang telah digunakan mereka.

Pihak PTPTN ada statistik peminjam yang tidak perlu membayar kembali pinjaman.

Cuma yang kita tidak pasti ialah berapa ramaikah daripada yang telah mendapat kemudahan tersebut telah membayar kembali budi yang mereka dapat daripada kerajaan?

Bak pantun orang tua-tua kita:

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Sebagai ingatan, bukan hanya pemimpin BN sahaja yang plan PTPTN ini sebaliknya ramai pakar yang terlibat bagi mencari formula terbaik untuk pendidikan negara.

Adakah semua pakar daripada pelbagai bidang itu bodoh-bodoh belaka manakala hanya Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya itu sahaja yang pandai?

Ataukah semua pakar-pakar yang terlibat merancang PTPTN itu semuanya berkonspirasi untuk menjahanamkan negara sebagaimana semua pihak dikatakan berkonspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim?

Ada lagi satu pantun bonus daripada Demang:

Hendak gugur, gugurlah nangka,
Jangan ditimpa YB Permatang Pauh,
Hendak maju, majukanlah negara,
Jangan diratap Anwar yang dah jatuh.



"Malaysia lebih indah tanpa Anwar Ibrahim"

Foto diambil drpd blog Angin Perubahan. Terima kasih bro.

posted from Bloggeroid

Anwar SANGGUP



Demang muflis kata-kata bagi memggambarkan isu PTPTN yang dimanipulasi semahunya oleh pembangkang mutakhir ini.

Apa lagi nak dikata? Anwar langsung tidak memikirkan implikasi pada negara dalam usahanya untuk mendapatkan undi pilihanraya.

Meskipun banyak pihak berpendapat menggunakan mahasiswa adalah alat terakhir Anwar namun Demang percaya Anwar masih ada lagi beberapa senjata terakhir.

Mengeksploitasi kumpulan tertentu dengan memanipulasi kepentingan mereka adalah strategi yang berkesan.

Ia bukan satu rahsia kerana semua orang tahu tentang itu.

Cuma persoalannya, sanggup atau tidak kita memperjudikan nasib rakyat dan negara dengan memperalatkan sesuatu isu?

Setakat ini sudah banyak kali Anwar membuktikan bahawa dia SANGGUP!

posted from Bloggeroid

Anak siapa ni?




Demang amat bimbang melihat mereka. Demang cabar para pemimpin PAS beri komen secara jujur berkanaan ini.


Friday, April 13, 2012

PKR sorok fakta








Melihat pada muslihat dan tipu helah merka, tak usahlah hairan apabila mereka sanggup mengejek sultan.

posted from Bloggeroid

Thursday, April 12, 2012

Tian chua biadap di upacara pertabalan



Published by AIDC on April 11, 2012

Write by: Dr Rahman Kadir

11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sejarah, kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.

Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.

Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.

Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi.

Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing.

Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka.

Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri.

Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat.

Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu.

Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian.

Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda.

Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.

Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.

Daulat Tuanku.


Sumber:
Salinan ddrpd blog AIDC. Terima kasih.

Selamat jalan



Guna bateri 3A berapa lama la sangat boleh tahan. Apa-apapun terima kasih kembali pada suku sakat PKR kerana melalui keghairahan anda semua menyokong Anwar maka banyak pembaharuan telah dilakukan.

Nak bagi hampa ganti? Boleh jalan da...

Wednesday, April 11, 2012

Gambar Nik Aziz, Hadi dengan isteri orang



KUALA LUMPUR, 10 April: Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya.

Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya.

Semasa menunjukkan gambar itu, anaknya memberitahu, dia akan pergi mencari orang-orang ini.Setev berkata demikian dalam sidang media yang diadakan  di pejabat Suaram hari ini.Suaram adalah NGO yang sedang berusaha untuk membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpean di mahkamah Paris, Perancis.

Altantuya dipercayai terlibat dalam pembelian kapal ini sebagai penterjemah. Beliau dikatakan mati dibunuh dengan kejam di hutan dekat Puncak Alam, Selangor.

Dua pembunuhnya iaitu pegawai polis yang bertugas menjaga keselamatan Perdana Menteri telah dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Perancis baru-baru ini bersetuju membincangkan perkara itu di mahkamah terbuka.

"Semasa kali terakhir sebelum anak saya dibunuh, dia telah tunjuk kepada saya satu gambar."Dalam gambar itu ada Najib, Razak Baginda dan anak saya," cerita Setev dalam sidang medianya hari ini.

Namun, gambar itu tidak ada lagi dalam simpanan beliau."Jika saya tahu apa-apa akan berlaku, sudah tentu saya akan simpan gambar itu," kata Setev dalam sidang medianya.

Ketika itu, kata Setev, anaknya memberitahu, dia mahu jumpa orang-orang yang terdapat dalam gambar itu.

Setev Shaariibuu semalam bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, tetapi gagal berhubung dengannya.

Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen.

"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.

Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.

Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung.

Berita di atas disalin secara copy & paste daripada Harakahdaily.

Demang baca baros demi baris tetapi tak ada satu bukti pun bahawa Harakah ada bukti tentang foto tersebut melainkan hanya DAKWAAN lelaki itu semata-mata.

Kalau kita terima dakwaan terasebut, percaya dengannya, dan beritahu pada semua orang maka selepas ini kita kena percaya semua khabar angin yang diceritakan orang secara lisan tanoa sebarang bukti.

Kalau begitu Demang pun boleh bagitau orang bahawa Demang ada foto yang menunjukkan Nik Aziz atau Haji Hadi berzina. Namun Demang tak sangka yang kedua orang itu akan jadi pemimpin politik. Itu sebabnya Demang tak simpan gambar-gambar tersebut.

Kalau orang PAS boleh percaya dakwaan orabg asing kafir itu kenapa tak boleh percaya dengan Demang?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)