Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, April 18, 2012

Riba dalam PTPTN



Ada seorang pelajar Islam berkata bahawa PTPTN haram kerana riba'.

Kemudian beliau melanjutkan bicara bahawa pendidikan percuma adalah tanggung jawab kerajaan berdasarkan hadis 'menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslimin dan muslimat'.

Demang bukan ahli hadis tetapi hadis yang pelajar tersebut catatkan dalam FB itu pernah Demang pelajari semasa di tingkatan 1 atau 2.

Barangkali agak janggal untuk mengaitkan hadis tersebut dengan PTPTN, demonstrasi, dan riba' namun bagi Demang ia masih relevan.

Teringat Demang semasa menduduki SRP dulu. Apabila diminta dalil yang membuktikan adanya syurga maka Demang berikan dalil "bagi haji yang mabrur, tiada balasan lain selain syurga (jannah)".

Demang harap pemeriksa beri markah penuh sebab setidak-tidaknya ada perkataan 'syurga' di situ.

Berbalik pada isu asal tadi maka pelajar tersebut berhujah bahawa oleh kerana belajar itu wajib justeru menyediakan pendidikan juga wajib atas batu jemala kerajaan yang memerintah.

Betul la tu. Demang pun setuju. Setakat yang Demang tahu belum ada lagi murid prasekolah, sekolah rendah, hingga tingkatan 6 yang terpaksa meminjam PTPTN atau mana-mana bank atau ahlong untuk belajar.

Semuanya belajar secara percuma melainkan sedikit bayaran yang tak seberapa jika dibandingkan dengan duit rokok atau duit derma ke tabung ceramah PAS ayah mereka.

Pada pendapat Demang, pelajaran percuma hingga ke tingkatan 6 itu sudah memadai diberi percuma sesuai dengan hadis tersebut.

Perlu diingat, kewajipan dalam solat tidak sama dengan kewajipan menuntut ilmu. Solat ditentukan bilangan sehari semalam serta rakaat dan waktu mengerjakannya manakala menuntut ilmu tidak begitu.

Jika tidak, maka berdosa lah orang yang tak masuk universiti!

Namun hujah Demang itu masih tidak bercanggah dengan hadis tersebut dan Demang juga tahu konsep menuntut ilmu hingga ke liang lahad (pendidikan seumur hidup).

Adakah pendidikan selepas STPM itu juga tanggung jawab kerajaan?

Kalau anda mengatakan YA, maka Demang juga bersetuju.

Setakat ini (setahu Demang) belum ada lagi pihak yang menganjurkan ceramah agama di masjid mengenakan bayaran pada audien. Semuanya ditanggung oleh kerajaan melalui pelbagai agensi.

Kalaupun dianjurkan pihak jawatan kuasa masjid, sekurang-kurangnya tempat ceramah adalah dibina oleh kerajaan yakni masjid manakala imam yang diberi amanah menganjurkannya diberi elaun.

Sesetengah masjid, para petugas termasuk imam mendapat gaji bulanan daripada kerajaan.

Ceramah, forum, dan sebagainya itu adalah tempat untuk rakyat menuntut ilmu sesuai dengan hadis 'menuntut ilmu itu wajib pada setiap muslimin wal muslimat.'

Selain itu kerajaan menyediakan radio dan tv untuk tujuan tersebut. Ada banyak ilmu pengetahuan di dalamnya terus kepada rakyat yang mahu menuntut ilmu. Percuma.

Errr... Kalau dalam ceramah PAS, tak tahu lah Demang. Dengar khabar ada kutipan derma IKHLASSSSSS.

Ye le... Kang siapa lak nak tuangkan minyak kereta Mat Sabu atau sewa hotel Badrolamin..!

Bersabit isu riba dalam PTPTN, jika anda yakin ia adalah riba maka janganlah ambil PTPTN. Ada banyak sumber lain untuk menuntut ilmu. Takkanlah tak ada duit untuk ke Jordan atau Mesir maka tak boleh menuntut ilmu?

Di Malaysia ini ada banyak madrasah yang menawarkan pelbagai ilmu yang hebat-hebat! Nak ilmu ke nak kertas ijazah? Atau nak ambik kesempatan ke luar negara secara percuma?

Demang nak buat analogi sikit:

Di Jordan ada jualan arak? Di Mesir ada? Maaf, Demang memang tidak tahu.

Yang Demang tahu, di Kelantan ada jualan arak walaupun kerajaannya Islam.

Soalan Demang; jika di Kelantan ada jualan arak, adakah kita akan menjawab dalam kubur nanti bahawa aku minum arak kerana kerajaan aku benarkan jualan arak?

Μaka, jika anda yakin dan percaya bahawa PTPTN itu haram kerana riba maka janganlah anda guna PTPTN.

Kerajaan sudah sediakan pelbagai kemudahan lain termasuk melalui MARA yang tidak perlu dibayar.

Setahu Demang, PTPTN mengenakan bayaran perkhidmatan untuk menampung perbelanjaannya termasuk gaji kakitangan pengurusan.

Bagi Demang bayaran kos pengurusan adalah cara Islam bersandar pada amalan dalam zakat iaitu salah satu asnaf penerima zakat ialah amil.

Selain itu, tidak semua yang menggunakan PTPTN perlu membayar kembali. Ada juga yang cuma perlu membayar kembali sebahagian daripadanya.

Ingatlah bahawa bukan semua yang berwarna merah itu ros dan bukan semua yang berkaki empat itu lembu.

posted from Bloggeroid

9 comments:

Anonymous said...

mengurus kebajikan rakyat tanpa riba malah menjana pendapatan negara,itu adalah lebih baik dari kita mengumpat parti pembangkang

budak kampung said...

Mana ada isu riba' lagi Demang,PTPTN dah lama tukar caj pengurusan 4% kepada ijarah 1%,mengikut kehendak syariah.Itupun sebenarnya tak cukup untuk kos pengurusan PTPTN.

Memang sedap kita bercakap mengenai pendidikan percuma,tapi dari mana datang duitnya?Kita mahu subsidi itu dan ini,tapi kita tidak ingat sudah berapa sarat hidup kita dgn subsidi sekarang ni.Semua orang mahu belanja,tapi kerajaan juga yg teruk fikir mana nak dapat duit.

Yuran UiTM RM400-500,lagi murah dpd taska.Kalau dapat 1st class,ptptn tak payah bayar.Anak bangsa lain cuba dapat 1st class sedaya upaya supaya tak payah bayar,tapi anak melayu(bukan semua) mahu jalan mudah.

Tgklah di negara luar berapa belanja untuk hantar anak ke universiti?German & France yg ada pendidikan percuma pun dah tak tahan nak menanggungnya..inikan pula kita yg baru nak berdikit.Jangan sampai negara kita berhutang mcm mereka..

Anonymous said...

Lama dulu ramai pak2 lebai fatwakan menyimpan dalam ASN/ASB haram, dalam bank lagilah, tapi bila keluar dividen awal tahun pak2 lebai ni lah yg dulu kemaskini buku simpanan (termasuklah kawan2 aku yg kata haram ni!, tapi walaupun kami bercanggahan pendapat kami tetap berkawan baik sampai la ni). Tapi sekarang ni tak tahulah sama ada mereka dah tukar hukum atau tidak, kerana bila ASN ditukar ke ASB dua tiga orang kawan aku jadi OKB kerana simpanan dlm ASN mereka waktu tu ditahap maksimum.

Setahu aku (kalau tak silap ingatan, ustaz sekolah menengah dulu bagitau), kalau kita hukumkan sesuatu tu haram, jatuh haramlah kpd kita melakukannya; sama spt kita kata minum air sirap itu haram, kalau diminum juga maka samalah spt kita meminum sesuatu yg haram.

Jadi kalau ada pelajar yg ikut sedap mulut kata PTPTN tu haram, tak ke jatuh haram jadinya?

Saranan supaya kerajaan mengurus kebajikan rakyat tanpa riba itu bagus, memang dialu-alukan. Sebagai rakyat kita juga harus bersuara utk mengingatkan kerajaan supaya sentiasa melakukan sesuatu mengikut ketentuan agama. Ini juga sebahagian tugas parti pembangkang - pembangkang yg membina dan bertanggung-jawab.

Tapi parti pembangkang dewasa ni lebih banyak menyebar fitnah, mengeluarkan fatwa2 yg mengelirukan, melakukan sesuatu semata-mata utk mencabar pihak berkuasa atau berwajib, dan mengganggu gugat ketenteraman awam dengan isu2 yg tidak relevan dan karut-marut semata-mata ingin merebut kuasa memerintah; tidak langsung berupaya mengketengahkan sesuatu ide yg boleh menambah-baik perjalanan sistem pemerintahan, penjanaan ekonomi negara atau kesejahteraan hidup rakyat. Adakah cara begini boleh menambat hati majoriti rakyat utk menyokong mereka agar dapat menjadi pemerintah negara?

Anonymous said...

kalau tak boleh cari duit utk menampung kos mengurus pendidikan percuma,turun dari takhta dari terus bertindak panik.Bagi PR mengalas tugas tersebut,kalau berani menyuarakan idea demi masa depan mendidik anak malaysia,mestilah ada sebabnya,tahu macam mana caranya.Ini agenda besar,perlu ada kuasa di peringkat pusat dan demi rakyat.Agenda pendidikan percuma lebih dari agenda tranformasi yg lebih tepat pada rakyat utk meringankan beban rakyat.Ianya selari dgn menghindar kita dari suasana sekarang,iaitu..."terperangkap, bagi mereka yg berpendapatan rendah dan sederhana"..Gaji kita tak mampu menampung kos di sekeliling.Ada agenda2 lain yg lebih terarah dan sampai pada kita,daripada terus terperangkap dgn gaji kita dan mengurangkan beban rakyat.Ini memerlukan komitmen yg tinggi dan cabaran PR utk terus menerajui perjuang demi rakyat.Konsep top up gaji utk menanggung kos yg tinggi,hanya di manafaati dari satu pehak shj,bukan utk semua pehak,malah membebankan kumpulan rakyat yg besar...

Anonymous said...

Inilah agenda Bn menjadikan rakyat sebagai penghutang utk meraih wang petronas.Rakyat terus di himpit dgn hutang.PR lah yg terbaik yg mampu mengurangkan hutang rakyat.Agenda merekalah akan membuatkan rakyat bernafas semula.Mengurangkan bil di sekeliling kita dan meningkatkan pendapat negara dgn lebih bijak..

Haji mambrot said...

Sana haram sini haram.
Sana riba sini riba.
Aku nak tanya sikit....
Diorang beli kereta bayar cash ke?
Beli rumah bayar cash ke?


Poooo raaaaa....cakap senang leeee.

Anonymous said...

Mereka ni semua,kalau dapat kat mereka semuanya halal.
Bila dapat kat orang semuanya haram.

cheguman said...

Anon 12:48 guna formula mudah. Tukar kerajaan. Sapa nak ganti? Anwar yg gagal semasa jadi TPM? Kenapa tak buat masa jadi menteri pelajaran, menteri kewangan dan pemangku PM? Malah PTPTN dibbuat semasa Anwar jadi pemangku PM! Sapa lagi pemimpin yg masih bersama Anwar?

Anonymous said...

Cukup2lah cerita 'tukar kerajaan'. Tak menyelesaikan masalah langsung, malah akan menambah penderitaan rakyat dan akhirnya akan mengkucar-kacirkan negara.

Tengok saja apa yg berlaku di Selangor, bagi org Selangor yg celik mata dan celik hati nampak perbezaan yg ketara sebelum dan selepas PRU12. Malah ramai yg mengundi PR dulu telah merasa bosan, tertipu dan diperbodohkan dgn retorik atau janji2 palsu pilihanraya dan berazam TIDAK akan mengulangi kesilapan yg lepas. Pasti mereka akan membuat calon2 PRU13 PR nanti spt sampah yg bertaburan dimerata tempat di Selangor sekarang ini.

Kelantan? Kedah? Sama saja, tidak ada bezanya ... Bukan menyelesaikan masalah yg ditinggalkan BN malah menambah teruk lagi keadaan yg langsung tidak menguntungkan rakyat.

Pulau Pinang? Apakah balasan kpd penyokong2 PR bukan keturunan cina? Kampung2 tradisi mereka dilenyapkan begitu saja apabila DAP memerintah. Kalau ada geran tanah sekali pun belum tentu selamat kerana DAP akan menggunakan Akta Pengambilan Tanah dgn alasan pembangunan utk rakyat. Bukan cina akan diusir secara sistematik dari PP. Yg hairannya masih ada rakyat keturunan Melayu yg masih sanggup mendungukan diri atas apa yg berlaku ...

Rakyat biasa bercerita mahukan pendidikan percuma, itu mesti percuma, ini sepatutnya percuma. Ini persoalan dan perdebatan yg tidak akan ada penghujungnya ...

Cuba kita duduk sejenak dan dlm tenang kita berfikir dgn akal yg waras - sedangkan Allah swt yg Maha Berkuasa atas Segala KehendakNya (Kun Fayakun) pun TIDAK pernah menjanjikan terus syurga kpd hambanya MELAINKAN setelah 'melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg ditegah'. Adakah didunia ini kita mahukan segala-galanya secara percuma?

Kita boleh mengusulkan sesuatu yg kita rasa akan menyusahkan atau membebankan rakyat supaya kerajaan boleh memperbaikinya. Pinjaman PTPTN adalah salah satu contohnya yg telah banyak memberikan manafaat kpd pelajar2. Pelajar2 bebal saja yg kecoh mengenainya.

Tak salah kalau saya katakan, di Malaysia ni hanya ADA SATU yg betul2 percuma - "UNDI PAS MASUK SYURGA".

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)