Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    12 hours ago

Tuesday, April 3, 2012

Tak perlu Anwar untuk berubah



Datuk Seri Najib Razak malam tadi memperincikan pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan membawa mesej kerajaan pimpinannya sentiasa menepati janji dan meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya. Perdana Menteri menegaskan kerajaan pimpinannya bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab dan tidak sekali-kali mahu membankrapkan negara dalam merangka sebarang dasar serta membelanjakan wang.

“Kita sudah dan akan sentiasa berterus-terang dengan rakyat mengenai apa kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan.

“Sebaliknya, amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya,” katanya ketika membentangkan pencapaian GTP dan ETP yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran utama televisyen.Berpaksikan falsafah ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang digariskan Najib selepas mengambil alih kepemimpinan negara tiga tahun lalu, tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah GTP dikenal pasti untuk dilaksanakan hasil maklum balas rakyat pada semua peringkat.

ETP pula membabitkan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) berserta 131 Projek Permulaan Ekonomi (EPP) yang dipacu Model Baru Ekonomi (NEM) dan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dengan meletakkan hala tuju jelas ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selain menangani kos sara hidup dan mengurangkan jenayah, NKRA turut memfokus kepada peningkatan pencapaian pelajar, membaiki kemudahan asas luar bandar, mempertingkatkan pengangkutan awam bandar, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah dan membanteras rasuah.Perdana Menteri berkata, matlamat utama ETP dan NEM adalah mengeluarkan Malaysia daripada perangkap negara berpendapatan sederhana dan meletakkan negara di landasan betul bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.“Untuk analogi, NEM dan SRI bolehlah diibarat sebagai lebuh raya, manakala ETP adalah kenderaan yang menggunakan lebuh raya membawa kita ke destinasi akhir, iaitu sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

“Dua belas NKEA di bawah ETP pula ialah bahagian enjin kepada kenderaan berkenaan dan EPP ialah bahan api yang akan menggerakkan kenderaan ini. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, semua komponen termasuk kenderaan, enjin, bahan api dan lebuh raya hendaklah berada dalam keadaan terbaik.

“Namun, saya ingin mengingatkan, kita juga memerlukan pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat.

“Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya,” katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan rakyat supaya jangan sesekali salah membuat pilihan, sebaliknya hendaklah berhati-hati dengan tukang karut melipur lara.

“Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan. 

“Sesungguhnya, masa depan kita dan anak bergantung pada keputusan hari ini. Kesimpulannya, kerajaan hari ini adalah kerajaan bertanggungjawab, kerajaan beramanah dan paling penting kerajaan ini sentiasa menepati janji,” katanya. Malah, katanya, pembentangan pencapaian GTP dan ETP jelas membuktikan sikap keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.

“Kerajaan ini berterus-terang dengan rakyat mengenai masalah dan cabaran yang sedang dihadapi negara dan kita telah merangka pelan menyeluruh bagi menangani segala cabaran yang dikenal pasti.

“Segala prakarsa di bawah payung Dasar Transformasi Nasional dirangka dengan bersebab dan bermatlamat. Pucuk pangkalnya, kerajaan hari ini jelas mengenai hala tuju yang ingin dibawa negara, iaitu menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi,” katanya.

Kita mampu terus mengorak langkah ke depan. Malaysia mampu mengorak langkah ke hadapan apabila keupayaannya, kekuatan dan potensinya dimanfaatkan menjadi 1Malaysia yang fokus dan bersatu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata, kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) menunjukkan Malaysia sebagai negara dan rakyat pelbagai kaum, pelbagai budaya dan latar belakang agama serta pandangan tetap mampu mencapai matlamat 1Malaysia.

Katanya, setiap Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menghasilkan kemajuan ketara dan pencapaian boleh dilihat dalam bidang menjadi keutamaan kepada rakyat.

“GTP terus meningkatkan kehidupan rakyat. Ia terbukti (kerana) apabila anda mencabar diri anda, hal dan perkara menakjubkan boleh berlaku.“Keseluruhannya, kajian setahun (pelaksanaannya) menyaksikan satu lagi pusingan kemenangan besar,” katanya dalam prakata Laporan Tahunan GTP 2011.

Muhyiddin berkata, tahun lalu menyaksikan jentera kerajaan mengekalkan tumpuan kepada matlamat bagi mencapai hasil lebih memberangsangkan dan menjelang penghujung tahun negara berjaya mencapai kejayaan besar. – BERNAMA

1 comment:

Abang Sayang said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)