Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, May 4, 2012

Anwar sakit perut GLC meningkat


Semua orang bercakap soal BERSIH. Bersih, bersih, bersih.

Apa kata hari ini kita lihat pencapaian kerajaan. Bacalah supaya kita lebih faham tentang kerajaan.

Sumber BH online.

Prestasi semua 17 GLC meningkatOleh Shahrizan Salian2012/05/04

Program Transformasi sejak 8 tahun lalu lonjak untung syarikat berkaitan kerajaanSEMUA 17 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terus menunjukkan kemajuan memberangsangkan di bawah Program Transformasi GLC (GLCT) yang kini memasuki tahun kelapan pelaksanaannya, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Perdana Menteri berkata, pencapaian yang ditunjukkan semua GLC itu sejak Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) ditubuhkan pada 2004 adalah sangat baik dan dapat menjana kekayaan kepada kerajaan dan rakyat khususnya.

“Sejak PCG ditubuhkan, 17 GLC itu sudah menyumbang RM62 bilion dalam bentuk dividen dan membuat bayaran cukai berjumlah RM40 bilion.“Nilai keuntungan semua syarikat itu dalam tempoh berkenaan melebihi keuntungan yang dicatatkan syarikat senaraian di Bursa Malaysia. 

“Setakat ini, nilai GLC adalah satu pertiga daripada nilai keseluruhan syarikat di Bursa Malaysia,” katanya pada sidang media mengumumkan laporan prestasi GLC sempena sesi ‘Warga GLC Bertemu Perdana Menteri’ di Putrajaya, semalam. 

Pada sesi itu, Perdana Menteri meluangkan masa selama dua jam bersama kira-kira 3,000 kakitangan GLC pada semua peringkat bagi menerangkan beberapa dasar kerajaan di samping mendapatkan maklum balas daripada mereka sendiri. 

Antara perkara yang dibincangkan pada sesi itu termasuk dasar gaji minimum yang diumumkan Isnin lalu, pembatalan pertukaran saham antara AirAsia Bhd dan Penerbangan Malaysia (MAS) serta rancangan menaikkan umur persaraan kakitangan GLC mengikut dasar umur persaraan kakitangan kerajaan. 

Sementara itu, laporan yang dikeluarkan oleh PCG itu mendapati 17 GLC yang dikenali sebagai kumpulan 20 (G20) menunjukkan peningkatan ketara dalam semua bidang kewangan utama serta mempamerkan daya tahan kukuh sepanjang tempoh krisis kewangan di Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah. 

Laporan itu mendapati, prestasi GLC pada 2011 memberi petunjuk kumpulan itu berada pada landasan pertumbuhan, dengan semua petunjuk utama seperti pendapatan bersih, pulangan pegangan saham keseluruhan (TSR) dan keuntungan menunjukkan peningkatan yang ketara. 

Pendapatan bersih G20 pada 2011 berkembang 18.2 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada RM20.1 bilion dan dijangka terus meningkat kepada RM22.5 bilion tahun ini. 

Kumpulan GLC terbabit mencatatkan pulangan tahunan terkumpul 14.5 peratus sejak 14 Mei 2004, iaitu permulaan program GLCT sekali gus mengatasi prestasi syarikat selain G20 di FBM KLCI iaitu 2.4 peratus. 

Setakat 13 April lalu, nilai permodalan pasaran G20 meningkat sekali ganda kepada RM336 bilion sejak program GLCT bermula. 

G20 mencatatkan pulangan ke atas ekuiti sebanyak 11.8 peratus tahun lalu, meningkat daripada 10.6 peratus pada 2010. Petunjuk prestasi utama (KPI) yang dicapai semua 17 GLC terba-bit pula adalah stabil pada 67 peratus. 

Dalam pada itu, PCG dalam mesyuaratnya sebelum itu menyetujui tiga perkara iaitu G20 akan menguatkuasakan secepat mungkin gaji minimum yang diumumkan kerajaan, melaksanakan bayaran berdasarkan prestasi dalam bentuk Pelan Insentif Jangka Panjang untuk kakitangan G20 serta skim mobiliti untuk kakitangan bukan eksekutif GLC dalam bentuk peningkatan kemahiran atau pendidikan. 

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)