Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    12 hours ago

Friday, May 11, 2012

Dokument sulit felda tersebar


Kelam kabut para blogger dan facebooker propembangkang menyebarkan satu dokumen yang difatwakan sebagai sulit dan misteri.

Dek kerana tajuk yang sensasi maka Demang pun baca lah satu posting beserta dokumen tersebut yang mendapat ratusan komen.

Buang masa!

Rupa-rupanya tak lebih daripada andaian semata-mata. Blogger buat andaian dan pembaca berdebat tentang andaian merapu tersebut.

Memang betul dokumen itu dokumen sebenar (bukan palsu) tetapi ia bukan dokumen rahsia, sulit, mahupun misteri. Ia adalah dokumen umum yang biasa dikeluarkan dan kandungannya pun merupakan perjanjian biasa sebagaimana perjanjian lain dengan pihak bank.

Samalah macam kita buat pinjaman peribadi atau pinjaman membeli kereta atau rumah.

Yang jelas, rata-rata orang ramai membuat kesimpulan bahawa peneroka felda bodoh dan mudah ditipu.

Demang selaku anak Felda memang tersinggung dengan tuduhan tersebut. Anak peneroka lain tak tahu lah. Mungkin mereka tak kesah orang luar kutuk ibu bapa mereka.

Demang dah dengar sendiri penerangan daripada CEO Felda Global. Bukan melalui facebook tapi face to face beberapa bulan lalu di KL.

Sebenarnya yang perlu dipersoalkan ialah mampukah Felda membuat pelaburan ke peringkat global dan apakah risiko penglibatan pelabur (samada peneroka atau bukan peneroka)?

Dalam hal ini CEO Felda telah menjelaskan bahawa pihak pengurusan amat sedar perkara ini dan mempunyai Plan B bagi menghadapi kemungkinan lain.

Felda sudah mempunyai pengalaman amat luas dalam sektor perladangan. Sebagai syarikat perladangan kedua terbesar di dunia, adalah rugi membiarkan peluang ini dimonopoli syarikat asing sahaja.

Malaysia juga mempunyai pengalaman meneroka perniagaan global melalui Petronas. Jika Petronas mampu bersaing kenapa kita perlu risau sangat? Yang penting kita ada perancangan rapi.

Sebelum ini pun Tabung Haji yang tiada pengalaman perladangan pun dah buka ladang di luar negara.

Sepatutnya syarikat asing lah yang perlu risau dengan Felda. Ataukah terdapat suara ghaib agen asing dalam kekecohan ini?

Peneroka boleh dilibatkan (atau boleh juga tidak dilibatkan) dengan Felda Global kerana ia adalah entiti yang berasingan. Felda Global bukan sekali-kali milik peneroka Felda dan tidak melibatkan walau seincipun tanah peneroka.

Apabila disenaraikan, sesiapa sahaja boleh membeli saham. Mereka juga (semua pelabur) faham bahawa dalam pelaburan tentu ada risiko samada kecil atau besar. Keuntungan adalah imbuhan atas risiko.

Hal ini berbeza dengan riba iaitu pemberi pinjaman tidak perlu memikirkan sebarang risiko. Atau, inikah yang pembangkang mahukan? Pelaburan tanpa risiko.

Kerajaan menasihatkan Felda agar melibatkan peneroka kerana mereka yakin pelaburan tersebut berpotensi besar untuk meraih untung. Ini berdasarkan idea ekonomi.

Dari segi politiknya, risiko bukan sahaja pada peneroka tetapi pada kerajaan jika program ini gagal. Kerajaan akan tumbang dengan sendirinya.

Kenapa nak melatah?

Demang faham ramai yang baik hati dan tidak mahu peneroka ditipu.

Terima kasih lah kepada semua yang berniat baik itu. Demang percaya peneroka bukanlah bodoh sangat. Mereka sudah mengenal saham dan pelaburan jauh lebih lama sebelum kebanyakan daripada anda. Malah mungkin waktu itu anda pun belum lahir lagi.

Allahyarham Salleh Majid sudah memberi penerangan sekitar 1990an berkenaan saham dan risikonya.

Demang tidak nampak kerajaan ada sebab yang munasabah untuk menipu peneroka dengan 'penipuan' yang amat mudah dikesan di saat-saat hampir pilihanraya.

Kalaupun kerajaan nak menipu begini, adalah lebih cerdik dilakukan selepas menang pilihanraya.

Ataupun, ada banyak cara lagi untuk menipu yang sukar dikesan.

Inilah masalahnya apabila kita menyangka kerajaan itu bodoh. Kalau bodoh, mereka tak mungkin boleh menubuhkan kerajaan.

Atau kita menyangka orang dahulu bodoh sangat dan orang sekarang cerdik sangat?

Terima kasihlah kepada anda yang prihatin namun jangan membuat keputusan bagi pihak orang lain melainkan anda benar-benar yakin.

Rujuklah pada fakta dan sumber yang ada autoriti dan bukannya internet yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja!

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)