Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, July 9, 2012

pemungut kotak pulangkan RM133000 yang ditemui


TAWAU: Seorang pencari kotak terbuang di sini terperanjat selepas mendapati salah satu kotak yang ditemuinya mengandungi wang tunai berjumlah RM133,300 sebaik membuka kotak terbabit di rumahnya di Batu 5 Jalan Apas.

Menurut lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori, Bahar Rauf, 55, beliau seakan tidak percaya dengan kejadian itu hingga membuatkannya memanggil ahli keluarganya untuk mengesahkan wang tunai yang ditemuinya.

“Saya berasa pelik kerana kotak itu agak berat berbanding kotak lain, dan selepas membukanya pula saya terkejut kerana terdapat tiga bungkusan besar yang mengandungi wang tunai di dalamnya,” katanya di sini kelmarin.

Menariknya, walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian, Bahar bertekad untuk menyerahkan wang itu kepada pihak polis di IPD Tawau pada Jumaat lepas untuk dikembalikan kepada pemilik asal.

Menceritakan pengalamannya pada hari kejadian dan rutin hariannya pula, beliau berkata dia sekadar menjalankan rutin hariannya mengelilingi pusat bandar mencari kotak-kotak terbuang untuk dijual pada hari berkenaan.

“Kotak-kotak kosong yang saya kutip dijual kepada kilang barangan lusuh sebagai pendapatan sampingan semenjak lima tahun lalu lagi,” katanya sambil mengakui rutin itu dilakukannya setiap kali habis waktu kerja sekitar jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin yang dihubungi pula mengesahkan mengenai kes itu dan memaklumkan bahawa wang terbabit telahpun diserahkan kepada pemilik asalnya.

Mengulas lanjut, Ibrahim memuji kejujuran dan sikap amanah Bahar kerana tidak mengambil kesempatan walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/09/pencari-kotak-terbuang-terperanjat-jumpa-wang-rm-133300/#ixzz205QPPl3I


Demang syorkan, jika masih ada baki gelaran DATO' dan sebagainya yang tak sempat diberikan pada artis-artis veteran yang dah tak laku tu, eloklah dianugerahkan pada pemungut kotak tersebut.

Demang teringin sangat nak jumpa insan hebat seperti beliau.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)