Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, July 3, 2012

Stop logo HALAL


Ini berita terbaru:

"KUANTAN 2 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak akan bertolak-ansur dengan pemilik premis yang masih belum menukar atau memohon sijil dan logo halal jabatan itu, disebabkan mereka sudah diberi tempoh yang mencukupi untuk berbuat demikian.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini Jakim memberi kelonggaran kepada pemilik premis selama enam bulan untuk berbuat demikian, selepas pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu."

Demang rasa inilah tindakan paling bodoh yang dibuat JAKIM.

Kenapa perlu memaksa pengusaha menggunakan logo HALAL dalam masa yang sama premis menjual produk haram masih berleluasa?

Logo HALAL hanya kosmetik. Lebih teruk dari itu logo HALAL menghalalkan pengusaha bukan Islam memanipulasi produk mereka dengan lebih mudah dan seterusnya menyingkirkan pesaing mereka dari kalangan pengusaha muslim yang baru nak membina perniagaan.

Bayangkan, apabila masyarakat sudah menyamatarafkan produk muslim dan bukan muslim kerana menggunakan logo yang sama, apa lagi yang istimewanya pengusaha muslim?

Menjadi penganut Islam memang amat istimewa dari segi akidah namun kehidupan mencakupi semua bidang termasuk ekonomi.

Fakir boleh membawa kepada kufur!

Adalah lebih baik JAKIM memikirkan cara untuk mendidik masyarakat agar mendahulukan produk buatan muslim berbanding sibuk menyuruh pengusaha memakai logo HALAL yang akhirnya memusnahkan perniagaan pengusaha muslim.

Apakah sumbangan JAKIM bagi membantu pengusaha muslim untuk bersaing dengan pengusaha bukan muslim?

Ustaz-ustaz di JAKIM tahukah tentang perniagaan? Tahukah betapa peritnya hendak memasarkan produk setiap hari di celahan jenama syarikat asing yang sudah terkenal?

Tahukah ustaz-ustaz JAKIM bahawa tidak sampai 1% (agaknya) pengguna bukan muslim yang sudi membeli produk muslim?

Tidak sedarkah JAKIM semua ini?

Jika semua produk dan premis di Malaysia sudah menggunakan logo HALAL maka pengguna Islam sudah tidak peduli lagi siapa pengusahanya samada Ah Seng yang rajin berderma pada kuilnya, atau Robert yang aktif dalam aktiviti gereja, atau Baharom yang sering berderma untuk masjid!

Demang bukan sengaja nak cari pasal dengan JAKIM. Demang cadangkan JAKIM buatlah sesuatu untuk pengusaha muslim.

Jangan sampai puak pembangkang seperti PAS lancarkan logo baru: PRODUK MUSLIM!

3 comments:

-e- said...

Salam..i just happen to see this post in your blog..it seems that you are angry with the issue of JAKIM providing halal certification / logo to ALL people, muslim and non-muslim..

I understand your concern about muslim want to strive and successful in doing their business..but you see, being successful or not is depends on the entrepreneurs themselves..

you have to know the function of JAKIM..one of it is to authorize / issue halal certification..this is for the consumers, mainly..its so that they can easily identify which food or product can be consumed with no worries..have you ever felt living in insecurity? where everything around you is not safe? JAKIM is helping them to feel secured..and for manufacturer, if they have halal certificate, they can export their product and enter global market..1.2billion muslims are out there..that the target market..

another thing, if JAKIM only issue halal logo for muslims only, don't u think that it will create societal problem? racism? and it also seems like Islam is denying other religion when muslims are taught to treat non-muslim equally with muslims, be just to them, not based on their beliefs..

i know some of the business out there is supporting bad means, for war and other bad stuff, it's the consumer that we need to educate, to realize..muslims and non-muslims..we dont need to use the word Halal for the non-muslims..the word BAD can be used instead and they can still get the message..

Anonymous said...

Komen dibuat secara beradab???hihi...kene gitaw penulis blog kot...

Saya nak reply gak la...saya rasa bukan Jakim yang bertindak bodoh, tetapi orang Islam sendiri yang memang takde inisiatif nak majukan diri...Orang lain berlumba2 nak dapatkan sijil halal, pengusaha Muslim???diorang dah konfiden diorang py produk halal, so tak mintak sijil halal..in fact, saya ada rakan kerja di Halal Hub, diorang kata...diorang agak terkilan cos, masyarakat lain application nak mintak sijil halal, menimbun tapi orang melayu, ada la due tiga kerat...(tepuk dada tanya selera)

Untuk information semua, rata2 masyarakat skrg, nak makan, diorang carik produk yang ada halal, yang takde halal,diorang tak beli...even sy surirumah, i trust halal dari Jakim...Kita dah berusaha untuk cari benda yang halal untuk dimakan, tetapi kalau Jakim membuat kesilapan dengan memberi logo halal pada benda yang xhalal, dosa pada diorang la...cos, most people dah trust halal from Jakim.

Logo Halal diberi, bukan setakat halal produk tetapi tempat dan persekitaran bersih pun diambil kira kan??? Anyway, i think Jakim did a great job juga, at least, Logo Jakim jek yang diapprove instead of other logo..orang xleh ciplak...

Yang penting, nak berniaga : nak seribu daya, tanak seribu dalih...tq..

Cheguman said...

Terima kasih pada yg komen dlm bhs inggeris tu. Hebat. Bagus bhs inggerisnya. Org besar jakim rasanya tu. Global. Itu sebabnya Jakim tidak begitu peduli dengan pengusaha muslim kecil-kecilan yg masih merayap. Jakim lebih untung berurusniaga dengan syarikat nonmuslim yg kaya raya.

Demang faham tujuan logo halal tersebut namun yg Demang bangkitkan ialah tujuan tersebut menerbitkan satu impak negatif itu logo twrsebut menjadikan pengusaha bukan muslim yg telah establish terus meninggalkan pengusaha muslim yv baru bertatih.

Apa yg susah sangat nak buat satu logo barubiaitu logo Produk Muslim? Takut diktuduh rasis?

Kepada suri rumah yg komen kedua itu, Demang setuju dgn.puan. Namun puan melihat dari sudut pengguna yg telah menerima penggunaan logo halal. Saya nak tanya, jika pihak berwajib mengeluarkan logo Produk Muslim, puan nak pilih yang mana?

Itu yg saya maksudkan. Terima kasih atas respon.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)