Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, August 28, 2012

Jadi kerajaan pun menipu



Pembinaan Loji Langat 2: Dakwaan kerajaan Selangor adalah pembohongan: Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Putrajaya: Dakwaan kerajaan Selangor kononnya tarif air di negeri itu akan naik sehingga 70 peratus apabila projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, adalah pembohongan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, yang menafikan dakwaan itu menegaskan pembinaan loji tidak ada kaitan dengan kadar tarif air.

“Ia alasan semata-mata untuk menghalang perancangan kerajaan pusat membina loji. Ini adalah antara helah meyakinkan rakyat kononnya pembinaan loji tidak wajar diteruskan.

Tarif air bukan isu

“Kita tidak pernah menyatakan akan berlaku kenaikan tarif air selepas loji siap. Apa yang kita lakukan bertujuan mengelakkan krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2015,” katanya kepada BH semalam.

Baru-baru ini, EXCO Kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar, berkata dasar kerajaan negeri yang tidak mengenakan bayaran untuk 20 meter padu pertama air, tidak boleh diteruskan jika pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri itu, berkata walaupun kos pembinaan ditanggung kerajaan, sumber pembiayaan adalah daripada Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).

Sehubungan itu, beliau mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selaku syarikat konsesi tunggal mengagihkan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, akan terpaksa menaikkan tarif air.

Chin juga berkata, Kerajaan Pusat akan memastikan loji yang menelan belanja RM3.744 bilion itu dimulakan tahun ini dan siap sebelum 2015.

Paling munasabah

Projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor dengan kos RM2.481 bilion pula dijangka siap pada 2014.

Kos pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 ialah yang paling munasabah boleh ditanggung Kerajaan Pusat bagi membekalkan 1,130 juta liter air sehari untuk lapan juta pengguna antara 2014 hingga 2025.

“Kerajaan Pusat juga boleh mendapatkan kadar faedah paling rendah bagi pembiayaan dalam pasaran modal semasa dan tidak ada asas mengatakan tarif air akan meningkat semata-mata kerana pembinaan loji ini.

“Kerajaan Selangor perlu lebih teliti sebelum menyebarkan alasan yang semata-mata untuk membantah pembinaan loji,” katanya.

Tiada kaitan loji baru

Chin juga menjelaskan dasar memberi 20 meter padu pertama air percuma terpulang kepada budi bicara kerajaan Selangor sepenuhnya dan tiada kaitan dengan kos pembinaan loji baru itu.

“Terpulang sama ada mahu meneruskan subsidi. Dasar memberi subsidi ini bermakna kerajaan Selangor terpaksa membayar pampasan kepada SYABAS. Berhubung isu tarif air pula, ia perlu diputuskan oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Chin juga menjelaskan jika ada keperluan tarif air dinaikkan, kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat perlu membincangkan keputusan itu.

Sumber: Berita Harian online.

Dah la menang PRU12 pun dengan cara menjual janji palsu, dah tubuh kerajaan negeri pun masih nak menipu rakyat.

PKR lupa yang rakyat Selangor bukan bodoh.

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)