Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, August 14, 2012

Penghapusan etnik rohingya



Seperti biasa, sibuk lah orang di Malaysia menyibuk dengan kemelut yang berlaku di negara lain atas nama saudara seagama.

Bagi Demang, prihatin dan niat untuk membantu itu memang bagus, tapi tak perlulah 'over acting' sangat padahal bontot sendiri pun bergelumang tahi.

Sepagian ini banyak juga foto-foto ngeri mayat penduduk Islam Rohingya yang hangus terbakar dimasukkan ke wall Facebook Demang.

Bersekali dengan foto-foto tersebut sudah tentulah komen-komen daripada penatapnya.

Macam-macamlah luahan, pandangan cadangan, dan percambahan idea di situ. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan mengutuk pihak lain di samping berusaha mengembangkan fahaman politik masing-masing.

Dari perbincangan tersebut dapat dilihat 'stand' para penghujah. Ia tambah ketara apabila mereka mula menegakkan benang basah.

Demang percaya, jika demikian caranya, jangan haraplah mereka dapat menyumbang apa-apa. Mereka hanya tahu menyalahkan pihak lain dan menuduh antara satu sama lain.

Telur ayam pun lebih berkualiti daripada minda mereka, terutama yang sering menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain itu.

Kalau dah dalam FB pun tak habis-habis bertengkar, macamana nak bersatu di medan perang?

2 comments:

QalamQabut said...

Minggu lepas dalam satu Tazkirah Ramadhan ada jugak satu penceramah bertanya "apa kerajaan dah buat dalam kes Rohingya ni?". Tapi mungkin dia terlupa untuk bertanya kepada dirinya sendiri. Atau pun dia sudah puas hati sekadar dapat melontarkan satu pertanyaan.

Selalunya itulah adat manusia, kononnya mahu menyedarkan orang tetapi tidak menyedari yang diri sendiri pun belum sedar.

Cheguman said...

Diorg ingat kerajaan boleh suka2 hati ambik pendirian dlm hubungan antarabangsa? Diorg ingat hidup ni boleh setakat semangat je.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)