Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, September 5, 2012

Pakar sejarah sanggah isu sang saka

Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka Khamis lalu bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Menurut beliau,warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

"Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

Namun majoriti orang melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam,kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," kata beliau.

Menurut beliau lagi, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya.

Bagi Demang, tidak salah memberi cadangan. Demang juga berpendapat tidak mengapa mencadangkan semula idea yang pernah ditolak.

Namun ada beberapa perkara perlu diingat, antaranya:

Adakah kita benar-benar faham kebaikan cadangan tersebut dan sedar implikasinya?

Melihat pada keadaan Indonesia hari ini yang gagal menjaga kepentingan majoriti rakyatnya serta kekalutan politik mereka maka Demang fikir inilah hikmah datuk nenek kita menolak idea Indonesia Raya dulu.

Seperkara lagi, dalam kita nemberi cadangan elakkan daripada memperlihat kejahilan diri sendiri.


No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)