Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, October 11, 2012

Dibunuh kerana sepakan


Banyak kali juga Demang tumpang anak-anak menonton vcd filem Libas lakonan Rosyam Nor.

Walaupun cerita ini menampilkan aksi melampau yang tak logik ala filem Hong Kong namun intronya menarik minat Demang.

Filem ini menyelitkan sedikit kisah sejarah Tun Besar putera Tun Perak yang handal bermain sepak raga.

Pada suatu hari putera sultan yang juga bakal menjadi sultan bersiar-siar dengan kudanya hingga sampai di tempat Tun Besar bermain sepak raga.

Baginda berhenti dan melihat dari atas kudanya.

Tiba-tiba bola raga yang di sepak Tun Besar mengenai destar baginda lalu jatuh ke tanah.

Anakanda sultan yang bernama Raja Ahmad itu murka lalu turun dan menikam Tun Besar.

Putera Bendahara itu meninggal dunia di situ juga.

Melihat kejadian, teman-teman beliau serta pengikut Bendahara ingin membalas dendam tetapi ditahan oleh Bendahara.

Sebaliknya Tun Perak bergegas mengadap sultan.

Tun Perak mengadukan hal tersebut dan menyatakan pendirian beliau iaitu pantang menderhaka tetapi mahu Raja Ahmad dihukum.

Sultan membuat keputusan iaitu Raja Ahmad dibuang negeri ke Pahang dan tidak akan ditabal menjadi Sultan Melaka.

Peristiwa tersebut sudah tentu mengundang polemik hingga sekarang dan tak kurang yang memainkannya sebagai sentimen politik, terutama pendokong sosialis.

Raja Ahmad dicop kejam dan sistem kesultanan dikecam.

Benarkah?

Mari kita lihat beberapa perkara:

Bukankah digambarkan Tun Besar amat handal bermain bola raga?

Tun Besar diriwayatkan mampu menimang bola raga hingga sepenanak nasi. Berapa lama orang dahulu menanak nasi tanpa dapur gas atau periuk elektrik?

Siapa pula Raja Ahmad? Baginda adalah putera sulung sultan yang memerintah empayar Melaka.

Bukan calang-calang hebatnya empayar kerajaan Melaka ketika itu dan Raja Ahmad akan menjadi khalifahnya.

Apakah logik orang sehandal Tun Besar boleh tersasar sepakannya hingga tepat ke destar seseorang di atas kuda?

Tidak sengaja atau..?

Bayangkan betapa jika perbuatan itu dibiarkan maka selama beratus rahun orang akan menjadikannya bahan jenaka iaitu sultan Melaka pernah disepak dengan bola raga dan tidak berani melawan!

Bendahara faham isu ini dan itulah sebabnya beliau tidak bertindak mengikut nafsu.

Raja Ahmad berdarah muda dan mengikut nafsu amarah. Akhirnya baginda dihukum dengan hukuman yang sangat berat.

Baginda tidak dihukum bunuh bukan kerana beliau anak sultan tetapi kerana baginda mangsa provokasi keterlaluan. Ia melibatkan maruah diri, keluarga, dan negara.

Sultan Melaka bertindak bijak dengan mengambil kira semua faktor sebelum menjatuhkan hukuman.

Kita sebagai rakyat yang pada zaman ini diberi peluang memilih pemimpin, buatlah keputusan sewarasnya dan jangan ikutkan nafsu dan kepentingan peribadi semata-mata.

Oh ya, kalau baca buku sejarah, jangan fikir orang dulu-dulu bodoh. Mungkin kita yang kurang cermat menilai!


Foto hiasan drpd Google Image.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)