Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, October 1, 2012

Kepiah putih cuma RM2.50



Agak sukar untuk keluar dari simpang. Kenderaan bergerak perlahan, bertali arus dan belum ada tanda mahu reda. Jenuh Demang menunggu.

Pada suatu ketika Demang lihat ada sedikit ruang untuk mencelah. Di sebelah kiri ada sebuah kereta dipandu seorang lelaki berkepiah putih.

Ada peluang nampaknya, fikir Demang.

Demang menekan minyak dan cuba untuk keluar.

Namun rupa-rupanya tidak semudah itu. Lelaki berkepiah putih melajukan keretanya sekaligus menutup ruang.

Demang mengundur semula dan kereta lelaki itu masih tidak bergerak sebab jalan sedang jem.

Benar lah kata teman Demang, "apa nak heran, kepiah putih cuma berharga RM2.50!"

2 comments:

zgmail said...

setuju..berkopiah tak semestinya melambangkan keperibadian pemakainya...saya pernah mengalami situasi yg sama.

usin said...

dah memang semulajadi org malaysia (melayu) mcm tu. kalau bab melayan tetamu yg bertandang ke rumah, kemain hemah gila babeng. tp masa kt jalanraya, bukan hanya yg berkepiah, yg berserbanpun dh tak berjiwa. masing2 jd tukar jd samseng...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)