Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, November 7, 2012

Tukar atau tutup terus


Pagi ini kali kedua pemilik bangunan menelefon Demang.

Ia bukan berkenaan ofis yang Demang sewa sebaliknya kedai runcit di tingkat bawah yang nampaknya terpaksa berundur.

Kenapa ya? Baru dua bulan kedai runcit itu bertukar kepada TUKAR. Nampaknya ia benar-benar akan berTUKAR!

Nampaknya walau apapun yang hendak ditukar, minda individu itu sendiri yang terlebih dahulu perlu ditukar. Menukar sistem hanya akan lebih menolak ke bawah.

Benarkah dengan menukar kerajaan nasib orang Melayu akan berubah? Adakah rendahnya pencapaian ekonomi (perniagaan) orang Melayu kerana termanja dek subsidi dan sebagainya?

Atau kerana terdapat penyelewengan di peringkat pelaksana yang tidak amanah?

Baru-baru ini Demang berbual dengan seorang sahabat yang telah lama tidak bertemu. Hampir 20 tahun.

Beliau juga seorang pegawai kerajaan dan isterinya pernah mengusahakan kedai dobi.

Demang amat terkejut apabila beliau memberitahu bahawa pegawai yang menguruskan dobi di sebuah kem PLKN meminta beliau menulis bil sebanyak RM10 ribu sedangkan bayaran sebenar tidak lebih RM4 ribu!

Itu belum dikira lagi 'pow' pada waktu lain seperti musim perayaan, 'buka sekolah' dan sebagainya.

Siapa nak kita salahkan?

Namun ada antara pegawai kerajaan yang begitu lah sibuk menghentam kerajaan dan berkempen untuk menukarkan kerajaan.

Demang tak kata kerajaan sedia ada cukup sempurna dan tidak perlu ditukar sampai bila-bila.

Namun jangan sampai kita tersilap tukar kepada yang lebih teruk.

1 comment:

Anonymous said...

jangan terperanjat kalau diadakan tinjauan keatas k/tangan kerajaan sekarang bahawa lebih 50% kakitangan/pegawai kerajaan merupakan penyokong PR.KALAU KERAJAAN HARAPKAN SOKONGAN K/TANGAN PEGAWAI KERAJAAN MERUPAKAN SATU KESILAPAN WALAUPUN PELBAGAI KEMUDAHAN DIBERIKAN.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)