Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, March 31, 2012

Siapa hoslan hussain yang baling hakim dengan kasut?



Sebelum ini Demang siarkan isu Harakah yang mengeluarkan berita tahap khabar angin yang cenderung pada pembohongan.

Ternyata isu tersebut lebih teruk dari itu. Lihat kenyataan daripada masjid tempat lelaki itu bertugas:

http://arrahimah.blogspot.com/2012/03/siapa-hoslan-hussain-yang-sebenar.html

LGE tuduh Karpal Sing belot



Selangor masih berserabut.

Kedah makin kelam kabut.

Di Pulau Pinang Lim Guan Eng yang diasak depan belakang (UMNO dari depan, PKR dari belakang) mula mencari sasaran baru untuk dialehkan.

Selain isu pencabulan tapak masjid Lim Guan Eng juga diasak kaum India berkenaan rumah ibadat agama Hindu.

Bagi menghadapi masyarakat India LGE mengetengahkan P Ramasamy sebagai hero.

Menariknya, penonjolan P. Ramasamy yang diketahui sebagai seteru Karpal dilihat sebagai usaha menikam Karpal dari belakang.

Pagi ini dikatakan 70 orang pendemo yang mewakili 34 pertubuhan NGO Hindu di Negeri Pulau Pinang berkumpul atas isu tersebut.

Demo yang didalangi LGE tersebut turut dihadiri S.Ragindran, pengerusi kebajikan bimbingan dan kesedaran komputer Pengkalan Weld, M.G Rajan, Pengerusi Malaysia India Voice Prai dan Muniandy a/l vellu, AJK Penang Maruthar Sangam.

Mereka mendesak agar menggugurkan YB Rayer dan YB Thana kononnya kedua-dua orang kuat Karpal ini telah mengkhianati kaum India.

Menurut mereka kedua-dua YB itu telah campur tangan didalam lembaga tanah wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang.

Demo tersebut mendakwa kroni Karpal memainkan peranan dalam menyeleweng hak orang India dan mendesak agar Guan Eng mengekalkan TKM2 Prof Ramasamy sebagai pengerusi Lembaga Tanah Wakaf Hindu Pulau Pinang

MCA akui DAP memang rasis



Jika sebelum ini hanya UMNO sahaja yang selalu kata DAP rasis akhirnya MCA mengaku bahawa DAP memang sering mengajak kaum cina bersatu menentang UMNO yang memperjuangkan orang Melayu.

MCA terpaksa dedahkan perkara ini kerana bengang sebab dituduh menjadi penghalang dan akhirnya dilihat sebagai pengkhianat kepada kaumnya.


http://pilihan-anda.blogspot.com/2012/03/belang-rasis-dap-sedikit-demi-sedikit.html?m=1

Friday, March 30, 2012

Anwar terlibat skandal KBB-HLFB?



Demang terima email berkenaan Skandal KBB-HLFB yang dikatakan bakal menamatkan riwayat politik Anwar.

Anwar dikatakan terlibat dalam kes tersebut.

Kes ini timbul berikutan saman oleh Hong Leong Bank Bhd terhadap ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM445 juta pada 1998. 

Untuk makluman, Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Hong Leong Finance Berhad (HLFB) mempunyai hubungan yang baik dengan Anwar.

Pada ketika itu, Anwar adalah di dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir sebelum mantan Perdana Menteri tersebut selesai menyiasat skandal seks dan homoseksnya.  

Selain itu, pemilik asal KBB, iaitu syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) dimiliki oleh Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah pula merupakan penulis ucapannya. 

Melalui hubungan antara kroni inilah maka Anwar telah memastikan yang wang sebanyak RM445juta telah diluluskan oleh HLFB sebagai pinjaman kepada Low bagi mengambil-alih KBB. 

Wang tersebut kemudiannya, dipindahkan kepada AMC tanpa melalui prosedur biasa, yang memerlukan proses pengambilalihan selesai terlebih dahulu. 

Akhirnya, setelah pemindahan wang berlaku, pengambil-alihan tidak pula berlaku sepertimana sepatutnya.  

Anwar tahu bahawa sukar untuknya melepaskan diri dari isu ini apatah lagi apabila semuanya dibongkar di mahkamah. 

Tidak mustahil ‘perjalanan’ dan ‘aktiviti’ wang tersebut akan dijejak semula yang mana akhirnya akan membongkar lebih banyak rahsia hitamnya.  

Silap haribulan, akan timbul kes baru yang akan membawa Anwar ke mahkamah sekali lagi sebagai tertuduh.  

Kerajaan PAS Kedah disaman



Ketika kerajaan PKR-DAP di Selangor terus dilanda masalah demi masalah, kerajaan PAS yang menghadapi kemelut dalaman menerima musibah baru apabila menghadapi saman bernilai 3 juta.

Mujur hanya kerajaan negeri yang bertukar. Bagaimana kalau kerajaan pusat yang berubah pada PRU12 dulu?

Dalam membina negara janganlah diambil risiko.

Berita lanjut lihat:
http://dukeofumno.blogspot.com/2012/03/gemparrr-kuin-dan-azizan-di-saman-rm3.html

Harakah jual khabar angin





Secara peribadi Demang rasa imam tersebut ada sumbangannya semasa dalam penjara. Pergaulan beliau bersama banduan lain memberi peluang beliau mendekati secara dekat para banduan. Dengan ilmu dan amalan beliau sedikit sebanyak dapat menarik banduan lain mendekati Islam atau mengingatkan pada yang alpa.

Demang tidak tahu latar belakang isu ini. Yang Demang pedulikan ialah bagaimana Harakah boleh menyiarkan sesuatu yang bersifat khabar angin begini?

Harakah bukan sebuah blog seperti Waadat ini. Ia adalah lidah rasmi PAS. Walaupun PAS bukanlah parti besar (cuma ada 23 kerusi parlimen berbanding 222 jumlah kerusi keseluruhan), namun Harakah mempunyai pembaca yang percaya dengan kreadibilitinya.

Harakah tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kepercayaan orang ramai kerana impaknya besar pada negara.

Kalau Waadat yang keluarkan berita begitu, apa nak hairan sebab Waadat hanyalah sebuah blog milik peribadi.

PAS patut bubar



Demang fikir sudah tiada maknanya lagi PAS sebagai sebuah gerakan yang diharapkan untuk memperjuangkan Islam.

Kesempatan yang Allah taala beri pada 2008 untuk PAS bergabung dengan UMNO dalam kedudukan PAS menguasai dilepaskan begitu sahaja hanya kerana ego, kononnya rakyat menyokong PAS.

PADAHAL rakyat tidak menyokong PAS dan tidak menolak UMNO. Rakyat cuma marahkan segelintir pemimpin UMNO dan itulah yang mahu dibuang.

Pendedahan Hasan Ali (PAS) dan Zulkifli Nordin (PKR) betapa usaha mereka menentang murtad dihalang dalam parti-parti tersebut membuktikan satu transformasi politik wajar dilakukan.

PAS patut diundurkan daripada menjadi parti politik dan aktivisnya wajib memberi tumpuan pada isu keagamaan secara telus.

Dengan kata lain ulama harus kembali pada usaha sebenar.

Mencontohi Rasululllah adalah sunnah namun tiada siapa boleh menggantikan Baginda. Justeru melantik seorang individu yang mampu memegang potfolio agama dan politik secara serentak adalah kurang tepat.

Adalah lebih bersistematik apabila umara dan ulama bergabung dan bekerjasama.

Thursday, March 29, 2012

azizan engkar nik aziz

Ingatkan dah selesai isu di Kedah. Rupanya tambah kusut.


Demang fikir kalau nik aziz tak masuk campur azizan boleh buat lebih baik.


bumiyang: Isu Dua Bekas Exco Kedah Masih Belum Selesai???


Published with Blogger-droid v2.0.4

Malam ini merupakan ceramah yang ke-60 bagi Dr Hasan Ali sejak dipecat daripada PAS.


Demang tahu perasaan penyokong Anwar sekarang. Lesu, kecewa, marah, geram, runsing, letih, dan lemah semangat bercampur baur dalam diri.


Hasan Ali mungkin tidak sehebat Anwar dalam berpidato. Namun motivator tersebut tahu bagaimana untuk mempengaruhi orang ramai.


Beliau pernah 'menghidupkan' Forum Perdana sehingga menjadi rancangan tv paling popular suatu ketika dulu dan apabila beliau tidak lagi di situ, program tersebut kembali malap.


Demang percaya tindakan Hasan Ali akan meninggalkan impak yang agak besar.


Selain Hasan Ali benerapa gerakan lain juga sedang hebat termasuk Zulkifli Nordin dan Nalla yang mempunyai kelompok penyokong sendiri.


Anwar memang dalam keadaan yang amat sukar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 28, 2012

Nalla pulak saman Anwar



Kali ini Anwar benar-benar terjerat. Muslihat menghantar notis saman seperti dalam PRU12 dan kemudiannya buat isu lain agar rakyat lupa saman yang terbengkalai tersebut sudah tidak boleh dipakai pada 2012.

Nalla dan rakan-rakan bekas pemimpin PKR lain (antaranya Zulkifli Nordin bekas peguam Anwar) yang sedar taktik Anwar Anwar telah mengambil langkah awal dengan mengemukakan saman lebih dahulu. Jadi, mahu tidak mahu Anwar terpaksa mengadap mahkamah dan orangbtertentu akan dipanggil sebagai saksi.

Demang buat intronya sahaja dan seterusnya baca lah sendiri di:

http://pilihan-anda.blogspot.com/2012/03/tudiaaih-nallakaruppan-dedah-skandal.html

Sidang DUN dalam BBM muslihat terbongkar

Hebatnya DUN Selangor. Speaker dia yang bertatih-tatih cakap melayu tu lagi hebat. Diorang boleh buat sidang dalam sidang guna BBM sesama mereka.

Rakyat di kampung Sungai Tengar, Parit Baru, Sg Tawar, BNO, Tanah Lesen, Tebuk Mufrad sangka wakil rakyat mereka berbincang secara terbuka dan berdepan dalam dewan, rupa-rupanya ada SMS sulit berlegar dalam dewan bagi mempengaruhi keputusan.

Patutlah ada YB Selangor yang tidur dalam dewan sebab tak perlu ambik perhatian masa pembentangan. Nanti speaker boleh aturkan.

Lihat video di blog Papagomo. Speaker cong ceng cong ceng tu cuba menutup kemaluan. Setakat alasan begitu, siapa un boleh bagi. Memang lah ada hantar sms pada ADUN UMNO tapi adakah sama isinya?

Games speker cong ceng cong ceng terbongkar apabila salah satu sms tersalah hantar pada Dr Hasan Ali yang sudah berpaling arah.

Nalla tubuh alumni PKR



Satu persatuan baru sedang digerakkan yang dijangka lebih hebat daripada gerakan sedia ada.

Bagaimana nak sertai dan siapa yang boleh ikut serta?

Μudah sahaja. Keahlian terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang pernah terpengaruh dan tertipu dengan opera Anwar Ibrahim.

Kira-kira macam alumni PKR la.

Sementara itu Nalla yang sedang berkonflik dengan Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang khas bagi menjelaskan kedudukan terkini isu Anwar.

Dijangka sidang akhbar tersebut turut akan dihadiri oleh bekas para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipecat iaitu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobala Krishnan.

Ayuh sesiapa yang pernah terlibat menyokong atau sekadar terpengaruh dangan retorik dan omongan Anwar Ibrahim sila mendaftar.

Tuesday, March 27, 2012

video Cabaran Hasan Ali buat Azmin Ali karam

Azmin ingatkan buah rambutan rupa-rupanya sarang tebuan. 


Akhirnya kenyataan yang dianggap pendedahan oleh saki baki penyokong PKR tentang Hassan Ali bukan sahaja dijawab oleh MB Selangor malah mengundang bala yang lebih besar apabila bekas exco Selangor tersebut mencabar Azmin menjawab semua pertuduhan yang dikenakan.


Antaranya, bagaimana dengan gaji RM2000 sebulan Azmin boleh mengumpul aset yang begitu besar?

Hmm, kalau Azmin guna cara halal, Demang pun nak belajar juga.




Sang penghasut mahasiswa

[image_0]

Jumaat lalu Demang siarkan foto sekumpulan budak mentah yang baru nak kenal dunia politik telah menyerahkan batu nisan kepada Menteri Pengajian Tinggi.

Apa motifnya?

Mereka menggelar kumpulan mereka sebagai promahasiswa.

Mahasiswa mana?

Antara 'perjuangan' utama mereka ialah menolak campur tangan politik dalam universiti namun melihat pada foto-foto yang diambil ternyata demo tersebut bukan sahaja disertai parti pembangkang malah parti kiri itu lah yang mendalanginya.

Demang rasa berdasarkan gambar-gambar tersebut sudah boleh dikenalpasti pelajar yang terlibat.

Seterusnya pihak berkenaan perlu memanggil mereka dan membuat siasatan. Dengan itu kita dapat menjejak pelajar lain termasuk para pensyarah yang terlibat di belakang tabir.

Sebelum terlambat, ambil tindakan tegas terhadap mereka. Jika perlu, siasat sama menteri berkenaan yang dikatakan selalu membuat tindakan yang merugikan majoriti rakyat Malaysia.

Lihat foto di http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/2012/03/post-mortem-demo-mahasiswa-depan-kpt-2.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Sarfams+%28SARFAMS%29&m=1

Nalla bawa Samsidar



Rakyat masih ingat pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh tahun 2008, Nalla telah keluarkan kenyataan bahawasanya Anwar Ibrahim menggunakan RM60 juta wang judi magnum untuk perjalanan politiknya.

Nalla bukan dengar daripada sesiapa malah Nalla adalah pemilik Magnum. Ertinya, jika perompak mendakwa bahawa 'inilah wang rompakanku dan inilah orang yang terlibat' maka adakah kita meraguinya?

Ada perkara yang kita tak boleh percaya dan ada perkara yang mahu tak mahu kita terpaksa akui walaupun dituturkan seorang yang tidak boleh dipercayai.

Siapa yang tidak tahu betapa akrabnya hubungan Nalla dengan Anwar suatu ketika dulu? Maaf, budak-budak PKR mungkin tidak tahu.

Apa tindakan Anwar setelah Nalla mengeluarkan kenyataan tersebut?

Ya. Anwar Ibrahim telah memfailkan saman terhadap Nalla agar menarik balik kenyataan dan menghentikan sebarannya.

Apa terjadi selepas itu? Kita boleh lihat sendiri Nalla bukan sahaja terus bebas berkata-kata malah pelbagai tuduhan lagi dikeluarkan.

Kenapa? Kerana Anwar sekadar menghantar notis untuk menyaman dan bukan membawa betul-betul ke mahkamah. Ertinya, 'nak saman' bukannya 'terus saman'.

Kini, sudah EMPAT TAHUN berlalu dan Anwar buat lembu kenyang sahaja.

Kali ini, Anwar melakukannya sekali lagi. Mari kita lihat adakah dalam masa 30 hari ini adakah Anwar benar-benar akan mengheret Nalla ke depan hakim?

Yang nyata, Nalla sudah pun membuat pengumuman akan mengheret Samsidar Taharin iaitu isteri Azmin Ali merangkap kakak ipar Umi Hafilda Ali sebagai saksi.

Samsidar adalah wanita yang dinyatakan secara terus terang dan jelas oleh penulis politik Syed Hussain Al Attas mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim sehingga melahirkan anak perempuan, dalam slah sebuah bukunya. Hingga sekarang tiada apa-apa tindakan balas dibuat oleh mana-mana pihak bagi menyangkal tuduhan tesebut.

Setahu Demang, baik Samsidar, Azmin, Shed Hussain, atau anak Azmin tersebut; semuanya masih hidup lagi.

Siasat semua yang terlibat



Jumaat lalu Demang siarkan foto sekumpulan budak mentah yang baru nak kenal dunia politik telah menyerahkan natu nisan kepada Menteri Pengajian Tinggi.

Apa motifnya?

Mereka menggelar kumpulan mereka sebagai promahasiswa.

Mahasiswa mana?

Antara 'perjuangan' utama mereka ialah menolak campur tangan politik dalam universiti namun melihat pada foto-foto yang diambil ternyata demo tersebut bukan sahaja disertai parti pembangkang malah mereka lah yang mendalanginya.

Demang rasa berdasarkan gambar-gambar tersebut sudah boleh dikenalpasti pelajar yang terlibat.

Seterusnya pihak berkenaan perlu memanggil mereka dan membuat siasatan. Dengan itu kita dapat menjejak pelajar lain termasuk para pensyarah yang terlibat di belakang tabir.

Sebelum terlambat, ambil tindakan tegas terhadap mereka. Jika perlu, siasat sama menteri berkenaan yang dikatakan selalu membuat tindakan yang tidak menguntungkan kerajaan.

Lihat foto di http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/2012/03/post-mortem-demo-mahasiswa-depan-kpt-2.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Sarfams+%28SARFAMS%29&m=1

ADUN UMNO MELAKA DITAHAN



Siapa wakil rakyat di Melaka yang ditahan baru-baru ini?

Lihat blog Penghuni Gua dan tanyalah blogger itu sendiri.

http://arifomar.blogspot.com/2012/03/lagi-contoh-otak-biawak-pemimpin-pas.html?m=1

posted from Bloggeroid

Monday, March 26, 2012

Hasan Ali cabar Azmin isu anak kandung



Ibarat menjolok sarang tebuan, serangan Azmin Ali terhadap Hasan Ali yang dikatakan meleburkan rm300 ribu untuk ubah suai pejabatnya ketika menjadi exco Selangor dijawab dengan cabaran yang lebih sensasi.

Selain mempertahankan diri Hasan Ali mengunkit tentang tuduhan bahawa Azmin Ali mengetahui hubungan isterinya dengan Anwar dan keraguan nasab anak bongsu Azmin.

Baca seterusnya..

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/serang-balas-isu-ubahsuai-pejabathasan-ali-cabar-azmin-ali-mana-dapat-duit-beli-saham-jutaan-ringgit.html

posted from Bloggeroid

Keluar pakatatan lagi



Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri (DHPP), Dr Ooi @ Vellautham hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan parti pembangkang itu.

Dr Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata tindakan itu diambil ekoran kenyataan Pas Pusat dalam laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa DHPP Pulau Pinang tidak aktif.

“Lebih 20 tahun saya bersama Pas dan bertungkus-lumus bekerja untuk parti, tetapi usaha saya selama ini tidak dihargai. Jika benarlah DHPP negeri ini tidak aktif, maka sebagai ketua lebih baik saya mengambil sikap bertanggungjawab (letak jawatan),” katanya lapor Bernama di sini, Ahad.

Beliau juga kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang yang mengatakan dirinya mengemis jawatan, susulan tindakannya yang pernah menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Bayan Lepas.

“Saya bersedia berkhidmat untuk rakyat secara percuma. Segala pendapatan yang saya peroleh jika saya menjadi wakil rakyat akan saya salurkan kepada rakyat…saya cabar pakatan pembangkang yang mendakwa mereka kerajaan berkebajikan membuat tawaran sama seperti saya,” katanya.

Katanya keputusan beliau untuk keluar parti turut mendapat sokongan jawatankuasa tertinggi DHPP dan tidak kurang 50 anggota dalam sayap penyokong Pas itu akan mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat.

Beliau juga bersedia mempertimbangkan tawaran pihak luar yang bersedia membantunya bertanding sebagai calon bebas di Bayan Lepas.

“Saya bersedia menerima tawaran daripada mana-mana sahaja parti luar yang mahu menyokong saya kecuali Pakatan Rakyat,” katanya.

Demang cuma nak kata:

"Apa-apa saja lah Dr Ooi, oii... Yang penting engkau dah keluar dari persekongkolan pakatan haram tu."



Sumber:
http://brojinggo.blogspot.com/2012/03/ketuadhpp-pulau-pinang-isytihar-keluar.html?m=1

posted from Bloggeroid

Anwar saman Utusan, Nalla



Hari ini Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta, terhadap Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Anwar memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Anwar selaku plaintif, menamakan Nallakaruppan, UMMB dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing selaku defendan pertama hingga ketiga.

Saman itu berhubung artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: “Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla” bertarikh 20 Mac lalu.

Bagi Demang setakat saman fitnah yang kabur begitu tidak akan merubah apa-apa. Ia hanya tindakan terdesak dan lebih pada gimik politik.

Kenapa setelah hampir benar dengan PRU13 baru nak bawa ke mahkamah? Padahal dakwaan Nalla sudah dibuat berkali-kali sejak lama dahulu.

Bagi Anwar, keputusan saman dan tuduhan tersebut tidak penting kerana ia hanya akan selesai selepas PRU13. Anwar cuma beritahu rakyat yang dia berani.

Dengan saman tersebut Anwar dan pengikutnya akan berkempen ke seluruh negara. Apa akan jadi jika Anwar menang pilihanraya?

Sudah tentu anda boleh jangkakan apa akan jadi pada kes tersebut jika Anwar menang dan jadi PM.

Bagaimana jika Najib yang menang dan kekal sebagai PM?

Itu tidak jadi masalah sebab selama ini pun memang Najib yang jadi PM. Ternyata Anwar hidup mewah dan bebas ke sana ke sini juga. Sebulan 2-3 kali juga ke luar negara.

Cuma timbul persoalan, adakah jika Anwar menang kes ini secara automatik akan terjawab semua tuduhan salah laku seks sebelum ini?

Adakah Anwar selepas itu dianggap bersih dan suci?
posted from Bloggeroid

Sunday, March 25, 2012

Siapa Idris Ahmad ini?



KERAJAAN Umno-BN tidak akan sesekali beri perhatian terhadap sebarang teguran untuk penambaikkan pentadbirannya biarpun teguran tersebut datangnya dari orang kuat istana, ujar Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. 

Komen Demang:
Sombong benar ostad ni. Belum apa-apa lagi dah tuduh orang 'nasihat takkan diterima'.

Beliau megulas kegusaran Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah menegur kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai sasaran kerana kemungkinan terdapat penyelewengan di peringkat perlaksanaanya.

Komen Demang:
Ada kebenarannya malah faktor tersebut sudah lama dikenalpasti. Namun untuk menyalahkan kerajaan 100% tentulah tidak adil kerana setiap perancangan memang ada kelemahan manakala kejayaan sesuatu rancangan amat bergantung pada komitmen semua pihak.

Bukankah pembangkang juga dibayar gaji untuk memastikan kejayaan semua dasar kerajaan? Jangan tahu salahkan orang sahaja!

“Saya sifatkan teguran itu sangat bertepatan. Orang politik sudah lama tegur, Ketua Audit juga selalu dan sekarang orang istana pula yang memberi teguran kepada kerajaan.

Komen Demang:
Malas nak komen sebab nampak sangat Idris sekadar nak membodek. Mungkin kerana nak ambik hati sultan ekoran tindakan PAS yang biadap twrhadap Sultan Perak sebelum ini.

“Kita berharap dengan teguran ini dapat membawa penambahbaikkan dalam perlaksanaan dasar kerajaan,” tegasnya.

Bagaimanapun, beliau meragui teguran ini akan diberi perhatian ekoran segala teguran yang berlandaskan fakta dan angka sekalipun tidak pernah diperduli oleh Umno-BN malah segala teguran itu sering diperlekehkan mereka.

“Sebaliknya kita memerlukan transformasi politik dan juga perubahan sikap di kalangan kepimpinan negara.

Komen Demang:
Eh... Idris pun sokong transformasi?

“Sebagai contoh pemimpin Pakatan Rakyat telah terbukti dan teruji mentadbir negeri yang diperintah dengan baik,” ujar Ustaz Idris yang turut menjelaskan Pakatan berjaya mentadbir walaupun terdapat kekangan sumber kewangan daripada Kerajaan Pusat.

Komen Demang:
Ha ha ha... (Idris buat lawak)

Beliau bersetuju dengan kenyataan Raja Dr Nazrin bahawa kegagalan DEB merupakan kesan daripada pemimpin yang tidak amanah mentadbir dana yang seharusnya disalurkan untuk kebaikan dan keuntungan rakyat.

Katanya, selain amalan rasuah, amalan kronisme, sogokan dan salah guna kuasa telah menjadi budaya dikalangan pemimpin dan pentadbiran Umno-BN sehingga tidak lagi mampu dibendung.

Komen Demang:
Eloklah Idris pi tanya Anwar bagaimana Azmin Ali boleh ada saham berjuta dengan gaji setakat RM2000 sebulan?

“Sejak dari RMK1 hingga ke RMK10, kerajaan sudah memperuntukkan kira-kira RM1.2 trilion dan setiap RMK diberi dana besar untuk membela rakyat yang susah yang kebetulan majoritinya Melayu.

“Malangnya DEB sentiasa gagal akibat pemimpin yang korup. Mereka hanya ingat rakyat menjelang PRU dan selepas menang mereka lupa rakyat dan berpaling mengutamakan kronikroni mereka,” jelas Ustaz Idris kesal.

Komen Demang:
Sebelum DEB ekuiti Melayu cuma 2% manakala selepas DEB ekuiti Melayu hampir 20%. Tidak cukup besarkah perbezaan 2% dengan 20% itu?

Bagaimanapun, beliau yakin rakyat kini sudah mampu memilih antara pentadbiran yang telus membela rakyat dan kerajaan yang hanya bekerja mengikis harta dan khazanah milik rakyat.

Komen Demang:
Idris kata "rakyat kini sudah mampu memilih..." ertinya selama ini rakyat tidak mampu memilih?

Macamana rakyat nak undi PAS kalau pemimpin PAS asyik menganggap rakyat bodoh? Kenyataan yang menonjolkan ego.

“Kita lihat sahaja negeri Kelantan yang mana pada tahun 1990 berada di tangga ke-dua kedudukan negeri termiskin. Namun kini, Kelantan sudah menurun kedudukannya dan menduduki tangga keenam.

Komen Demang:
Negeri mana lebih besar, Kelantan atau Melaka? Apa hasil bumi yang Melaka ada?

Namun kerajaan Melaka berjaya mengatasi Kelantan yang dipimpin oleh seorang yang digelar 'tok guru' para pengikutnya!

Oh ya. Sejak bila pula PAS perihatin dengan nasib Melayu? Bukan kah PAS anggap DEB sebagai alat assobiyah?

posted from Bloggeroid

Anwar dan Shamsidar



Nalla Karupan dan Ummi Hafilda mengulangi cabaran terhadap Anwar Ibrahim agar menjawab tuduhan yang mereka buat berkali-kali.

Demang fikir memang wajar Anwar menghentikan semua tuduhan rakyat terhadapnya dengan cara memberi penjelasan berfakta atau pengakuan bersumpah.

Tuduhan tersebut bukan baru. Ia dijadikan isu penting oleh PAS ketika Anwar masih di dalam UMNO sebagai TPM.

Mat Sabu berkali-kali mencabar Anwar menafikan sambil mengutuk UMNO yang dikatakan sengaja menutup isu tersebut.

Tak perlulah Anwar berceramah ke sana ke sini tanpa fakta.

Rakyat boleh berfikir.

Lihat video cabaran Umi Hafilda Ali (adik Azmin Ali) di blog Dr Novandry.

posted from Bloggeroid

Saturday, March 24, 2012

Azmin dedah salahguna kuasa Hasan Ali



Ha. Macam ini lah pejuang keadilan. Berani kerana benar.

Demang tabik spring lah pada Azmin Ali. Walaupun beliau masih menghadapi tuduhan SPRM mengenai kesalahan memiliki harta melebihi pendapatan sepatutnya namun masih berani membuat pendedahan kesalahan orang lain.

Apatah lagi kesalahan tersebut dilakukan 'rakan seperjuangan.' Hasan Ali dilantik oleh Kerajaan Selangor yang diterajui PKR.

Untuk makluman Azmin menghadapi pertuduhan rasuah kerana memperolehi jutaan nilai saham/wang cash pada tahun 1992-1994 sedangkan pada waktu itu gaji beliau sebagai setiausaha politik Anwar Ibrahim sekitar RM2000 sebulan (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja).

posted from Bloggeroid

Friday, March 23, 2012

Batu nisan untuk Kalid



Kali ini bukan Khalid sang menteri Selangor tetapi Khalid Nordin menteri pengajian tinggi.

Kesian Demang pada si Khalid ni. Tak sepatutnya beliau diperlaku begitu.

Demang dapat berita berikut di blog Brojinggo.

"Kira-kira 15 orang Mahasiswa Universiti yang mewakili Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hadir ke pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya. Tujuannya adalah untuk menyerahkan Memorandum Menuntut Pilihanraya Kampus agar segera diadakan.Memorandum berkenaan diserahkan kepada En Khairi Abdul Malek, Setiausaha Politik kepada Menteri KPT, DS Khaled Nordin. Yang paling melucukan apabila mereka turut menghadiahkan batu nesan kepada Menteri KPT."

Demang rasa Khalid adalah menteri yang bagus tetapi mungkin lebih bagus jika tidak dilantik langsung.

posted from Bloggeroid

Video propaganda Anwar mula tersebar



Ha ha ha... Nak tergelak Demang lihat video propaganda PKR yang mula tersebar. Malangnya agak sukar Demang upload video tesebut melalui android ini.

Kalau lah tidak kerana Demang cam sangat muka dan susuk tubuh Anwar walaupun dalam bentuk hitam putih seperti dalam video Eskay dulu mungkin Demang menyangka orang itu ialah Najib Razak.

Manakan tidak, dalam video tersebut Anwar meniru program turun padang yang telah dibuat Najib.

Boring la camni bro. Macamana nak suruh rakyat tukar kerajaan kalau idea kempen pun ciplak daripada kerajaan yang nak ditukar?

Demang cadangkan Anwar buat kempen yang lebih kreatif yang Najib belum pernah buat. Contohnya, Anwar menebar roti canai dan Kak Wan buat teh tarik. Nurul Izah boleh layan pelanggan.

Sekurang- kurangnya lepas PRU13 nanti tidaklah jadi penganggur.

Abis lah pakatan pembangkang








Agak-agak orang India nak sokong lagi ke pembangkang?

Blogger PAS tolong jawab



Demang fikir inilah masanya blogger pas nak berjihad. Tunjukkan pada rakyat bahawa anda berani kerana benar.

Lihat http://novandri.blogspot.com/2012/03/melampau-regim-dap-pulau-jual-tapak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29#

Thursday, March 22, 2012

Giliran Khalid pula dipecat


Kalau diiikutkan cara pembangkang, sudah amat wajar seluruh rakyat Selangor keluar berhimpun dan berarak memprotes tindakan kerajaan negeri yang gagal meningkatkan kemajuan Selangor di bawahbtadbiran mereka.

Bukan satu atau dua tapi 32 perkara yang dibentangkan. Bukan bersorak di jalan raya atau dimaki hamun di rapat umum atau ceramah bertopeng agama tetapi dibentangkan secara berhemah dan berfakta di dewan yang mulia.

Demang fikir masa untuk rakyat Selangor memecat Khalid dan exco hampasnya sudah tiba.

Lihat salinan tersebut di:

http://kitagempur.com/kgc/index.php?option=com_content&view=article&id=543:teks-ucapan-ketua-pembangkang-32-dosa-kerajaan-selangor&catid=41:berita-blog&Itemid=27

Anwar, video seks dan simurtad


Sudah lihat video terbaru Anwar?

Jika belum anda boleh cari di Youtube kerana di situ macam-macam video ada.

Nak lihat video Anwar seorang diri, berdua, bertiga, berkumpulan, atau ramai-ramai?

Memanglah orang popular macam Anwar tu banyaklah video berkaitan. Tak semestinya video porno sahaja. Video ceramah agama pun Anwar ada.

Serba boleh.

Sekarang ini heboh rakyat memperkatakan isu Anwar hadir bersama Salman Rushdie dalam satu rapat.

Demang tak kesah sangat Anwar nak hadir atau tidak. Demang cuma nak tahu apa pendirian Anwar. Adakah sama seperti kenyataan pada media asing yang juga dibuat di India baru-baru ini?

Adakah kehadiran Anwar membawa kesan negatif pada ummat Islam.

Mungkin Imran Khan yang menolak untuk hadir sama mempunyai alasan tersendiri.



Lihat info berkenaan:
http://www.anwaraidc.com/?p=22762

posted from Bloggeroid

Video baru Anwar



Kecoh jugak pasal video kedua yang khabarnya sedang menanti masa untuk ditayangkan pada umum.

Kecohnya sebab ada dua kumpulan sedang bercanggah pandangan.

Kumpulan Papagomo, Parpukari dan rakan-rakan berpendapat bahawa video tersebut wajar dihebahkan pada rakyat kerana individu tersebut terlibat secara langsung dengan rakyat.

Rakyat berhak tahu!

Kumpulan kedua diketuai Tun Faisal, Anuar Reform, Panglima Perang Cyber dan blogger UMB. Mereka berpendapat pendedahan tersebut tidak membawa sebarang kesan pada pengundi.

Yang nyata percanggahan pendapat tersebut tidak membawa maksud skandal tersebut palsu. Ia cuma bertikai dari segi wajar atau tidak didedahkan.

Bagi Demang, Demang nak tau bakal pemimpin yang baru tu ok ke tidak!

Kita nak bina negara bukan boleh main lebih kurang atau ambil risiko.

Yang Demang tahu, bukan hanya musuh politik Anwar yang dalam Malaysia sahaja menyimpan video begitu. Musuh luar dah ada video begitu lebih lama. Sejak Anwar dalam belia dan jadi wakil belia Malaysia ke Amerika.

Demang ada saksi yang masih hidup.

Foto di atas ialah kenyataan Gabenor Bank Negara mengenai peningkatan ekonomi negara.

Syabas Najib.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ekonominegaradiunjurberkembang5peratus/Article

posted from Bloggeroid

Azmin adalah bukti kronisme



Akhirnya isu kronisme yang dilaung-laung Anwar sejak dipecat dapat dibuktikan.

Ia bukan sebarang bukti kerana orang yang terlibat itu adalah Anwar sendiri.

Lihat http://www.1taipingmali.com/2012/03/azmin-ali-memiliki-kekayaan-luar-biasa.html?m=1

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 21, 2012

Betapa teruknya PAS



Bayangkan, walaupun yang mengeluarkan kenyataan adalah seorang pakar dan merupakan seorang pemimpin PAS berstatus Ahli Parlimen namun kerana fakta yang dikeluarkan tidak menguntungkan parti maka ia ditolak.

Lebih lucu lagi apabila kenyataan seseorang yang tak tau hujung pangkal pula diambil kira.

Lihat kenyataan berikut:

Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, tetap dengan pendiriannya bahawa tapak loji memproses nadir bumi Lynas di Gebeng , Pahang adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.Beliau yang tidak menyetujui pendirian parti berkenaan berhubung isu Lynas, Ogos lalu berkata, beliau tetap dengan pendiriannya berdasarkan fakta dari sudut pandangan akademik."Ia adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi, bukan loji nuklear...terpulang kepada penduduk Kuantan untuk memikirkannya..Ia adalah selamat dengan pemantauan," katanya ringkas apabila ditanya mengenai Himpunan Hijau 2.0 dalam satu sidang media di sini, hari ini.Beliau, yang juga berkelayakan sebagai seorang saintis nuklear bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak akan hadir pada perhimpunan itu kerana terpaksa berurusan dengan hal keluarga di Perlis."Sesiapa sahaja dari Pas Selangor yang menyokong (himpunan), tiada masalah. ..Malah ada delegasi dari cawangan Pas Hulu Langat," katanya lagi.

Sumber:
Harakahdaily
PAS

8 bandar bergegar



Jangan bimbang. Ia hanyalah gurauan pagi Rabu.

Kalau di barat ada April Fool, di Iraq ada January Fool, February Fool, Monday Fool, etc fool.

Kebetulan ramai jugak rakyatnya yang 'bloody fool' kerana terpesona dengan hasutan pembangkang untuk menumbangkan Saddam.

Sedar tak sedar Amerika yang jadi dalangnya.

Akhirnya 'pools' bertukar menjadi 'fool'.

Sumber berita:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bomgegar8bandardiIraq/Article

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 20, 2012

PAS merayu u u u



Anak siapa ni?

Demang dapat foto di atas daripada FB seorang sahabat Demang.

Catatan dalam FB tersebut ialah PAS mohon Yayasan Terengganu supaya jangan menarik semula tajaan biasiswa ke atas para pelajar yang terlibat dengan perhimpunan 'bersih'.

Alasan yang diberikan ialah kerana mereka dari keluarga miskin dan kos kursus perubatan yang diambil sangat tinggi.

Bagi Demang, berani buat berani lah tanggung. Masa jadi pengikut Ambiga dulu tak pula fikir keluarga yang amat berharap dapat mengubah nasib mereka setelah tamat pengajian nanti.

Pada keluarga pelajar terlibat Demang nak nasihat, tak perlu lah bersedih sekarang. Mungkin ada hikmahnya.

Pada pandangan Demang pelajar yang tidak tahu mengenang jasa kerajaan yang membantu mereka belajar dari sekolah rendah hingga ke universiti bukanlah anak yang baik.

Tidak mustahil mereka akan lupa juga jasa ibu bapa apabila berjaya nanti dengan alasan:

1) memang dah jadi tanggung jawab ibu bapa membesar dan menyara anak-anak.

2) mereka jadi 'orang pandai' kerana dah ditakdirkan begitu. Ibu bapa tak ada jasa apa-apa.

Alaa, buat apa nak rayu-rayu. Tak malu ke?

posted from Bloggeroid

Lelong murah murah

Yang ni bank lelong. Hubungi Demang segera.


Yang ni Demang tak tau siapa punya. Jumpa tepi jalan. Tapi boleh juga hubungi Demang.

Haraga? Berapa-berapa pun boleh la.

posted from Bloggeroid

Monday, March 19, 2012

Anwar dan Salman Rushdie

Video seks terbaru mula disebar



Beberapa hari lalu Demang sudah menghidu perkhabaran sebuah lagi video yang dikaitkan dengan seorang pemimpin sudah berada di 'pasaran'.

Demang katakan 'di pasaran' kerana ia akan 'dibeli' oleh pelbagai pihak untuk kepentingan masing-masing.

Ada yang membelinya kerana ingin tahu, untuk keseronokan, dan ada yang akan menjadikannya sebagai senjata pemusnah di masa depan.

Bagi Demang, daripada kita susah payah dengan mengambil risiko besar mempunyai pemimpin seperti itu, lebih baik kita kekalkan yang sedia ada.

Namun, layakkah Najib jadi pemimpin?

Lihat info di...
http://pancapersada.blogspot.com/2010/05/keturunan-orang-kaya-indera-shahbandar.html?m=1

Faktor genetik tu penting, bro. Itu sebab para rasul pun diambil dalam satu jurai keturunan yang sama.

posted from Bloggeroid

Sunday, March 18, 2012

Dato Eskay hilang RM20 juta



Masih ingat tentang Dato 'T'? Dato Eskay?

Dah lupa? Sah lah, Melayu mudah lupa.

Demang beri satu lagi klu: 'video cina doll...'

Aa... Baru ingat, kan? Ok, ini cerita terbaru.

Demang dapat tahu daripada seseorang yang amat rapat dengan beliau bahawa Dato Eskay pernah 'kehilangan' RM20 juta.

'Hilang' tidak semestinya bermaksud tercicir. Kena kebas dek kawan pun dikira hilang!

Itu lah yang terjadi pada Dato Eskay beberapa tahun lalu.

Siapa 'kawan' Dato Eskay yang telah 'menyebat' duit tersebut? Bukan sikit-sikit, bro. RM20 juta! Kalau disedeqahkan pada 100 buah rumah anak yatim masing-masing akan dapat RM200 ribu!

'Kawan' Dato Eskay tersebut tak lain dan tak bukan ialah Anwar Ibrahim.

Hmm... Anwar Ibrahim lagi. Tak ada nama lain ke?

Agaknya, sebab itu lah Dato Eskay membocorkan rahsia Anwar dengan cinadoll tahun lepas.

Bukan setakat bocor malah disertakan dengan rakaman video yang telah disahkan tulen.

Sampai sekarang rakyat Malaysia masih menunggu EMPAT cabaran Datok Eskay yang perlu dijawab oleh Anwar (dan Wan Azizah):

1) Sama-sama bersumpah laknat (Dato Eskay dah buat).

2) Sama-sama lakukan ujian penipuan (Fato Eskay dah setuju dan hendaklah dibuat siaran secara langsung).

3) Nafikan ketulenan video melalui pakar luar negara (pakar berkecuali).

4) Saman Dato Eskay (dicabar berulang kali).

Susah sangat ke? Namun Anwar buat pilihan kelima iaitu bersusah payah pusing satu Malaysia untuk berceramah dengan memberitahu penyokongnya bahawa 'aku tak bersalah' dan 'itu bukan saya'.

posted from Bloggeroid

Usaha Najib menipu peneroka sebelum pilihanraya



Demang cukup hairan dengan PAS yang terlalu percaya dengan budak FELDA tak sedar diri yang kononnya memperjuangkan nasib peneroka.

Demang sendiri anak peneroka yang membesar di bawah terik mentari tanah Felda lantaran kurangnya pokok pelindung ketika di awal pembukaan tanah rancangan tersebut sekitar 1970an.

Demang merasai sendiri susah payah berjalan kaki merentas paya untuk ke sekolah dek kerana inginkan jalan pintas yang lebih dekat.

Demang dan kawan-kawan berendam dalam sungai, meredah belukar mengutip buah rotan dan menyusup di padang lalang kerana itulah sahaja keseronokan kami.

Hari ini, setelah lebih 30 tahun berlalu negara sudah mengalami terlalu banyak perubahan ekoran kemajuan pesat dunia.

Pertambahan penduduk dunia sekaligus meningkatkan permintaan terhadap bahan mentah.

Justeru ini adalah satu kesempatan untuk Felda memasuki fasa baru dan merebut peluang yang ada.

Peluang bukan sekadar ditunggu bahkan perlu dicipta. Justeru Felda kini sedang melangkah ke persada antarabangsa membuka ladang-ladang di serata dunia seperti Myamar, Indonesia, India, sehingga ke Afrika.

Pengalaman Petronas menakluki dunia akan dituruti melalui sektor perladangan pula.

Namun kenapa usaha ini hendak disabotaj dengan pelbagai alasan negatif seolah kerajaan itu tidak ada kerja lain selain daripada hendak menipu peneroka? Apa untungnya Najib untuk menipu peneroka yang akan menjadi pengundi beliau?

Siapa yang pernah mengenali secara dekat Mazlan Aliman pasti tahu apa 'jasa' budak haprak itu di Felda dulu.

Busuk, bro!

posted from Bloggeroid

Saturday, March 17, 2012

Khalid disuruh pecat setpol

Kelam kabut + kacau bilau + huru hara dsb.

Inilah akibat perjuangan tanpa asas yang jelas.

http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/03/bocor-dari-pejabat-khalid-gagap-faekah.html?m=1

posted from Bloggeroid

Beza yahudi dengan zionist



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Demang nak tanya, apa beza Yahudi dengan Zionist?

Yahudi adalah bangsanya manakala zionist adalah perjuangan mereka.

Jika demikian kita perlu siasat adakah si yahudi yang kita berurusan tersebut ada link dengan zionist.

Perlu dicatat di sini bahawa zionist bukan badan perniaagaan tetapi bagaimana mereka memperolehi dana bagi membiayai perjuangan?

Toksah nak kaleh la Pok Di.

posted from Bloggeroid

Friday, March 16, 2012

Rahsia buku jingga berwarna jingga



PENDEDAHAN UMNO Selangor bahawa Pakatan Rakyat menggunakan khidmat nasihat firma perunding yahudi, National Democratic Institute (NDI) untuk merancang strategi sesuai bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), dijangka menjadi isu besar dalam kempen pilihanraya akan datang.

Buku bertajuk ‘1001 cara untuk menjatuhkan kerajaan’ yang disediakan NDI ini mengamalkan beberapa pendekatan yang sekarang menjadi SOP dalam aktiviti berkaitan Pakatan Rakyat.

Antara pendekatan yang diunjurkan dalam buku panduan NDI ini ialah penggunaan warna-warna tertentu dalam demonstrasi/aktiviti tertentu bagi menarik perhatian rakyat. Sebab itu demonstrasi PKR sekarang amat berbeza dengan demonstrasi jalanan sekitar hujung 90-an dahulu bila warna-warna tertentu digunakan mengikut tema mengapa demonstrasi itu diadakan,

Sebagai contoh Bersih (kuning), Himpunan Hijau (Hijau) dan Hindraf (oren). Manakala bagi Seksualiti Merdeka, 4 warna asas yang melambangkan pergerakan LGBT digunakan, masih lagi berkisar tentang warna walaupun tidak ada demonstrasi.

Rakyat pastinya akan menolak tindakan Pakatan Rakyat menggunakan khidmat firma yahudi ini seperti dilihat dalam soal kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide yang ditohmahkan pembangkang sebagai sebuah firma milik Israel sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah firma Amerika Syarikat.

Tapi yang penting, jelas kelihatannya pada waktu itu, penyokong Pakatan Rakyat dan sebahagian rakyat Malaysia sangat anti dengan apa-apa yang ada hubung kait dengan yahudi, tanpa mereka sedar bahawa Pakatan Rakyatlah sebenarnya yang menggunakan khidmat perunding yahudi untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.

Sudah menjadi resam, bila yahudi terlibat dimana-mana untuk menjatuhkan kerajaan, maka hasilnya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, menggadai negara ini kepada kuasa asing yang senantiasa menanti masa yang sesuai untuk mengurangkan negara Islam dalam dunia –seterusnya mengurangkan ancaman kepada kewujudan Israel.

Fakta mengenai penggunaan firma NDI yang dikuasai yahudi ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kerana telah diakui sendiri oleh bekas pemimpin dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Zahrain dan Datuk Zulkifli Nordin. Bukti juga ada ditangan mereka, cuma menunggu masa pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim membuat penafian sebelum boleh didedahkan.

Pada waktu ini juga rakyat sudah seharusnya mampu melihat bahawa penonjolan Buku Jingga sebagai kitab rasmi untuk rujukan rakyat adalah satu divertion daripada kitab sebenar yang digunakan mereka iaitu yang disediakan oleh NDI. Penulis yakin, sebagai firma antarabangsa yang sudah lama terlibat dalam kegiatan seumpama ini, NDI turut menyediakan panduan bagaimana untuk menerajui kerajaan selepas kejatuhan kerajaan yang terdahulu, dan yakinlah, panduan ini akan selari dengan agenda besar yahudi di peringkat antarabangsa.

Kita seru dan gesa lebih ramai bekas pemimpin PKR tampil kehadapan dan membuat pendedahan yang sama untuk rakyat nilaikan siapa dia sebenarnya PR ini dan apa agenda busuk di belakang mereka.

Sudah tentu Pakatan Rakyat akan menggunakan kepetahan Anwar Ibrahim untuk menjelaskan perkara ini menggunakan bahasa yang mengelirukan, tapi percayalah, taktik itu sudah sangat senang dibaca sekarang, seperti dibuktikan dalam perbahasan di Parlimen antara Anwar dan Khairy Jamaludin pada Selasa lepas.

Ini bahayanya bila strategi terdedah, pihak lawan dah tahu macam mana nak lawan semula.

.Sumber.

posted from Bloggeroid

nasi putih, kari ayam dan bubur kacang



Kebetulan tengahari tadi makan nasi putih dengan kari kepala ikan. Bubur kacang, tak ada.

Semasa pelancaran 1 Malaysia dulu ada satu konsep yang disuakan pada kita yang barangkali ramai sudah lupa.

Itulah konsep PENERIMAAN.

Konsep penerimaan adalah bagi menggantikan konsep TOLAK ANSUR yang sudah tidak relevan.

Agak payah juga untuk menjelaskan maksud konsep penerimaan ini. Barangkali analogi berikut boleh memberi panduan.

Katakan anda memasak tiga jenis masakan iaitu nasi, kari ayam, dan bubur kacang.

Selain bahan utama iaitu beras, ayam, dan kacang hijau anda juga diberikan kari, garam, dan gula.

Bagaimanakah bahan-bahan tersebut nak anda agihkan?

Perlukah gula dimasukkan ke dalam beras atau garam dicampur bersama bubur kacang? Kalau perlu; sikit, banyak, atau sama banyak untuk setiap masakan?

Demang rasa anda sudah dapat gambaran mengenai konsep SAMARATA di situ. Yakni kita tidak mungkin menggunakan konsep samarata dalam kehidupan sebenar sebab ia bukan keadilan sebenar.

Apabila kita tidak masukkan gula dan garam ke dalam beras maka kita sudah mengamalkan konsep PENERIMAAN iaitu kita menerima hakikat bahawa nasi tidak memerlukan kedua-dua bahan tersebut.

Maka kita masukkan gula dan sedikit garam ke dalam bubur kacang dan garam serta sedikit gula ke dalam kari kerana kita MENERIMA hakikat bahawa bubur kacang dan kari ayam amat memerlukan bahan-bahan tersebut.

Apabila kita membahagi maka semua perkara perlu diambil kira dan disukat mengikut keperluan, bukan main agak-agak sahaja. Walaupun anda hebat dalam bab 'main agak-agak' namun dalam zaman sekarang ia dianggap tiada ketelusan.

Itu sebabnya Najib menolak konsep TOLAK ANSUR. Apabila satu pihak menolak maka pihak yang ditolak akan beransur mundur. Ansur punya ansur akhirnya sampai ke dinding. Apa akan jadi?

Ok, pada yang beragama Islam jom kita bersiap untuk solat Jumaat tengahari ini dan doakan yang terbaik untuk negara kita.

Bagi yang bukan Islam teruskan bekerja kuat bersama ummat Islam bagi memakmurkan negara yang kita kongsi bersama ini.

Memang kita berlainan latar belakang dan kita perlu MENERIMA kepelbagaian tersebut dengan ikhlas.

Kita bukannya ada tanahair yang lain pun untuk didiami bersama keluarga sementara menunggu tarikh mati.

posted from Bloggeroid

Dokument sulit Anwar



Bukan rahsia lagi betapa PKR akan buat apa sahaja untuk menang pilihanraya akan datang.
Justeru pendedahan berikut bukanlah sesuatu yang memeranjatkan rakyat.

Lihat;

http://www.papagomo.com/2012/03/ekslusif-dokumen-sulit-modus-fitnah-pkr.html?m=1

posted from Bloggeroid

Thursday, March 15, 2012

Noh saman kerajaan Selangor

Turut sama disaman ialah ADUN Sekinchan yang terlibat menuduh beliau melesapkan wang rakyat berjumlah RM110 juta melalui kain rentang yang dipamer di tempat umum.

Sementara itu dalam kunjungan Demang ke Selangor kelmarin Demang lihat kejayaan Pakatan yang paling ketara ialah mereka berjaya meletakkan gambar para pemimpin mereka di lokasi strategik.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/noh-saman-kerajaan-selangor-adun-sekinchan-1.32164

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 13, 2012

Pelakon perlekeh polis dan rakyat Malaysia



Malam tadi Demang layan konsert lawak di Astro. Maka wang RM15 pun bertukar tangan.

Apapun rakaman yang dibuat di Istana Budaya yang menampilkan pelawak dan 'pelawok' hebat tersebut memang menarik.

Berbaloi jugak la budak-budak U yang hadir dengan membelanjakan wang PTPTN mereka untuk tiket sehingga RM200 itu.

Bagi Demang, Johan dan Zizan memang mantap. Aflin Shauki dan Harun Salim Bachik juga tidak kurang hebatnya.

Demang tertarik dengan Harith Iskandar yang selama ini menampilkan 'lawak bodoh' rupa-rupanya ada bakat juga dalam 'One Man Show'.

Agaknya sebelum ini beliau bekerja dengan orang yang salah. Ertinya, orang lain lah yang salah.

Kemampuan Harith Iskandar berbicara terus menerus dalam pelbagai topik memang memikat. Demang dapat rasakan para penonton tak kering gusi ketawa. Tambah-tambah lagi penonton daripada Singapura.

Maklumlah, Harith Iskandar tak habis-habis memuji rakyat Singapura yang amat bertamadun. Malah orang Malaysia pun ikut ketawa apabila Harith Iskandar menyindir rakyat Malaysia yang masih terperuk dalam budaya kolot dan tidak faham undang-undang.

Nabil yang menjadi host pun ketawa terbahak-bahak. Maklumlah, sejak jadi orang terkenal ni maka kualiti diri pun dah rasa meningkat. Maka tak salah la Nabil pun ikut ketawa mendengar idolanya memperlekeh rakyat Malaysia.

Nabil perlu ketawa agar orang tahu bahawa dia faham Bahasa Inggeris. Hal ini kerana Harith Iskandar menggunakan bahasa tersebut lebih 70% dalam jenakanya.

Sambil ketawa Nabil sempat menyindir guru Bahasa Inggeris sekolah kerajaan yang dikatanya 'bagus'.

Harith Iskandar yang lebih dikenali sebagai pelakon iklan mula 'terkenal' melalui sitcom 'Jangan Ketawa' suatu ketika dulu.

Perlu diingat bahawa 'terkenal' tidak sentiasa bermaksud bagus. Di kampung Demang dulu antara individu yang amat terkenal ialah seorang pakar pecah rumah!

Kebanyakan anak muda mungkin tidak sempat menonton sitcom 'Jangan Ketawa'. Sesuai dengan tajuknya, memang kita rasa nak terajang saja sesiapa yang ketawa menonton siri tersebut.

Dalam rancangan yang Demang tonton semalam Harith Iskandar juga menyentuh tentang polis Malaysia yang pada pandangannya amat lembab, bodoh, dan bangang.

Yang Demang tidak pasti ialah, Harith Iskandar ni orang mana sebenarnya?




Foto Jezamine Lim, isteri Harith Iskandar yang diambil di http://www.ohbulan.com/gambar-jezamine-lim-isteri-harith-iskandar-berbikini-covergirl-majalah-shape/

posted from Bloggeroid

Kecelaruan gender



Beberapa hari lalu 'kita' menyambut Hari Wanita.

Demang bukan anti imansipasi wanita namun jengkel dengan sikap sesetengah pihak dan individu yang keterlaluan dalam memperjuangkan hak wanita.

Sememangnya wanita ada kedudukan istimewa dalam Islam. Allah taala bukan sahaja mentakdirkan wanita sebagai tempat bersemayamnya janin sebelum menjadi manusia sebenar bahkan melantik wanita sebagai pengasuh yang sempurna.

Kedatangan Islam banyak memperbetul semula keadaan sosial masyarakat. Wanita diberi pengiktirafan dalam rumah tangga dan dinyatakan hak-hak sebagai isteri dan bukan sebagai objek pelampias nafsu lelaki semata-mata.

Apapun, secara fitrahnya wanita tidak akan sama dengan lelaki. Menyamatarafkan wanita dengan lelaki merupakan tindakan yang menyalahi fitrah serta kejadian manusia.

Hasilnya kehebatan manusia turun setakuk ke bawah daripada sepatutnya.

Justeru Demang amat terkilan apabila ada sekolah yang melantik ketua murid daripada kalangan pelajar perempuan. Ia adalah perlanggaran hak asasi manusia yang tidak boleh dimaafkan.

Alasan bahawa tidak ada pelajar lelaki yang layak hanyalah akan menambah aras kebodohan pihak berkenaan kerana mereka sendiri yang bertanggung jawab membina bakat kepimpinan pelajar.

Sepatutnya usaha memilih, membimbing, dan melatih bakal pemimpin sudah dimulakan sejak di prasekolah.

Malangnya bahagian pentadbiran di sekolah sendiri kebanyakannya dikuasai wanita. Sudahlah begitu, memangpun majoriti guru terdiri kalangan wanita.

Makanya para guru dan wanita ini melayani pelajar lelaki sama seperti pelajar perempuan; suatu kebodohan yang sukar dimaafkan.

posted from Bloggeroid

Monday, March 12, 2012

Shahrizat letak jawatan

Ada orang yang hadapi tuduhan lagi teruk pun masih berangan nak jadi PM. Lenguh dah rakyat tunggu penafian bersumpah. Harapkan di mahkamah, asyik silap teknik je.

http://bumiyang.blogspot.com/2012/03/sah-datuk-seri-shahrizat-abdul-jalil.html?m=1

posted from Bloggeroid

Sunday, March 11, 2012

Rumah KM Melaka baru



Apa respon anda terhadap tajuk di atas?

Ali Rostam mungkin tersedak.

Mata pembangkang mungkin terbeliak.

Sebenarnya itu rumah orang kampung Demang yang baru siap. Demang ke situ semalam bagi meraikan rumah baru beliau.

Mungkin bagi sesetengah orang rumah tersebut tiada makna pada mereka. Maklumlah, bukan ada kena mengena pun.

Barangkali ada pula orang yang mempersoalkan apa perlunya membina rumah agam tersebut yang berharga kira-kira RM10 juta?

Malah agaknya ada yang cuba mempertikai sumber pendapatan tuan rumah itu termasuklah mengaitkan dengan politik atau kronisme.

Namun bagi Demang, rumah tersebut adalah bukti orang Islam juga mampu mengecap kejayaan. Setidak-tidaknya jika kita tidak berjaya, dapatlah kita tumpang berbangga.

Tidak lah sebagaimana selalu, asyik-asyik orang bukan Melayu sahaja yang kaya raya.

Lebih dari itu ia juga membuktikan kecacatan fizikal bukanlah penghalang pada kecemerlangan.

Ada seseorang berbisik pada Demang: "agak-agaknya, jika Ali Rostam ditarik ke pusat menjadi menteri, boleh tak dia jadi pengganti?"

Hmm... Demang fikir pun kalau dah Ali Rostam mahu ke pusat, molek juga kita cuba orang yang dah terbukti berjaya menggantikan beliau.

Apatah lagi orang itu memang selama ini banyak buat kebajikan dan mesra dengan rakyat bawahan.

Rasanya sedikit kecacatan fizikal bukanlah penghalang sebab kita bukan nak beliau buat kerja kasar.

posted from Bloggeroid

Saturday, March 10, 2012

Bodoh sangat ke Najib ni?

Itulah pertanyaan yang timbul dalam kepala Demang apabila membaca berita yang dikatakan 'pendedahan' oleh PKR pagi tadi.

Agak-agak la kalau nak menipu rakyat. Takkan lah dek kerana Najib baru umumkan kenaikan pendapatan kakitangan kerajaan maka PKR gelabah sangat.

Isteri Demang yang mendengar berita tersebut turut mencemik sambil berkata: "dah abis modal la PKR tu."

Rupa-rupanya Papagomo juga berfikir yang sama. Malah blogger top1 itu turut memberi contoh pembohongan PKR sebelum ini di blognya sebentar tadi.

http://www.papagomo.com/2012/03/bodoh-sangatkah-najib-razak.html?m=1

posted from Bloggeroid

Kenapa menara Teluk Intan senget ke kiri?


Menara Teluk Intan


Menara Pisa pula senget ke kanan?

rasanya tak perlulah Demang komen sebab semua orang tahu jawapannya.

posted from Bloggeroid

Surat Anwar kepada Yahudi



Sebagai pewaris ‘diari merah’, dia tahu semua urusan surat menyurat Anwar termasuk syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi luar yang dianggotai oleh bosnya itu.

Baca seterusnya...

http://www.pisau.net/2012/03/nik-nazmi-sahkan-anwar-ibrahim-minta.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&utm_campaign=Feed%3A+pisau%2FBlSP+%28PISAU.NET%29&m=1

posted from Bloggeroid

Friday, March 9, 2012

PKR kecewa tambahan 6 bilion untuk kakitangan awam



BERNAMA melaporkan Datuk Seri Najib Razak berkata, pelarasan gaji berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diumumkannya semalam berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) membabitkan peruntukan tambahan RM6 bilion. 

Perdana Menteri berkata, jumlah itu termasuk peruntukan untuk kenaikan elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).

Nampaknya tok-tok dalang dalam PKR dan DAP pasti akan meradang dengan keputusan ini memandangkan mereka mahu penjawat awam dikurangkan dan peruntukan gaji kakitangan awam yang majoritinya cucu cicit Demang Lebar Daun dikecilkan.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelarasangajibabitkanperuntukantambahanRM6bilion/Article

posted from Bloggeroid

Timbalan menteri isytihar belot daripada kerajaan



Sambil bersarapan sempat meninjau berita di Berita Harian online.

Apa cerita pagi ini? Banyak. Antaranya:

BH: Abdo Hussameddin Timbalan Menteri Minyak Syria menjadi pegawai kerajaan paling kanan pentadbiran Presiden Bashar al-Assad berpaling tadah selepas mengumumkan peletakan jawatannya yang segera disambut baik oleh pembangkang manakala Amerika Syarikat mendedahkan niat memberi bantuan bukan senjata kepada penentang Bashar.

Demang: apa nak hairan. Kat sini pun ada. Bukan timbalan menteri tapi bekas timbalan perdana menteri.

Amerika nak beri bantuan bukan senjata? Alaa... Senjata pun boleh.

BH: Abdo Hussameddin mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu video yang dihantar aktivis ke YouTube dan menyatakan langkah menteri itu menyokong pembangkang.

“Saya, jurutera Abdo Hussameddin, Timbalan Menteri Minyak mengumumkan pembelotan daripada kerajaan dan meletakkan jawatan.

“Saya menyertai revolusi penduduk yang menolak ketidakadilan dan kempen kekerasan pemerintah yang mahu menghancurkan tuntutan rakyat mendapatkan kebebasan dan harga diri,” katanya. Beliau juga mengutuk Russia dan China kerana menyokong pemerintah Syria dengan menyifatkan mereka ‘bukan sahabat rakyat Syria tetapi bersubahat membunuh penduduk.’ 

Demang: kalau Amerika dibolehkan menyokong pemberontak Syria apa pasal nak marah Rusia dan China sokong kerajaan sah di Syria?

BH: Pemimpin berusia 57 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, berkata beliau sudah bekerja selama 33 tahun dengan kerajaan dan tidak mahu mati ‘berkhidmat dengan rejim penjenayah.’ 

“Itulah sebabnya saya menyertai pihak yang benar kerana pemerintah akan membakar rumah saya, keluarga saya dan memberi alasan palsu,” katanya yang dilantik menteri pada Ogos 2009. 

Demang: kat sini pun bekas TPM kami pernah kata kerajaan nak bunuh dia. Ha ha ha.

BH: Dia juga menasihatkan rakan supaya turut sama keluar daripada kerajaan Bashar. 

Demang: kat sini bukan takat ajak malah dia nak beli 30 ahli parlimen supaya dia dapat jadi PM.

BH: Pembelotan itu segera disambut baik pemimpin pembangkang Burhan Ghalion sambil menjangka lebih ramai pegawai dan ahli politik mengambil langkah sama. 

“Saya menyambut baik tindakan menteri itu yang berpaling tadah dan menggesa semua anggota kerajaan dan pekerja meninggalkan pemerintah dan menyertai pihak yang memperjuangkan kebebasan dan harga diri. 

“Saya jangka pegawai kerajaan yang lain dan ahli politik juga akan turut sama,” kata Ghalioun, pengerusi Majlis Kebangsaan Syria. 

Demang: kat sini Karpal Sigh, Nik Aziz dan pembangkang lain pun sokong pembelot kami.

BH: Penentang Bashar terus mendapat berita baik apabila wakil khas PBB-Liga Arab, Kofi Annan membuat rayuan di Kaherah. Annan memberitahu wartawan di Kaherah, beliau menggesa penentang Syria bekerjasama dengannya bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. 

Annan berada di ibu kota Mesir untuk mengadakan rundingan dengan pegawai lain sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Kelmarin, ketua kemanusiaan PBB, Valerie Amos mengunjungi Baba Amr dekat Homs. 

Bagaimanapun, Amos dihalang memasuki kawasan di Homs yang dalam kawalan pembangkang. – AFP

Demang: Kofi Annan? Apa nak hairan, dia pun 2x5 je. Demang tak hairan langsung dengan Kofi tu sebab pagi ini pun Demang sarapan dengan Nescaffe. Lagi kow!

posted from Bloggeroid

Teknologi masa depan

Thursday, March 8, 2012

Hadiah untuk penjawat awam yg sokong kerajaan sahaja



PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain.

Sumber:
UTUSAN
Aspirasi pada 3/08/2012 04:45:00 PMKongsi

posted from Bloggeroid

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)