Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, June 29, 2012

Nik aziz nyanyi lagu dulu kini selamanya



Pengumuman Nik Aziz untuk kekal di Kelantan sebenarnya tidak ada impak apa-apa pada rakyat Kelantan sebab mereka dah biasa hidup dengan cara orang tua itu.

Bagi Demang UMNO pun tak perlu lah sibuk nak rampas Kelantan macam yang KJ buat dulu.

Cuma Demang kasihankan Hj Hadi kerana Nik Aziz akan memeningkan kepala Hj Hadi selama sepenggal lagi.

Thursday, June 28, 2012

Guan Eng bertegas DAP tolak hudud


Golongan muda yang cenderung pada perjuangan Islam terpempan dan berang dengan pendirian Lim Guan Eng yang tetap mempertahankan tindakan DAP menolak Hudud apabila pakatan pembangkang menang kelak.

Berikut adalah berita berkenaan daripada Malaysiakini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam program wacananya untuk mendekati Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu itu kepadanya.

Lim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya.

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran dan membanteras rasuah.

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.


Isu kapal salam terbongkar

Antara isu yang sering dimainkan pembangkang bagi memburukkan nama Najib ialah komisyen kapal selam.

Malah ia dikaitkan dengan satu lagi isu yang lebih besar melibatkan kes pembunuhan seorang wanita mongolia di Malaysia.

Walaupun karpal sigh yang menjadi peguam pemerhati keluarga altantuya serta bapa dan keluarga altantuya sendiri tidak pernah mengaitkan Najib dengan altantuya namun dalam diam pemimpin pembangkang membiarkan penyokong mereka bergossip seolah ia ada kaitan.

Hanya kerana kepentingan politik mereka bersekongkol dan bermain dengan fitnah besar.

Ayat asal yang dimulakan rajapetra sipengkhianat negara ialah "benarkah altantuya mencari razak baginda atau dia tersilap nama kerana Najib berbinkan razak?"

Persamaan nama 'RAZAK' menjadi permulaan fitnah yang akhirnya membawa RPK lari ke luar negara sekali lagi.

Lihat maklumat berikut pula:

http://taipingmali.blogspot.com/2012/06/fakta-isu-scorpene-dedah-pembohongan.html?m=1

Sindiket penipuan di internet

Harap tolong sebarkan segera mengenai sindiket penipuan di internet yang kembali aktif.

Sasaran: pengusaha atau pengedar produk dalam talian.

Modus operandi:
1. Berminat dengan produk dan menawarkan diri untuk menjadi pemborong/pengedar

2. Minta nombor akaun bank untuk pembayaran.

3. Mengadu terlebih bayar dan pihak bank minta wang denda.

Lihat cerita penuh di...

http://www.morha.info/2012/06/awas-penipu-di-internet-kembali.html?m=1

Wednesday, June 27, 2012

Khalid sindir anwar

Maklumat diterima bahawa ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri selangor (exco) dalam mesyuarat mereka hari telah memutuskan sebulat suara agar setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Cik Faekah Husin meletak jawatan.

Kesalahannya adalah kerana menyalahguna letter head pejabat MB untuk kepentingan ahli keluarganya. 

Demang tersenyum membaca berita di atas. Demang teringat cerita Tun Mahathir mengenai Kalid yang bukanlah 'bersih' sangat masa dalam perkhidmatan dulu.

Demang juga teringat Anwar yang mengarahkan polis menyiasat Ummi Hafilda ketika jadi TPM dan kemudian apabila hasil siasatan merugikannya maka Anwar cuba menyuruh polis menghentikan siasatan.

Adakah apabila Faekah meletak jawatan maka itu adalah isyarat untuk Anwar juga?

Sebenarnya Anwar sudah semakin merugikan pakatan pembangkang apatah lagi dengan pendedahan terbaru yang mengaitkan anwar dengan gerakan reformasi indoneaia.

Ramai orang cina yang terpaksa fikir semula sokongan terhadap anwar yang bakal merosakkan mereka.

Najib kalahkan anwar tko



Ketika bersarapan tadi pengendali warung tersebut menunjukkan saya keratan akhbar beliau bersarapan dengan DS Najib di pasar besar Melaka.

Betapa bangganya beliau. Begitu juga para pelanggan lain yang ikut teruja.

Demang katakan pada mereka, Demang tak pelik sangat dengan cara Najib sebab memang begitulah caranya sejak muda.

Pernah suatu hari penduduk kampung Demang di Jengka 8 gempar kerana beliau tiba-tiba muncul di masjid kami. Padahal ketika itu beliau sudah menjadi ahli parlimen.

Najib adalah wakil rakyat termuda dan juga memegang rekod menteri besar termuda.

Kalau ada yang mengatakan tindakan Najib mendekati rakyat sekarang kerana motif pilihanraya semata-mata maka ada dua kemungkinan samada si penuduh itu tidak mengenali Najib atau sengaja mahu memfitnah.

Saturday, June 23, 2012

Alam semulajadi jadi sendiri?



Pagi ini sekumpulan guru di Melaka melakukan aktiviti berkayak di tasik Ayer Keroh berhampiran zoo Melaka.

Maka kata seorang guru yang diketahui menyokong pembangkang:

"sebenarnya banyak tempat cantik di tempat kita ni. Tak perlu kita nak ke tempat lain."

Kata Demang dalam hati, adakah cikgu itu fikir tasik dan segala kemudahan di sini terjadi dengan sendirinya tanpa ada pihak yang merancang, membina, dan menjaganya?"

Kita selalu terlepas pandang.

Thursday, June 21, 2012

rafizi letak jawatan



Baru pagi tadi Demang menulis tajuk menanti baki terakhir pemimpin PKR meninggalkan parti serpihan itu tup-tup keluar berita ini:

KUALA LUMPUR: Pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, hari ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ketika timbul desas-desus perbalahan antara beberapa pemimpin PKR di negeri itu. 

Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya sudah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada Kerajaan Negeri atau Anwar Ibrahim,” kata Rafizi menerusi mesej Twitternya.

Beliau berkata: "Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah". 

"Saya tidak pernah tugas lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu." 

Peletakan jawatan Rafizi dikatakan menimbulkan pelbagai spekulasi kerana beberapa ahli PKR berpendapat ia mempunyai kaitan dengan perbalahan antara Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, dengan beberapa pemimpin PKR negeri. 

Selain itu, ada juga ahli PKR yang mendakwa peletakan jawatan itu mempunyai kaitan dengan perselisihan faham antara Rafizi dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, mengenai projek perintis pendidikan percuma di negeri itu. 

Bagaimanapun, Rafizi yang disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PKR pada pilihan raya umum akan datang, terus menafikan ia mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri mahupun Faekah. 

Beberapa percubaan menghubungi telefon bimbit Rafizi petang ini tidak berjawab tetapi beliau mengirimkan SMS kepada BERNAMA mengesahkan peletakan jawatannya itu untuk memberi tumpuan kepada kerja parti kerana pilihan raya semakin hampir. - BERNAMA.

Demang teringat dalam dunia selebriti apa yang mereka nafikan, itulah sebenarnya yang sedang berlaku.

Alaa... Dunia politik dengan dunia artis lebih kurang je...

Menanti kumpulan terakhir meninggalkan Anwar



Bertalu-talu Anwar Ibrahim kena balun dari pelbagai arah.

Itu yang dikatakan, berani buat berani lah tanggung.

Selain pendedahan salah guna kuasa melibatkan 3 bilion wang rakyat semasa menjadi menteri kewangan dan TPM, kelemahan peribadi yang begitu ketara makin menghimpit Anwar ke jurang maut.

Adalah lebih bijak untuk PAS menghindar dari terlibat dengan Anwar seketika bagi mengelak tercemar sama.

Dalam pada itu kerajaan Najib semakin merapatkan diri dengan rakyat melalui pelbagai program yang bakal meningkatkan kebajikan rakyat melalui aktiviti mikro dan makro.

Pagi ini dua lagi pengumuman dibuat iaitu bagi mengetengah usahawan tempatan di peringkat antarabangsa melalui MITI dan pengumuman bonus PNB kepada pelabur.

Kita tunggu apa pula muslihat Anwar selepas ini? Atau kita bakal melihat beberapa orang lagi baki pemimpin Melayu akan meninggalkan parti serpihan itu.

Tuesday, June 19, 2012

Anwar di ambang maut


KUALA LUMPUR 18 Jun - Setelah sekian lama membisu berhubung isu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk semasa menjadi Menteri Kewangan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar.

Abdul Murad yang selama ini didesak pelbagai pihak supaya tampil menjelaskan perkara tersebut selepas didedahkan media berkata, beliau memang membuat akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa sama, beliau yang dalam akuan berkanunnya mengakui membayar lebih RM120 juta kepada kroni dan organisasi tertentu atas arahan Anwar memberitahu, bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki.

"Saya dengan ini mengesahkan ada membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion yang saya percaya melibatkan Anwar.

Saya juga telah memberi keterangan yang diminta pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Isu Anwar mengawal 20 akaun induk dengan menggunakan kroni-kroninya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kembali hangat selepas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengesahkan abangnya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali memiliki kekayaan luar biasa berjumlah RM30 juta.

Kekayaan Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dipercayai ada kaitan dengan Anwar kerana ketika tahun 90-an iaitu semasa menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau yang bergaji RM2,442 sebulan sudah memiliki aset bernilai jutaan ringgit sehingga disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Malah, Abdul Murad sendiri dalam akuan berkanunnya itu secara jelas mengaitkan nama Shamsidar apabila mendakwa isteri Azmin tersebut dibayar gaji lumayan dan disediakan sebuah kereta lengkap dengan pemandu walaupun pada kebanyakan masa wanita itu tidak perlu ke tempat kerja.

Dalam akuan berkanun sama juga, beliau mendakwa Anwar telah mengarahkannya melaksanakan eksesais korporat yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni serta membersihkan hutang mereka dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan menggunakan pengaruh Bank Negara Malaysia (BNM).

Antaranya, dakwa Abdul Murad, eksesais korporat melibatkan pengambilalihan Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak yang dijual kepada Malaysia Resources Corporation Bhd. (MRCB) atas arahan Anwar sebelum menyuntik konsesi itu ke dalam Malakof Berhad.

Tuesday, June 12, 2012

3.8b komisyen kapal selam untuk siapa?


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu scorpene adalah isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh pembangkang dalam menuju pilihanraya yang akan datang.  Dalam kebanyakan isu-isu lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri kerana terlalu mudah untuk dipatahkan.  

Tetapi, apabila sesuatu isu membabitkan angka dan juga pihak luar negara seperti pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, ia akan lebih mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat.   Alasan seperti bukti tidak boleh dikemukakan kerana berada di tangan mahkamah Perancis memudahkan pembangkang mempermainkan rakyat.  

Justeru, segala tuduhan dibuat sewenang-wenang oleh mereka tanpa perlu membuktikan apa-apa. 

Memetik kata-kata Cynthia Gabriel, Penyelaras SUARAM sebelum ini, beliau menyatakan, “Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”   Jelas, jumlah yang menjadi pertikaian ialah EURO 114 juta dalam transaksi pembelian kapal selam ini. 
112090028784
Tetapi, apabila pihak kerajaan menjustifikasi jumlah itu sebagai bayaran untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan kepada syarikat Perimekar, SUARAM tiba-tiba menukar angkanya.  

Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.  Menurut SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen. 

Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terkantoi.

Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion.  Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta.  Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan. 

Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti. 

Jika benar Dato’ Seri Najib ada meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada Malaysia.  Ini kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut:  USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill. 

Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata.

Nampak benar SUARAM hanya bermain-main dengan angka untuk mengelirukan rakyat yang mungkin kurang berminat untuk menghalusi fakta dan angka.  

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuka mata dan memperincikan segala maklumat yang diterima agar tidak mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.

(artikel di atas adalah email yang Demang terima daripada seorang sahabat Demang. Oleh kerana tulisan beliau memang Demang minat maka Demang turunkan di sini tanpa sebarang perubahan).

Wednesday, June 6, 2012

Ceramah Anwar di hutan


Demang rasa jika dibuat bancian tokoh paling dibenci orang Melayu? dah tentu Anwar dengan mudah menggondol anugerah tersebut.

Kelmarin Demang di felda Jengka 8, lokasi Najib mengisytiharkan hadiah khas untuk peneroka.

Khabar terbaru yang Demang terima ialah setiap peneroka samada setuju atau tidak dengan kerajaan, samada setuju atau tidak dengan Felda Global, tetap akan diberi imbuhan.

Bagi sesetengah orang, tindakan Najib itu macam orang bodoh sebab buat apa berkongsi untung dengan orang yang terang-terang tidak mahu?

Sebenarnya Najib cerdik. Dengan pengumuman tersebut Anwar tak berani jejak kaki di felda.

Minggu lepas Anwar terpaksa buat ceramah di sebuah pekan cina dalam hutan Jengka.

Anwar berceramah di Tong Kiat! Kalau nak tahu di mana letaknya Tong Kiat, tanyalah orang Jengka.

Saturday, June 2, 2012

Sekitar himpunan pas ke putrajaya

Kalau ikut sejarah, PAS antara yang lantang mengutuk pembinaan putrajaya.

Tapi, ye lah. Sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula hati orang.

Hari ini dengan berbekal 23 kerusi daripada 222 jumlah kerusi parlimen, PAS bukan main konfiden lagi untuk menguasai putrajaya.

23 kerusi! Itupun ketika UMNO sedang sakit tenat.

Lihat liputan perhimpunan tersebut di:

http://kedahan69ers.com/?p=1802

Sebelum itu lihat surat lampiran di bawah yang mengarahkan ahli pas ke situ.

Takkan itu pun nak tiru UMNO?


Friday, June 1, 2012

Mesyuarat khas umno pas


Kira-kira jam 12.30 tengahari, hari ini bersamaan 1 jun 2012 berlangsung satu pertemuan sulit di suatu tempat rahsia.

Semua ini berlaku kerana solat jumaat pada suatu hari Jumaat.

Pada suatu hari Ketua Setan for All (KSA) mengarahkan tiga ekor setan iaitu Setan for Umno (S4U), Setan for Pas (S4P), dan Setan for PkrDap (S4PD) mengadapnya.

KS4A: hei setan bertiga, pergi kacau itu tiga orang malaun.

S4U: Yang mana satu, bos?

KS4A: engkau pergi kat budak umno tu. Bagitau dia minggu lepas dia dah ke masjid jadi minggu ni dia boleh excuse. Lagipun dia musafir.

S4U: senang punya kerja, bos. Beres dalam masa 2 minit.

S4P: gua pulak, bos?

KS4A: lu pergi kat budak Pas tu dan bagitau bahawa dia lah orang paling warak lagi prihatin. Suruh dia bagi ceramah kat orang lain supaya pergi masjid cepat-cepat dan jadikan budak umno tu sebagi contoh penghuni neraka. Kalau boleh suruh dia kutuk-kutuk sikit budak umno tu.

S4P: nak bagi diorang bergaduh ke, bos? Senang sangat tu.

KS4A: tak payah. Just semaikan rasa riak kat budak Pas tu pun dah cukup. Pelan-pelan... Lambat laun dia akan rasa hebat dan akhirnya jadi geng kita.

S4PD: gua pulak, bos? Nak buat apa kat budak PkrDap tu?

KS4A: takyah buat apa-apa. Budak tu pun memang setan macam kita.

Lebuh raya tanpa tol di kelantan


Riuh rendah puak pembangkang dengan projek impian membina lebuhraya tanpa tol di Kelantan.

Jangan salah sangka, tanpa tol bukan bermakna percuma. Belum apa-apa lagi rakyat dah diminta menderma untuk pembinaan.

Kalau dah minta duit rakyat, apa beza dengan tol? Yang lawaknya, orang yang tak guna jalan tu pun kena bagi derma. Kalau tak bagi nanti dikata tak islamik dan tak sokong jihad.

Apabila siap nanti, bagaimana dengan kos penyelenggaraan?

Mungkin kita akan lihat kereta-kereta pemimpin pembangkang diparkir di tepi jalan sementara tuannya berpeluh-peluh menebas semak dan menampal jalan yang berlubang.

Jangan hairan jika nanti ada kotak yang diletakkan di beberapa lokasi untuk derma penyelenggaraan dan baik pulih lebuhraya.

Yang mereka terlepas pandang ialah dengan adanya lebuhraya bertol maka bertambahlah peluang pekerjaan.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)