Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, September 26, 2012

Apa jawab anda?



Kasim: Cikgu, Zami menangis.
Cheguman: Zami, kenapa menangis?
Zami: Sudin pukul saya cikgu.
Cheguman: Sudin, kenapa pukul Zami?
Sudin: Talib suruh, cikgu
Cheguman: Talib, mari sini. Sekarang, saya nak awak suruh Sudin makan taik.
Talib: Sudin, pergi makan taik.
Cheguman: Sudin, kenapa tak ikut arahan Talib?
...

Monday, September 24, 2012

Jangan buang sembarangan


Ketika sedang memandu pagi semalam, tiba-tiba kelihatan seorang lelaki cuba melintas jalan dua lorong itu.

Demang sedang memandu dalam kelajuan 90km sejam di lorong kanan.

Dengan andaian lelaki itu akan terus ke seberang maka Demang menukar posisi ke lorong kiri tanpa mengurangkan kelajuan.

Eh! Tiba-tiba lelaki itu berhenti di tengah jalan, memungut sesuatu dan berpatah balik.

Mujur Demang tidak panik. Demang kembali ke lorong kanan sambil mengucap panjang.

Demang rasa lelaki itu seorang yang berhati mulia. Beliau cuba membuang sesuatu yang mengganggu jalanraya.

Memang ada hadis yang menyuruh kita membuang rintangan di jalanraya. Namun niat dan perbuatan yang baik sahaja belum cukup. Soal keselamatan juga perlu diambil kira.

Dalam perkara lain pun begitu juga. Apatah lagi dalam bernegara. Demang faham ramai yang prihatin dengan politik namun perlu diingat, niat yang baik perlu disusuli dengan tindakan yang betul.

Strategi juga perlu bijaksana. Setakat boikot Youtube dan Google 3 hari dan berarak di jalanraya, sapa nak hairan?

Kita perlu agenda yang lebih besar dari itu. Strategi yang musuh kita hanya sedar setelah mereka kalah!

Saturday, September 22, 2012

Doa najib bukan doakan najib


Terharu Demang membaca permintaan Najib agar para jemaah haji mendoakan kesejahteraan negara.

Demang percaya, dengan doa para jemaah haji nanti kita akan memperolehi pemimpin dan kerajaan yang terbaik.

Najib tak minta doakan beliau tetapi doakan negara.

Sebenarnya itulah doa rakyat Malaysia selama ini. Malah PAS juga banyak kali buat solat hajat memohon perkara yang sama terutama selepas Dr Mahathir dikatakan menganiaya Anwar Ibrahim.

Demang percaya, doa tersebut telah dimakbulkan Allah.

Dr Mahathir masih sihat dan semakin dihormati kawan dan lawan manakala Anwar tak habis-habis ditimpa masalah.

Elok lah Anwar menunaikan haji tahun depan.

Jangan boikot youtube



Ummat Islam dipersenda lagi.

Kenapa? Kerana ummat Islam bukanlah ummat yang digeruni apa lagi dikagumi.

Dulu orang kata Iraq kuat dan Saddam hebat. Nampaknya ia hanya khayalan semata-mata. Fatamorgana.

Iran juga khabarnya ada banyak senjata termasuk nukleur. Padahal cerita itu hanyalah bom jangka yang akan dijadikan alasan untuk menghancurkan Iran suatu hari nanti.

Filem dan buku yang menghina ummat Islam bukan perkara baru. Sebelum ini isu Salman Rushdi sudah meletup. Apa orang Islam boleh buat?

Setakat mengugut? Salman makin terkenal dan masih hidup hingga sekarang.

Kali ini sebuah filem dikeluarkan oleh orang kafir yang menghina Rasulullah SAW. Demang memang sedih tapi nak marah pada siapa?

Memanglah orang kafir itu musuh Islam. Apa nak dihairankan? Dalam berperang, kita tidak boleh mempertikaikan senjata pihak lawan sebaliknya usahakanlah senjata yang lebih baik.

Maka ummat Islam seluruh dunia membantah. Ada kesankah? Boleh menangkah kita?

Pagi ini Demang terima lagi mesej agar memboikot Google dan Youtube selama 3 hari!

3 hari sahaja? Apa kesannya?

Demang cuba untuk menuruti kempen tersebut namun pagi tadi apabila Demang mencari video untuk pendidikan Islam maka semua video yang disenaraikan berada dalam Youtube! Bagaimana?

Selama ini pun para ulama dan pendakwah Islam menggunakan Youtube sebagai media untuk berdakwah. Kenapa kita nak boikot saluran itu hanya kerana ia tidak menyebelahi kita dalam isu ini?

Bagi Demang boikot memboikot ini bukan strategi yang bijak. Kita perlu lebih bijaksana menggunakan ruang yang ada.

Baca semula sejarah dan lihat bagaimana Rasulullah menggunakan perjanjian Hudaibiyah yang kelihatan berat sebelah akhirnya menguntungkan dakwah Islamiyah.

Janganlah kita mudah sangat melatah dan terjerat dengan provokasi. Bahkan isu ini sebenarnya telah dijadikan bahan untuk mendapatkan 'politic miles'.

Buka semula Youtube atau apa sahaja saluran dan binalah, perbanyakkan bahan dakwah Islamiyah di dalamnya.

Tawanlah sekalian manusia agar mengESAkan Allah Taala dengan berhikmah.

Banyak kesah teladan pekerti Rasulullah yang boleh kita filemkan. Ia akan menarik minat orang lain untuk mendekati Islam.

Ia jauh lebih berfaedah berbanding BOIKOT YOUTUBE 3 HARI!

Ok lah. Demang nak cari nasyid Al-Mizan dalam Youtube kejap lagi.

Mula-mula, cari dalam Google dulu.

Tuesday, September 11, 2012

Ustaz Nasha terselamat


PAS mengambil jalan selamat dengan membiarkan isu ustaz nasha begitu sahaja.

Malah dalam mesyuarat kelmarin isu tersebut langsung tidak disentuh. Ardogan PAS berharap nama Ustaz Nasha akan lupus sendiri setelah tiada lagi jawatan dalam parti.

Pengalaman pahit akibat memecat Hasan Ali membuatkan PAS serik. Cuma setakat ini PAS belum serik dengan Karpal dan Anwar.

PAS masih berharap Karpal dapat mati cepat dan Anwar akan wasiatkan kerusi PM pada mereka bagi menebus dosa-dosa lalu.

Hikayat sibengong yang bingung


Apabila dikatakan betapa kita patut bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi maka siotak culas pun membidas dengan mengajukan berita-berita jenayah yang berlaku saban hari di Malaysia.

Agaknya mereka tidak dapat membeza antara kekacauan akibat jenayah yang sememangnya ada di mana-mana dengan huru hara akibat perseteruan politik serta perbezaan pendapat.

Nampaknya siotak negatif bukan sahaja bingung malah mereka juga bengong.

Jika anda mahu berjaya di dunia dan di akhirat eloklah dielak berkawan dengan golongan berotak pembangkang kerana mereka cenderung berfikir secara negatif.

Wednesday, September 5, 2012

Pakar sejarah sanggah isu sang saka

Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka Khamis lalu bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Menurut beliau,warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

"Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

Namun majoriti orang melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam,kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," kata beliau.

Menurut beliau lagi, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya.

Bagi Demang, tidak salah memberi cadangan. Demang juga berpendapat tidak mengapa mencadangkan semula idea yang pernah ditolak.

Namun ada beberapa perkara perlu diingat, antaranya:

Adakah kita benar-benar faham kebaikan cadangan tersebut dan sedar implikasinya?

Melihat pada keadaan Indonesia hari ini yang gagal menjaga kepentingan majoriti rakyatnya serta kekalutan politik mereka maka Demang fikir inilah hikmah datuk nenek kita menolak idea Indonesia Raya dulu.

Seperkara lagi, dalam kita nemberi cadangan elakkan daripada memperlihat kejahilan diri sendiri.


UMNO upah

KUALA LUMPUR, 4 Sept — Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak menolak kemungkinan individu yang memijak potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tersebut diupah oleh Umno demi untuk dijadikan sebab untuk menghentam Pakatan Rakyat (PR).

Nampak sangat orang PKR dah tak ada idea. Saat kehancuran semakin tiba dan ketua-ketua suku mereka menggelepar dan serba bingung.

Ada yang masih bermimpi bahawa sekarang masih di tahun 1999 iaitu internet baru diperkenalkan.

Sekarang sudah 2012 iaitu zaman orang melihat realiti, dan tidak lagi mimpi di siang hari.

Bahkan rakyat pun tak ada masa nak melayan mimpi-mimpi pembangkang tersebut.


Monday, September 3, 2012

Kanak kanak pakar sejarah ditemui

“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.

Itulah kenyataan budak-budak yang rasa hebat dan mendakwa tahu sejarah.

Oh ya. Siapa lantik mereka 'mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab...?'

Inilah masalahnya apabila semua nak bercakap. Yang tak berapa tahu pun berlagak macam pakar. Baru ada blog dah rasa hebat sangat. Baru baca dua tiga blog tentang sejarah dah rasa nak tulis semula sejarah!

Jangan-jangan sejarah nama sendiri pun tak berapa tahu!

Akhirnya timbullah macam-macam hal seperti yang berlaku di Selangor apabila Sultan Selangor tidak dijemput ke majlis rasmi sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri.

Kalau perkara asas pun tak tahu macamana nak buat perkara besar?


Sunday, September 2, 2012

Sultan Selangor pertikai kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.

Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar (gambar) tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.

"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar  yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.

"Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."


Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)