Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    6 hours ago

Friday, November 30, 2012

Duit siapa ni?



Tahniah pada kerajaan PKR Selangor kerana menyebarkan secara percuma buletin ke setiap rumah di negeri tersebut.

Melalui edaran tersebut dapatlah Khalid berkempen di situ.

Selain itu para kroni pun boleh tumpang cari makan.

Nampaknya mana-mana parti pun sama sahaja.

Yang marah-marah ialah yang tak merasa.

Yang terus kena tipu ialah rakyat jelata.

100 pembohongan PAS cawangan Anwar





Demang terjumpa buku cabuk ini di belakang rumah.

Tempat paling sesuai buku tersebut ialah di lubang sampah.

Thursday, November 29, 2012

Kesah sebuah gunung


Di hujung sebuah desa terdapat sebuah gunung yang agak tinggi. Ia bukan sahaja mengawan bahkan menawan sesiapa yang memandang.

Maka ramai lah yang ingin mendaki kerana terpikat dengan keindahan puncaknya. Alangkah seronoknya dapat melihat pemandangan dari situ.

Nama pun gunung maka lebih ramai yang hanya mampu menyimpan impian berbanding yang berjaya mendaki. Malah yang gagal sekerat jalan pun tidak kurang ramainya.

Apapun, saban hari ada sahaja yang mencuba. Ada yang bertangan kosong dan ada juga yang membawa pelbagai alatan.

Bukan sedikit yang jatuh, cedera bahkan ada yang terkorban namun aktiviti pendakian tidak pernah surut.

Pernah pihak tertentu mencadangkan gunung itu dipagar agar tiada siapa boleh mendaki namun ramai pula yang membantah.

Ada pula cadangan agar setiap pendaki diwajibkan memohon permit serta disaring namun terdapat bantahan kerana bertentangan dengan hak asasi dan kebebasan manusia.

Pada suatu hari sebuah konsultan datang ke kampung tersebut dan menganjurkan kursus pendakian berkesan.

Konsultan tersebut memberitahu bahawa ada banyak jalan untuk ke puncak.

Yang dekat, tapi curam.
Yang landai, jauh berliku pula.

Yang jelas, tiada jalan pintas untuk tiba di puncak.

Para pendaki merungut sesama sendiri dan ramai yang kecewa serta membatalkan impian. Apatah lagi yuran kelas mendaki agak mahal.

Namun ada di antara pendaki yang bersemangat kental. Mereka tidak peduli walau terpaksa bermodal untuk belajar.

Mereka sedar bahawa untuk sampai ke puncak bukan perkara mudah namun ia tidak mustahil.

(Foto gunung senyum ehsan jazaldn.com)

Wednesday, November 28, 2012

Harga gula naik


Barang lain pun naik harga!

Itulah pembohongan terbesar.

Berapa kenaikan harga gula? 10 sen? 50 sen? 100 sen? 500 sen?

Berapa kilogram penggunaan gula setiap keluarga? 1 kg sebulan? 5 kg sebulan? 20 kg sebulan?

Cuba lihat di meja sebelah anda. Ada sekeluarga sedang menjamu selera. Lihat handphone mereka. Lihat gadjet telekomunikasi anak-anaknya. Ipad? Ipod?

Lihat aksesori isterinya.

Lihat pula kereta mereka. Estima? Alphard? Berapa buah kereta mereka?

Nah! Mereka itulah yang sebenarnya penaik harga barang di pasaran. Keinginan mereka memiliki pelbagai barang mewah buatan luar negara menyebabkan semua harga meningkat mendadak.

Oh ya. Mereka bukan peniaga. Mereka adalah penjawat awam dan kakitangan swasta yang bergaji sekitar 4-5 angka sebulan dan setiap tahun menagih kenaikan gaji atas alasan barang naik!

Keinginan tanpa batasan dengan nafsu luar biasa mereka menyeronokkan para peniaga dan pengeluar.

Berapa harga nasi goreng sepinggan di kedai Tomyam atau restauran mamak?

Golongan menengah yang sentiasa kesempitan wang itu tidak pernah serik walaupun mulut tidak henti merungut.

Harga petrol naik 20 sen.

Mereka membantah.

Dalam pada itu handphone terkini dibeli lagi. Anak-anak merengek gadjet terbaru. Isteri menambah aksesori dan menagih janji pelancongan ke luar negara.

Kereta ditukar dan ditambah. Belum puas lagi? Beli pula motorsikal besar.

Berapa buah rumah yang mereka miliki?

Sempit lagi? Alasan paling mudah ialah gula naik harga. Kerajaan zalim.

Tahun depan minta perubahan gaji lagi. Jika tidak, undi akan beralih arah.

Mereka inilah parasit sebenar kecuali yang tidak lupa bersedeqah dan berzakat fitrah.

Tuesday, November 27, 2012


Susah lah kalau terlalu pentingkan bangsa sendiri dan tak reti nak bertolak ansur.

Demang lihat pemimpin cina yang dulu-dulu amat memahami erti muhibbah dan saling memberi dan menerima.

Masalahnya pemimpin cina sekarang menganggap datuk nenek mereka bodoh kerana mematuhi persefahaman dengan orang melayu.

Demang nak bagitau pada orang PAS yang tak berapa nak faham maksud assobiyah bahawa assobiayah yang haram ialah yang mengambil hak kaum lain untuk diberi kepada kaum sendiri.

Di Malaysia, kita beri sebahagian hak kita kepada kaum lain.

Assobiyah ke tu?

Monday, November 26, 2012

Punca profesor itu sokong pembangkang


Pada suatu ketika ada yang mempertikai UMNO menyisihkan golongan profesional dengan menafikan hak mereka untuk menjadi ahli UMNO atau jika diterima pun tidak dipilih sebagai pemimpin.

Benarkah? Ada yang betul tapi ada juga yang menumpang alasan.

Maksud Demang ialah ada golongan profesional yang jadi kera sumbang. Maklumlah, sejak kecil tak keluar rumah. Umur 13 tahun tinggal di asrama penuh, kemudian ke universiti dan ke luar negara.

Kenduri kendara tak pernah pergi, apatah lagi jika ada kematian atau jiran masuk hospital.

Apabila ada gotong royong atau program kampung, langsung tak nampak muka.

Kemudian ada hati nak jadi pemimpin. Apabila ditolak, mula lah reka macam-macam alasan. Antaranya, mereka jadi mangsa konspirasi!

Ye lah. Takkan lah nak ngaku kelemahan diri!

Golongan ini pandai bercakap. Maklumlah, banyak baca buku termasuk komunis dan sosialis. Buku liberalism memang tak asing pada mereka.

Mereka juga kaya dengan teori yang penulis buku itu pun tak mampu nak laksanakan.

Spesis begitu dengan mudah menarik perhatian orang muda yang melihat dunia seperti menggunakan formula matematik.

Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh parti penbangkang. Sebagai umpan, mereka dijanjikan peluang menjadi calon pilihanraya.

Maka seronok dan banggalah mereka. Selama ini tidak pernah dicadangkan menjadi pemimpin kini menerima tawaran menjadi calon.

Ditakdirkan mereka menang, maka meranalah pengundi kerana YB mereka serba canggung dan serba tidak tahu.

Sunday, November 25, 2012

Masih ada yang benci



Semasa bersarapan di pagi Ahad di warung bawah pejabat Demang, terdengar perbualan dari meja sebelah.

Tidak banyak yang Demang ikuti namun secara kasar ia berkisar rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Apabila Demang sebut kerajaan maka janganlah dilihat pada pucuk pimpinan teratas sahaja. Jentera kerajaan itu sangat luas.

Guru Besar pun sebahagian jentera kerajaan!

Rasa tidak puas hati tersebut berkisar pada sikap saki baki pemimpin yang masih ketinggalan zaman dalam bab perkhidmatan cemerlang.

Demang sendiri mencadangkan spesis begitu dilenyapkan.

Cuma dalam kita membuat penilaian harus dikenalpasti antara persepsi dan realiti.

Mengadili dan menghakimi bukan tanggungjawab enteng. Justeru ia tidak boleh diserah bulat-bulat pada khalayak ramai hatta rakyat jelata sebelum info secukupnya disampaikan.

Namun dalam tuntutan demokrasi, itulah yang sedang kita lakukan. Maka kita harus ada plan kedua (backup).

Demang rasa pemimpin pertengahan memang perlu memahami benar-benar maksud 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' kerana di situlah undi penentu.

Kita memang tidak mampu memenuhi kehendak setiap manusia namun keperluan majoriti perlu dilayani seadil yang mungkin.

Dalam pada itu gangguan-gangguan yang berlebihan seperti yang dicetuskan pelampau Anwarisme perlu ditangani bersama peruntukan undang-undang.

Jika tidak, ia adalah satu kezaliman pada rakyat jelata.

Saturday, November 24, 2012

DAP marah hujan


Walaupun dalam karikatur di atas orang itu melompat gembira namun DAP berduka.

Isu air Selangor adalah peluru bagi membunuh SYABAS yang dimiliki syarikat bumiputra. Ia adalah satu lagi agenda DAP menggunakan orang Melayu sendiri sebagai snipper.

Ia adalah strategi lama tapi masih ampuh iaitu teori 'menebang pohon yang besar menggunakan dahan pohon itu sendiri'.

Friday, November 23, 2012

Negara Islam



Istana mana ni?

Ia adalah kompleks yang bakal menjadi Universiti Perubatan Islam, lanjutan daripada sekolah ulul albab Imtiaz yang diasaskan Idris Jusuh.

Walaupun beliau tidak lagi menjadi menteri besar Terngganu namun masih sangat aktif menangungi program imtiaz.

Demang menemui beliau awal tahun lalu dan beliau menyampaikan azam untuk menjadikan imtiaz sebagai pusat pengajian terbaik di dunia.

Terbaik? Ya, jika Harvard melahirkan jurutera maka Imtiaz melahirkan jurutera berstatus al-hafiz.

Itu pun ada orang kata UMNO tak Islam!

Anwar kata PAS bengong



Betul lah kata orang, dalam politik betul atau salah bukan penentu kebenaran. Yang penting ialah SIAPA.

Jika rakan, maka semuanya molek dan betul sebaliknya jika pihak lawan, maka semuanya tidak betul.

Dalam politik juga tiada kawan atau lawan yang kekal.

Thursday, November 22, 2012

Doa pas vs doa sepatutnya



Kerajaan UMNO takkan bina UIA (dan lain-lain) kalau taknak hudud dilaksanakan sebab apabila intelektual muslim berjaya dikeluarkan dari situ sudah tentu mereka akan membina sebuah negara Islam.

Kerajaan kita praktikal, bukan sekadar retorik atau omong kosong.

Saturday, November 17, 2012

Ingatkan aku paling besar


Kalian kenal aku?

Tentulah kenal sebab aku bukan sahaja amat terkenal bahkan amat berkuasa.

Ada orang kata aku lah yang paling berkuasa di dunia ini.

Contohnya pada suatu hari aku ketemu seorang budak menangis kelaparan. Dia mengadu tidak ada sesiapa sudi membantunya.

Dia menemuiku dan membawaku ke sebuah restauran terkemuka. Sebaik sahaja pengurus restauran itu melihatku, budak itu mendapat layanan seperti anak raja.

Pada suatu ketika yang lain aku bertemu seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang gadis.

Lelaki duda berusia 54 tahun itu membawaku menemui keluarga si gadis. Tidak lama kemudian mereka diraikan dalam suatu majlis perkahwinan yang gilang gemilang dengan hantaran RM999,999.99.

Aku ada pengalaman yang lebih hebat lagi.

Pada suatu hari seorang lelaki telah ditangkap kerana mengedar dadah. Jika sabit kesalahan maka ia akan dihukum gantung sampai mati.

Keluarga lelaki itu membawaku menemui peguambela paling hebat. Tidak cukup dengan itu mereka membawaku bertemu hakim yang terbabit secara sulit.

Lelaki yang sepatutnya mati itu kini telah pun dibebaskan!

Ada juga kesah yang kejam. Aku dipertemu dengan seseorang pembunuh upahan. Aku pun bertukar tuan lagi. Keesokan harinya seorang lelaki ditemui mati dan aku pasti; aku lah juga penyebabnya.

Bukankah itu membuktikan aku amat berkuasa?

Baru-baru ini seseorang menemuiku. Tak perlulah kunyatakan lelaki atau perempuan.

Dia membawaku ke sebuah kedai alat komunikasi. Setelah berunding maka aku diserahkan kepada pemilik kedai dan orang itu pulang ke rumah dengan hati yang puas.

Beberapa bulan kemudian dia mencariku lagi. Dibawanya lagi ke kedai alat telekomunikasi yang lain pula. Aku dipertaruhkan dan orang itu tersenyum gembira mendapat telefon dengan aplikasi terkini.

Sekarang kulihat orang itu kembali gelisah. Sudah beberapa kali dia membelek-belek iklan telefon baru yang amat canggih. Aku tahu, dalam masa yang terdekat ini dia pasti akan membawaku ke mana-mana kedai yang sesuai dan aku akan bertukar tangan lagi.

Kini keyakinanku terhadap kehebatanku sudah tergugat. Nampaknya aku bukanlah yang paling besar atau paling hebat. Ada yang lebih kuat dari aku.

Kalian sudah tahu siapa aku? Ya, akulah yang digelar WANG dan kini aku sedar bahawa ada yang lebih berkuasa daripada aku di dunia ini.

Ku akui kini bahawa nafsu dan keinginan manusia jauh lebih hebat daripada aku. Nafsu dan keinginan manusia lah yang membuatkan aku terpaksa bertukar pemilik saban waktu.

Monday, November 12, 2012

Bakar kelambu


Demang singgah di masjid Selayang tadi sementara menanti seorang saudara membuat pemeriksaan di hospital berdekatan.

Nampaknya ejekan pembangkang bahawa pelbagai agensi digunakan kerajaan UMNO untuk kempen politik, jadi 2x5 sahaja lah.

Di semua papan kenyataan masjid tersebut tertampal pelbagai isu politik bagi mempengaruhi rakyat agar terus percaya pada kerajaan yang memerintah.

Demang rasa jika setakat itu tidak ada salahnya walaupun sebelum ini pembangkang mengeji perbuatan tersebut.

Cuma Demang amat terkilan apabila kerajaan Khalid dalam usaha mencari alasan isu air akhirnya membuat kesimpulan bahawa masalah air di Selangor adalah semata-mata salah SYABAS.

Antara sebabnya dikatakan 'air tanpa hasil' yang amat tinggi.

Adakah apabila orang ramai mencuri air, SYABAS pula dipersalahkan?

Demang hairan, kenapa apabila sesebuah syarikat besar itu milik orang Islam maka seboleh mungkin akan dimusnahkan?

Lebih hairan lagi apabila pekerja SYABAS sendiri menyokong PKR sedangkan periuk nasi mereka sedang dicurah pasir.

Agaknya mereka fikir, aku peduli apa? Selama ini TS kaya raya, aku kuli sahaja. Biar padan muka. Aku boleh kerja di tempat lain!

Mereka tidak sedar betapa merwka sedang membakar kelambu. Mereka tidak perasan bahawa dengan adanya syarikat Islam lah tabung zakat dapat dipenuhi.

Saturday, November 10, 2012

Masjid solat Jumaat 2 minggu sekali


Masjid Kampung Hulu Melaka 1728

Hajat semalam nak solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu iaitu masjid pertama yang dibina selepas kesultanan Melaka tumbang di tangan Portugis.

Namun dari jauh lagi Demang lihat arus orang ramai tidak menghala ke situ. Masjid yang dibina pada 1728 masihi di zaman Belanda itu kosong tidak berorang meskipun waktu zohor sudah masuk.

Sudah lama Demang ingin solat di masjid binaan seorang cina muslim itu. Menurut catatan sejarah itulah masjid tertua di Malaysia dan masih berada pada tapak asalnya.

Portugis yang menakluki Melaka 1511 telah meruntuhkan semua masjid dan tidak membenarkan pembinaan masjid baru semasa mereka berkuasa.

Begitulah nasib jika kuasa berada pada orang lain.

Berbalik pada urusan solat tadi, rupa-rupanya pada minggu ini Masjid Kampung Hulu tidak mengadakan solat Jumaat.

Kenapa? Bukankah solat Jumaat wajib diadakan setiap minggu dan bukannya dua minggu sekali?

Mujur Demang faham situasi. Maka Demang terus menyertai pergerakan orang ramai yang berjalan kaki menuju ke sebuah lagi masjid kira-kira 300 meter dari situ.

Itulah Masjid Kampung Kling, sebuah lagi masjid tua yang dibina pada tahun masihi 1748.

Oleh kerana jarak kedua-dua buah masjid terlalu begitu dekat maka solat Jumaat di kawasan itu dilakukan bergilir-gilir di masjid-masjid tersebut.

Namun masjid ini sudah banyak berubah. Binaan asalnya diperbuat daripada kayu namun pada 1872 ia dibina semula menggunakan bahan batu.

Seni binanya menampakkan pengaruh Sumatera, China, dan Melaka.

Kebetulan ketika hari itu ada pihak yang melakukan rakaman video termasuk bacaan khutbah.

Demang pun tak pula menyiasat atau bertanya tujuan mereka.


Masjid Kampung Kling Melaka 1748

Masjid solat jumaat 2 minggu sekali


Masjid Kampung Hulu Melaka


Masjid Kampung Kling Melaka

Hajat semalam nak solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu iaitu masjid pertama yang dibina selepas kesultanan Melaka tumbang di tangan Portugis.

Namun dari jauh lagi Demang lihat arus orang ramai tidak menghala ke situ. Masjid yang dibina pada 1728 masihi di zaman Belanda itu kosong tidak berorang meskipun waktu zohor sudah masuk.

Sudah lama Demang ingin solat di masjid binaan seorang cina muslim itu. Menurut catatan sejarah itulah masjid tertua di Malaysia dan masih berada pada tapak asalnya.

Portugis yang menakluki Melaka 1511 telah meruntuhkan semua masjid dan tidak membenarkan pembinaan masjid baru semasa mereka berkuasa.

Begitulah nasib jika kuasa berada pada orang lain.

Berbalik pada urusan solat tadi, rupa-rupanya pada minggu ini Masjid Kampung Hulu tidak mengadakan solat Jumaat.

Kenapa? Bukankah solat Jumaat wajib diadakan setiap minggu dan bukannya dua minggu sekali?

Mujur Demang faham situasi. Maka Demang terus menyertai pergerakan orang ramai yang berjalan kaki menuju ke sebuah lagi masjid kira-kira 300 meter dari situ.

Itulah Masjid Kampung Kling, sebuah lagi masjid tua yang dibina pada tahun masihi 1748.

Oleh kerana jarak kedua-dua buah masjid terlalu begitu dekat maka solat Jumaat di kawasan itu dilakukan bergilir-gilir di masjid-masjid tersebut.

Namun masjid ini sudah banyak berubah. Binaan asalnya diperbuat daripada kayu namun pada 1872 ia dibina semula menggunakan bahan batu.

Seni binanya menampakkan pengaruh Sumatera, China, dan Melaka.

Kebetulan ketika hari itu ada pihak yang melakukan rakaman video termasuk bacaan khutbah.

Demang pun tak pula menyiasat atau bertanya tujuan mereka.

Thursday, November 8, 2012

Banyak persoalan kini terungkap

Malaysia diiktiraf lagi



Berita Harian pagi ini menyiarkan satu lagi pengiktirafan dunia terhadap Malaysia.

Mungkin akan ada yang katavapa perlunya pengiktirafan tersebut?

Bagi Demang ia perlu memandangkan masih ada rakyat yang 'melihat rumput di seberang lebih hijau.'

Sesekali kita perlu melihat rumah kita dari luar.

Wednesday, November 7, 2012

Pelingkup Koperasi


Bulan lepas Demang mengisi borang untuk menjadi ahli sebuah koperasi yang baru ditubuh.

Oleh kerana rakan baik Demang yang menganjurnya maka Demang fikir apa salahnya Demang jadi ahli serta ahli lembaga sebagai satu sokongan.

Semalam Demang terima pula satu jemputan bagi bersama-sama menubuhkan sebuah koperasi yang dijangka lebih besar di peringkat nasional.

Insya-Allah Demang akan ke KL Ahad ini untuk itu. Paginya Demang terlibat dengan satu program lain di Melaka.

Demang cuba bersikap optimis terhadap koperasi walaupun pengalaman lalu tidak banyak membantu perasaan itu.

Demang lihat ada dua fenomena yang sering melanda banyak koperasi. Demang katakan 'banyak' dan bukannya 'kebanyakan'.

Pertama, apabila koperasi tersebut lemah, maka akan adalah individu tertentu yang mula mempengaruhi ahli lain agar pengerusinya dipecat.

Kedua, jika koperasi itu berjaya maka ada pula yang akan mempromosi dirinya agar dapat menggantikan pengerusi sedia ada!

Apabila Demang beritahu sahabat Demang iaitu Blogger Isac- Bumiyang pandangan Demang ini, beliau segera menunjukkan kes yang menimpa Profesor Ungku Aziz sebagai contoh.

Ya. Profesor yang dianggap Bapa Koperasi Malaysia pun disingkir! Bagus sungguh mentaliti rakyat Malaysia. Bagus dari segi bangang.

Kenapa kita hanya mampu berfikir sebodoh itu dalam usaha mencari yang terbaik! Kenapa perlu mengambil alih kuasa untuk memberi sumbangan?

Kenapa kita tidak mencari formula untuk saling bekerjasama sesuai dengan konsep KOPERASI?

Bernegara pun begitu juga. Adakah kalau tak jadi PM maka seseorang itu tidak boleh memberi sumbangan? Adakah selama ini PM Malaysia membuat keputusan seorang diri?

Salah faham begitulah yang menyebabkan masih ada yang menyangka Tun Dr M yang memecat Anwar Ibrahim padahal Anwar disingkir melalui mesyuarat khas dan Anwar diberi peluang secukupnya untuk membela diri sebelum keputusan dibuat.

Bukan tidak ada pemimpin yang cuba membela. Contohnya Dr Affifudin berucap untuk membela Anwar namun hujah beliau tidak cukup untuk mempertahankan kesalahan Anwar.

Bukan taknak pertahankan Anwar tapi memang dah tak boleh disimpan lagi.

Yang tahu, tahu le...

Tukar atau tutup terus


Pagi ini kali kedua pemilik bangunan menelefon Demang.

Ia bukan berkenaan ofis yang Demang sewa sebaliknya kedai runcit di tingkat bawah yang nampaknya terpaksa berundur.

Kenapa ya? Baru dua bulan kedai runcit itu bertukar kepada TUKAR. Nampaknya ia benar-benar akan berTUKAR!

Nampaknya walau apapun yang hendak ditukar, minda individu itu sendiri yang terlebih dahulu perlu ditukar. Menukar sistem hanya akan lebih menolak ke bawah.

Benarkah dengan menukar kerajaan nasib orang Melayu akan berubah? Adakah rendahnya pencapaian ekonomi (perniagaan) orang Melayu kerana termanja dek subsidi dan sebagainya?

Atau kerana terdapat penyelewengan di peringkat pelaksana yang tidak amanah?

Baru-baru ini Demang berbual dengan seorang sahabat yang telah lama tidak bertemu. Hampir 20 tahun.

Beliau juga seorang pegawai kerajaan dan isterinya pernah mengusahakan kedai dobi.

Demang amat terkejut apabila beliau memberitahu bahawa pegawai yang menguruskan dobi di sebuah kem PLKN meminta beliau menulis bil sebanyak RM10 ribu sedangkan bayaran sebenar tidak lebih RM4 ribu!

Itu belum dikira lagi 'pow' pada waktu lain seperti musim perayaan, 'buka sekolah' dan sebagainya.

Siapa nak kita salahkan?

Namun ada antara pegawai kerajaan yang begitu lah sibuk menghentam kerajaan dan berkempen untuk menukarkan kerajaan.

Demang tak kata kerajaan sedia ada cukup sempurna dan tidak perlu ditukar sampai bila-bila.

Namun jangan sampai kita tersilap tukar kepada yang lebih teruk.

Friday, November 2, 2012

Masjid selat



Masjid kampung Demang masih dalam pembinaan. Hari ini Demang singgah solat di masjid Selat Melaka.

Suatu ketika dulu ada juga yang kata masjid ini buat merugikan duit rakyat sahaja.

Namun hari ini Demang lihat jemaahnya penuh hingga jalan keluar sesak. Terpaksa parking agak jauh dan berjalan kaki ke sini.

Demang rasa orang yang kata begitu mungkin tali barut DAP atau sebab dia tak dapat tender buat masjid ini.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)