Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, January 19, 2013

Selesaikah isu kalimah Allah?


"Tuhan Alah boleh tolong" kata seorang apek pada kawan Demang semasa Demang remaja dulu.

Rakan tersebut seronok bercampur kagum mendengar kata-kata tersebut.

"Apek tu pun percaya pada Allah." komen teman sebaya Demang itu.

Dalam kesah lain, seorang wanita yang risau suaminya curang telah menemui seorang sami siam.

Setelah berbual maka sami tersebut pun tahu bahawa wanita itu adalah jiran datuk Demang.

Maka kata sami itu:

"awat tak minta tolong dengan ustaz hamid aja? Kawan sekolah aku dulu tu. Dia boleh minta doa. Tuhan dia nombor satu. Tuhan aku nombor dua."

Ustaz Hamid yang dimaksudkan ialah pengasas minyak morhabshi dan kesah tersebut diceritakan sendiri oleh beliau pada Demang beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia. (alfatehah).

Ketika Demang mengambil kertas Tamadun Islam & Tamadun Asia di universiti, kami juga belajar tentang agama lain termasuk Hindu. Antara yang disebut oleh pensyarah ialah peringkat tertinggi dalam agama tersebut turut mengakui tuhan hanya satu.

Demang perturunkan 3 kesah di atas ketika isu 'penggunaan kalimah Allah boleh digunakan penganut agama lain' sedang mereda.

Demang anggap ia sudah hampir selesai berikutan ketetapan Majlis Syura PAS bahawa penggunaan kalimah Allah bagi merujuk tuhan agama lain tidak dibenarkan.

Apa kaitan dengan tiga kesah tadi? Barangkali ia tiada kaitan secara langsung kerana yang tadi berkaitan kekuasaan Allah manakala isu sekarang berkaitan perkongsian nama tuhan.

Sebenarnya dari segi iktikad atau tanggapan, sesiapa sahaja berhak mengatakan bahawa Allah adalah tuhan mereka walaupun mereka tidak mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Masalah yang timbul sekarang ialah nama tuhan agama lain dan pemahamannya hendak ditoleransikan bagi menimbul tanggapan tuhan mereka sama dengan tuhan orang Islam.

Isu ini bukanlah kerisauan tanpa sebab. Sudah ada usaha untuk menyebarkan kristian kepada anak-anak ummat Islam melalui penggunaan kalimah Allah secara wewenang.

Salah satu modus operandi misionari kristian ialah mengedarkan bahan bercetak mengandungi kesah teladan yang menarik minat anak-anak. Di situ dimasukkan nama Allah menyebabkan anak-anak menyangka ia adalah keluaran pihak Islam. Di celah-celah itulah diselitkan pemesongan-pemesongan yang sukar dikesan.

Pentingnya keputusan PAS dalam isu ini ialah kerana agak ramai penyokong parti tersebut sudah mula berfikir secara liberal tentang akidah dan ketuhanan. Lihat sahaja di FB dan blog mereka.

Bimbang nanti akan ada pula yang menganggap semua agama sama sahaja sebab mempunyai tuhan yang satu iaitu Allah.

Fahaman ini jika bergabung dengan ajaran syiah yang mencurigai kerasulan Muhammad SAW akan merosakkan terus akidah ummat Islam.

Cuma perlu kita sedar ialah larangan penggunaan nama Allah dalam bahan bercetak tidak sesukar cabaran di internet.

Jika mahu risau, risau lah sekarang.

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)