Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, February 25, 2013

Kisah pendayung dengan raja



Minggu lepas Demang terjumpa sebuah buku cerita kanak-kanak. Lebih tepat lagi, cerita rakyat Thailand.

Ceritanya begini:

Pada suatu hari raja dan beberapa menterinya mudik di sebatang sungai dalam sebuah perahu.

Setelah beberapa ketika dalam pelayaran tersebut semua menteri telah tertidur.

Para pendayung yang melihat hal tersebut merasa jengkel lalu merungut sesama mereka.

"Tidur aje. Bukannya nak tolong dayung sama-sama." kata salah seorang daripada mereka.

Raja mendengar sungutan tersebut. Seketika kemudian, baginda memanggil pendayung yang merungut itu dan berkata:

"Beta dengar ada bunyi bising di tebing situ. Cuba kamu periksa." titah raja.

Si pendayung segera naik ke tebing untuk menyiasat. Seketika kemudian dia kembali dan memberitahu raja:

"Ada anak anjing, tuanku."

"Berapa ekor anak anjing itu?" tanya raja.

Si pendayung terpaksa naik ke tebing semula dan tidak lama kemudian dia kembali mengadap raja:

"Ada empat ekor, tuanku."

"Berapa ekor jantan dan berapa ekor betina?" tanya raja lagi.

Sekali lagi si pendayung terpaksa naik ke tebing.

"Dua ekor jantan dan dua ekor betina, tuanku." dia memberitahu raja sambil menahan lelah.

Raja mengejutkan salah seorang menteri dan bertitah:

"Ada bunyi bising di tebing tu. Pergilah siasat."

Menteri tersebut naik ke darat dan tidak lama kemudian beliau kembali.

"Beritahu beta apa yang kamu lihat?" raja bertitah.

"Patik dapati ada empat ekor anak anjing. Dua ekor jantan dan dua ekor betina. Patik cuba tinjau jika ada induknya di sekitar namun tiada. Pada pendapat patik anak-anak anjing tersebut bukan berasal dari situ sebaliknya ditinggalkan orang di situ. Itulah sebabnya mereka membuat bising kerana kehilangan induk dan juga lapar."

Raja berpaling kepada para pendayung. Baginda tersenyum sambil bertitah:

"......"

Demang tamatkan cerita ini begitu sahaja sebab Demang percaya anda tentu dapat mengagak apakah yang dititahkan raja tersebut.

4 comments:

Anonymous said...

Raja pun bertitah, "Tu la bezanya orang yang ada SPM dengan yang takda.."

YB Raz said...

apa maksudnya ? maaf sy tak paham..

Anonymous said...

tu beza antara yang lulus SRP dengan yang gagal, tapi lantik juga jadi YB, apa la.. Bravo chegu man, bes cerita ni.

rafikasastras said...

Salam saudara.Saya mohon salin tampal artikel ini ke dalam blog saya. Semoga apa yang tersirat dapat kita manfaatkan bersama. Terima kasih.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)