Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, March 31, 2013

Najib masuk tabligh?


Tiadalah persoalan lebih besar yang berkocak dalam kepala ahli politik sekarang melainkan tentang tarikh PRU13.

Kenapa Najib masih enggan membuat keputusan sedangkan sudah jelas BN boleh menang dengan mudah sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah kerusi parlimen?

Demang katakan begitu kerana semasa BN sedang lumpuh pada 2008 (zaman Pak Lah) BN berjaya memenangi hampir duapertiga kerusi yang berjumlah 222.

Itu di zaman Pak Lah yang dianggap zaman gelap BN.

Kini musim telah berubah. Jika tidak banyak pun, takkanlah Najib tak mampu menambah 8 kerusi lagi bagi mendapat kembali majoriti 2/3.

Sebenarnya untuk menubuhkan kerajaan, 'simple majority' (110 + 1) sudah memadai. BN memiliki lebih 110 kawasan parlimen yang sangat kebal sehingga diletakkan siapa sahaja sebagai calon akan menang.

Kata orang, letak batu pun menang!

Demang percaya Najib telah menerima laporan tentang bukti rancangan pembangkang untuk melakukan kekecohan JIKA mereka kalah.

Perkataan 'jika' sebenarnya sudah sama maksudnya dengan 'telah' sebab pembangkang sudah sedar bahawa harapan mereka untuk menang telah hampir punah!

Pembangkang telah bermula dengan alasan jika mereka kalah. Antaranya:

SPR rasuah
Polis menindas
Pengundi hantu
Konspirasi
Dan sebagainya

Itulah yang menyebabkan Najib sukar membuat keputusan kerana bimbang kekecohan yang bakal berlaku.

Demang agak-agak, kalau keadaan sukar juga dikawal mungkin Najib akan serahkan kembali pemerintahan negara kepada Majlis Raja-raja dan negara kembali di bawah sistem raja mutlak.

Demang dapat tahu Najib akan ke Mekah sekali lagi sebelum pilihanraya.

Sementara itu beliau sudah beberapa kali bertemu jemaah tabligh termasuk mengunjungi markas di masjid Sri Petaling malam tadi.

Adakah Najib akan menyertai tabligh pula?

Tidak mustahil.

Saturday, March 30, 2013

Khalid akan dikenang



Guano ni khalid?

PKR tuntut hak


Hak apa yang nak dituntut? Hak untuk berbogel di jalanraya? Kalau setakat hak untuk berbogel depan kamera, exco Selangor dah dapat lama dulu.

80% sokong Anwar



Demang dengar ceramah PAS di Umbai Melaka dan penyampainya Mazlan Aliman:

"80% orang cina sokong Anwar di Gelabg Patah".

Angka tersebut dikatakan didapati daripada kajian sebuah syarikat Singapura.

Ada dua perkara yang perlu kita perhati di atas:

Pertama:); 80% orang cina sokong Anwar.

Kedua; kajian dibuat syarikat Singapura.

Soalan kita: ada apa-apa ke?

Friday, March 29, 2013

Syok sendiri



Bukan mudah membaca blog lawan. Silap-silap boleh naik darah.

Justeru baik penyokong kerajaan mahupun pembangkang masing-masing mengambil jalan selamat dengan membaca blog yang sealiran dengan fahaman masing-masing sahaja.

Maka ramailah yang syok sendiri menyangka pihak sendiri yang kuat dan pihak lawan semakin lemah.

Bagi Demang, jalan terbaik ialah melihat fakta.

Jika semasa Paklah menjadi PM, BN menang PRU12 dengan kekurangan lapan kerusi sahaja untuk mencapai majoriti 2/3.

Perlu diingat bahawa PAS cuma dapat 23 kerusi parlimen.

Paklah dianggap gagal dan Najib mengambil alih. Ternyata Najib berjaya menarik kembali sokongan rakyat.

Ertinya, paling tidakpun takkanlah BN tidak mampu mengambil semula 8 kerusi tersebut dan kembali memegang majoriti 2/3.

Maksud Demang ialah pembangkang janganlah 'terlebih dakwa' seolah mereka akan menang.

Najib menang


Buat dua kerja dalam satu masa memang sukar.

Itu sebabnya Anwar hanya buat satu kerja iaitu:

hentam
hentam
hentam...

Bunyi macam 3 tapi sebenarnya satu sahaja.

Najib pun buat satu kerja sahaja iaitu:

Kerja dan terus bekerja.

Bunyi macam satu tapi banyak yang telah dilakukan Najib.

Kenapa Demang kata Najib menang?

Selain kerana kajian dan laporan yang dibuat pelbagai pihak berkecuali tentang ramalan kemenangan Najib, Demang beranggapan bahawa orang yang telah membuat kebajikan sememangnya seorang pemenang!

Kalau tak di dunia, menang di akhirat.

Thursday, March 28, 2013

3 sebab sidek baba tinggalkan anwar


Salinan daripada AIDC

Dr Sidek Baba : Tiga Sebab Tinggalkan Anwar

KUALA LUMPUR 27 Mac – Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.

Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup,” katanya.

Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.

Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.

Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit: Dilema Melayu Moden.

Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu.

Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.

“Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal,” katanya.

Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara - Utusan

Sebab sidek baba tinggalkan anwat

Wednesday, March 27, 2013

Foto Nurul Izzah pula disebarkan

Berapa lama lagikah Kak Wan sanggup bertahan?



Ketika isu Anwar dan siswa sedang merajah di alam maya, foto-foto mirip anakandanya pula tersebar meluas.

Nampaknya selepas fitnah memfitnah menjadi mainan politik di Malaysia, rakyat diperkenalkan pula dengan strategi 'looking forward' dan 'reverse psikologi' murahan.

Muslihatnya mudah sahaja. Budak-budak sekolah pun mudah mempraktikkannya jika diberi taklimat ringkas.

Mula-mula, sebarkan foto lucah seseorang mirip Izzah. Kemudian sebar cerita bahawa foto itu disebarkan musuh Izzah.

Dengan cara itu pembangkang berharap rakyat akan menyangka perkara yang sama juga berlaku pada Anwar.

Lebih kurang begitulah modus operandinya.

Sebenarnya pembangkang banyak muslihat.

Surat terbuka gomo kepada wan azizah


Foto di atas ialah salah seorang budak baru belajar di universiti tetapi ada hati nak berdebat dengan PM Malaysia.

Inilah pengalaman bodoh paling memalukan seumur hidup dia!

Sementara itu pagi ini Demang terjumpa surat terbuka yang disiarkan di blog Papagomo.

Demang jumpa pagi ini dan memang ia ditulis pagi ini pun.

Surat tersebut ditujukan pada Wan Azizah.

Ada perkara yang kita tidak setuju dan ada yang kita perlu bersetuju.

Dalam hal ini Demang setuju agar Anwar tidak diaibkan lagi. Namun jika Anwar gagal mempertahankan diri dan tidak dapat menafikan tuduhan, lebih baik Anwar menarik diri daripada politik.

Kenapa nak heret semua rakyat pada kemelut peribadi?

Salah atau benar, itu masalah Anwar. Jangan biarkan negara huru hara semata-mata sebab nak jadi perdana menteri.

Demang rasa eloklah Anwar belajar berkorban.

Monday, March 25, 2013

tun daim pilih najib atau anwar?



Demang pernah berbual dengan seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan yang pernah berkhidmat dengan beberapa orang menteri kewangan termasuk Anwar Ibrahim dan Daim Zainudin.

Demang pernah tulis mengenainya di blog ini.

Secara peribadi beliau mengatakan paling mudah bekerja dengan Daim kerana beliau seorang yang bersistematik.

Manakala boss paling sukar diikuti ialah Anwar Ibahim sebab dia sering menukar arahan di saat akhir dan tiada disiplin kerja.

Berikut adalah pandangan Daim Zainudin tentang Anwar Ibrahim dan Najib Razak pula.

http://www.sinarharian.com.my/politik/tun-daim-uji-najib-berikan-beliau-mandat-1.142463

Sunday, March 24, 2013

Bukti Anwar gagal

Bagi golongan muda seperti Demang, Anwar memang hebat.

Manakan tidak, sebaik menyertai UMNO dan berada dalam kabinet Mahathir populariti anwar dengan pantas melonjak naik.

Seperkara lagi yang buat Demang kagum pada Anwar ialah gerakan radikal beliau semasa di universiti. Beliau sanggup dipenjara demi perjuangan.

Hebat!

Demang diberitahu bahawa Anwar Ibrahim lah yang menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa. Malah idea Anwar Ibrahim lah sistem perbankan Islam terlaksana.

Pendek kata, hampir semua pembangunan Islam di Malaysia datang daripada manusia hebat Anwar.

Itu semua cerita yang Demang dengar ketika Demang muda belia dulu.

Setelah Demang dewasa dan berada lebih dekat dengan pelbagai golongan termasuk pemimpin politik pelbagai parti, banyak cerita baru yang Demang ketahui.

Karpal mula bercakap tentang moral Anwar Ibrahim. Mat Sabu menggelar Anwar dengan gelaran yang mengaibkan (aljub***).

Kemuncak pada episod Anwarisme berlaku pada 1999 apabila tembelang Anwar pecah dan episod seterusnya sedang berada di depan mata kita semua.

Benarkah Anwar hebat?

Lihat laporan yang membandingkan Selangor sebelum dan semasa PKR memerintah yang Anwar menjadi penasihat ekonominya:



Rupa-rupanya Anwar dulu hebat kerana dia berada dalam sistem yang hebat. Apatah lagi ketika itu Tun Mahathir yang menjadi PM.

Beliau lah sebenarnya mastermind pada Islamisasi Malaysia manakala Anwar diambil oleh Tun untuk melaksanakannya kerana Anwar pandai berpidato.

Selain itu Tun bimbang Anwar akan masuk PAS!

Saturday, March 23, 2013

Jutawan saman


U ulang I saman.

Nampaknya perkataan saman sudah makin sinonim dengan Anwar Ibrahim.

Walaupun kadang-kala mendakwa mahkamah di Malaysia tidak adil namun Anwar memang banyak terhutang budi dengan sistem keadilan di Malaysia.

Hubungan istimewa dengan majlis peguam yang dikuasai peguam bukan muslim banyak kali memberi keuntungan pada Anwar.

Bukan calang-calang peguam yang pernah dibayar oleh Anwar untuk membelanya walaupun ada di antara mereka kemudiannya menyesal kerana membela Anwar dulu.

Karpal sigh sendiri terpaksa menjilat semula kahak hijau yang pernah keluar daripada mulut hanyirnya yang membuat kenyataan mengenai salah laku seks Anwar ketika Anwar masih di dalam UMNO.

Semalam, Anwar menyaman pula seorang blogger yang dikenali sebagai Papagomo.

Namun Papagomo bukan sahaja tidak menarik balik tuduhannya malah berjanji akan menyiarkan lebih banyak rahsia salah laku seks Anwar.

Sebelum itu dalam situasi lain Anwar telah memarahi wartawan yang bertanya soalan sensitif.

Cuma rakyat hairan, kenapa Anwar tidak menyaman Umi Hafilda Ali dan Ezam Nor yang berulangkali mencabar agar disaman berikutan pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat.

Nampaknya rakyat dengan mudah membuat kesimpulan, dakwaan Papagomo itu dusta manakala dakwaan Umi Hafilda dan Ezam Nor itu BENAR.

Itu belum lagi dakwaan Zulkifli Nordin iaitu salah seorang peguam Anwar dalam kes liwat pertama dulu!

Balik pun sekali sekala



Ada hati nak tentukan nasib tanahair!

Kereta ni kalau masuk kampung Demang pasti pemandunya akan menyesal.

Thursday, March 21, 2013

tender selangor didedah


Memang tak sangka, buah cempedak dah jadi nangka!

Nangka bukanlah tak sedap cuma jika dibandingkan cempedak, buah yang kedua itu lebih mahal harganya.

Kelemahan nangka ialah getahnya. Kalau dikupas sendiri melekit-lekit lah di sana sini.

Demang bukan nak cerita pasal nangka atau cempedak. Demang cuma nak orang ramai tahu bahawa PR yang kononnya menentang rasuah, salahguna kuasa, dan kronisme rupa-rupanya...

Berikut adalah beberapa projek kerajaan Selangor yang diberi kepada syarikat tertentu tanpa melalui proses tender terbuka.

Tarikh lulus : 14 Julai 2009
Projek: Kelulusan untuk percetakan akhbar Selangorkini
Kontraktor: Syarikat Media Sdn Bhd
Nilai : RM 307,480.00

Tarikh lulus : 1 September 2009
Projek: Membekal kad raya, sampul raya serta mereka bentuk banner hari raya MB Selangor
Kontraktor: D’Macriz Communication
Nilai: RM 53,050.00

Tarikh lulus : 18 Feb 2009
Projek: Penyelenggaraan E-Perkhidmatan gerbang mesra Selangor
Kontraktor: Evera Solution Sdn Bhd
Nilai: RM 91,200.00

Tarikh lulus : 14 Mei 2009
Projek: Peralatan ICT
Kontraktor: Datamini Sdn Bhd
Nilai: RM 800,000.00

Tarikh lulus : 7 Jan 2009
Projek: Sewaan perlatan ICT
Kontraktor: BSO Technologies
Nilai: RM 300,000.00
Tarikh lulus : 2 Mac 2009
Projek: Perkhidmatan urusan publisiti sambutan satu tahun pemerintahan Selangor
Kontraktor: Luk Resources dan D’Macriz Communications
Nilai: RM 160,260.00

Tarikh lulus : 20 Mac 2009
Projek: Pembekal urusan program karnival sempena sambutan satu tahun pemerintahan Selangor
Kontraktor: Ursyahdu Entertainment dan Nasyeed Edtainment Sdn Bhd
Nilai: RM 127,880.00

Tarikh lulus : 20 Mac 2009Projek: Memasang sistem pencegahan kebakaran Bangunan SSAAS
Kontraktor: SK Securesafe Sdn Bhd
Nilai: RM 135,298.00

Tarikh lulus : 12 Feb 2009
Projek: Juruperunding rancangan terbatan banjir Sungai Bangi
Kontraktor: Team Associates Consultants Sdn Bhd
Nilai: RM 214,492.15

Tarikh lulus : 28 Okt 2009
Projek: Barang-barangan komputer untuk pejabat SUK
Kontraktor: Blue Lane Sdn Bhd dan Teras Solution Sdn Bhd
Nilai: RM 1,443,610.00

Tarikh lulus : 9 Apr 2009Projek: Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ
Kontraktor: Mirazat Murni Resources
Nilai: RM 420,000.00

Tarikh lulus : 7 Mei 2009Projek: Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ
Kontraktor: Mirazat Murni Resources
Nilai: RM 420.00
Kerja diatas dipecahkan 2 kali kepada syarikat yang sama supaya jumlah kelihatan lebih kecil dan tidak perlu dilakukan tender. Dilakukan begitu untuk menghalalkan pemberian kontrak kepada kroni. Syarikat berkenaan difahamkan ada kaitan dengan ahli majlis MBPJ.

Sumber: sel13.com

Rosmah jawab tuduhan pembangkang



Sudah menjadi lumrah di Malaysia, apabila pembangkang ketandusan isu untuk menyerang PM maka peluru akan dihalakan ke isteri PM pula.

Menara kembar Petronas yang berbentuk H pernah dikaitkan dengan pangkal nama isteri Tun Mahathir manakala isteri Tun Abdullah dituduh sering membuat keputusan bagi pihak PM.

Mereka ingat untuk membuat sesuatu keputusan negara hanya melibatkan seorang individu sahaja?

Adakah mereka sangka Malaysia ini tiada sistem pemerintahan?

Isteri PM sekarang juga mengalami nasib yang sama. Dituduh mengongkong Najib dan membuat keputusan untuk PM.

Walaupun Rosmah dinasihatkan tidak menjawab semua tuduhan liar tanpa bukti namun rupa-rupanya beliau tidak lah tinggal diam begitu sahaja.

Dalam diam Rosmah menjawab tuduhan-tuduhan yang pernah dilontarkan melalui sebuah buku yang baru dilancarkan oleh Tun Mahathir semalam.

Demang nampak ia satu idea baik. Demang rasa Anwar juga patut lakukan perkara yang sama.

Takkanlah menulis buku pun Anwar tidak berani?

Dalam pada itu tempoh yang diberikan pada Anwar oleh Papagomo tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Jika tidak, jam 4 petang ini akan terdedah satu lagi skandal!

Demang harap itu tak perlu berlaku.

Berfikir di dalam kotak



"Apa yang kamu lihat pagi ini?" tanya cikgu Azman pada murid-muridnya.

"Kereta." Ali memulakan
"Bas kata," Abu.
"Lori," kata Zarin.
"Lori sampah," kata Ah Chong.
"Lori buah," kata Mutu.

"Lipas," kata Ali lagi.
"Semut," kata Salmah.
"Semut merah", kata Ravi.
"Semut api," kata David.
"Semut hitam," kata Aziz.

"Awan," Ali menambah.
"Langit," kata Vincent.
"Angin," kata Bala.

Semua murid ketawa dan Bala terpinga-pinga.

Demang percaya ramai yang tahu tentang 'berfikir di luar kotak' namun Demang juga percaya ramai yang hanya tahu sahaja tetapi tidak mampu mempraktikkannya.

Kebanyakan dari kita lebih gemar mengikut arus tetapi sukakan kelainan yang dicetuskan orang lain.

Dengan kata lain, kita lebih cenderung menjadi pengikut.

Demang fikir itu adalah normal dan Demang percaya barangkali memang Allah taala jadikan manusia begitu.

Orang yang mampu berfikir 'lain dari yang lain' tidak ramai. Samada ia diperolehi melalui ilmu atau semulajadi ia tetap satu anugerah yang kemudiannya menjadi satu amanah.

Perlu diingat bahawa orang yang mampu berfikir di luar kotak juga bukan semuanya baik. Bahkan jika dia tersepit atau menyimpan sesuatu hasrat atau dendam maka dia akan menggunakan keistimewaannya itu dan mampu membuatkan orang ramai menyebelahinya.

Jika itu berlaku, maka malanglah orang ramai dan lebih malang lagi jika ia menimpa sebuah negara.

Wednesday, March 20, 2013

Misteri 4 batang pensel



Empat batang pensel.

Demang terlihat ikon empat batang pensel seperti di atas lebih kurang 15 tahun lalu di sebuah kedai makan di jalan Hang Tuah.

Pemilik kedai tersebut hanya meletakkan ikon-ikon tersebut dan terpulanglah pada sesiapa untuk membuat interpretasi.

Kedai tersebut masih ada di situ sehingga sekarang namun mungkin sudah bertukar tuan.

Pensel A merupakan pensel biasa. Ada mata di pangkal dan ada tombol pemadam di hujung yang lagi satu.

Demang percaya majoriti manusia normal sukakannya. Kita boleh menulis menggunakan matanya dan jika tersilap kita boleh memadam dan membetulkannya semula.

Pensel kedua nampak unik dan hebat. Kedua-dua penghujungnya boleh digunakan untuk menulis. Barangkali itulah manifestonya.

Nampaknya pensel B tidak bersedia untuk pembetulan. Jika silap, potong atau pangkah sahaja. Kesannya, tugasan menjadi selekeh dan comot!

Lebih buruk lagi jika penggunanya tersembam ketika menulis. Silap-silap boleh buta.

Amaran: jangan biarkan anak anda menggunakannya!

Ikon C berupa pensel tanpa mata tetapi di kedua-dua hujung dilekatkan dengan pemadam. Tidak sukar untuk memahami behavior watak ini. Ia tidak pernah melakukan apa-apa melainkan memadam semua hasil kerja orang lain.

Bagi pensel C, semua yang orang lain buat, tak betul.

Pensel D lebih aneh lagi. Ia ditampilkan tanpa mata dan tiada pemadam. Dengan rupa bodoh-hodohnya, ia cuba menghindari dari semua masalah.

Barangkali ia meluat pada pensel B yang ego dan berlagak serba sempurna. Dia juga benci pada C yang mengkritik semua perkara.

Sayangnya dia sendiri langsung tiada sumbangan apa-apa.

Yang mana pilihan anda?

15 jam telah berlalu



Demang seperti juga rakyat Malaysia lain yang akan mengundi tidak lama lagi amat berharap Anwar Ibrahim memberi respon segera terhadap artikal Papagomo semalam.

Bagi Demang, sebagai manusia yang dicanangkan paling hebat di Malaysia tidak ada masalah untuk Anwar berdepan dengan seorang blogger jalanan.

Lihat kenyataan Papagomo:

[http://www.papagomo.com/2013/03/saman-homoseksual-rm-100-juta.html

Tuesday, March 19, 2013

Andai najib mengaku dan anwar tak bersalah


Jika tiba-tiba Najib mengaku bersalah bahawa beliau terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia;

Maka Demang 100% akan tetap menyanjung beliau sebagai negarawan yang telah berjasa besar pada negara.

Dosanya (jika ada) biarlah dijawabnya sendiri di hadapan Allah taala kerana ia tiada kena mengena dengan Demang mahupun rakyat Malaysia lain.

Semenjak beliau menjadi PM terlalu banyak perubahan yang beliau lakukan untuk kebajikan rakyat Malaysia.

Jika tiba-tiba sekumpulan wali memberitahu Demang bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya tidak bersalah dalam tuduhan salah laku seks;

Demang tetap menolaknya 100% samada sebagai PM yang baru atau untuk sekadar tinggal di bumi tercinta ini.

Jikapun Anwar tidak bersalah, kenapa tergamak menghuru-harakan keharmonian negara?

Tidak bolehkah Anwar berkorban demi negara dengan mengundur diri jika benar dia berhati mulia?

Demang nak tanya, dari manakah datangnya dana yang begitu banyak bagi membiayai perbelanjaan kempen Anwar sejak dia dipecat?

Betapa bahayanya perjuangan Anwar yang dibiayai oleh pihak lain.

Adakah mereka menolong dengan ikhlas? Siapa mereka itu? Dengan apakah Anwar akan membalas atau membayar hutang itu nanti?

Makan nasi berulam air



Kata rangtua, jangan makan bersulam air, nanti cepat tua.

Balas rangmuda, bagaimana mungkin urutan usia yang tertakluk pada hukum masa (tarikh) boleh menjadikan kita lebih tua?

Bukankah umur bergerak mengikut masa?

Pertelingkahan antara golongan tua dengan golongan muda bukan hanya berlaku sekarang. Ia adalah roda alam mencakupi pelbagai bidang termasuk sosial dan politik.

Orang muda sering melihat golongan tua sebagai ketinggalan zaman manakala orang tua yang melalui pelbagai pengalaman risau dengan tindakan orang muda yang tidak faham tentang implikasi pada sesuatu tindakan.

Dalam pemahaman agama juga konflik orang muda dengan orang tua berlaku bahkan kadang kala secara agresif. Dalam sejarah perkembangan Islam tanahair pernah muncul kaum muda yang menentang kaum tua.

Bagi Demang situasi politik hari ini juga adalah terjemahan daripada pertembungan tua dengan muda. Ini termasuklah orang muda yang menyokong golongan tua dan orang tua yang menyebelahi orang muda.

Apapun, yang muda juga akan menjadi tua dan pengalaman hidup akan mengubah pandangan terhadap sesuatu perkara.

Yang dipandang tua sekarang, dulupun asalnya orang muda.

Kata seorang sahabat: "dulu, nenek aku pun anak dara."

Monday, March 18, 2013

Mahathir punca serang Lahad Datu

Inikah orang yang dikehendaki?



Dulu, dapat makan nasi berlauk seekor ikan kembung goreng yang dikongsi 6 orang pun tidak mengapa. Dalam sedih, hati teringin juga berlaukkan ayam atau setidak-tidaknya dapat ikan selar seekor seorang.

Naik van yang disewa dari towkey Cina untuk balik kampung berhimpit-himpit dua tiga keluarga pun masih bersyukur. Namun dalam hati kalau boleh nak beli kereta sendiri walaupun second-hand.

Hari ini makan ikan bakar di Pengkalan Balak atau Umbai bayar RM200-300 untuk sekeluarga tak jadi hal.

Sesekali pergi melancong naik MPV milik sendiri, tidur di hotel atau homestay bersama keluarga.

Namun itupun masih belum puas. Sini tak kena, sana tak kena. Apabila timbul sedikiti masalah, melenting tak tentu arah. Komplen sana sini. Tulis dalam FB dan blog. Ramai orang baca, hati jadi bangga.

Kalau diikutkan puas, sampai bila pun takkan sudah. Apabila keperluan asas sudah cukup, teringin pula nak bermewah. Apabila sudah mewah pun, rasa belum cukup. Dunia nak dijadikan syurga. Nak sempurna!

Hari ini warga Malaysia sudah tidak hairan dengan material. Sosial pun sudah berlebihan. Mereka mahukan yang lebih dari itu.

Sistem yang ada dianggap lapuk dan ketinggalan zaman.

Keinginan mendirikan negara Islam adalah hasrat terpuji. Demang amat setuju.

Demang lihat, Tun Mahathir bukan sahaja setuju bahkan telah memulakannya melalui beberapa tindakan. Beliau lakukan diam-diam dan berstrategi agar tidak ada pihak yang membantah. Maklumlah, walaupun ummat Islam menguasai 66% daripada warga Malaysia namun kepentingan sah kaum lain yang berjumlah 34% perlu dipelihara.

Tambahan pula mereka menguasai bidang ekonomi dan merupakan pembayar cukai yang besar.

Kalau nak dicatatkan satu persatu usaha Tun Mahathir ke arah menjaga Islam memanglah kita akan dapat satu senarai yang panjang. Itu tidak menjadi masalah namun seperti yang Demang tulis tadi, sebahagiannya adalah dalam bentuk strategi. Kalau itu pun nak diceritakan secara terbuka, susahlah.

Namun kalau tak cerita langsung pun susah juga. Pilihanraya dah tak lama lagi. Rakyat sedang dahagakan maklumat. Apa sahaja teks yang keluar di internet dianggap maklumat.

Memang ada juga yang menapis berita, iaitu jika datang daripada puak sendiri dianggap benar manakala jika terbit dari pihak lawan dikatakan dusta.

Tak ramai yang menyaring maklumat berdasarkan fakta.

Apabila Tun Mahathir mengemukakan idea kereta nasional, ramai yang hanya melihat ia sebuah kereta. Padahal Tun melihat sebagai teknologi asas untuk membuat senjata sendiri. Bagaimana nak buat kereta kebal kalau kereta pun beli dari negara musuh Islam?

Tun Mahathir cadang bina jambatan Pulau Pinang bukan setakat nak keluarkan hasil daripada pulau itu atau nak bawa barang keperluan ke sana. Berapa ramai sangat pengguna di situ? Berapa banyak hasil keluaran negeri itu?

Jambatan Pulau Pinang adalah strategi ketenteraan jika berlaku perkara tak diingini di pulau mutiara yang dulunya milik sultan Kedah itu.

Tun juga cadangkan bina universiti Islam antrabangsa (UIA) tetapi ada pula yang mengaku UIA adalah idea dia. Padahal Tun lantik dia untuk menguruskan sahaja.

Berkenaan hudud, pihak yang mencadangkan pun tidak ada satu ketetapan yang piawai untuk melaksanakannya. Malah MCA dan DAP hingga sekarang menolak penubuhan negara Islam.

Menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan rosak. Kiri kanan kena jaga. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung pula berciciran.

Semangat tanpa strategi adalah satu tindakan bodoh!

Dalam melawan kapitalis yang berpaksi riba dan tamak haloba, Tun cadangkan sistem perbankan Islam. Ia telah dilaksanakan sedikit demi sedikit dan kini telah diterima umum termasuk bukan Islam. Masih ada ruang untuk dibaiki, tetapi bukan untuk didebatkan bagi menunjukkan siapa hebat!

Tun masih belum puas hati. Beliau mengusulkan penggunaan dinar emas, namun tiada negara Islam yang serius menyokong. Akhirnya Amerika menggunakan Arab Saudi bagi menolak terus cadangan Tun.

Rupa-rupanya bukan Tun sahaja yang kecewa dengan Amerika malah Amerika juga 'kecewa' dengan Tun. Maksud Demang, Amerika marah dan dendam dengan usaha Tun. Dah banyak kali Tun ambil tindakan yang merugikan mereka.

Demang percaya yang dendam Amerika pada Tun dan Malaysia belum padam. Malaysia bukan sahaja mahu maju sendirian bahkan ingin membawa negara Islam lain ikut maju.

Justeru ancaman Malaysia perlu dihentikan. Bagaiamana?

Selama ini Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang bebas daripada masalah besar. Dalam kalangan negara Asean pun Malaysia kekal sebagai negara aman.

Negara yang sudah cukup selesa akan bergerak menjadi kuat dan bersaing dengan negara maju. Tidak mustahil Malaysia akan mengulangi sejarah Melaka dan mengalahkan Amerika.

Malaysia tidak seperti Thailand, Indonesia, Myamar, dan Filiphina yang ada pemberontak dalaman. Amerika amat sedar tentang ini.

Justeru Malaysia perlu diberikan masalah dalaman agar usaha meluaskan pengaruh ke peringkat antarabangsa sukar dijalankan.

Melalui konflik politik agak lambat. Tambahan pula kerajaan sedia ada sudah mula berjaya menarik semula sokongan rakyat dan bersatu menyokong PM yang baru (Najib).

Kejayaan Najib adalah masalah kepada Amerika sekaligus merencatkan usaha dajjal mereka.

Amerika tahu Tun berdiri di belakang Najib.

Maka usaha barupun dirancang dengan teliti. Kebetulan ada puak di Kepulauan Sulu menyimpan angan untuk memiliki Sabah.

Amerika melihat peluang terbaik ini. Puak serpihan mempunyai impian besar. Mereka cuma tiada modal.

Amerika cuma perlu keluarkan sedikit modal dan rancangan mereka mengkucar-kacirkan Malaysia dapat dilaksanakan pihak ketiga.

Renung-renungkanlah. Insya-Allah lain kali Demang sambung lagi. Harap sahabat-sahabat dapat tolong sebarkan sebab blog Waadat ini tak ramai pembacanya.

Soalan untuk khalid



Demang cuma sambungkan soalan yang adik Demang tanya semalam.

Salah satu yang beliau ungkit ialah anaknya sudah lama dibuatkan akaun bank sebab pernah dijanjikan untuk dimasukkan wang biaya.

Demang harap Khalid dapat tanyakan pada Teresa Kok hal ini.

Sunday, March 17, 2013

Di sebalik kenyataan Musa Hitam menyokong pembangkang

Demang tidak terkejut dengan kenyataan Musa Hitam yang berkata "takkanlah pembangkang nak membangkrupkan negara". Demang juga tidak hairan apabila Musa Hitam sekadar melahirkan 'rasa' nya sahaja tanpa mengemukakan alasan berfakta.

Demang lebih terperanjat ketika pertama kali menyedari bahawa di depan nama 'Musa Hitam' terdapat gelaran 'tun' iaitu anugerah tertinggi negara.

Demang yang sempat membesar (sebagai pelajar) di zaman Musa Hitam tak nampak apakah jasa besar Musa Hitam sehingga layak mendapat title itu melainkan satu alasan: untuk 'mendiamkan' Musa Hitam.

Namun bekas pembantu Tun Mahathir yang selalu seperti kaduk naik junjung itu bersuara juga. Nampaknya Musa Hitam melihat ini waktu yang sesuai untuk melepaskan hutang lama terhadap bekas bos yang pernah memecatnya dulu.

Apapun Musa Hitam tak berani bercakap lebih-lebih sebab dia tahu rakyat takkan lupa tangan merahnya dalam kes Memali.

Sementara itu, boleh baca rencana menarik tulisan sahabat Demang yang ada kaitan dengan isu ini:

http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2013/03/musa-guna-buku-jingga-balas-dendam-pada.html

posted from Bloggeroid

Friday, March 15, 2013

Menanti fatwa tokguru



Demang harap saudara-saudara Demang dalam UMNO dan PAS fikir-fikirlah sama.

Politik apa sampai dah tak peduli apa-apapun.

Jangan sampai ada yang sedeqah Al-Fatihah kat 'gemulah' tu sudah lah.

Cola


BERITA BARU DITERIMA BAIK UNTUK SEMUA)

PEKELILING 001 -
Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Januari 2013 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)
dan...80 penutup botol Coca-Cola... .

.. Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!!

Dah! Pergi wat keja... kalau pasal duit semua mata sanggup baca sampai habis ekk..."

Demang percaya, berderau darah Anwar Ibrahim apabila membaca mesej gurauan yang Demang terima melalui Whatsapp sebentar itu tadi.

Maklumlah, pengumuman-pengumuman sebelum ini menyaksikan rakyat yang pernah simpati pada pembangkang semakin ramai yang kembali menyebelahi kerajaan.

Kalau lah tidak disebabkan isu Lahad Datu, dah tentu parlimen telah dibubarkan dan Anwar pun tamat.

Tuesday, March 12, 2013

Nik Aziz dan Hj Hadi patut baca



Demang terima foto di atas melalui Whatsapp daripada seorang sahabat.

Mulanya Demang sangka ia hanyalah gambar yang telah diedit tetapi penghantarnya mengesahkan melalui mesej:

"Kat pengkalan bang.sebelah kedai mkn tepi jln tu.. dpn smk pengkalan.ptg td aku bawak budak games bola kat sk lesung batu.lepak minum jap... sekali boleh nampak ini kereta daaa.."

Salah satu masalah Nik Aziz ialah bercakap dulu baru berfikir.

Monday, March 11, 2013

Setiausaha politik mp pkr buat laporan polis

Nampaknya isu surat kepada Hj Hadi yang ditulis Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang Mohd Fareez Kamal bagi mengadu masalah dalaman PKR sudah menjadi besar.

Ini berikutan timdakan beliau membuat laporan polis semalam kerana bombangkan keselamatan diri.

Bukan mudah seseorang nak ambil keputusan untuk buat laporan polis kalau tidak benar-benar terpaksa.

Nampaknya kemelut dalaman PKR sudah sukar dibendung. Semua yang disorok selama ini telah bocor di sana-sini.

Adakah PKR akan mengulangi tradisi parti serpihan UMNO sebelum ini iaitu Semangat 46 (S46) yang begitu hebat pada mulanya sehingga berjaya menawan Kelantan akhirnya hancur dan pupus daripada arena politik negara?

Tanda-tandanya sudah banyak!

Sunday, March 10, 2013

Suaram biaya penceroboh?



Demang sedar tuduhan di atas amat berat.

Hal ini kerana yang dituduh ialah Suaram, satu badan yang gagah dari segi keanggotaan dan dana.

Lainlah kalau yang dituduh itu bernama Saiful yang memgadu diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim.

Opss.. Jangan saman Demang. Demang tak ulang.

Demang rasa Papagomo yang patut disaman sebab dia yang siarkan kenyataan tersebut tadi.

Walaupun Papagomo bukan berstatus Dato Seri tapi dia ada audiens yang besar. Berjuta orang membaca blognya setiap hari.

Kalau Suaram tak berani ambil tindakan, bermakna kenyataan tersebut benar.

Cuma Demang nak ingatkan Gomo. Suaram ini licik dan panjang akalnya. Mereka boleh saman atas perkara lain dan apabila sabit kes, mereka akan kata: kami dah saman Papagomo dan kami menang di mahkamah.

Samalah seperti 'kemenangan' Anwar dalam kes-kes liwatnya. Yang didakwa lain, yang dibuktikan lain, dan yang dihebahkan dalam ceramah Anwar lain pula.

Kalau nak baca kenyataan tersebut lihat di:

[http://www.papagomo.com/2013/03/rm-2-juta-suaram-biayai-penceroboh-sulu.html

Saturday, March 9, 2013

Mata lebam, dendam, dan 3TA


Jika Demang diberi peluang menanyakan soalan pada Anwar, Demang nak tanya, kenapa matanya lebam?

Rasanya dengan mudah Anwar akan jawab, Ketua Polis Negara yang tumbuk.

Kenapa KPN (IGP) tumbuk? Adakah beliau memang suka tumbuk orang atau beliau mahu popular kerana berjaya menumbuk bekas TPM?

Demang rasa soalan tersebut perlu dijawab oleh Rahim Nor sendiri.

Kalau tanya pada Anwar, dia akan kata:

U ulang I saman.

Tumbukan padu pada mata bukan sahaja menyakitkan malah ia menimbulkan rasa marah dan boleh membawa pada dendam.

Kalau soalan pemberita pun Anwar marah sangat, takkan lah dengan mudah dia akan maafkan orang yang tumbuk matanya hingga lebam.

Sebenarnya bukan dengan Rahim Nor sahaja Anwar dendam.

Selain dendam, Anwar juga terjebak dalam teori '3 ta' yang popular dalam kalangan orang Melayu.

Demang percaya ramai yang faham maksud 3 ta iaitu harta, takhta, dan wanita.

Soal harta, ia adalah impian lumrah manusia normal. Mungkin Anwar tak hairan dengan harta tetapi tidak bagi Azlan (ayah Saiful).

Jika dah dilonggokkan wang di depan mata, siapa yang tak gelap mata?

Perkara takhta memang menjadi idaman Anwar sejak dulu.

Ta yang ketiga adalah untuk kata ganti bagi 'wanita'. Dalam kea Anwar, ia telah bertukar.

Berkenaan ayah Saiful Demang fikir kenyataan terbaru itu tak ada makna apa-apa sebab bukan dia yang 'kena'.

Kecuali jika dia pasang cctv kat belakang Saiful!

Kenyataan hassan ali tentang bapa saiful

Kecoh pagi semalam apabila bapa kepada bekas pembantu Anwar yang mendakwa diliwat majikannya itu tiba-tiba mengadakan sidang media mendakwa pengakuan anaknya sebelum ini adalah konspirasi politik.

Agak lama rakyat Malaysia tidak mendengar istilah konspirasi. Nampaknya Anwar ingin mencuba nasib sekali lagi melalui istilah yang dianggap bertuah itu.

Bagi Demang kenyataan bapa Saiful itu tidak membawa makna apa-apa kerana dia hanya mengatakan 'dia percaya'. Lainlah jika dia berkata 'saya sendiri mengetahui dengan jelas' atau 'saya ada bukti'.

Setidak-tidaknya lelaki itu perlu bersumpah sebagaimana yang dilakukan anaknya ketika mendakwa Anwar.




Berikut adalah kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali yang dikeluarkan hari ini berkenaan perkara ini:

Kenyataan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan. Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau.

Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu. 

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri.

Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.  

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan "U" Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka.

Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya. Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan.

Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim. Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya. 

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan. 

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim. Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas.

Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia 
Taman Tun Dr Ismail, KL 

Dipetik daripada papagomo.com

posted from Bloggeroid

Friday, March 8, 2013

Respon terbaru saiful bahari

Surat su wanita pkr kepada hj hadi tentang anwar


Surat di atas disiarkan portal sensasi Malaysia Kini yang dimiliki Raja Petra Kamarudin.

Berikut adalah teks yang ditaip semula:

YB Tuan guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
Pejabat Agung PAS Pusat
No. 38-A Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur 

4 Mac 2013

Saya Mohd Fareez Kamal Intidzam, 890625-10-5273, mengakui bahawa saya adalah seorang ahli parti keadilan rakyat dan merangkap selaku Setiausaha Politik kepjada YB Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang / Ketua Wanita Keadilan) sejak tahun 2008.

Saya juga mengakui bahawa mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, (Ketua Umum Keadilan) di mana sejak tahun 2008 saya dan Anwar amat dicemburui oleh isteri beliau, dan anaknya Nurul Izzah Anwar.

Maka saya dengan ini meminta jasa baik tuan guru untuk menyelamatkan plihanraya ini dari sikap negative Wan Azizah dan Nurul Izzah yang mahu menghancurkan sesiapa sahaja yang dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim.

Saya berpendapat hanya tuan Guru seorang sahaja, selaku Presiden Pas yang mampu mendesak Wan Azizah untuk undur diri dari jawatan Presiden sebelum menjelang PRU13. Lagipun wan azizah tidak boleh bertanding Parlimen, maka apa gunanya jadi Presiden jikalau tidak boleh bertanding kerusi parlimen. Ini sesuatu yang amat memalukan PR.

Ramai Ahli-ahli keadilan yakin dengan kewibawaan YB Azmin Ali yang dilihat memang layak dan mampu memimpin ke arah kecemerlangan PR pada PRU13.

YB Azmin seorang pemimpin yang lengkap dan tidak seperti Wan Azizah yang saya yakin semua pihak Pakatan akui, hanya sebagai proxy tanpa kewibawaan kepimpinan dan suka berpura-pura tidak tahu dalam perbagai perkara dan isu.

........

Demang nampak banyak kecelaruan dalam surat tersebut. Selain kecelaruan terhadap si penulis surat, tindakan Malaysia Kini menyiarkan surat yang ditujukan pada Presiden PAS itupun turut mengundang keliru.

Surat tersebut juga seolah tiada tujuan yang jelas dari segi tuntutannya. Siapalah Haji Hadi untuk menyelesaikan masalah dalaman keluarga Anwar Ibrahim sedangkan umum mengetahui Hadi dan Anwar bukanlah ngam sangat.

Malah untuk menasihati pimpinan PAS pun Hj Hadi selalu gagal.

Bagi Demang ini hanyalah mainan politik RPK semata-mata.

Mari kita tunggu dan lihat sambungan drama bersiri ini.

Thursday, March 7, 2013

Gerakan pemisah di Sabah satu permulaan


Wajarkah serangan tentera dilakukan ke atas pengganas di Lahad Datu?

Kalau ditanya pada Demang sekarang, Demang kata, wajar dan tak wajar.

Nanti, jangan serang Demang dulu.

Demang nak tanya, kenapa pemberontak yang rata-rata merupakan kumpulan serpihan sanggup menghantar nyawa untuk direnggut? Tidak tahukah mereka bahawa mustahil boleh menang berperang dengan sebuah negara yang lengkap dengan senjata canggih?

Mereka amat sedar tentang itu. Malah itu sebabnya mereka sudah siapkan lubang besar sebagai kubur bagi memudahkan rakan-rakan mereka mengebumikan mayat mereka nanti.

(itu andaian Demang tentang adanya lubang besar berisi mayat-mayat penceroboh. Wallahualam).

Kenapa pula Demang kata tidak boleh guna kekerasan ke atas mereka?

Bagi Demang apabila kita menggunakan kekerasan ke atas mereka maka kita sudah terjebak dalam kemelut yang amat panjang. Ia tidak boleh padam dalam masa yang singkat. Setidak-tidaknya ia tidak akan berakhir kurang daripada sepuluh tahun!

Lihat di Sempadan Thailand. Sudah berapa lama ia berlangsung? Padahal kawasan pergerakan tentera pemisah di situ amat sempit. Terkepung pula oleh dua buah negara berdaulat.

Namun hingga kini masih belum nampak penghujung!

Lihat pula di Acheh. Secara geografi Sabah lebih kompleks berbanding Acheh. Puak pemisah Acheh hanya mempunyai hutan manakala Selat Melaka agak sukar untuk melarikan diri. Jika ada pun lautan luas di sebelah utara dan barat daya yang terdedah.

Dalam keadaan begitu pun tentera kerajaan Indonesia tidak mampu melenyapkan gerilya Acheh sehinggalah datang bantuan tsunami.

(kalau di Malaysia, pembangkang akan kata tsunami itu pun terlibat dalam konspirasi UMNO!)

Pemberontak di mana-manapun biasanya mempunyai tekad yang bulat. Biasanya mereka meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mendapat kuasa autonomi.

Walaupun mereka tidak boleh menang dalam satu peperangan namun mereka mampu mengacau secara berterusan sehingga kerajaan yang memerintah menjadi tertekan.

Walaupun mereka tidak kuat namun mereka tidak sentiasa lemah. Pada ketika kerajaan menghadapi masalah lain seperti tekanan pembangkang, ancaman luar, atau bencana alam (bukan di kawasan yang terlibat) maka secara relatif mereka menjadi kuat.

Intipati pada modus operandi mereka ialah istiqomah. Mereka membina sarang-sarang dalam bentuk perkampungan lengkap dan hidup secara bergenerasi.

Anak-anak dididik, dilatih, dan sentiasa dipersiapkan bagi menyambung perjuangan.

Mereka menyerang hendap orang awam secara berterusan dan melarikan diri dengan senyap. Tindakan ini dilakukan dalam jangkamasa yang lama sehingga kehidupan orang awam menjadi sukar dan akhirnya memberi tekanan pada kerajaan agar memenuhi tuntutan aktivis gerakan pemisah.

Puak pemisah sulu bergerak dari habitat asal mereka yang mereka sangat mahir segala selok beloknya. Sempadan yang ditandai di atas peta tidak pernah menjadi pemisah antara mereka dengan tanah Sabah.

Laut yang ditaburi pulau-pulau kecil bersempadankan Indonesia, Malaysia, dan Filiphina menjadi ruang penampan untuk mereka menyerang hendap dan kembali ke sarang yang sering bertukar lokasi.

Silap-silap ketiga-tiga negara tersebut pula yang saling tuduh menuduh dan berkelahi sesama sendiri.

Justeru konflik di Sabah ini bukan perkara remeh. Ia bukan sandiwara untuk dipentaskan dan jauh sekali untuk dijadikan umpan pilihanraya.

Jika tadi Demang katakan tidak wajar untuk berkeras namun pilihan kedua itu telah diambil. Demang fikir tindakan tersebut jikapun akibat tekanan daripada rakyat (bakal pengundi) namun ada rasionalnya.

Apabila ia telah dimulakan maka ia tidak boleh ditamatkan begitu sahaja.

Itulah sebabnya walaupun pihak penceroboh sudah mengumumkan gencatan senjata di pihak mereka namun kerajaan Malaysia tidak boleh menerima begitu sahaja.

Mahu tidak mahu saki baki penceroboh termasuk pengasas dan hirerkinya mesti dimusnahkan. Jika tidak, ia akan kembali bertunas, membesar, dan kembali aktif.

Demang percaya kerajaan melakukan tindakan setelah mengambil kira semua faktor, terutamanya berdasarkan situasi semasa dan kebaikan jangka panjang.

Perlu diingat, gencatan senjata dalam masa terdekat mungkin sekadar muslihat.

Ramainya pakar perang


Demang terpegun membaca respon dan komen orang ramai dalam isu di Lahad Datu.

Semuanya hebat-hebat belaka. Mereka memberi pelbagai cadangan dan idea.

Ramai yang berlagak macam pakar.

Itulah keunikan media maya.

Pagi semalam Demang berhenti minum di sebuah warung. Sambil menanti hidangan, sempat bertanya khabar teman-teman sekampung yang kini bertebaran di seluruh negara.

Sempat juga berbual dengan sepupu -sepupu yang jauh di mata, kedua-duanya melalui Whatsapp.

Dalam pada itu, tidak lupa mengucap salam pada lebih 13 ribu teman fb Demang.

Hebatnya komunikasi di milineum ini. Sesuatu yang pernah dibayangkan suatu ketika dulu.

Sebelum ini kita ada zaman bijih timah, zaman, getah, zaman plastik, dan kini zaman IT.

Dalam zaman IT, orang cari makan pun melalui IT. Penguasa IT mampu menjadi penguasa dunia.

Penipu dan penyangak pun bergerak dalam ruang cyber.

Hidup di zaman ini seperti hidup dalam cermin lut sinar. Semua boleh ditonton. Ketelusan!

Justeru ramai yang mendesak kerajaan menyiarkan semua peristiwa. Kalau boleh setiap gerak geri anggota pertahanan negara perlu disiarkan.

Akhirnya, pengganas dengan mudah membaca strategi kita.

Wednesday, March 6, 2013

Telur nan sebiji

U ulang I saman



Ada iklan di radio yang bermaksud:
Jika ada telur sebiji, nak dimasak untuk dimakan atau dieram supaya membiak?

Tujuan iklan tersebut ialah menyuruh orang ramai melabur.

Demang setuju bahawa pelaburan itu penting tetapi mestilah mengambil kira keperluan lain.

Paling penting, adakah keperluan asas semasa telah dipenuhi? Contohnya, sudah makankah? Jika telur itu mahu dieram, bila hasilnya boleh dimakan?

Demang setuju dengan ASN ketika dimulakan Tun Mahathir dulu. Laburkan lebihan wang atau sebahagian kecil daripada simpanan.

Pihak yang bertanggungjawab perlu peka dengan skrip iklan yang mahu disiarkan.

Demang rasa eloklah kesilapan tersebut jangan diulang. Bak kata seorang lelaki yang pernah Demang kagum:

"U ulang I saman"

Jangan sorok sebahagian lagi kebenaran


Demang bersetuju bahawa semua rakyat Malaysia yang berhak mengundi juga berhak mengundi siapa sahaja.

Demang juga bersetuju bahawa tulisan di atas adalah benar tetapi penulis telah menyembunyikan sebahagian lagi kebenaran iaitu kita wajar menghargai pihak yang telah melaksanakan janji mereka dan berjaya membawa kemakmuran pada negara.

Justeru adakah tidak wajar kita memberi kredit kepada mereka atas sumbangan yang telah mereka lakukan?

BN telah melaksanakan sebaik mungkin tangungjawab mereka manakala PR baru berjanji. Malah janji mereka agak longgar dan mudah dipertikai.

Contohnya, memberi bantuan pendidikan percuma hingga ke universiti itu adakah melibatkan yuran, pengurusan universiti dan bahan sahaja atau termasuk duit poket?

Kalau duit poket tidak ada, nak minta pada siapa untuk perbelanjaan makan, minum, dan keperluan lain!

Tidakkah jika perbelanjaan pendidikan ditambah ia akan menjejaskan perbelanjaan untuk rakyat lain yang tidak bersedia belajar di universiti?

Melalui PTPTN, pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi perlu membiayai sendiri perbelanjaan. Dengan itu ibu bapanya pun dapat menyalurkan perbelanjaan pada adik beradik lain yang juga memerlukan wang.

Sistem biasiswa percuma telah pernah dilaksanakan di Malaysia selama berpuluh tahun dan hanya menguntungkan sebahagian kecil pelajar yang 'excellent'.

Pelajar macam Demang terpinggir. Demang masih beruntung kerana masuk maktab dan mendapat elaun manakala ramai rakan (90%) terpaksa bekerja di kilang-kilang.

Adilkah biasiswa percuma?

Lebih mengecewakan apabila pemegang-pemegang biasiswa ini bersikap sombong dengan pencapaian mereka dan tidak mahu bercampur masyarakat bawahan.

Jika ada kenduri kendara, perjumpaan belia, mesyuarat UMNO, gotong royong; batang hidung mereka memang tak nampak.

Apabila muncul media sosial maya seperti sekarang, golongan ini sibuk mengomel dan merungut.

Mereka sangka mereka cerdik sangat padahal dapat biasiswa pun kerana usaha yang dibuat oleh UMNO yang.mereka caci.

Memang dasar tak tau dek untung.

Tuesday, March 5, 2013

Tarikh luput


Demang tidak hairan apabila survey terkini menunjukkan BN akan menang dengan majoriti yang lebih baik dalam PRU13 nanti.

Sebenarnya, marah rakyat pada UMNO hanyalah marah-marah sayang. Ertinya, marah kerana sayang.

Geram rakyat pada UMNO adalah kerana terdapat individu yang tidak memahami perjuangan UMNO tetapi sekadar cari kemewahan melalui UMNO.

Perkara ini bukan baru dan Anwar amat sedar. Kenapa? Sebab Anwar sendiri sebahagian daripada UMNO.

Masalah pemimpin muda UMNO yang hidup mewah secara mudah melalui UMNO memang Anwar tahu sangat sebab sebahagian besarnya adalah anak muda didikan Anwar sendiri.

Justeru apabila Anwar tersingkir, dia tahu di mana punca masalah dan dengan segera mengeksploitasinya.

Tugas Anwar tidak sukar. Dia hanya perlu menambah bahan bakar ke dalam bara api. Apinya memang sudah ada. Rakyat memang dah lama geram dengan budak-budak yang asyik membontoti Anwar demi kemewahan.

Contohnya... Tak payah beri contoh lah. Nanti ramai pula yang terasa sebab sebahagiannya dah meninggalkan Anwar sekarang. Yang masih ada, semua orang masih boleh lihat sekarang. Masih mewah walaupun Anwar dah tak jadi TPM.

Itu sebabnya apabila dia dipecat, Anwar beri amaran keras bahawa dia akan heret semua orang UMNO tersebut bersamanya.

Formula Anwar ialah kalau dulu senang bersama maka masa susah kenapa dia sorang kena tanggung?

Rakyat pula mengambil kesempatan ini untuk melepaskan geram dan menuntut macam-macam. Rakyat tahu bahawa dalam keadaan kerajaan sedang tertekan, banyaklah keuntungan yang akan kerajaan keluarkan. Kerajaan terpaksa kerja siang malam!

Rakyat memang bijak.

Dan rakyat pun sedar, Anwar hanyalah alat untuk memberi tekanan pada kerajaan. Alat tidak penting. Sampai masa alat yang dah sampai tarikh luput perlu dibuang.

Anwar tahu tentang itu. Sejak dia dipecat, sudah dua PM letak jawatan. Rakyat nak yang baru. Anwar bukan baru.

Yang baru ialah Najib.

Monday, March 4, 2013

Landing time untuk anwar


Melihat kepak pesawat yang terhenggut-henggut berlaga awan pekat membuat dada Demang turut bergetar.

Walaupun bukan penerbangan pertama namun risau tetap ada.

Demang maklum, kejuruteraan membina pesawat tidak sekadar menyediakan jentera yang boleh terbang malah ia mesti kekal utuh ketika berada di atas awan.

Bahkan, pesawat tersebut mestilah boleh kembali turun ke bawah dan mendarat dengan selamat.

Namun manusia bukannya pesawat. Manusia ada emosi. Lebih dari itu, manusia ada ego tersendiri. Apatah lagi jika ia berkait dengan maruah.

Demi maruah, manusia sanggup mati.

Ego inilah yang menyebabkan Anwar terus menentang kerajaan hingga kini.

Bukan hanya Anwar yang akan bertindak begitu. Demang percaya, para penyokong UMNO pun tidak akan duduk diam jika kalah.

Sebagaimana pembangkang sebelum ini yang menyerang kerajaan dalam semua isu (termasuk mempolitikkan kematian), maka itu juga yang akan dilakukan pembangkang baru nanti.

Sampai bila kita mahu hidup porak peranda begini?

Demang kagum dengan Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Rahim Tambi Chik, Tun Ghafar, Tun Mahathir, dan Tun Abdullah yang akur dengan kehendak rakyat untuk meletakkan jawatan walaupun mereka juga sebenarnya belum bersedia berbuat demikian.

Demang fikir sudah sampai masanya rakyat menggunakan kuasa undi untuk menyingkirkan terus Anwar Ibrahim, isteri, anak, dan sahabat karib serta anak didiknya dari arena politik.

Pemimpin datang dan pergi.

Jika Tun Mahathir yang hebat dan bertanggung jawab menaikkan nama Anwar boleh disingkir, apa ruginya kita membuang Anwar pula?

Najib sudah membuktikan bahawa beliau mampu meneruskan kepimpinan negara. Najib tidaklah sempurna namun dia memang boleh diharapkan. Lihat bagaimana Najib menarik kembali sokongan rakyat walaupun menghadapi cabaran dan ujian yang amat dahsyat.

Lain lah jika Najib macam Paklah!

Sunday, March 3, 2013

Cadangan mansuhkan PTPTN


Demang terkedu juga apabila membaca salah satu janji PR dalam manifesto mereka iaitu menghapuskan hutang PTPTN dan seterusnya memberi pendidikan percuma pada semua pelajar hingga ke universiti.

Sekali imbas cadangan tersebut memang molek. Maklumlah, rakyat dapat percuma!

Namun Demang terfikir kenapa kita perlu sara pelajar hingga ke universiti? Adakah semua orang layak ke universiti? Perlukah semua orang ke universiti?

Bagaimana dengan anak-anak kita yang tidak ke universiti atau mana-mana institusi kemahiran? Apa pula bentuk ganjaran atau saraan untuk anak muda yang mula bekerja ketika rakan sebaya yang lain diberi wang untuk melanjutkan pelajaran?

Adakah peruntukan elaun khas untuk mereka pula?

Atau, lanjutkan sahaja usia persekolahan wajib kepada semua rakyat Malaysia? Setiap anak Malaysia wajib ke sekolah hingga usia 23 tahun dan semua perbelanjaan ditanggung kerajaan?

Para pemimpin PR sudah tentu orang yang cerdik. Kalau tak cerdik manakan boleh jadi pengaruh orang. Sicerdik tak semestinya baik.

Mereka sudah tentu tahu realiti ini.

Kalau mereka tahu realiti, kenapa mereka berjanji begitu? Kenapa mereka perlu menipu?

Orang yang terdesak atau berkepentingan memang sanggup menipu.

Adakah Anwar terdesak?
Adakah Anwar berkepentingan?

Menguruskan budget negara ialah mengagihkan wang bukannya mencetak wang.

Dalam mengagihkan wang sudah tentu jika diberi kepada orang ini maka orang itu pula melepas. Jika orang itu dapat banyak maka orang ini dapat sikit.

Nanti ada pula yang berkata, Anwar Ibrahim akan cari wang banyak-banyak dan agihkan sama banyak pada rakyat.

Demang nak tanya, adakah Anwar Ibrahim itu tuhan?

Demang soal begitu sebab sebelum Anwar Ibrahim dan buaya-buaya lapar di sekelilingnya keluarkan janji merapu itu, puak sosialis dan komunis yang jauh lebih hebat telah pernah mencubanya.

Mereka telah diberi peluang untuk membuktikannya oleh rakyat namun akhirnya semua gagal.

Lihat sahaja Soviet Union, China, dan lain-lain.

Ketahuilah bahawa sistem yang PR mimpikan itu telah pernah dilaksanakan di dunia ini dan telah dibuktikan GAGAL!

Sanggupkah kita mencuba teori yang terbukti salah itu dilaksanakan di negara kita?

Al-fatihah pada perajurit yang terkorban di Lahad Datu. Takziah pada keluarga mereka.

Adakah Thian Chua mempunyai saudara mara yang menjadi tentera?

Saturday, March 2, 2013

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)