Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, March 18, 2013

Mahathir punca serang Lahad Datu

Inikah orang yang dikehendaki?



Dulu, dapat makan nasi berlauk seekor ikan kembung goreng yang dikongsi 6 orang pun tidak mengapa. Dalam sedih, hati teringin juga berlaukkan ayam atau setidak-tidaknya dapat ikan selar seekor seorang.

Naik van yang disewa dari towkey Cina untuk balik kampung berhimpit-himpit dua tiga keluarga pun masih bersyukur. Namun dalam hati kalau boleh nak beli kereta sendiri walaupun second-hand.

Hari ini makan ikan bakar di Pengkalan Balak atau Umbai bayar RM200-300 untuk sekeluarga tak jadi hal.

Sesekali pergi melancong naik MPV milik sendiri, tidur di hotel atau homestay bersama keluarga.

Namun itupun masih belum puas. Sini tak kena, sana tak kena. Apabila timbul sedikiti masalah, melenting tak tentu arah. Komplen sana sini. Tulis dalam FB dan blog. Ramai orang baca, hati jadi bangga.

Kalau diikutkan puas, sampai bila pun takkan sudah. Apabila keperluan asas sudah cukup, teringin pula nak bermewah. Apabila sudah mewah pun, rasa belum cukup. Dunia nak dijadikan syurga. Nak sempurna!

Hari ini warga Malaysia sudah tidak hairan dengan material. Sosial pun sudah berlebihan. Mereka mahukan yang lebih dari itu.

Sistem yang ada dianggap lapuk dan ketinggalan zaman.

Keinginan mendirikan negara Islam adalah hasrat terpuji. Demang amat setuju.

Demang lihat, Tun Mahathir bukan sahaja setuju bahkan telah memulakannya melalui beberapa tindakan. Beliau lakukan diam-diam dan berstrategi agar tidak ada pihak yang membantah. Maklumlah, walaupun ummat Islam menguasai 66% daripada warga Malaysia namun kepentingan sah kaum lain yang berjumlah 34% perlu dipelihara.

Tambahan pula mereka menguasai bidang ekonomi dan merupakan pembayar cukai yang besar.

Kalau nak dicatatkan satu persatu usaha Tun Mahathir ke arah menjaga Islam memanglah kita akan dapat satu senarai yang panjang. Itu tidak menjadi masalah namun seperti yang Demang tulis tadi, sebahagiannya adalah dalam bentuk strategi. Kalau itu pun nak diceritakan secara terbuka, susahlah.

Namun kalau tak cerita langsung pun susah juga. Pilihanraya dah tak lama lagi. Rakyat sedang dahagakan maklumat. Apa sahaja teks yang keluar di internet dianggap maklumat.

Memang ada juga yang menapis berita, iaitu jika datang daripada puak sendiri dianggap benar manakala jika terbit dari pihak lawan dikatakan dusta.

Tak ramai yang menyaring maklumat berdasarkan fakta.

Apabila Tun Mahathir mengemukakan idea kereta nasional, ramai yang hanya melihat ia sebuah kereta. Padahal Tun melihat sebagai teknologi asas untuk membuat senjata sendiri. Bagaimana nak buat kereta kebal kalau kereta pun beli dari negara musuh Islam?

Tun Mahathir cadang bina jambatan Pulau Pinang bukan setakat nak keluarkan hasil daripada pulau itu atau nak bawa barang keperluan ke sana. Berapa ramai sangat pengguna di situ? Berapa banyak hasil keluaran negeri itu?

Jambatan Pulau Pinang adalah strategi ketenteraan jika berlaku perkara tak diingini di pulau mutiara yang dulunya milik sultan Kedah itu.

Tun juga cadangkan bina universiti Islam antrabangsa (UIA) tetapi ada pula yang mengaku UIA adalah idea dia. Padahal Tun lantik dia untuk menguruskan sahaja.

Berkenaan hudud, pihak yang mencadangkan pun tidak ada satu ketetapan yang piawai untuk melaksanakannya. Malah MCA dan DAP hingga sekarang menolak penubuhan negara Islam.

Menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan rosak. Kiri kanan kena jaga. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung pula berciciran.

Semangat tanpa strategi adalah satu tindakan bodoh!

Dalam melawan kapitalis yang berpaksi riba dan tamak haloba, Tun cadangkan sistem perbankan Islam. Ia telah dilaksanakan sedikit demi sedikit dan kini telah diterima umum termasuk bukan Islam. Masih ada ruang untuk dibaiki, tetapi bukan untuk didebatkan bagi menunjukkan siapa hebat!

Tun masih belum puas hati. Beliau mengusulkan penggunaan dinar emas, namun tiada negara Islam yang serius menyokong. Akhirnya Amerika menggunakan Arab Saudi bagi menolak terus cadangan Tun.

Rupa-rupanya bukan Tun sahaja yang kecewa dengan Amerika malah Amerika juga 'kecewa' dengan Tun. Maksud Demang, Amerika marah dan dendam dengan usaha Tun. Dah banyak kali Tun ambil tindakan yang merugikan mereka.

Demang percaya yang dendam Amerika pada Tun dan Malaysia belum padam. Malaysia bukan sahaja mahu maju sendirian bahkan ingin membawa negara Islam lain ikut maju.

Justeru ancaman Malaysia perlu dihentikan. Bagaiamana?

Selama ini Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang bebas daripada masalah besar. Dalam kalangan negara Asean pun Malaysia kekal sebagai negara aman.

Negara yang sudah cukup selesa akan bergerak menjadi kuat dan bersaing dengan negara maju. Tidak mustahil Malaysia akan mengulangi sejarah Melaka dan mengalahkan Amerika.

Malaysia tidak seperti Thailand, Indonesia, Myamar, dan Filiphina yang ada pemberontak dalaman. Amerika amat sedar tentang ini.

Justeru Malaysia perlu diberikan masalah dalaman agar usaha meluaskan pengaruh ke peringkat antarabangsa sukar dijalankan.

Melalui konflik politik agak lambat. Tambahan pula kerajaan sedia ada sudah mula berjaya menarik semula sokongan rakyat dan bersatu menyokong PM yang baru (Najib).

Kejayaan Najib adalah masalah kepada Amerika sekaligus merencatkan usaha dajjal mereka.

Amerika tahu Tun berdiri di belakang Najib.

Maka usaha barupun dirancang dengan teliti. Kebetulan ada puak di Kepulauan Sulu menyimpan angan untuk memiliki Sabah.

Amerika melihat peluang terbaik ini. Puak serpihan mempunyai impian besar. Mereka cuma tiada modal.

Amerika cuma perlu keluarkan sedikit modal dan rancangan mereka mengkucar-kacirkan Malaysia dapat dilaksanakan pihak ketiga.

Renung-renungkanlah. Insya-Allah lain kali Demang sambung lagi. Harap sahabat-sahabat dapat tolong sebarkan sebab blog Waadat ini tak ramai pembacanya.

1 comment:

Talhah said...

Nak tambah pada jasa jasa Tun untuk Islam yang paling besar ialah pindaaan perkara 121 1 (A) Perlembagaan Persekutuan yang mana menjadikan Mahkamah Syariah dan Mahkamah biasa sama taraf.

Kalau tak di pinda anak kita yang bersunat pun akan di bantah oleh NGO-NGO dan bawak kat Mahkamah yang kata bersunat itu kejam dan melanggari hak asasi manusia.

Nasib baiklah di buat pada tahun 1988 (kalau tak silap) kalau nak pindaan buat pada masa sekarang mampuih tak dapat.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)