Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, April 18, 2013

Parti anak beranak


PKR
Anwar Ibrahim
Azizah Ismail
Nurul Izzah Anwar

DAP (yang ini lagi dasyat)
Lim Kit Siang
Lim Guan Eng
Betty Chew
Karpal Singh
Gobind Singh Deo
Jagdeep Singh Deo

PAS
Nik Aziz Nik Mat
Nik Abduh Nik Aziz

(sumber: blog RBF online)

Tuesday, April 16, 2013

Mat sabu lawan anwar ibrahim


Semua orang tahu bahawa kacau bilau politik negara sekarang adalah lanjutan pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 1998.

Alangkah baiknya jika tahun 1998 tiada dalam kalender.

Jika demikian sudah tentu Anwar Ibrahim telah jadi PM dan sudah tentu Anwar yang akan menentukan calon dan mengetuai kempen pilihanraya ke-13 ini.

Maka Mat Sabu pun naik pentas untuk berceramah:

"kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Anwar Ibrahim al-j***ri. Hang jangan ingat aku taktau skandal hang dengan drebar azizah? Hang ingat rakyat taktau pasai budak2 hang yg kaya raya mentedarah harta rakyat pasai dok ikut pungkoq hang siang malam tu?"

Hmm... Lagi susah UMNO nak jawab!

Mujur juga tarikh pemecatan Anwar itu ditakdirkan Allah ada dalam kalendar kita.

Monday, April 15, 2013

surat mahathir tolak hudud



Nampaknya isu hudud sudah lenyap. Sudah dicampak ke longkang kerana PAS kini sudah bersaudara dengan DAP yang tegar menentang Islam.
Akhirnya Karpal Singh yang pernah mencabar orang Islam dalam isu mendirikan negara Islam di Malaysia agar melangkah mayatnya terlebih dulu telah menang.
Walaupun PRU-13 belum berlaku namun Karpal berhak diisytihar sebagai pemenang!


Jika diungkit perkara ini pada penyokong PAS maka dengan mudah mereka melemparkan kesalahan pada UMNO, khususnya Tun Mahathir.
Kata mereka: Mahathir lah penentang hudud. Lalu mereka menjadikan surat PM kepada MB Kelantan pada 1994 sebagai bukti Mahathir menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan.
Benarkah begitu?
Kepada generasi muda yang masih kecil ketika itu, biarlah Demang bercerita sikit:
Apabila didesak bertalu-talu oleh ummat Islam baik penyokong PAS mahupun penyokong kerajaan akhirnya Nik Aziz membentangkan draf undang-undang hudud PAS di Kelantan. Draf tersebut dibawa pada Sultan Kelantan dan baginda pun menurunkan tandatangan.
Malangnya sehingga kini undang-undang yang telah diluluskan itu TIDAK PERNAH diwartakan!
Alasan Nik Aziz (bukan alasan PAS) ialah kerajaan pusat menghalang perlaksanaan.
Bagi penyokong tegar PAS sudah tentu mereka percaya kenyataan tok guru mereka itu. Namun bagi yang faham undang-undang dengan mudah menyedari bahawa perkara berkenaan Islam termasuk undang-undang Islam di bawah kuasa sultan negeri berkenaan dan bukannya di bawah kuasa kerajaan persekutuan.
Di bawah ini Demang letakkan surat tersebut yang disalin daripada Harakahdaily sendiri. Bacalah sendiri dan tunjukkan di mana ayat yang mengatakan Mahathir menentang hudud.
Sementara itu, di Terengganu Hj Hadi selaku MB juga mengemukakan draf undang-undang bagi negeri Terngganu berdasarkan hukum hudud.
Walaupun Hj Hadi cuma sepenggal menjadi MB namun beliau lebih baik daripada Nik Aziz. Hj Hadi berjaya mewartakan undang-undang itu cuma tidak dapat melaksanakan.
Hj Hadi menghadapi masalah dalam penguatkuasaan apabila pihak polis yang tertakluk dengan pihak persekutuan secara teknikalnya tidak boleh menguatkuasa undang-undang tersebut.
Justeru adalah tidak benar hudud tidak boleh dilaksanakan di negeri-negeri itu. Ia cuma perlukan kebijaksanaan.
Berkaitan Perkara 75 perlembagaan yang sering dijadikan alasan PAS untuk menuduh UMNO menolak hudud, perkara tersebut tidak membatalkan keseluruhan undang-undang sebaliknya hanya undang-undang yang bertentangan sahaja yang terbatal. 
Dalam surat di bawah, Tun telah memberikan contoh undang-undang yang mungkin akan terbatal kerana ia bertentangan dengan perlembagaan. Contohnya dalam kes wanita dirogol.
Tun Mahathir juga sering ditohmah menentang hudud padahal beliau secara terbuka mengatakan bahawa yang beliau bantah ialah undang-undang yang dicipta oleh ulama berdasarkan pemahaman mereka, bukannya hukum yang telah termaktub secara jelas dalam Al-Quran.

Kebimbangan Mahathir tentang kesilapan pemahaman PAS di Kelantan dalam membuat draf undang-undang ada benarnya apabila dilihat pada draf undang-undang yang dibuat PAS Terengganu pula yang berbeza.

Perbezaan undang-undang di Kelantan dengan undang-undang Terengganu membuktikan bahawa ia bukan hudud sebenar Islam.
Bagi yang tidak pernah mendengar sendiri dari mulut Mahatahir dalam isu hudud eloklah jangan 'bawa mulut' isu ini. Jika tidak, anda samalah seperti pemfitnah-pemfitnah yang anda benci selama ini.

Bacalah dengan mata hati bukan dengan berbekalkan rasa sakit hati. 



PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994
Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.
(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .
6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Thursday, April 11, 2013

Sejauhmana anda percaya media?



Bohong dulu-dulu:
Tarikh: 11/4/1983
Dua orang pemuda yg baru tiba di KL berbual sambil makan di sebuah warung.

Akob: mahalnya lauk ikan talapia nie. Seekor RM2. Di kampung aku kuak je air, terus dapat ikan.

Usop: kalau gitu hebat kampung aku lagi. Kami, sebelum masuk paya terpaksa kuak ikan dulu baru dapat air.

Realiti sekarang
Tarikh: 11/4/2013

Dua orang pemuda sedang ber'whatsapp'. Seorang di KL dan seorang di Jengka.

Remi Jengka: boring le dok Jengka ni. Dalam zaman IT camni pun, pengumuman kematian masih guna corong speaker masjid. Bila ada kes kematian, berapa ramai sangat le yg dapat dengar? Ramai yg dtg ziarah pun sebab dapat tau dari mulut jiran masing2.

Roy KL: itu le nko. Aku ajak dok KL taknak. Di sini kalau ada kes kematian diorang sebar guna blog, FB, Whatsapp, Wechat dan macam2 lagi.

Remi Jengka: best le camtu. Ramai le yg datang ziarah jenazah.

Roy KL: tak jugak sebab semua org tak percaya pada maklumat tu.

Bekas pemimpin DAP dedah rancangan sulit

Demang rasa terpanggil untuk menyebarkan maklumat ini agar rakyat dapat berjaga-jaga dan berwaspada.

Klik link berikut.

http://www.mykmu.net/?p=28816

Sidek Baba jawab fitnah



KUALA LUMPUR 10 April - Prof. Datuk Dr. Sidek Baba menerima gangguan daripada pihak tertentu yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakannya mendedahkan perilaku buruk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, gangguan itu diterima melalui panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu-individu tidak dikenali.

"Dugaan seperti ini saya sudah biasa. Saya tidak rasa terganggu, memang ini resam perjuangan hidup saya.

"Tetapi dalam hal ini, isteri saya langsung dilibatkan dengan provokasi luar biasa. Dia (isteri) dimaki-hamun, disumpah-seranah.

Saya menangis tadi kerana terkenangkan dia, saya tahu dia menderita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Felda di sini hari ini.

Terdahulu, semasa berucap dalam majlis itu, Sidek mengalirkan air mata kerana sebak mengenangkan nasib isterinya yang turut terkena 'tempias' daripada pendedahan yang dibuat oleh beliau.

Mengulas lanjut mengenai susulan pendedahan itu, Sidek turut mendakwa beliau difitnah oleh sebuah blog pro-pembangkang iaitu http://greenboc.blogspot.com yang mengaitkannya sebagai ketua dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar pada 15 Disember tahun lalu.

Dalam blog tersebut katanya, beliau dituduh bersama lapan orang lain termasuk bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Alies Anor Abdul menerima gaji sebanyak RM15,000 seorang bagi tujuan tersebut.

"Ingin saya tegaskan di sini, saya berada di Sarawak pada tarikh tersebut dan saya mempunyai bukti dan dokumen yang lengkap.

Malah, dalam lapan orang yang dikatakan berkomplot, saya hanya mengenali tiga orang daripadanya. Yang lain saya tidak kenal dan komplot itu langsung tidak wujud," katanya.

Selain itu, Sidek turut mendakwa difitnah oleh seorang individu bernama Omar Abdul Rahman yang dilihat sengaja hendak menjatuhkan kredibilitinya.

"Saya menafikan sama sekali semua tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada saya.

"Saya tidak akan berganjak daripada pendirian saya kerana saya nampak kehadiran Anwar membahayakan Malaysia. Saya perlu membuat sesuatu untuk menyelamatkan negara melalui jalan yang saya pilih iaitu ilmu, akademik dan dakwah," katanya.

Sidek memberitahu, beliau akan membuat laporan polis dalam masa terdekat terhadap individu-individu yang mengancam dirinya dan keluarganya serta menyiasat dalang dan tujuan fitnah-fitnah yang dilempar kepadanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130411/px_12/Sidek-Baba-isteri-terima-gangguan-selepas-perilaku-Anwar-didedah#ixzz2Q794WGGR © Utusan Melayu (M) Bhd 

Kroni Anwar Ibrahim



Jika PKR dikatakan sebagai parti keluarga, yang ini apa pula?

Siapakah Datuk Ibrahim Abdul Rahman & anak-beranaknya???


Beberapa aset kekayaan yg dimiliki Datuk Ibrahim Abdul Rahman (bapa Anwar Ibrahim) yg merupakan seorang rakyat biasa & bukannya bersusur-galur bangsawan mahupun orang kaya. Bapa Anwar juga bukanlah seorang saudagar intan berlian mahupun permata apatah lagi seorang ahli perniagaan Korporat mahupun keparat.

Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dlm kerajaan yg dikutip oleh Tun Dr. Mahathir drp ABIM telah membuatkan Anwar Ibrahim menjadi KAYA RAYA MALIANA dlm sekelip mata. Bukan shj Anwar menjadi mewah, malahan bapanya sendiri secara tiba2 mempunyai aset yang berbilion2 apabila Anwar memegang jawatan sbg Menteri Keewangan.

Mari kita semak senarai aset milik Datuk Ibrahim Abdul Rahman. Beliau mempunyai kepentingan perniagaan yg besar mewakili Anwar dgn menjadi Ahli Lembaga Pengarah lebih dari 50 buah syarikat & memegang saham hampir 20 buah syarikat.

Antara syarikat tersebut adalah:-
Pengkalen Holdings Bhd,
Pengkalen Capital Bhd,
OI Corporation Bhd,
Pan Malaysia Industries Bhd,
Nissan Industrial Oxygen Bhd, Zaitun Bhd,
Boral Concrete (M) Sdn. Bhd.,
Ibrus Holdings Sdn. Bhd.,
MS Pembinaan & Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd,.
PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd.,
Metromix Sdn. Bhd.,
Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd.,
PPH Development (M) Sdn. Bhd.,
PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd.,
PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.

Berikut pula merupakan senarai syarikat yg bapa Anwar merupakan pemegang saham yang besar dlm sesebuah syarikat:-
Nissan Oksigen Perindustrian Bhd. (3,032,500 saham);
Par Con Corporation Bhd. (900,000); Perumahan Muhibah Sdn. Bhd. (510,000);
Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000);
Westaflex Sdn. Bhd. (200,000) Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000).

Dari mana pula aset kekayaan adik beradiknya Farizan, Rani dan Marzuki??? Dari langit kah???

Adik beradik Anwar juga merupakan rakyat biasa yg bukannya belajar tinggi mahupun jenis yang kaya raya. Namun apabila abang beliau menjadi Menteri Kewangan, adik beradik Anwar ini berubah menjadi golongan kaya yang melampau.

Rani sbg pengarah Azamintensif Sdn. Bhd.,

Marzuki sbg pengarah lapan syarikat:-
Teraju Dinamik Sdn. Bhd.,
Knight H & D Sdn. Bhd.,
Ganjaran Jaya (M) Sdn. Bhd.,
Rodatra Sdn. Bhd.,
Sanjungan Niaga Sdn. Bhd.,
CSPM Resources Sdn. Bhd.,
Wrand Tank Industries (M) Sdn. Bhd.,
Lityan Holdings Bhd., dan
Bumijet Industries Sdn. Bhd.

Senarai aset2 di atas yg dimiliki oleh bapa & adik beradik Anwar mempunyai nilai berbillion2 ringgit yg ianya berlaku apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu. Apakah Anwar Ibrahim seorng yg benar2 BERSIH??? Mengapa tidak menyatakan kepada rakyat Malaysia dari mana kekayaan yg ada membuatkan keluarga beliau mampu memiliki aset yang berbillion ini dlm sekelip mata???

Apakah Anwar dan Keluarganya MENABUNG SEJAK KECIL sehingga mampu memiliki aset sebegini???

Inilah dia makhluk ANUGERAH TUHAN...

Wednesday, April 10, 2013

Rahsia terowong dasar laut pulau pinang


Isu sampingan:
Antara kempen penting DAP ketika berhadapan dengan pengundi ialah isu ketelusan.

Ketelusan adalah gerbang pada rasuah. Maksud Demang, tanpa ketelusan maka rasuah akan masuk dengan mudah.

Demang setuju.

Dengan kempen tersebutlah DAP menyakinkan pengundi untuk memilih mereka dalan PRU-12.

Malangnya setelah berkuasa DAP beraksi tidak seperti yang dijanjikan. Contohnya dalan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang.

Kita ketepikan soal bantahan DAP ketika kerajaan BN mencadangkan jambatan Pulau Pinang suatu ketika dulu.

Kita lupakan sekejap isu keperluan terowong dasar laut dibina sekarang.

Kita juga boleh tangguhkan isu keselamatan, ketahanan, dan lain-lain dalam pembinaan tersebut.

Mari kita lihat fakta berikut:

Kenapa terdapat 3 perbezaan kos?
Pada awalnya Guan Eng kata RM4.08b.

Kemudian meningkat kepada RM8.08b, dan akhirnya dikatakan berjaya diturunkan kepada RM6.3b.

Penjimatan tersebut dikatakan akibat tender terbuka.

Isu di atas ialah isu ketelusan. Bagi Demang ia bukan isu utama. Maksud Demang ia bukan agenda utama Guan Eng!

Isu Utama:

Anda nampak apa yang berlaku di atas? Tak nampak?

Soalan Demang:
Siapa yang dapat tender tersebut?

Akan bertambahlah bilangan bilionaire kalangan mereka.

Orang Melayu? Ada 1-2 orang pun dipertikai luar dalam. Padahal itulah tokoh korperat kita yang banyak buat kebajikan.

Lambat lagi lah orang Melayu nak maju!

Tuesday, April 9, 2013

Bakal PM bahaya



Biarlah dia bahaya seorang diri. Kita tak perlu terheret sama.

Sunday, April 7, 2013

Pesanan penting bekas sahabat karib Anwar


Masih ingatkah Anwar Ibrahim pada Sidek Baba nie?

Apabila Anwar Ibrahim dipecat, inilah orang yang dihantar ke luar negara untuk memberitahu para pelajar bahawa Anwar tidak bersalah.

Manifesto terbaekk untuk negara

Saturday, April 6, 2013

Penjual babi


Demang minta maaf kerana foto di atas agak kabur.

Nak buat macamana, perjuangan PAS pun dah makin kabur. Untuk nelihat gambar asal dan penerangan yang lebih jelas boleh baca buku 'Kafirkah Aku' tulisan seorang bekas pejuang tegar PAS.

Demang katakan 'bekas pejuang tegar PAS dan bukannya 'bekas pejuang tulen PAS'.

Maksudnya, Demang mengiktiraf beliau sebagai Pejuang Tulen PAS' yang setia pada perjuangan dan jijik dengan sandiwara sebahagian besar pemimpin PAS sekarang.

Jika kita masih percayakan demokrasi maka kembalikan PAS pada perjuangan asal yang disegani.

Untuk kembalikan perjuangan asal PAS hanya ada satu jalan iaitu asingkan PAS daripada kawan-kawan mereka yang terdesak itu.

Friday, April 5, 2013

Komen Harussani terhadap Nik Aziz


Kehairanan yang membawa pada kebuntuan akal fikir Demang terhadap tindakan-tindakan PAS terutamanya Nik Aziz yang ganjil, aneh, dan pelik agak terjawab dengan kenyataan berani mufti Perak di atas.

Apabila diri bersarang dendam maka hati jadi hitam. Seterusnya akal dan ilmu tidak berguna lagi.

Hati yang hitam legam sukar untuk cahaya kebenaran menembusinya.

Itulah jawapan pada keheranan Demang apabila melihat PAS tegar menolak usaha perpaduan (UMNO-PAS) yang diusahakan banyak pihak sejak beberapa tahun belakangan ini.

Itulah bahayanya membiarkan kemarahan dan dendam bersarang terlalu lama.

Itu sebabnya Rasulullah menganjurkan ummatnya agar sentiasa memaafkan.

Rasulullah bukan sahaja menyuruh bahkan Baginda melakukannya.

Aishah calon PAS


Demang ucap tahniah pada artis popular Siti Aishah.

Walaupun belum sah menjadi calon namun apabila nama sudah disebut bermakna bekas penyanyi itu termasuk orang penting dalam PAS.

Tahniah juga pada PAS yang begitu berani berubah meskipun itu bermakna PAS menyanggah beberapa fatwa yang pernah diperjuangkan dulu.

Kalau nak tau sebahagian daripada hukum haram (PAS) yang telah menjadi halal sekarang bacalah buku 'Kafirkah Aku' tulisan Cikgu Non iaitu bekas pejuang PAS tegar suatu ketika dulu.

PAS memang berani. Selain meletakkan artis yang 'telah insaf' sebagai calon, PAS juga berani mempertaruhkan calon yang sedang menjadi bualan pengundi berkenaan dakwaan berzina dengan isteri orang.

Cuma Demang tertanya-tanya, adakah perlu mengambil orang yang baru insaf untuk menjadi pemimpin berbanding meletakkan orang yang memang benar-benar bersih?

Apakah kualiti Siti Aishah selain popular?

Ahli PAS boikot calon



Nik Aziz nak menang ke nak kalah?

Tindakan 'ketegaq' Nik Aziz untuk tetap mencalonkan YB selinsing yang masih bergelumang dengan dakwaan moral amat mengecewakan penyokongnya.

Tindakan tersebut seolah menggambarkan tiada calon yang lebih baik untuk PAS di Selinsing.

Setidak-tidaknya PAS menjawab dahulu dakwaan seorang bekas ahli PAS di situ yang telah mengeluarkan dakwaan tersebut bahkan terbaru beliau sanggup berdepan dengan proses pengadilan bagi membuktikan dakwaan tersebut.

Kadang-kadang Demang rasa PAS seolah sengaja memberi isyarat pada rakyat agar mengundi UMNO.

Thursday, April 4, 2013

Najib ke Mekah Anwar ke US



Beberapa hari lagi DS Hj Muhammad Najib bin Tun Razak berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah sekali lagi.

Sementara itu hari ini Anwar Ibrahim juga meninggalkan negara menuju ke Amerika.

???

Fadhilah Kamsah melepaskan anjing tersepit



Hebat! Kehadiran juga luar biasa di Seri Negeri Melaka pagi ini.

Dr Fadilah sempat bercerita tentang pengalaman beliau menyelamatkan anak anjing suatu ketika dulu.

Terbukti, anak-anak anjing dan ibu anjing yang diselamatkan tidak pula menggigit beliau selepas itu.

Bagaimana 'standard' manusia yang menggigit tangan orang yang menolongnya?

Jom tukar



Dalam sibuk-sibuk pihak tertentu menggesa perubahan kepimpinan dilakukan dalam kerajaan, kita terlepas pandang betapa masih ramai tunggul-tunggul tua dalam beberapa parti pembangkang seperti DAP dan PAS.

Kalau setakat tunggul tak mengapa lagi sebab akhirnya ia akan mereput sendiri.

Yang kita bimbangkan ialah ia sudah bertukar menjadi puaka yang ditakuti hatta sekadar melintas di belakangnya.

Para pengikut tunggul puaka ini pula merupakan pemuja-pemuja roh leluhur yang pernah bermimpi memakai bengkung cina (chinese belt) yang menganjur sepanjang pantai barat semenanjung tanah melayu dengan kepalanya di singapura.

Nampaknya upacara pemakaian talipinggang tersebut sedang dilaksanakan dengan bantuan segerombolan 'ulama' lurus bendul dan sekumpulan manusia yang takutkan kebenaran setelah terlanjur dalam perbuatan!

Wednesday, April 3, 2013

Sah. Parlimen bubar hari ini


Akhirnya pembubaran parlimen Malaysia yang asalnya dikenali sebagai Tanah Melayu berlaku hari ini.

Sudah bersediakah untuk memberikan kuasa pemerintahan kepada orang lain pula?

Jika di suatu kawasan: 60% pengundi melayu, 40% bukan melayu... Apabila 30% orang melayu undi UMNO, 30% melayu undi PAS, maka PR akan menang dengan kekuatan 40% bukan melayu dan 30% melayu.

Maka siapa yang menguasai sebenarnya?

Itulah sifir demokrasi yang wajib difahami.

PM buat pengumuman sebentar lagi


Berita yang baru diterima PM yang telah menemui YDA pagi tadi akan membuat satu pengumuman rasmi jam 11.30 pagi ini.

Ikuti siaran RTM sebentar lagi.

Sejarah ummat islam disembelih

Demang temui banyak blog yang menulis mengenai peristiwa hitam ini. Demang sendiri banyak kali menyelitkan kisah ini dalam ceramah dan sebagainya. Setiap kali mengingatnya, dada menjadi sebak hingga adakalanya Demang tidak mampu meneruskan kata-kata akibat terlalu hiba.

Adakah kita akan mengulangi sejarah yang sama?

Ingatlah, ummat Islam di Granada ketika itu pun tidak menyangka yang mereka sedang dikhianati.

http://sariminsorno-sarimin.blogspot.com/2012_03_01_archive.html

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 2, 2013

Kenyataan Daim dalam akhbar cina


"BN akan kalah kali ini," kata seorang rakan Demang.

Demang memandang rakan tersebut dengan hairan.

"Mana engkau tau?" tanya Demang.

"Ramai orang cakap" katanya selamba.

Hebatnya dia. Agaknya dia berkawan dengan semua pengundi di Malaysia!

Sementara itu dalam wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina, tokoh korporat dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin berkata BN akan menang lebih dengan lebih baik berbanding PRU12 lalu.

Daim tak bercakap secara agak-agak macam kawan Demang tadi.

Monday, April 1, 2013

Syed Mohtar diserang lagi



Kenapa hartawan dan dermawan ini hendak dibunuh?

Bagaimana dengan bilionner bukan Melayu yang terang-terang monopoli kekayaan negara?

Adakah kerana beliau banyak membayar zakat dan dari situ diberi rebat cukai pendapatan?

Huru hara sedang menghampiri negaraku



Kisah 1

Ketika serangan pertama penceroboh di Lahad Datu, Demang berada di Labuan dan Brunei.

Jarak antara Demang dengan lokasi kejadian memang agak jauh dan tidak terkesan langsung.

Sekarang Demang di Melaka dan jaraknya lebih jauh. Namun itu tak bermakna Melaka selamat.

Ada berita yang masuk ke telinga Demang sudah ada individu ditangkap di Melaka yang ada kaitan dengan peristiwa yang berlaku nun di Lahad Datu.

Cuma yang Demang hairan, bagaimana pihak pemberontak yang dikatakan serba miskin mampu menggunakan peralatan perang canggih?

Siapa sebenarnya di belakang mereka?

Kisah 2

Malam tadi Demang terserempak beberapa susuk tubuh berkeliaran dalam kampung.

Mereka memasang bendera-bendera hijau di tiang-tiang lampu.

Selama ini hanya ada satu warna bendera di kampung ini. Kini mereka merobek keharmonian kampung ini atas nama DEMOKRASI.

Demokrasi: ia membenarkan kebiadaban, kurabg ajar, dan kehancuran negara demi menegakkannya.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)