Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, June 27, 2013

Kesah si penampal tayar dengan si pembuat tayar


Kesah ini kononnya berlaku di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Penduduknya berjumlah 2 juta orang termasuk dua orang lelaki yang amat terkenal.

Lelaki pertama menjadi popular kerana beliau adalah satu-satunya pembuat tayar di negara tersebut.

Terkenal bukan sentiasa bermaksud disukai. Ramai yang tidak puas hati dengan lelaki itu kerana mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk tayar. Hal ini kerana jika tayar mereka bocor terkena paku sekalipun, mereka terpaksa membeli tayar yang baru.

Lelaki yang kedua sebenarnya bukanlah penduduk asal negara tersebut. Beliau berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan menetap di situ.

Beliau membawa masuk teknologi baru iaitu kaedah menampal tayar bocor. Dengan itu orang ramai tidak perlu mengeluarkan kos yang mahal bagi membeli tayar baru jika tayar mereka mengalami kebocoran kecil.

Berbanding si pembuat tayar, si penampal tayar lebih disayangi. Beliau dianggap telah berjasa besar pada negara.

Akhirnya pada suatu hari hukum Allah pun tiba pada si penampal tayar. Seluruh negara meratapi kematian beliau.

Sejak ketiadaan si penampal tayar, orang ramai terpaksa kembali pada cara lama. Setiap kali tayar mereka bocor maka terpaksalah ditukar yang baru.

Masa terus berlalu dan pada suatu hari ajal si pembuat tayar pula tiba. Hanya selepas upacara pengkebumian beliau barulah orang ramai sedar bahawa tidak lama lagi mereka tidak lagi boleh menggunakan kenderaan.

posted from Bloggeroid

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)