Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, November 16, 2013

Warung melayu kedai cina

Di Malaysia, jika mahu mencari rumah orang Melayu, pergilah ke kampung-kampung, flat dan taman perumahan kos rendah, serta pangsapuri murah.

Jika ke kawasan perumahan sederhana mewah agak sukarlah mencari rumah orang Melayu manakala di kawasan perumahan mewah, jangan harap lah ada rumah orang melayu. Kalau nak ada pun, mungkin ada satu dua di celah-celah rumah orang cina.

Bagaimana orang cina boleh kaya dan orang Melayu tak kaya-kaya? Barangkali rakan-rakan kita di universiti boleh tolong buat kajian khas.

Ya lah. Bab kaji mengkaji ni memang kerja profesor. Soal kemana hasil kajian dan tindakan seterusnya, tak pasti pula Demang. Yang Demang tahu, geran peruntukan untuk kajian dikeluarkan berjuta-juta saban tahun.

Tak hairanlah ada profesor yang beli mercedes secara tunai.

Demang lihat orang cina berniaga dengan cara buka kedai manakala orang melayu lebih hebat, berniaga tanpa kedai!

Seperkara lagi, orang cina kalau berniaga, mereka berniaga sahaja. Orang melayu sambil berniaga mereka makan gaji, sambil makan gaji mereka berniaga.

Barangkali orang melayu terpengaruh dengan peribahasa sambil menyelam minum air namun ada juga peribahasa melayu yang berbunyi "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran".

Demang bukan nak suruh jadi orang cina sebab mereka ada harta tapi tiada iman sebaliknya kita ada peribadi Rasululullah dan para sahabat yang boleh dicontohi.

Apapun, ada beberapa perkara yang ada pada orang cina yang boleh kita tiru.

Selain semangat dan usaha gigih pengusaha melayu, agensi kerajaan juga perlu turun padang. Jangan hanya tunggu kaunter terima borang permohonan. Bantulah pengusaha bumiputra dengan ikhlas. Lagi pun kerja tu bukan percuma. Gaji dah dibayar setiap bulan.

Jenguklah para pengusaha melayu yang bergelut mendapatkan jualan. Mereka bukan sahaja perlukan modal malah bimbingan.

Sampai bila orang melayu dibiar merempat menjaja jualan di tepi jalan?

4 comments:

Jeepers Creepers said...

orang melayu bila buka kedai makan, suka sangat pakai tukang masak orang luar iaitu orang siam..kenapa mereka tidak masak sendiri ?

lagi satu ubahlah cara berniaga. berniaga hanya diwaktu malam. suasana kedai suram. macam makan dalam gua.

cubalah ubah seperti kedai mamak. kedai terang, dibuka 24 jam. jika tidak mampu 24 jam, cubalah dari siang hingga jam 11 atau 12 malam sahaja.

sediakan tv dan tayangkan astro. pekerja melayu sila peka dengan keadaan sekeliling. ini sendiri letak kerusi meja jauh lepas tu tak pergi tengok. pelanggan datang, terkulat kulat nak mencari pelayan. silap silap salah sangka antara tokey kedai dengan pelanggan lain.

Anonymous said...

MELAYU JANGAN DI TAKUT-TAKUTKAN UNTUK BERNIAGA...

MAK BAPAK YANG HANTAR ANAK MASUK U JANGAN HANYA HARAP BILA KELUAR NAK KERJA KERAAJAAN DAN MAKAN GAJI SAHAJA...

MEMANG SUKAR MEMBAKAR "JAMBATAN"...UBAH PRINSIP DAN PANDANGAN.

MELAYU BERNIAGA KENA BERDISIPLIN

JANGAN AMBIL MUDAH BILA BERNIAGA...TAKDE YANG MUDAH...DAN TAKDA SUKAR...CUMA SELESAIKAN MASALAH YANG ADA....BAGAIMANA KUATNYA KITA MENEMPUH KESUKARAN DI SITULAH ADA KEJAYAAN

MELAYU YANG UKUR KEJAYAAN BERNIAGA DENGAN MATERIALISTIK..KERETA BESAR..MELANCONG BANYAK...RUMAH BESAR..DAN MEWAH BELANJA...MELAYU KENA ADA STRATEGI JANGKA PENDEK DAN PANJANG.

MELAYU BERNIAGA KENA SIMPAN HARTA...BELI TANAH...BELI SHOP LOT DAN ADA SIMPANAN

MELAYU KENA BIJAK DALAM SERBA SERBI...BIJAK DENGAN UNDANG-UNDANG...BIJAK DENGAN ILMU PERAKAUNAN DAN PERHUBUNGAN...JANGAN MUDAH KENA TIPU WAL HAL BENDA BASIC SAHAJA.

MELAYU KENA BUAT RANGKAIAN BERNIAGA...RANGKAIAN BUKAN HANYA BILA MELAYU BERNIAGA MLM SAHAJA YA..TAPI MELIPUTI SEMUA

MELAYU KENA BUAT KIRA-KIRA...ADA KIRA-KIRA(pROFIT N LOSS) BARU TAU ADA UNTUNG ATAU RUGI...BERAPA BOLEH BELANJA DAN BERAPA KENA SIMPAN...DAN PALING UTAMA MELAYU ISLAM WAJIB TUNAIKAN ZAKAT.....MACAMANA NAK BAYAR ZAKAT KALAU TAK TAU UNTUNG RUGI....DAPAT HUJUNG PANGKAL LESAP....SYNDROM TAKTAU MANA PERGI DUIT...SEBAB TAK PERNAH AMBIL TAU SIMPAN REKOD.

MELAYU KENA KUAT MEMBANTU BANGSA NIAGA ...WUJUD PELUANG BAGI PELUANG ORANG LAIN JUGA.

SEBENARNYA BANYAK BENDA LAGI....

cheguman said...

Sgt setuju. Dah boring makanan thai. Susah betul nak cari kedai yg guna tukang masak melayu.

cheguman said...

Terima kasih. Pesanan yg sgt baik. Sy akan gunakan, insyaAllah.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)