Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, January 31, 2013

Alkesah membina perahu


Ini cerita rakyat. Cerita yang Demang pernah baca ketika kanak-kanak. Demang percaya usia cerita ini jauh lebih tua daripada Demang.

Versi asal cerita ini ialah dalam bahasa Inggeris dan sememangnya ia cerita rakyat Inggeris, kalau Demang tak silap.

Kali ini Demang sampaikan dengan gaya persembahan Demang sendiri. Kira-kira, versi Demang la.

Alkisah seorang bapa (lebih tepat lagi, duda) tinggal bersama 3 orang anak lelakinya.

Kehidupan mereka sederhana yakni tidaklah mewah tetapi tidak pula susah.

Pada suatu hari si bapa memanggil ketiga-tiga anaknya.

"Wahai anak-anakku. Pagi-pagi besok pergilah kamu ke hutan dan buatkan untuk dirimu perahu, yakni sebuah perahu setiap seorang. Kalian bukan sahaja tidak boleh berkongsi malah mestilah menyiapkannya secara sendirian."

Bagi Demang, mereka anak-anak yang patuh kerana selepas sahaja menerima arahan maka beredarlah mereka membuat persiapan untuk menunaikan amanah tersebut.

Pagi-pagi esoknya selepas orang Islam solat Subuh mereka pun berangkat ke destinasi berbeza.

Yang sulung menuju ke utara, yang tengah ke barat, dan yang bongsu bergerak ke timur.

Diringkaskan cerita tidak lama selepas berjalan si sulung bertemu sekumpulan orang kerdil. Mereka bertanya kepada si sulung apakah tujuan dia ke situ?

Si sulung merasa serba salah. Jika dijawab untuk membuat perahu, nanti ditanya pula bagaimana nak membawa pulang perahu daripada tengah belantara?

Maka si sulung memberitahu orang kerdil tersebut bahawa dia ingin membuat terompah.

Tidak lama kemudian si sulung menemui pokok yang agak besar dan sesuai dibuat perahu. Pokok itu ditebang dan dia pun mula bertukang.

Namun keganjilan berlaku. Walau bagaimana diusahakan untuk membentuk perahu, tetapi terompah juga yang jadi.

Akhirnya si sulung mendapati bertimbun-timbun terompah telah dihasilkannya.

Oleh kerana sukar untuk membawa pulang maka si sulung hanya mengambil beberapa pasang dan selebihnya ditinggal di dalam hutan begitu sahaja.

Peristiwa yang sama juga berlaku pada si tengah. Dia juga terserempak dengan orang kerdil dan apabila ditanya tujuannya, si tengah memberitahu dia ingin membuat bangku.

Sebagaimana berlaku pada si sulung, si tengah akhirnya menghasilkan berpuluh-puluh bangku yang terpaksa ditinggalkan begitu sahaja.

Sudah menjadi lumrah cerita rakyat. Sebagaimana kesah Tiga Abdul, anak yang bungsu diwatakkan sebagai yang terbaik.

Nampaknya spesis anak sulung seperti Demang sering dianaktirikan para karyawan di seluruh dunia!

Si bungsu juga menemui kumpulan orang kerdil dan ditanya soalan yang sama. Namun si bungsu berterus terang. Dia memberitahu orang kerdil yang ditemuinya bahawa dia ingin membina sebuah perahu bagi memenuhi permintaan ayahandanya.

Orang kerdil menasihatkan si bungsu agar mencari pokok yang hampir dengan sungai. Apabila siap kelak, si bungsu boleh terus mudik ke kampung melalui sungai tersebut.

Si bungsu mengucapkan terima kasih dan meneruskan misinya. Tidak lama selepas itu dia menemui sebatang pokok tidak jauh dari sungai yang dikhabarkan dan mula bekerja.

Anda sudah tentu dapat meneka dengan tepat kesudahan cerita ini. Si bungsu berjaya menyiapkan perahu dan pulang melalui sungai ke kampung.

Tak perlulah Demang ungkap mesej kesah dongeng ini namun Demang agak ada dua peringkat pembaca yang percaya cerita ini.

Pertama, golongan kanak-kanak kerana mereka belum ada pengalaman hidup.

Kedua, golongan tua yang telah melalui pelbagai pengalaman hidup.

Bagi golongan yang tidak Demang sebutkan di atas, terpulanglah untuk anda mentafsirkannya.

Oleh kerana Demang anak sulung dan bukan muda lagi, maka Demang percaya apa yang kita niat, rancang, promosi, dan lakukan; itulah yang akan terhasil.

Semuanya perlu dalam satu pakej!

Wednesday, January 30, 2013

Ruang untuk kebenaran


Seorang teman menegur tabiat Demang yang suka mengambil 'jalan jauh' dalam menerangkan sesuatu konsep.

Sebenarnya dalam banyak perkara Demang juga seperti orang lain inginkan jalan pintas dan mahu cepat tiba. Namun ketika menulis atau menjelaskan sesuatu konsep, Demang cenderung membuka ruang yang lebih luas.

Bagi Demang, apabila ruang terbuka luas, lebih banyak benda yang boleh kita nampak. Maka kebenaran akan lebih mudah dilihat.

Implikasinya, adakalanya Demang pula yang tewas atas tajuk yang Demang sendiri ajukan.

Rasanya istilah tewas kurang sesuai kerana apabila kebenaran tersebak maka semua pihak adalah pemenang.

Kali ini Demang cuma nak sampaikan bahawa apabila timbul satu isu maka berbincanglah dengan bijaksana dan bersedialah dengan apa sahaja kesimpulan yang diputuskan.

Selepas itu, bekerjalah bersama-sama melaksanakannya.

Thursday, January 24, 2013

Wajarkah Ustaz Nasha dipecat?


Salam maulidurrasul.

Demang dengar-dengar Najib ke Gaza. Demang dengar-dengar juga Ustaz Nasharuddin Mat Isa bekas timbalan presiden PAS turut serta.

Bekas timbalan bukan bermaksud bekas ahli.

Bagi Demang, kalau kita tidak mampu melakukan sesuatu, eloklah kita menyokong orang yang mahu melakukan sesuatu.

Apabila Demang tulis begitu, nanti akan ada yang berkata, bukan Najib sahaja yang boleh buat. Orang lain pun mampu.

Bagi Demang, buat apa nak sokong orang yang baru bercadang nak buat? Lebih baik bantu orang yang sedang melaksanakannya.

Apatah lagi orang yang baru nak buat itu meletakkan syarat, dia hanya boleh buat jika orang lama (yang sedang buat itu) disingkirkan.

Eh, begitukah caranya?

Sekali lagi, salam maulidurrasul dan fahamilah perjuangan rasulullah.

Tuesday, January 22, 2013

PRU13313?


Hari ini Tan Sri Mahyudin Yasin berada di Melaka bagi melakukan lawatan kerja.

Tak kesah lah apa tajuk program tersebut namun yang jelas di situ beliau telah menemui rakyat dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.

Bagi sesetengah orang barangkali beranggap lawatan dan pertemuan tersebut tidak bermakna apa-apa. Apatah lagi perjumpaan di MITC jam 3.00 petang tadi dihadiri guru-guru yang hadir kerana terpaksa!

Ya. Selain menjawat TPM, Mahyudin adalah Menteri Pelajaran. Protokolnya, apabila menteri sesuatu kementerian datang berkunjung maka seluruh anggota daripada pengarah hinggalah kakitangan bawahan perlu hadir.

Selain bagi meraikan, kehadiran juga bagi menerima amanat-amanat tertentu yang hendak disampaikan.

Sebenarnya banyak yang boleh dikupas pada perenggan akhir Demang tadi namun Demang hanya ingin memberitahu tentang kesan pertemuan antara Mahyudin dengan warga pendidik di Melaka.

Apabila seorang rakyat bertemu orang besar atau istilah lainnya 'pembesar', maka akan berlaku satu fenomena yang sukar diterjemah dengan kata-kata.

Sebab itulah dipanggil 'orang besar'!

Begitu juga keadaannya apabila pegawai yang lebih rendah bertemu pegawai atasan, apatah lagi bergelar menteri.

Cuba lah sendiri dan anda akan rasa sedikit sebanyak benarnya catatan Demang ini.

Kesan yang bagaikan hembusan aura tersebut akan melekat bersama 'kebaikan' lain yang disampaikan secara terus (bantuan persekolahan dan lain-lain) seterusnya menaut satu pengalaman yang tak ternilai sehingga secara tidak sedar akan menyingkirkan jika ada saki baki rasa tidak puas hati.

Semua ini akan membekas dan seterusnya mempengaruhi keputusan undi yang semakin hampir.

Demang tak katakan semua yang hadir merasai begitu namun ia akan berlaku pada kebanyakan manusia yang masih mempunyai hati dan perasaan di samping akal fikiran yang sihat.

Justeru Demang katakan sekarang bahawa perjuangan PAS untuk menguasai parlimen bukan sahaja semakin sukar bahkan sudah hampir musnah sebelum sempat ke pertandingan akhir.

Namun penyokong pembangkang tidak perlu gusar kerana harapan parti-parti yang berpakat dengan DAP untuk merampas kerajaan masih cerah ekoran kecenderongan pengundi muda cina untuk mengundi mereka.

Cuma, apabila PAS gagal menarik lebih 60% undi Melayu maka PAS sekadar melukut di tepi gantang dalam kerajaan yang diterajui DAP dan PKR nanti.

Jika 60% daripada pengundi adalah Melayu; PAS dapat 50% dan UMNO juga 50% daripadanya, maka anda congaklah sendiri siapa pula yang akan menguasai?

Saturday, January 19, 2013

Selesaikah isu kalimah Allah?


"Tuhan Alah boleh tolong" kata seorang apek pada kawan Demang semasa Demang remaja dulu.

Rakan tersebut seronok bercampur kagum mendengar kata-kata tersebut.

"Apek tu pun percaya pada Allah." komen teman sebaya Demang itu.

Dalam kesah lain, seorang wanita yang risau suaminya curang telah menemui seorang sami siam.

Setelah berbual maka sami tersebut pun tahu bahawa wanita itu adalah jiran datuk Demang.

Maka kata sami itu:

"awat tak minta tolong dengan ustaz hamid aja? Kawan sekolah aku dulu tu. Dia boleh minta doa. Tuhan dia nombor satu. Tuhan aku nombor dua."

Ustaz Hamid yang dimaksudkan ialah pengasas minyak morhabshi dan kesah tersebut diceritakan sendiri oleh beliau pada Demang beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia. (alfatehah).

Ketika Demang mengambil kertas Tamadun Islam & Tamadun Asia di universiti, kami juga belajar tentang agama lain termasuk Hindu. Antara yang disebut oleh pensyarah ialah peringkat tertinggi dalam agama tersebut turut mengakui tuhan hanya satu.

Demang perturunkan 3 kesah di atas ketika isu 'penggunaan kalimah Allah boleh digunakan penganut agama lain' sedang mereda.

Demang anggap ia sudah hampir selesai berikutan ketetapan Majlis Syura PAS bahawa penggunaan kalimah Allah bagi merujuk tuhan agama lain tidak dibenarkan.

Apa kaitan dengan tiga kesah tadi? Barangkali ia tiada kaitan secara langsung kerana yang tadi berkaitan kekuasaan Allah manakala isu sekarang berkaitan perkongsian nama tuhan.

Sebenarnya dari segi iktikad atau tanggapan, sesiapa sahaja berhak mengatakan bahawa Allah adalah tuhan mereka walaupun mereka tidak mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Masalah yang timbul sekarang ialah nama tuhan agama lain dan pemahamannya hendak ditoleransikan bagi menimbul tanggapan tuhan mereka sama dengan tuhan orang Islam.

Isu ini bukanlah kerisauan tanpa sebab. Sudah ada usaha untuk menyebarkan kristian kepada anak-anak ummat Islam melalui penggunaan kalimah Allah secara wewenang.

Salah satu modus operandi misionari kristian ialah mengedarkan bahan bercetak mengandungi kesah teladan yang menarik minat anak-anak. Di situ dimasukkan nama Allah menyebabkan anak-anak menyangka ia adalah keluaran pihak Islam. Di celah-celah itulah diselitkan pemesongan-pemesongan yang sukar dikesan.

Pentingnya keputusan PAS dalam isu ini ialah kerana agak ramai penyokong parti tersebut sudah mula berfikir secara liberal tentang akidah dan ketuhanan. Lihat sahaja di FB dan blog mereka.

Bimbang nanti akan ada pula yang menganggap semua agama sama sahaja sebab mempunyai tuhan yang satu iaitu Allah.

Fahaman ini jika bergabung dengan ajaran syiah yang mencurigai kerasulan Muhammad SAW akan merosakkan terus akidah ummat Islam.

Cuma perlu kita sedar ialah larangan penggunaan nama Allah dalam bahan bercetak tidak sesukar cabaran di internet.

Jika mahu risau, risau lah sekarang.

Monday, January 14, 2013

Kenapa 121?

Apa maksud angka 121 pada kristianiti dan adakah punya kaitan dengan PKR?

Demang tinggalkan link blog yang mendedahkan artikal tersebut di sini. Selamat membaca.

http://akarimomar.wordpress.com/2013/01/13/kenapa-angka-112-ada-agenda-kristian/

Sunday, January 13, 2013

Hadis yang disembunyikan ulama



Maaf lah jika hadis di atas sukar dibaca.

Demang fikirpun tak perlulah bersusah payah membukanya. Kalau dibaca pun bukan ada faedah jika enggan melaksanakannya.

Sebenarnya hadis tersebut ditangguhkan buat sementara waktu oleh ramai ulama di Malaysia sehingga agenda ahli politik yang menaja mereka tercapai.

Ia hanya akan digunakan semula apabila negara tergadai. Masa tu, hadis tersebut akan dibacakan semula bagi memujuk rakyat mengambil semula negara.

Balik-balik, rakyat juga yang kena tanggung.

Saturday, January 12, 2013

Demang pun tunjuk perasaan



Agaknya ramai lah kawan-kawan kita yang keluar mempertontonkan perasaan mereka hari ini.

Ya lah. Diorang ada perasaan. Orang lain tak ada perasaan gamaknya?

Pagi ini Demang berkumpul juga ramai-ramai. Mempamerkan perasaan juga.

Mempamerkan perasaan gembira; bangga, dan bersyukur.

Demang sedang meraikan ibu bapa yang mendaftarkan anak di Sek Men Imtiaz Ulul Albab Melaka.

Sekolah yang dibiayai DS Zahid Hamidi ini adalah berkonsep Ulul Albab iaitu melahirkan profesional bertaraf al-hafiz.

Imtiaz diasaskan DS Idris Jusuh semasa beliau menjadi MB Terengganu.

Kini beliau sebagai Pengerusi MARA dan membawa konsep Imtiaz ke MRSM.

Setahu Demang ada 4 sekolah Imtiaz swasta dan 4 buah MRSM berkonsep imtiaz di seluruh negara.

Imtiaz sepatutnya sudah memiliki sebuah universiti di Dungun Terengganu (hampir siap) namun telah diambil alih kerajaan negeri kerana pertukaran pucuk pimpinan.

Mujur juga peralihan kuasa politik tersebut cuma berlaku dalam kalangan orang Islam.

Apa jadi agaknya pada universiti pertama yang bakal dipenuhi oleh golongan al-hafiz itu jika kuasa politik dikuasai orang bukan Islam?

Bangunannya tentu akan kekal tetapi isi di dalamnya?

(foto di atas adalah bas yang baru tiba semalam sumbangan seorang usahawan muslim yang anaknya belajar di imtiaz)

Friday, January 11, 2013

Selamat berdemonstrasi


Hasrat untuk ke KL esok bagi menguruskan perniagaan terpaksa diurung angkara ura-ura berlaku demonstrasi jalanan sekali lagi di kota metropolitan tersebut.

Demang dah malas nak ikut campur soal politik namun rasa terganggu apabila urusan yang sepatutnya dilakukan minggu ini terpaksa ditunda ke minggu depan.

Padahal minggu depan sudah ada beberapa agenda lain.

Demang akui, demonstrasi tersebut memang penting dan patut dilakukan. Maklumlah, selain demonstrasi, apa lagi yang boleh dilakukan bagi membuktikan pada para penaja Anwar Ibrahim bahawa Anwar masih mampu 'bekerja'?

Para penaja tersebut bukannya mahu terima laporan kosong atau penerangan lisan bahawa Anwar mampu menggoncang negara. Mereka mahu lihat ia memang benar-benar dilaksana!

Bukan sedikit pelaburan telah dibuat. Lihat sahaja kemewahan para peminpin PKR sejak dulu. Ia bukan diperolehi PERCUMA!

Apabila kempen PRU13 bermula nanti, nilai sendirilah perbelanjaan mereka walaupun tidak pernah diumum sumber pendapatan rasmi mereka.

Demang simpati juga dengan Anwar. Maklumlah, jika tidak bekerja, dia dan pengikutnya nak hidup mewah macamana?

Lebih dari itu, mereka telah tercebur terlalu jauh. Bukan boleh keluar lagi. Ia lebih teruk daripada terlibat dengan gengster.

Bak kata lagu Hotel Callifornia, anda boleh masuk bila-bila masa tetapi tiada jalan keluar.

Kes Benazir Butho di Pakistan menjadi bukti. Masih ingat?

Demang cadangkan kalau nak buat demonstrasi juga, buatlah di hutan simpan negara. Tak ganggu rakyat yang nak berniaga dan berurusan.

Selamat berdemonstrasi.

Thursday, January 10, 2013

Agenda siapa ni?



Halus. Cukup halus.

Setelah berjaya memecahkan orang Islam melalui UMNO dan PAS, kini mereka bergerak selangkah lagi dengan membahagi dua pemimpin PAS.

Selepas ini artis-artis hollywood dan Bollywood pula datang membantu ummat Islam di Malaysia sebagaimana Afdlin Shauqi ke Gaza.

Sudah tentu paderi maderi pun ikut serta 'berkhidmat' di Malaysia bagi 'membantu' anak-anak orang Islam yang bapa mereka shahid di medan perang.

Seronoklah si bapa di syurga di kelilingi bidadari manakala anak-anak yang masih hidup, pandai-pandailah bawa diri.

Wednesday, January 9, 2013

The return of Demang Lebar Daun



Demang fikir tidak ada orang yang lahir selepas PRU12 membaca posting ini. Kalau ada, Demang maafkan beliau jika tidak faham isu sebenar.

Maka bagi anda yang lahir sebelum PRU12 tentu akan faham duduk perkara yang ingin Demang sampaikan.

Selepas keputusan penuh PRU12 diketahui:

Pertama, hampir semua orang menyampah dengan orang UMNO termasuk orang UMNO sendiri.

Kedua, hampir semua orang mencemuh orang UMNO akibat kemerosotan mendadak BN termasuk orang UMNO sendiri.

Ketiga, hampir semua orang meletakkan kesalahan 99.9% ke atas orang UMNO termasuk orang UMNO sendiri.

Rasa Demang tak perlulah Demang buktikan kenyataan di atas sebab jika anda memang sudah tahu mendengar dan membaca selepas PRU12, anda pasti bersetuju dengan Demang.

Jika melihat pada senario di atas, UMNO sepatutnya sudah terkubur tiga-empat tahun yang lepas.

Namun takdir Allah taala mengatasi segalanya.

Senyap-senyap di belakang tabir kegelisahan dan dengung ratib orang Melayu yang sedang bingung, para 'doktor' dan 'saintis' Melayu daripada pelbagai bidang bertemu dan berbincang.

Demang gelarkan 'doktor' dan 'saintis' bukan kerana mereka bekerja di mana-mana hospital atau makmal tetapi kerana mereka mengkaji masalah berdasarkan fakta dan realiti.

Dalam keadaan sang algojo sedang bersiap sedia untuk memancung batang leher UMNO, para pendita berselubung muka mengambil satu keputusan yang amat sukar dilaksanakan iaitu UMNO wajib diselamatkan demi keselamatan negara dan kelangsungan Islam di tanah melayu ini.

Apapun bayarannya, UMNO perlu dipertahankan kerana ia tidak berdosa apa-apa. Yang salah ialah manusia dan kita adalah sebahagian daripada manusia itu.

Untuk itu, teraju UMNO perlu diganti. Paklah diminta berundur dan digantikan. Meskipun Najib bukan pemimpin sempurna namun beliau ditunjuk sebagai orang paling sesuai memikul tanggungjawab besar memulihkan UMNO.

Jika ada dosa Najib sebelum ini maka beliau harus membasuh dosanya dengan memikul amanah besar ini.

Jika Najib perlu mati maka beliau wajib mengembalikan keperkasaan UMNO sebelum malaikat maut tiba.

Bagi Demang, anda tidak perlu percaya posting ini serta merta sebaliknya jadikan artikal ini sebagai permulaan untuk anda menyiasat fakta sebenar bagi memahami apa sebenarnya yang tersirat.

Kepada yang menaruh simpati pada PAS, Demang mohon anda fikirkan adakah undi anda nanti akan menjadikan PAS menang atau anda cuma akan mengurangkan majoriti kerusi UMNO yang membawa impak DAP dan PKR berjaya menguasai negara ini selepas PRU13?

Demang gunakan perkataan 'fikir', bukannya 'rasa' atau 'agak-agak'.

Sunday, January 6, 2013

Memilih takdir sendiri


Apabila takdir itu:
2+3=5;
4+2=6;
5+4=9;
Maka urusan insan pun menjadi senang
Yang berubah hanya angka
Formula tetap sama

Namun sesekali Tuhan mentakdirkan:
2+3=8;
4+2=1;
5+4=0;
Manusiapun bertanya;
Di mana keadilan tuhan?
Angka masih sama sedangkan formulanya kami tidak faham

Kukatakan begini:
Seorang soldadu ketawanan
Digiring ke tapak hukuman
Apa dayanya untuk melawan?

Sekeliling, askar lawan mengepung dengan muncung senapang.

Mahu melawan atau berlutut mohon keampunan?
Padahal si soldadu tidak salah apa-apa
Di negaranya, ia adalah perwira
Pekerjaannya mulia walau ia mungkin sekadar mencari makan

Tapi di sini ia digelar Si Celaka!

Dalam mimpi si soldadu
Dia bangkit melawan
Dikeluarkan semua hujah
Bahawa dirinya tidak bersalah
Bukankah:
2+3=5;
4+2=6;
5+4=9; ...?

Namun sebelum sempat dia sedar bahawa semua juri di situ tidak bermata dan bertelinga, kepalanya telah hancur ditembusi ratusan peluru!

Sang soldadu mengadah:
"aku mengalah dan berserah. Kalian berkuasa ke atasku sekarang. Aku mohon nyawaku

Maka si tawanan diberi persalinan
Ditukar identiti daripada askar menjadi awam
Diberi kehidupan baru
Dan baktinya kini pada tuan yang baru

Itulah takdirnya yang baru.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)