Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    6 hours ago

Wednesday, November 27, 2013

Warung melayu dihimpit siam dan mamak

Kali ini Demang utarakan satu soalan lurus dan telus. Tak perlu kelok-kelok atau bengkang-bengkok.

Apa beza warung melayu, siam, dan mamak?

Di sini Demang guna istilah warung tapi ia juga terpakai untuk semua jenis premis yang menjual makanan termasuk cafe dan restauren.

Persamaan ketiga-tiga perniagaan ialah ada pemilik, pekerja, dan makanan yang dijual.

Maka begitu juga perbezaannya terletak pada pemilik, pekerja, dan makanan.

Demang rasa tak perlu Demang menyuluh di tempat terang kerana dua perenggan di atas anda sudah faham-sefaham-fahamnya.

Cuma yang nak Demang timbulkan semula ialah apabila pemiliknya orang melayu maka rata-rata pekerjanya orang melayu.

Begitulah halnya di warung yang pemiliknya thai atau mamak maka pekerjanya juga terdiri orang siam dan India.

Barangkali ramai yang tidak perasan bahawa restauren mamak di Malaysia terbahagi dua: Islam dan Hindu.

Orang melayu biasanya jijik makan makanan yang dimasak tukang masak cina tetapi lahap membedal makanan yang dimasak tukang masak beragama hindu sebab mereka pukul rata: asalkan MAMAK.

Bagi mereka, yang penting: hindu tak makan babi! Mereka lupa ia halalun tapi tidak toiyibun...

Kedai mamak membawa citarasa India yang dimelayukan. Manakala kedai siam dengan makanan thai-nya.

Kedai melayu? Seingat lidah Demang, nasi goreng orang melayu berbeza dengan nasi goreng yang disediakan tukang masak di kedai siam.

Di kedai siam, nasi gorengnya dicampur jagung dan kacang. Jika mahu lebih pedas, dicampakkan sahaja ke dalamnya beberapa biji cili api yang dibelah-belah atau diketuk dengan pisau.

Seingat Demang, mak-mak kita akan menumbuk cili api dengan lesung batu sebelum ditumis dan akhirnya dijadikan nasi goreng. Selain cili api, ikan bilis atau udang kering turut ditumbuk dan digaul bersama.

Mak-mak kita tidak menggunakan perasa tambahan. Semua ramuan dibuat sendiri. Bukannya rumit sangat jika nak dikomersialkan.

Barangkali soal citarasa bersifat peribadi. Generasi sekarang pun sudah tidak peduli lagi dengan lidah melayu. Namun bagaimana dengan ekonomi?

Seperkara lagi, cuba lihat harga makanan di restauren mamak dan siam. Bandingkan dengan warung melayu. Memang berbeza!

Pemilik kedai melayu menggunakan tenaga kerja orang melayu. Anak-anak, ibu saudara, anak saudara, sepupu, anak jiran, anak orang kampung sendiri, dan sebagainya. Wang berlegar dan bertukar tangan dalam kalangan kita sahaja. Kedai orang asing?

Setiap tahun kita letih mendengar laporan berbilion-bilion Ringgit Malaysia dibawa keluar oleh pekerja asing. Apa langkah proaktif kita?

Demang cuma nak syorkan satu sahaja: perkasakan kedai milik orang melayu!

Caranya: kerajaan melalui agensi-agensi yang diberi amanah, bantulah para pengusaha melayu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Bukan setakat melepas batok di tangga dan jangan asyik nak saman sahaja!

Orang melayu memang pandai memasak. Masalahnya orang melayu belum begitu pandai menjual makanan yang dimasak.

Sesedap-sedap roti canai berkuah kacang dal, apa kurangnya lempeng yang dicicah sambal bilis, asam pedas, atau kari kepala ikan?

Kita ada bijak pandai, pakar ekonomi, pakar pemasaran, dan macam-macam pakar lagi. Takkanlah nak jadi macam askar Gurkha yang kerja setakat dapat gaji sahaja?

Lebih daripada itu, kita ada kerajaan yang katanya disokong oleh majoriti orang melayu. Ertinya orang melayu memang ada kuasa penentu.

Nak tunggu apa lagi?

Monday, November 25, 2013

Siapa blogger prokerajaan yg alih arah?

Ada teman bertanya pada Demang kenapa ramai blogger yang dulunya prokerajaan kini seolah berpaling arah menghentam kerajaan.

Demang tanya, blog yang mana? Siapa yang dihentamnya?

Maka Demang pun menjengah blog-blog berkenaan.

Oo... itu bukan hentam kerajaan. Hentam keRAJAan itu ertinya hentam YDA. Blog-blog berkenaan cuma menegur pemimpin-pemimpin tertentu yang lembab atau dilihat menyeleweng amanah rakyat.

Cuma cara dan pendekatan setiap blogger berbeza. Ada yang guna kaedah marah-marah, maki hamun, nasihat, jelingan manja, atau sindir-sindir sayang.

Jika demikian, blog Waadat pun sama. Sejak akhir-akhir ini Demang banyak 'sindir-sindir sayang' beberapa agensi kerajaaan yang Demang rasa agak 'slow' dalam membantu rakyat. Padahal itulah amanah dan tanggungjawab utama mereka.

Atau, benarkah ada pengarah agensi yang sengaja sabotaj kerajaan?

Berbalik pada persoalan rakan tadi, kenapa dulu hentam pemimpin pembangkang dan sekarang hentam pemimpin kerajaan?

Mudah sahaja. Kami hentam pembangkang semasa kempen PRU13 sebab kami rasakan banyak tindakan melampau mereka mengocak pertimbangan waras pengundi.

Justeru blogger pro-kerajaan memaparkan fakta-fakta supaya pengundi mendapat maklumat yang lebih seimbang. Maklumlah, dalam ruang maya ini bukan semuanya saudara kita. Ramai juga syaitan yang menyamar. Bukankah syaitan itu boleh merupa atau istilah lainnya menyamar?

Selepas PRU13 dan batang tubuh PRU14 masih jauh, ramai blogger yang mengurangkan aktiviti mencari salah pembangkang kerana pembangkang tidak banyak buat silap. Kenapa? Sebab orang yang tak buat kerja memanglah tak ada ruang buat silap!

Cuma sesekali apabila pembangkang sudah lari daripada 'peruntukan' yang ditentukan pada mereka maka blogger yang prihatin akan menegur. Sebagaimana yang Demang catat tadi, kaedah blogger dalam menegur ada bermacam-macam.

Itu masih dikira ringan sebab di dunia luar ada orang yang menegur menggunakan pistol atau parang.

Paling kita bimbang ialah rakyat menegur melalui undi!

'Peruntukan' yang Demang maksudkan ialah peranan pembangkang sebenar adalah membantu kerajaan dalam mentadbir negara. Pembangkang yang keterlaluan dalam membangkang dibimbangi akan membahayakan negara dan ini wajib dibanteras.

Kita tidak perlu menunggu akibat. Contoh-contoh nyata yang berlaku di Iraq, Syria, Mesir dan sebagainya cukup mengajar kita agar lebih waspada.

Demang amat berharap para blogger tak kira yang cenderong pada pembangkang mahupun kerajaan bersikap jujur pada rakyat.

Kepada para pembaca budiman Demang percaya anda cukup matang menilai. Bukan sukar mengenalpasti blog yang partisan (menyokong parti) dan blog rakyat. Blog yang membenarkan semua tindakan satu-satu parti atau pemimpin berkemungkinan bloggernya adalah orang suruhan. Mana mungkin ada parti yang sempurna atau individu yang maksum selepas Rasululullah SAW.

Bagi Demang apabila datang yang haq maka yang bathil akan gugur dengan sendirinya.

Yang penting kita pegang amanah menyuruh yang maaruf dan mencegah yang munkar. Blog adalah wadah perjuangan.

Namun jika kita sudah 'set' dalam kepala bahawa menukar kerajaan itu wajib walau apa yang terjadi, maka kita sudah mengongkong fikiran daripada melihat kebenaran.

Begitu juga jika kita sudah tetapkan dalam kepala bahawa pembangkang itu pengkhianat maka kita akan sesat.

Apapun, Demang rasa kalau golongan kafir mengajak kita menukar kerajaan sedia ada, maka waspadalah.

Kalau tak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.

Saturday, November 23, 2013

Penjelasan GST

GST? Apa kebaikan dan kelemahannya?

Bercakap menegenai perkara yang kita kurang pasti hanya akan mempamerkan kejahilan diri sendiri. Apatah lagi jika bercakap berdasarkan sumber pihak lain.

Apa kata kita hadir sendiri dan dengar penjelasan rasmi mengenainya esok. Selepas itu, boleh lah nak cakap apapun.

Kalaupun kita kurang faham penjelasan yang diberi nanti, itu bukan salah kita. Itu adalah kerana si penyampai gagal menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Saturday, November 16, 2013

Warung melayu kedai cina

Di Malaysia, jika mahu mencari rumah orang Melayu, pergilah ke kampung-kampung, flat dan taman perumahan kos rendah, serta pangsapuri murah.

Jika ke kawasan perumahan sederhana mewah agak sukarlah mencari rumah orang Melayu manakala di kawasan perumahan mewah, jangan harap lah ada rumah orang melayu. Kalau nak ada pun, mungkin ada satu dua di celah-celah rumah orang cina.

Bagaimana orang cina boleh kaya dan orang Melayu tak kaya-kaya? Barangkali rakan-rakan kita di universiti boleh tolong buat kajian khas.

Ya lah. Bab kaji mengkaji ni memang kerja profesor. Soal kemana hasil kajian dan tindakan seterusnya, tak pasti pula Demang. Yang Demang tahu, geran peruntukan untuk kajian dikeluarkan berjuta-juta saban tahun.

Tak hairanlah ada profesor yang beli mercedes secara tunai.

Demang lihat orang cina berniaga dengan cara buka kedai manakala orang melayu lebih hebat, berniaga tanpa kedai!

Seperkara lagi, orang cina kalau berniaga, mereka berniaga sahaja. Orang melayu sambil berniaga mereka makan gaji, sambil makan gaji mereka berniaga.

Barangkali orang melayu terpengaruh dengan peribahasa sambil menyelam minum air namun ada juga peribahasa melayu yang berbunyi "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran".

Demang bukan nak suruh jadi orang cina sebab mereka ada harta tapi tiada iman sebaliknya kita ada peribadi Rasululullah dan para sahabat yang boleh dicontohi.

Apapun, ada beberapa perkara yang ada pada orang cina yang boleh kita tiru.

Selain semangat dan usaha gigih pengusaha melayu, agensi kerajaan juga perlu turun padang. Jangan hanya tunggu kaunter terima borang permohonan. Bantulah pengusaha bumiputra dengan ikhlas. Lagi pun kerja tu bukan percuma. Gaji dah dibayar setiap bulan.

Jenguklah para pengusaha melayu yang bergelut mendapatkan jualan. Mereka bukan sahaja perlukan modal malah bimbingan.

Sampai bila orang melayu dibiar merempat menjaja jualan di tepi jalan?

Wednesday, November 13, 2013

Ada untung boleh tolong

Cuba lihat graf di bawah baik-baik.

Yang mana satu mirip milik syarikat anda?

Jika graf syarikat anda menunjukkan prestasi yang mencacak dan mencanak setiap tahun tanpa sebarang masalah maka anda layak membuat pinjaman di mana-mana institusi kewangan ataupun agensi kerajaan.

Jangan terperanjat jika pihak tersebut pula yang bersikap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!

Paling sengkek pun mereka akan pelawa kad kredit. Manakala pihak agensi kerajaan pula akan bercerita di mana-mana betapa syarikat anda adalah contoh syarikat yang telah mereka bantu hingga berjaya.

Sebaliknya jika graf syarikat anda tunggang tonggek sekejap ke atas sekejap ke bawah maka tak perlulah anda buang masa ke tempat mereka. Anda akan diberikan satu senarai prasyarat yang sudah pasti anda GAGAL menepatinya!

Itulah yang Demang hairan dan bengang.

Demang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menggunakan wang sendiri dan pinjaman peribadi.

Maklumlah ketika itu Demang pegawai kerajaan gred 41 yang kemudiannya naik ke gred 44. Pihak bank langsung tidak perlu mengambil risiko kerana setiap bulan pihak ANGKASALEPAS akan membuat potongan gaji Demang.

Namun apabila Demang sepanuh masa menjalankan perniagaan keluarga dan memerlukan bantuan, macam-macam syarat dikenakan.

3 soalan yang perlu Demang jawab ialah: adakah syarikat Demang sudah melebihi dua tahun? Jika belum maka tak layak!

Soalan kedua ialah adakah akaun bank syarikat Demang mengalami masalah? Jika YA maka tak layak!

Ketiga, adakah Demang pernah dihubungi pihak bank kerana bayaran ansuran kereta terlewat bayar? Jika ADA maka pwrmohonan syarikat Demang akan ditolak.

Demang nak bagitahu:
JIKA SYARIKAT DEMANG SUDAH MELEBIHI DUA TAHUN DAN SENTIASA BERKEMBANG MAJU MAKA TAK PERLULAH DEMANG MEMOHON PINJAMAN!

dan,
JIKA DEMANG BANYAK DUIT MAKA TAK PERLULAH DEMANG BERNIAGA. LEBIH BAIK DEMANG MAKAN TIDUR JE DI RUMAH MENGHABISKAN HARTA MAK BAPA DEMANG YANG KAYA RAYA ITU!

Itupun kalau ada. Malangnya memang tak ada pun!

Sebenarnya Demang perlukan tambahan modal supaya syarikat Demang dapat membuat promosi di media perdana seperti akhbar, radio, dan tv. Hal ini kerana syarikat-syarikat pesaing Demang melakukannya dan jika Demang masih melakukan cara lama, produk syarikat Demang akan semakin terperosok ke belakang dan akhirnya berkubur tanpa nesan.

Malangnya hampir semua agensi kerajaan tiada peruntukan untuk itu. Sebagai contoh pihak MARA lebih menumpukan program melatih bakal usahawan membuat produk seperti kacang soya dan sos selain kursus gunting rambut.

(Kerajaan fikir itu sahajalah perniagaan yang orang Melayu mampu buat. Di kampung Demang dah ada lebih 20 orang yang mahir buat air kacang soya!)

Apabila usahawan itu sudah pandai membuat produk, anda tentu boleh mengagak apakah yang akan berlaku pada usahawan tersebut.

Ya. Usahawan itu akan menghadapi masalah terbesar iaitu pemasaran. Beliau akan bersaing dengan syarikat-syarikat besar seperti Maggi, Yeos dan sebagainya.

Akhirnya beliau terpaksa meminta bantuan institusi kewangan dan agensi kerajaan berkenaan.

Anda boleh agak apa soalan yang perlu beliau jawab nanti?

Baca semula pengalaman Demang kat atas tadi!

Malah jika anda seorang bumiputra dan berniat memulakan perniagaan, elok lah anda print dan hafal pengalaman Demang ini sebab anda juga akan berhadapan dengan soalan yang sama!

Jika anda berbangsa cina, anda tidak perlu risau kerana kaum anda telah lama terlibat dengan perniagaan serta mempunyai jaringan perniagaan yang amat kental dan kebal.

Erti peribahasa tak reti bahasa

Peribahasa 'kurang ajar' dah biasa kita dengar. Kita pun selalu guna agaknya.

Bagaimana pula dengan peribahasa ' tak reti bahasa'?

Foto di bawah ini barangkali memudahkaan kita memahami peribahasa tersebut.

Tuesday, November 12, 2013

Demang kembali: jihad ekonomi

Sebagaimana janji Demang bahawa Demang akan berjuang untuk kepentingan Islam sejagat jika UMNO kembali berkuasa selepas PRU-13, akan Demang tunaikan.

Demang kata jika UMNO menang; bagaimana jika PAS menang? Sama lah! Jika PAS menang pun Demang akan lakukan perkara yang sama asalkan PAS mampu mendominasi kerajaan dan bukan sekadar bertenggek di hujung dahan.

Sebagai salam permulaan kembalinya Demang ke arena maya sebagai blogger Waadat, Demang kemukakan satu keratan akhbar berupa rintihan seorang rakyat bersemangat tinggi yang sepatutnya dibantu.

Di sebalik isu ini, sebenarnya Demang baru pulang daripada sebuah agensi kewangan nasional bagi memohon bantuan mengembangkan perniagaan Demang.

Demang ucaokan terima kasih pada pengurusnya yang berusaha sedaya upaya membantu Demang walaupun disalut pelbagai kekangan.

Cuma Demang terkilan, terlalu banyak prosedur yang tidak munasabah menjadi prasyarat sehingga hampir mustahil usahawan yang masih baru dan usahawan lama yang dilanda masalah luar jangka mampu melepasinya.

Keratan akhbar di bawah adalah satu contoh dan Demang percaya terdapat beribu-ribu contoh lagi di luar sana. Jika kerajaan gagal menanganinya dengan baik maka bersedialah untuk dihumban ke neraka dunia dan neraka sebenar di akhirat!

UMNO ada lebih kurang empat tahun sahaja lagi jika masih mahu bergelar KERAJAAN!

Thursday, November 7, 2013

Akibat gula naik

Harga gula naik 20 sen manakala harga rokok naik RM1.80.

Puak pembangkang berkokok sana sini mendakwa kerajaan zalim manakala pak menteri menyuruh rakyat kurangkan pengambilan gula.

Hujah pembangkang ialah kenaikan harga gula turut melonjak harga pelbagai produk lain. Pihak kerajaan pula mengemukakan formula bahawa kenaikan bahan tersebut amat kecil dan tidak sepatutnya mempengaruhi harga runcit.

Realitinya, kos hidup terus meningkat. Sengal kepala memikirnya.

Cara paling mudah bagi meringankan beban dalam kepala ialah dengan cara menghamburnya ke luar. Itulah sebabnya ramai beremosi dalam facebook dan lain-lain.

Bagi Demang semua pihak sebenarnya hipokrit! Ada perkara lain di sebalik kenaikan kos hidup manusia.

Percayalah, jika harga gula naik 20 sen dan semua orang berhenti menggunakan gula pun harga barang berkaitan gula akan naik juga!

Jika anda berada di lokasi awam sekarang cuba lihat sekeliling anda. Lihat orang ramai yang sibuk dengan gajet terkini yang canggih. Lihat pula kenderaan yang digunakan. Lihat pula kediaman masing-masing. Isi dalam rumah? Samakah dengan yang dimiliki rakyat negara ini 10 tahun lalu?

Proses mengawal inflasi ialah proses mengawal nafsu manusia. Memang susah.

Cuba lihat sekeliling kita. Paling mudah ialah lihat diri sendiri. Berapa peratuskah yang kita belanjakan untuk keperluan asas berbanding aksesori tambahan?

Mungkin anda seorang penjimat namun berapa ramai yang seperti anda? Ramai yang bertukar kereta baru 2-3 tahun sekali dan membeli handphone baru 2-3 kali setahun!

Jika harga gula naik 20 sen menyebabkan harga barang lain naik seterusnya kos hidup meningkat, bagaimana jika Samsung mengeluarkan siri baru? Apa pula kesannya apabila Honda mengeluarkan model baru?

Para peniaga tak akan senang duduk selagi model kereta baru itu tidak berada di garaj rumah. Kakitangan kerajaan dan kakitangan korporat akan menggelitik mencari jalan untuk menukar kereta lama yang sebenarnya masih baru.

Akhirnya impian mereka direalisasikan. Tersengihlah mereka sehari dua sebelum dilanda pening kepala.

Bagi yang bekerja, mula merengek pada majikan supaya imbuhan dan gaji bulanan ditambah. Kakitangan kerajaan pun begitu. Jika tidak dipenuhi bahananya akan menyusahkan syarikat atau kerajaan yang memerlukan tenaga mereka.

Lebih teruk lagi apabila mereka mengugut untuk menukar kerajaan jika permintaan tak diluluskan!

Kenaikan gaji pekerja bermakna pertambahan kos syarikat. Maka pihak syarikat mengembalikan kos tersebut kepada pembeli; dan pembeli tu adalah kita.

Nah, anda ada cara untuk menghalang inflasi?

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini inflasi juga bersifat global. Lain lah kalau kita boleh berkeras tidak mahu mengimport produk luar. Atau, tukar sahaja menjadi negara komunis!

Ataupun, berpindahlah ke mana-mana negara komunis. Bolehkah selesai masalah?

Demang harap anda sudah faham sebab inflasi berlaku. Apabila harga gula naik 20sen maka para peniaga dan pekerja yang bernafsu infiniti mendapat satu alasan untuk menaikkan harga produk mereka.

Sebenarnya kita adalah sebahagian daripada mereka. Maka usaha untuk mengawal inflasi adalah usaha peribadi kita dengan mengawal nafsu kita sendiri.

Sesungguhnya tulisan ini sekadar mengingatkan diri Demang sendiri.

Tuesday, November 5, 2013

Dari sg limau ke muktamar PAS

Alhamdulillah. Akhirnya keputusan para pengundi DUN Sungai Limau telah kita tahu. Mereka menetapkan untuk kekal diwakili parti PAS.

Setakat ini keputusan PRU 13 masih tidak berubah. Dua PRK yang telah selesai (satu di Terengganu dan satu di Kedah) menyaksikan pengundi mengekalkan parti penyandang.

Seperti biasa, yang menang menyorakkan lafaz mudah: 'menang tetap menang' manakala yang kalah mula berfalsafah: 'kalah tapi bermaruah'.

Apa pula selepas ini?

Gelanggang politik tidak pernah berehat. Walaupun tiada PRK terhampir, Demang jangkakan perhatian para pemain politik akan tertumpu pada muktamar PAS pula.

Sebagaimana Perhimpunan Agung UMNO yang diikuti semua pihak termasuk pihak lawan, muktamar yang turut membawa agenda pemilihan pucuk pimpinan ini juga sudah tentu akan dicampuri peminat daripada penyokong parti yang bertentangan.

Jika dalam pemilihan UMNO manipulator PAS memfokus pada beberapa calon bagi memburukkan UMNO, bagaimana pula strategi UMNO mengeksploitasi muktamar PAS?

Demang jangkakan ada dua pilihan yang akan diambil UMNO iaitu secara langsung yakni memburuk-burukkan calon yang dilihat memang buruk atau pilihan kedua iaitu membantu calon yang diketahui lemah agar menang dalam pemilihan parti PAS supaya lebih mudah mereka keroyok selepas ini!

Bagi Demang, lebih baik kita membenarkan yang benar dan menghumban yang buruk ke laut.

Biarkan yang terbaik memimpin UMNO dan PAS agar kita dapat hasil yang terbaik.

Apabila datang yang haq maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.

Manakala jika kita melantik orang yang bukan ahli (profesional) maka tunggulah saat kejatuhan.

Wallahu'alam.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)