Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, June 16, 2014

Jual tanah

Siapa nak beli tanah? Siapa nak jual tanah? Tanah mana nak dijual? Berapa hektar atau berapa lori?

Berikut adalah catatan Tun Mahathir dalam isu JUAL TANAH.

Selamat membaca.

Tidak seperti kebanyakan negara lain pemilik tanah di Malaysia bebas menjual tanah mereka kepada sesiapa sahaja, termasuk kepada orang asing. Di zaman British orang Melayu yang rata-rata miskin kerap menjual tanah milik mereka. Harga yang ditawarkan oleh pembeli begitu tinggi sehingga tidak mampu mereka menolak.

Setelah dijual, mereka akan pindah ke kawasan tanah murah, biasanya di luar bandar. Kemudian bandar berkembang sehingga sampai ke kawasan di mana penjual tanah mendirikan rumah. Dengan ini harga tanah pun naik lagi.

Sekali lagi pemilik tanah ditawar harga yang tinggi untuk tanahnya. Sekali lagi pemilik tidak dapat tahan hati dan lalu menjual tanahnya serta berpindah ke kawasan lebih jauh dari bandar untuk mendiri rumah. Akhirnya pemilik tinggal di pinggir hutan.

Oleh sebab ini maka diperkenalkan undang-undang Tanah Simpanan Melayu. Kawasan yang diisytihar Simpanan Melayu tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu daripada menjadi penumpang di negaranya sendiri.

Tetapi jual tanah ini tidak terhad kepada orang rakyat sahaja. Raja pun sering menjual tanah takluknya. Demikian Pulau Pinang dijual kepada British. Kemudian Seberang Prai. Dinding di Perak juga dijual. Dan Singapura.

Dinding tidak berguna kepada British dan dikembalikan kepada Perak. Apabila cadangan Malaya Union dibuat oleh British Pulau Pinang, Seberang Prai dan Melaka dirancang sebagai sebahagian dari Union tersebut. Singapura dikecualikan kerana ianya strategik bagi British. Apabila Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu, Raja-Raja Melayu dan pejuang-pejuang anti Malayan Union dikalangan orang Melayu tidak menuntut Singapura sebagai Wilayah Persekutuan. Apa yang berlaku kemudian adalah sejarah.

Tetapi tabiat menjual tanah masih kekal. Ia tidak semestinya melibat kepingan tanah. Mengorek tanah untuk dijual kepada negara lain juga tidak banyak berbeza dari penjualan tanah.

Kerajaan melarang penjualan tanah seperti ini. Tetapi penjualan ini masih berlaku. Dengan digunanya tanah Negara ini untuk memperbesarkan wilayah negara lain,hasilnya tidak banyak berbeza dari penjualan wilayah kepada negara asing, seperti yang dilakukan dahulu.

Kita sudah merdeka lebih setengah abad. Tetapi kita sudah lupa akan kesalahan kita dahulu. Memang menjual tanah seperti dapat duit percuma. Tetapi duit yang didapati akan hangus dibelanja. Akhirnya duit pun hilang tanah pun hilang. Penjual akan jadi papa kedana.

Sebenarnya ada cara untuk mengekalkan pemilikan sementara mendapat nikmat berpanjangan dari nilai tanah yang meningkat sepanjang masa. Tetapi itu cerita lain.

Di zaman ini dengan teknologi dan modal yang banyak terusan seperti Selat Tebrau pun boleh ditebusguna sepenuhnya. Nilai tanah ini tentulah amat tinggi, lebih tinggi dari belanja menebusguna. Sedikit sebanyak usaha ini sudah dilakukan.

Setelah pihak kita menebusguna selat di sebelah kita, pihak lain pula akan menebusguna sebelah mereka. Terusan akan jadi parit. Jambatan tidak perlu lagi. Siapakah yang akan bangun tanah tebusan yang mahal ini. Siapakah yang akan tinggal di bandar-bandar baru. Tentulah mereka yang berada sahaja yang akan memiliki kondo-kondo mewah yang akan didirikan.

Tak mengapalah kita dapat duit banyak. Pinggir hutan amat selesa. Kalau kita ternampak sebagai penumpang di negara sediri, itu pun tak mengapa. Selagi boleh jual negara sendiri apa salahnya menjadi penumpang.

Tun Dr Mahathir
May 30th, 2014 @ 08:21 pm › chedet

3 comments:

Anonymous said...

Pemimpin UMNO mesti hapuskan segera projek "Rumah Keduaku" - yg. adalah sebab utama, warga asing boleh membeli sewenangnya Tanah Melayu PUSAKA nenek moyang kita ni- dlm. matawang Barat-S'pura; terlalu murah pula tu! Dahlah keturunan si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL yg asalnya di bawa PENJAJAH Bristish-ZIONIS, makin tak terkawal; inikan pula si PENDATANG KAPIRDAJAL - yg. kebanyakan tak MENGHORMATI lansung ISLAM/umatnya bahkan Malaysia ini sbg. NEGARA ISLAM!

Dan kembalikan Tanah PUSAKA Bumiputera terutamanya Bumiputera Islam/Melayu yg. majoriti, termasuk di bandar-bandar. Ini termasuk membina BERJUTA di merata cerok(bukan setakat 10, 000) rumah rakyat dgn. kuota mat tinggi utk. Bumiputera terutamanya yg. majoriti, spt. yg. dibuat oleh YB Allahyarham Dato Haron Idris dulu - di kwsn. bandar-bandar.

Kami, rakyat biasa dr. BUMIPUTERA Islam/Melayu yg. makin TERTINDAS/TERANIAYA di bumi pusaka nenek moyang kami ni, tak mahu pemimpin UMNO sibuk nak jadikan M'sia "negara maju" spt. tamadun DAJAL Barat-ZIONIS [di mana yg. kaya amat kaya, dan yg. miskin makin miskin (cthnya di Jerman – yg. miskin terpaksa hanya sewa 'flat‘ murahan yg. dibina dr. bahan binaan seperti utk dinding ‘cardbox‘ mahupun di Jepun, di mana ramai yg. terpaksa hidup dlm. bilik yg. amat kecil spt. ‘cardbox‘ di bandar-bandar besar, serta akhlak dirosakkan - menjadi terutamanya penagih seks bebas-songsang HOMO/dadah/ponografi/alkohol serta dihasut anak-anak muda menjadi pelacur,‘strippers‘ dsbnya termasuk utk. memuaskan nafsu SYAITAN sindiket Pedofilia KAYA yg. makin MEMBUNUH/MEROGOL kanak-kanak yg. ‘hilang‘]!

Juga tak perlu, NEGARA ISLAM kita ni masuk TPPA yg. diketuai si ZIONIS-JAHANAM, Michael Froman yg, baru menjatuhkan Ukraine dan sekrg. di bawah kuasa ZIONIS (Froman ini adalah "Obama's US Trade Rep." - lihat di http://www.intrepidreport.com/archives/12495 , Ukraine and Latin America: Same neocon cabal behind political disruption, By Wayne Madsen, March 24, 2014)!

Yg. lebih penting buat NEGARA ISLAM ini adalah ISLAM/umatnya termasuk Kesultanan Melayu-MAIS dipertahankan dgn. amat tegas, serta setiap BUMIPUTERA dan anak-cucu mereka mampu mempunyai rumah/tanah yg. BERKUALITI; serta undg-undg baru menghalang penjualan tanah PUSAKA BUMIPUTERA, tanpa persetujuan setiap ahli keluarga spt. yg. baru dilakukan di Sabah.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Pemimpin UMNO mesti hapuskan segera projek "Rumah Keduaku" - yg. adalah sebab utama, warga asing boleh membeli sewenangnya PEMBETULAN: (perenggan pertama)

Tanah Melayu PUSAKA nenek moyang kita ni- dlm. matawang Barat-S'pura; terlalu murah pula tu! Dahlah keturunan si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL yg asalnya di bawa PENJAJAH Bristish-ZIONIS, makin tak terkawal; inikan pula si PENDATANG KAPIRDAJAL baru - yg. kebanyakan tak MENGHORMATI lansung ISLAM/umatnya bahkan Malaysia ini sbg. NEGARA ISLAM!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

PEMBETULAN: (perenggan pertama)

Pemimpin UMNO mesti hapuskan segera projek "Rumah Keduaku" - yg. adalah sebab utama, warga asing boleh membeli sewenangnya Tanah Melayu PUSAKA nenek moyang kita ni- dlm. matawang Barat-S'pura; terlalu murah pula tu! Dahlah keturunan si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL yg asalnya di bawa PENJAJAH Bristish-ZIONIS, makin tak terkawal; inikan pula si PENDATANG KAPIRDAJAL baru - yg. kebanyakan tak MENGHORMATI lansung ISLAM/umatnya bahkan Malaysia ini sbg. NEGARA ISLAM!

Makcik Sambal Belacan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)