Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, November 12, 2014

Rompakan bercermin gelap

2 orang lelaki tanpa senjata, menaiki kenderaan bercermin gelap dan menggunakan plet asal tetapi ukuran tidak mengikut piawaian telah berjaya merompak sebuah bank di ibu negara dan masih tidak dapat dikesan walaupun berpuluh cctv dipasang di kawasan tersebut.

Pihak JPJ yang dihubungi memberitahu rompakan tersebut pasti gagal sekiranya perompak tersebut tidak memasang tinted serta menggunakan plet standard pada keretanya ketika melakukan kerja-kerja rompakan.

Maaf jika lawak di atas kurang menjadi.

Apapun, johan rajalawak minggu ini nampaknya jatuh pada JPJ. Video kenyataan orang kuat JPJ dengan target kematian rakyat Malaysia berlegar dalam media sosial dan menjadi bahan ketawa.

Begitu juga foto kereta orang kuat JPJ yang bercermin gelap turut masuk ke group-group whatsapp & Telegram rakyat jelata dan berkarung sumpah seranah mengiringinya. Kenyanglah orang JPJ makan sumpah.

Bagi Demang itu adalah kegagalan mutlak JPJ samada disengajakan atau tidak.

Kalau dilihat pada gayanya, isu ini seolah disengajakan dan sasarannya sudah tentu pada PM. Dengan kata lain, nampak macam ada agenda terlindung untuk memalukan PM.

Sepatutnya JPJ memberi kefahaman pada rakyat tentang rasional cermin kereta tidak digelapkan dan plet kereta mesti standard.

Apa yang rakyat nampak sekarang ialah kerajaan sedang mencari wang untuk menampung pelbagai perbelanjaan dan rakyat yang menanggungnya.

Demang sendiripun hairan, kenapa ada kamera pada laluan 90km/jam sedangkan lebuhraya berbayar itu cantik dan lurus? Bukan sedikit wang rakyat telah digunakan untuk membina dan menyelenggaranya.

Demang masih berfikir, apa kaitan cermin gelap dengan keselamatan jalanraya? Berapa banyak rompakan menggunakan kereta bercermin gelap? Adakah selepas ini perompak akan menggunakan kereta tanpa cermin gelap?

Demang fikir jika Najib mengesyaki ada pihak cuba mensabotaj beliau agar orang lain dapat menjadi PM, maka orang atasan JPJ adalah antara yang wajib diselidik.

Suspect utama tu....

2 comments:

Anonymous said...

kesian najib. dibodoh-bodohkan oleh kakitangan kerajaannya sendiri. mulut belacan kakitangan kerajaan akan tertepek ke muka najib jugak. masalahnya, najib tau ke tidak?

Anonymous said...

Saya selaku pengguna biasa jalan raya berpendapat bahawa no.plate, lampu hd dan tinted itam takde kaitan pun ngan statistik kemalangan. Contohnya no.plate, asalkan dapat dibaca sudahlah. Tak payahlah nak ukur ketepatan +-0.001cm guna pembaris ke apa ke. Begitu juga ngan lampu hd, rasanya tak mengganggu pengguna yang lain pun sebab diaorang guna lampu led yang tak menyilaukan. Cuma sekadar untuk buat hiasan nampak cantik pada kereta jer. Satu lagi aku nak peringatkan, cermin gelap itam adalah kaedah terbaik untuk melindungi keselamatan pemandu wanita yang memandu sendirian.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)