Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, January 29, 2014

Tukang jahit dan tukang gunting

Demang percaya, selepas isu kangkung dan Jepun, negara akan dimeriahkan pula dengan irama sate kajang.

Bab pesta-pestaan, bab ejek-ejekan, dan bab kreativiti merekacipta bahan  bersembang memang kepakaran masyarakat kita.

Kita tinggalkan sebentar isu-isu tersebut. Mari kita sembang hal lain yang lebih berfaedah.

Baru-baru ini isteri Demang jenuh mencari tukang jahit untuk menempah baju. Padahal bukannya musim perayaan kita. Cuma raya cina. Tailor cina pula beri alasan nak beraya, tak sempat ambil tempahan.

Itu kesah pertama.

Kelmarin Demang berbual dengan sepupu Demang yang baru pulang dari lawatan ke Vietnam. Semasa di sana anak-anak dan isteri beliau cukup meriah membeli kain dan menempahnya menjadi pakaian. Beliau sendiri sempat menempah sepasang sut dengan harga yang amat murah.

"Menyesal tak tempah 2 pasang," ulas beliau tanda berpuas hati.

Isunya bukan setakat harga kain dan upah jahitan yang amat murah malah tempahan disiapkan dalam tempoh tidak sampai 24 jam!

Bandingkan dengan kesah pertama tadi apabila tukang jahit di Malaysia menolak tempahan walaupun isteri Demang beri tempoh hampir 2 minggu untuk menyiapkannya!

Kos upah? Di Vietnam sekitar RM35-RM45 manakala di Malaysia RM50-RM80.

Kalau nak murah pun boleh iaitu jika tukang jahitnya suri rumah yang mengambil upah secara sambilan. Namun tempahan perlu dibuat beberapa bulan sebelumnya.

Kesah ketiga:

Setiap bulan Demang akan ke kedai gunting rambut yang 90% pekerjanya diimport daripada India. Sekali gunting, RM10.

Demang bukannya tidak mahu ke kedai milik orang Melayu tetapi Demang malas mendengar leteran isteri Demang kerana kehenseman Demang agak terjejas selepas bergunting. Beliau akan tahu di mana tempat Demang bergunting walaupun Demang cuba berahsia.

Maklumlah, 90% tukang gunting tersebut tiada latihan formal. Pengalaman menggunting rambut pun diperolehi semasa di asrama dulu. Zaman dulu-dulu pulak tu.

Nak buat rambut pacak pun tak reti.

Satu lagi, kalau ke kedai gunting Melayu, kena tunggu berjam-jam untuk tiba giliran.

Demang bukan sekadar nak mengutuk. Demang ceritakan semula pengalaman yang mungkin anda juga pernah alami sebagai latar belakang pada cadangan yang ingin Demang utarakan.

Apa kata Giat Mara (kecuali yang telah ditutup oleh kerajaan Selangor) atau kolej komuniti melangkah setapak lagi ke depan dengan membuka kedai jahitan dan kedai gunting sendiri?

Dengan itu para pelatih tidak lah lagi terkial-kial mencari kerja di tempat yang dimiliki taukey cina yang akan mengutamakan anak bangsa mereka dan jika tiada, lebih rela mengimport pekerja daripada India.

Giat MARA dan kolej komuniti juga boleh membuka bengkel kereta, motorsikal dan lain-lain dengan pekerjanya kalangan pelatih yang akhirnya bertaraf pekerja mahir.

Akhirnya, akan ada kalangan mereka yang bersedia pula membuka bengkel sendiri dan menggaji pekerja.

Demang percaya, jika cadangan ini dilaksana, kita dapat menyelesaikan banyak masalah dalam negara:

- Menambah peluang pekerjaan.
- Melahirkan usahawan muda.
- Mengurangkan aliran wang keluar akibat pekerja asing.

Selain itu ia juga dapat menambah guna tenaga dan penawaran perkhidmatan dengan bertambahnya kedai jahit yang membawa pada penurunan upah dan memendekkan tempoh tempahan.

Jangan sampai nanti setiap kali hampir musim perayaan, rakyat Malaysia yang dah makin mampu naik kapal terbang tambang murah berduyun-duyun ke Vietnam untuk menempah baju raya.

Selepas itu kita pun hairan... mana perginya duit Malaysia?

Tuesday, January 28, 2014

Kayu api di rumah kenduri

(Dedikasi untuk para penyokong najib, anwar, dan hj hadi)

Jom masak, depa nak buat kenduri
Depa nak buat kenduri?
Kita jadi apa?
Kita boleh jadi kayu api.
Nanti depa tarik kaki tangan kita,
jolok kepala kita letak bawah kawah.

Bila nasi masak burung nyanyi saja
Tentu sedap makan beri pada raja
Raja dalam rumah buat kira-kira
Suri dalam rumah makan hati berulam jantung

Kita jadi apa?

Ada yang jadi abu
Ada yang jadi arang

Wednesday, January 15, 2014

Demang jadi sultan

Oleh kerana ramai pulak yang nak jadi sultan melaka maka Demang fikir, elok juga kalau Demang sendiri yang cuba-cuba nasib.

Lagipun kalau ikut adat, Demang yang berketurunan bendahara memang selayaknya menjadi sultan apabila sultan sudah tiada.

Dalam kes Sultan Mahmud mangkat dijulang, setelah baginda dibunuh Laksamana Bentan, bendahara Abdul Jalil segera diangkat menjadi sultan.

Tak kesahlah samada angkat diri sendiri ataupun diangkat oleh orang lain.

Apapun, Demang risau juga jika ditangkap seperti Raja Noorjan Shah kelmarin walaupun belum pernah sekali pun rasanya baginda mengancam negara.

Maklumlah, baginda memang tak mengancam keselamatan negara tetapi mengancam kedudukan orang lain.

Satu faktor lagi kenapa baginda ditangkap ialah mungkin kerana baginda orang Melayu. Kalaulah nama baginda raja Thian Chua atau raja Kapal Singki aka Kapal Senget barangkali pihak berkuasa lah yang akan datang merafak sembah memohon ampun dan maaf.

Sepaling tidakpun, selesai luar mahkamah.

Soal integriti tak jadi hal. Kambinghitamkan sahaja mana-mana blogger atau kumpulan blogger.

Ataupun bagitau mahkamah, yang buat kecoh ni bukan blogger kami tetapi blogger bebas yang menyokong kami.

Alah, sedangkan keris boleh disorong tarik inikan pula saman mahkamah!

Tuesday, January 14, 2014

Kangkung: Najib guna pendekatan Rasulullah

Kecoh satu negara kalaupun bukan satu dunia apabila Najib menjadikan kangkung sebagai contoh bagi menjelaskan faktor naik turun harga di pasaran.

Demang percaya, daripada sekian ramai yang menyebarkan isu tersebut, hanya segelintir yang telah menonton dan mendengar sendiri ucapan Najib manakala selebihnya sekadar menjadi burung kakak tua yang melantunkan semula bunyi yang didengar kepada orang lain.

Jika yang disebarkan itu kebenaran maka alhamdulillah. Namun bagaimana jika sekadar manipulasi daripada musuh Najib yang bijak menyusun ruang bagi membina peluang masing-masing?

Setakat musuh Najib masih tidak mengapa namun bagaimana jika yang menang nanti musuh Islam? 

Bukankah sudah jelas dan nyata agenda mereka?

Maka jadilah kita sebahagian daripada agen penyebar fitnah tanpa apa-apa faedah dan menjadi kayu api di neraka nanti.

Bahkan tindakan bodoh kita itu membuka ruang seluas-luasnya untuk musuh Islam melaksanakan plan selanjutnya.

Demang faham rakyat marah pada kerajaan kerana kerajaan dilihat gagal mengawal kenaikan harga barang. Namun adakah kawalan harga oleh pihak pemerintah itu suatu tuntutan dalam Islam?

Adakah di zaman Rasulullah saw memerintah tidak ada masalah kenaikan harga barang?

Jika ada, apakah tindakan yang diambil baginda?

Berikut adalah satu sumber yang boleh anda baca bagi menjawab soalan-soalan itu.

Bacalah.

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/76

Wednesday, January 8, 2014

Gaji dulu gaji sekarang

Seorang rakan menyuarakan keluhan: "Dulu, seorang lelaki keluar universiti dengan gaji RM2000. Hari ini, anaknya pula tamat universiti dengan gaji yang sama iaitu RM2000."

Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Maka Demang sudah dapat mengagak arah maksud kata-kata tersebut. Sudah tentu nilai RM2000 tahun 1990 tidak sama dengan RM2000 pada 2014!

Demang memandang mukanya dan bertanya: "engkau pernah kerja dengan kerajaan?"

"Tak pernah," katanya.

"Ok. Beginilah. Dulu, seorang guru keluar maktab dengan gaji RM435. Sekarang, anaknya yang tamat daripada maktab (ditukar nama menjadi IPG) dibayar hampir RM3000."

Ini bermakna dalam sektor swasta, angka pendapatan pekerja tidak berubah manakala kakitangan kerajaan meningkat berkali-ganda-ganda-ganda.

Itu sebabnya kaum cina yang dulu memperleceh sektor kerajaan kini teringin bertukar profesyen. Setidak-tidaknya mereka mahukan tempat itu untuk anak cucu mereka.

Masalahnya, dalam perjawatan awam terdapat quota untuk rakyat pribumi.

Dulu mereka leluasa menguasai bidang perniagaan. Sekarang orang Melayu semakin ramai yang bijak berniaga dan kreatif. Pelanggan Melayu sama seperti mana-mana kaum di dunia ini yang lebih selesa membeli daripada kaum sendiri.

Lagipun mereka tahu peniaga Melayu wajib membayar zakat dan wang tersebut akan kembali pada orang Islam juga.

Justeru janganlah hairan jika anda lihat kaum berkenaan begitu beriya-iya nak tengok kerajaan yang ada sekarang tumbang.

Faham?

Sunday, January 5, 2014

Masalah orang muda (2) sambungan

Keinginan orang muda

Apabila Demang mengambil keputusan untuk memulakan sebuah portal baru, perkara utama yang Demang fikirkan ialah siapakah sasaran pengunjung ke portal tersebut?

Oleh kerana Demang sendiri seorang pengeluar produk yang turut bertanggung jawab melakukan promosi maka dengan mudah Demang mengembalikan soalan tersebut pada diri sendiri dengan meletakkan diri Demang sebagai pemilik syarikat yang ingin mencari tapak iklan.

Soalan pertama yang perlu dijawab ialah: siapakah pengguna pada produk Demang? Maka Demang jawab, golongan yang telah berumah tangga.

Justeru Demang sudah dapat mengagak bentuk isi kandungan yang sesuai untuk Demang siarkan bagi menarik khalayak.

Namun Demang perlu realistik kerana sebuah portal tidak mungkin mampu bergerak dengan hanya iklan daripada satu produk dan satu golongan sasaran.

Demang sedar, golongan yang paling ramai menggunakan internet ialah golongan remaja dan belia iaitu dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.

Demang juga sedar golongan ini bukan sahaja pengguna internet yang aktif malah mampu mendapatkan peruntukan bagi membeli produk yang mereka inginkan.

Justeru soalan penting yang perlu Demang jawab ialah: apakah yang mampu menarik minat golongan ini?

Memahami sensitiviti orang muda

Dalam lautan internet, maklumat terlalu banyak sehingga hampir tiada nilai. Itu sebabnya dalam perbincangan awal lagi Demang ingatkan bahawa para pengguna internet sudah terbiasa dengan maklumat yang diakses secara percuma.

Suatu ketika dahulu ada syarikat yang cuba menjual kamus dalam talian dengan harga RM50 hingga RM100. Kemudian ada pula individu yang membina perisian kamus sendiri dan menjualnya cuma RM10.

Kini kamus online boleh diguna secara percuma dan pada bila-bila masa!

Jadi, menjual tulisan dalam internet biar bagaimana tinggipun nilainya samalah seperti cuba menjual garam di laut.

Justeru jika anda mahu berkarya di internet anda mestilah mendapatkan pihak yang mahu menaja.

Di situlah kerja anda bermula.

Sifat orang muda: Protes dan simpati

Ajaran yang Demang terima, bayi yang baru lahir ibarat kain putih bersih sehinggalah dicorakkan ibubapanya.

Dalam masyarakat Islam, anak-anak dididik dengan pekerti mulia dan diajar bacaan-bacaan serta doa-doa mudah seawal yang mungkin.

Dari situ anak-anak mula memahami sesuatu yang baik dan sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang boleh dibuat dan sesuatu yang tidak boleh dibuat seterusnya ia dikonsepkan sebagai hukum halal, haram, serta harus.

Dalam proses mendidik dan membesar, ibubapa yang realistik memahami bahawa anak-anak tidak perlu mematuhi semua hukum bahkan Islam sendiri memberi kelonggaran.

Bagi anak-anak pula mereka menyedari bahawa mereka masih kecil dan ada masa untuk belajar dan melaksanakannya.

Implikasi daripada keadaan tersebut ialah anak-anak berfikir bahawa jika mereka tidak mematuhi sesuatu hukum ia adalah wajar kerana mereka akan melakukannya secara sempurna apabila bertambah matang.

Dalam masa yang sama mereka berpendapat orang dewasa tidak ada alasan lagi untuk menangguhkan apa yang wajib dan meninggalkan apa yang haram.

Di sinilah titik mula timbulnya protes yang menjadi isi penting pada pertentang orang muda dengan orang tua.

Friday, January 3, 2014

masalah orang muda

Ketika Demang mengambil peperiksaan SPM pada 1985, kami perlu melalui satu sesi khas temuduga yang dipanggil Ujian Lisan yang keputusannya cuma ada dua iaitu lulus atau gagal.

Demang masih ingat soalan yang ditanya iaitu: apakah masalah utama remaja?
Soalan yang memerlukan jawapan spontan tersebut sempat membuatkan kotak fikir Demang bekerja keras dan dalam masa yang sama hati Demang memberi arahan bahawa jawapan mesti dibuat segera dan mestilah bersifat 'hebat'.
Maka jawab Demang: "masalah besar remaja atau golongan muda ialah pertentangan pendapat dengan golongan tua."
Si penemuduga agak tertarik dengan respon Demang manakala Demang amat menyesal dengan jawapan tersebut kerana terpaksa menjawab soalan kedua iaitu: "apa maksud 'pertembungan golongan muda dan tua'?"
Otak Demang berfikir ligat dan sesuatu yang segera terimbas pada fikiran ialah berkenaan sejarah pertentangan agama antara golongan tua dengan golongan muda.
Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Muhammad Taha adalah antara pelopor gerakan muda.
Manakala golongan yang ditentang ialah para ulama sedia ada.
Ada dua sebab Demang cepat terkait dengan isu tersebut iaitu kerana bapa Demang selalu membawa topik tersebut ketika berbual sambil mengadap juadah dan ekoran dari itu Demang selalu mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber bacaan.
Namun bukan itu jawapan yang Demang beri sebaliknya Demang jawab contoh pertentangan antara golongan muda dengan golongan tua ialah kerana banyak perkara yang orang muda buat mendapat bantahan orang tua.

Bersambung: apa keinginan orang muda?

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita

Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)