Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Wednesday, May 13, 2015

Kerajaan yang pegang maklumat

Masa mula-mula Demang mendengar orang menyebut zaman teknologi maklumat, tak dapat Demang bayangkan bagaimana keadaannya.

Kalau zaman batu, semua peralatan guna batu. Pisau batu, rumah batu, pinggan batu...

Kemudian muncul zaman logam sehingga seluar dalam pun diperbuat daripada logam. Jangan ketawa, pernah dengar 'cawat besi'?

Selepas zaman logam manusia memasuki zaman plastik. Bukan sahaja senjata, alatan dapur dan kenderaan sahaja diperbuat daripada plastik bahkan ramai yang membuang bunga hidup lalu menggantikannya dengan bunga plastik.

Sekarang kita berada dalam zaman teknologi maklumat. Allah Taala buka satu lapisan hijab yang sebelum ini menjadi dinding pemisah. Manusia tidak perlu lagi bangkit daripada kerusinya dan keluar mencari maklumat. Hampir semuanya boleh dicapai di hujung jari.

Sebagaimana zaman logam dan zaman plastik, sesiapa yang menguasai logam dan plastik akan menguasai manusia lain, begitulah juga zaman teknologi maklumat. Pemilik logam dan plastik yang gagal menguasai teknologi maklumat akan ketinggalan dan dikuasai orang lain pula.

Contohnya jika anda ada kilang plastik anda perlukan bantuan teknologi maklumat bagi memasarkannya. Memang anda boleh menggunakan kaedah konvensional tetapi anda akan ketinggalan dan akhirnya ditinggalkan terus sebelum sempat meninggal dunia.

Demikian juga halnya dalam politik. Demokrasi bukan sahaja terlaksana sebaik tamat musim pilihanraya. Kerajaan yang telah sah dilantik tidak lagi boleh membuat keputusan sendirian berdasarkan mandat lima tahun sekali. Dari segi teknikalnya, boleh. Namun rakyat yang sentiasa menerima maklumat terkini di tapak tangan akan penasaran untuk mengetahui setiap perkembangan dan ingin turut membuat keputusan.

Kalaupun tidak mahu mendengar pendapat mereka, pastikan mereka faham kebaikan tindakan kerajaan. Kalau rakyat faham sesuatu perkara itu baik pada mereka, kenapa mereka mahu menentang? Jika ada juga yang menentang maka tindakan lain pula lah yang patut diambil.

Kerajaan sepatutnya menyedari perkara ini dan proaktif. Jangan buat keputusan dan laksanakan sebelum majoriti rakyat faham. Rakyat yang berada dalam zaman maklumat sudah tentu menyimpan lebih banyak maklumat. Secara umumnya, rakyat sekarang lebih cerdik berbanding dulu.

Maka jangan anggap rakyat tidak berhak tahu dan susah untuk memahami dasar serta tindakan kerajaan. Kerajaan patut tahu bagaimana untuk menguasai rakyat.

Jika buat tindakan dan beri alasan selepas ia dilaksanakan maka rakyat akan kata, itu alasan semata-mata.

Sebenarnya kerajaan lah yang menguasai teknologi maklumat dan mampu memberi kefahaman pada rakyat. Jika sebaliknya, maka layakkah lagi menjadi kerajaan?

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)