Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, June 12, 2015

Kementerian bantu jatuhkan najib

Ketika Tun mendesak Najib menjawab persoalan 1MDB dan Najib meminta pula Tun menjelaskan isu Proton (walaupun kedua-duanya sudah terlebih faham masalah-masalah tersebut), gerakan merampas pemerintahan Tanah Melayu terus berjalan dengan rapi, tersusun namun penuh bijaksana.

Rasanya tak perlulah Demang hujahkan bukti-bukti adanya agenda mengambil alih pentadbiran negara daripada orang Melayu (baca orang Islam). Tak perlulah juga Demang senaraikan sebab musabab yang masuk akal berkenaan keinginan bukan-Melayu menguasai politik selepas berjaya dengan cemerlang mengawal ekonomi negara.

Kerja meruntuh ini bukan susah sangat. Tidak perlu jurutera, arkitek, pelukis plan, budget besar dan sebagainya. Cuma jika nak runtuhkan sesuatu tanpa dikesan lebih awal oleh orang lain, kena cerdik sikit lah.

Oleh kerana kita mengamalkan demokrasi dalam memilih pemimpin maka demokrasi jugalah yang boleh digunakan untuk menjatuhkan pemimpin,

Senang cakap, melalui pilihanraya atau undi tidak percaya.

Untuk menjadikan pengundi benci pada kerajaan bukanlah susah sangat. Buat sahaja tindakan yang boleh mencetuskan kemarahan mereka.

Itulah gamaknya yang sedang dilakukan kementerian kesihatan sekarang, mengarahkan kakitangannya menggeledah bungkusan di pejabat Poslaju konon memeriksa produk kesihatan yang tidak berdaftar.

Siapa menteri kesihatan dan siapa pula pemilik pos Malaysia? Demang bagi 'clue' untuk soalan ini: namanya tidak bermula dengan 'muhammad' dan sebagainya.

Oh ya. Dalam masa yang sama penguatkuasa jabatan lain bertindak menutup 'uptown' atas alasan mengawal produk tiruan. Betul-betul tindakan bersepadu dan terancang.

Petaling Street macamana pula? Tiada barang tiruankah di situ?

Perniagaan online melalui penghantaran pos adalah revolusi perniagaan yang muncul bersama kemudahan internet, pengeposan, dan perbankan internet. Itu yang tersurat.

Yang tersiratnya, ia menggugat perniagaan konvensional yang selama ini dikuasai bukan Melayu.

Perniagaan online membantu ramai pengusaha Melayu belajar berniaga dan ramai juga yang berjaya. Itu yang tersurat.

Yang tersirat ialah ia membantu memendekkan barisan menunggu pemburu kerja dan mengurangkan penggantungan ekonomi orang Melayu pada para towkey chayanunalif.

Sepatutnya pemimpin Melayu yang asyik bercakaran fikirkan perkara ini. Begitu juga pegawai Melayu dalam jabatan berkenaan. Jangan nak lepaskan tembolok sendiri semata-mata. Awak dapat jadi pegawai kerajaan pun bukan sebab awak cerdik sangat. Kalau nak tahu, awak jadi pegawai kerajaan pun sebab kuota Melayu!

Kesimpulannya, tolong beritahu Najib supaya periksa semula menteri, pengarah, dan ketua jabatan. Perhatikan bagaimana mereka bertindak bagai api dalam sekam.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)