Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Tuesday, July 14, 2015

Peguam dakwa IGP berbohong kes lawyat

Walaupun tinggal di luar KL namun Demang tahu juga tentang Lowyat melalui adik-adik dan rakan-rakan. Apabila pertama kali Demang hendak ke sana maka Demang diingatkan agar berhati-hati dengan barang tiruan. Satu lagi, kena tinjau-tinjau harga terlebih dahulu dan jangan kedekut menawar. Ertinya tawarlah harga betul-betul.

Dengan ciri-ciri sedemikian sedarlah Demang bahawa jika hendak membeli sesuatu di Lowyat maka bersedialah dengan taktik dan muslihat peniaga di situ!

Apabila Demang tiba dan masuk ke ruang niaga, suasana memang agak asing. Barangkali itu perasaan Demang sahaja. Maklumlah, orang kampung.

Kena tipu? Demang pun tidak pasti samada Demang kena tipu atau tidak namun Demang pernah habis beribu ringgit kerana membaiki sebuah hp jenama HTC yang pecah skrinnya. Akhirnya hp itu tidak dapat digunakan juga. Yang Demang geram, kosnya tetap Demang tanggung dengan alasan Demang sudah berjanji untuk membeli alat ganti (skrin kaca) dan apabila dipasang ia tidak boleh dipulangkan.

Tak apa lah. Itu masalah peribadi. Demang pun tidak berhajat untuk membuat laporan pada polis atau KPDNK sebab kemunginan besar Demang juga yang akan dipersalahkan.

Berkenaan kes remaja Melayu yang sedang hangat sekarang, Demang harap dia diberi keadilan sepenuhnya. Raya dah dekat. Jangan kerana untuk menjaga hati satu kaum maka individu yang belum tentu bersalah dikorbankan.

Oh ya, Demang heran juga kenapa rakaman cctv kedai tersebut tidak disebarkan? Bukankah itu dapat membuktikan pekedai berkenaan tidak bersalah?

PS: Demang pandang serius dakwaan sahabat Demang iaitu peguam Buzze Azam bahawa IGP berbohong dalam sidang media semalam.



6 comments:

Anonymous said...

My instunct also tells me that there is something fishy going on. It is jusy unbelievable.

Anonymous said...

Tak payah nak bagi komen bodoh...

We wait for the investigation and results..

STOP!!

Anonymous said...

Oiii 7.42 investigation and results pun boleh diubahsuai la bangang.Apahal ko ni.

Anonymous said...

Perkataan baru...
Saya telah di LOWYAT kan - bermakna saya telah diTIPU....

Servant of God said...

Tuan Demang,

Ura-ura tegar mengatakan yang budak Melayu tu kena tipu.

Tapi kalau sampai ke level IGP cuba nak menyelamatkan kaum Kiasu sampai sanggup nak korban budak Melayu, Tuan Demang nak buat apa?

Saya tengah menahan sabar, so saya cuba nak dapatkan pendapat orang2 lebih bijak dpd saya.

Terima kasih.

Anonymous said...

Tn igp mungkin 'terpaksa' keluar kenyataan songsang walaupun belum disahkan bahawa budak melayu tu 'mencuri' handfon. Jika kenyataanya cina tu tipu dan melayu tu benar2 ditipu, implikasinya ialah lowyat akan hancus dilanggar melayu! Melayu punya ramai yg tengah naik angin. Untuk kendurkan jiwa memberontak melayu, igp sebut budak tu mencuri. Lawak? Sah la lawak, mahkamah belum selesai, igp dh putuskan keputusan mahkamah. Entah apa strategi pelik igp. Biar mahkamah buat kerja proses keadilan, polis buat kerja polis. Jgn buat kerja orang lain. Tn igp, lowyat adalah sarang penipuan gajet tersohor malaysia. Laporan dan keluhan pelanggan tertipu di lowyat dh bersepah. Apa yg ditakutkan jika keluar kenyataan di lowyat ada penipuan dan penjualan barang klon? Takut peniaga marah? Cehh!!

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)