Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, March 30, 2015

Kejutan GST semua harga turun

"Apa kaitan nilai transaksi dgn gst? Setau koi gst berdasarkan setiap produk dan servis yg didaftar melalui sistem. Hanya syarikat yg ada sistem yg bayar gst. Kedai runcit tak berhak kira gst. Peruncit hanya turunkan/passing 6% drpd harga yg dia bayar kpd pemborong. Malah pemborong pun belum tentu berdaftar dgn gst. Tak berhak kira gst jugak. Sepatutnya 6% dikira pada harga kilang. Klu kita beli pen harga rm1, gst + (30sen x 6%) sahaja. Kemudian kita bayar rm1 + (30sen x 6%). Itu yg koi faham masa peringkat awal gst dulu. Kalau rm1x6%, itu dah kira menipu."

Eh, mesej apa tu? Salah blog ke?

Rileks... anda masih di blog Waadat. Itu adalah mesej balas Demang kepada sebuah grup sosial. Demang pernah belajar di Bandar Ikan Patin dan bergaul dengan teman-teman yang menggunakan gantinama 'koi'.

Hari ini 30 April 2015 dan lusa GST akan bermula.

Pendirian Demang ialah, tidak perlu ada kenaikan pada harga pengguna apabila GST dilaksanakan! Pendekata, pengguna tidak sepatutnya bayar GST walau apapun definisi yang digunakan.

Masa GST mula-mula dicadangkan dulu, Demang beberapa kali diberi penerangan dan pendedahan tentang GST.

Pertama, GST menggantikan SST
Jika dulu SST antara 6-18% maka GST menyelaras kepada 6% sahaja. Sementara itu ada servis dan produk yang memang 0% dalam SST dan kekal 0% pasca GST.

Ertinya, pasca GST harga akan turun atau kekal. Maka apa alasan untuk peruncit naikkan harga?

Mari kita lihat info yang pernah Demang terima daripada kerajaan berkenaan GST:

HARGA KILANG: RM1 x 6% = 6 sen
Pemborong bayar RM1.06
PEMBORONG jual kepada pengedar RM1.50 + 6 sen
PENGEDAR jual kepada PERUNCIT RM2 + 6 sen.
PERUNCIT jual kepada PENGGUNA AKHIR RM3 + 6 sen.

Ertinya, GST bukan bermaksud RM3 x 6%  yakni menjadikan harganya RM3.18 SEBALIKnya cuma RM3.06 sahaja (RM3 + 6sen)

Apa ertinya 6 sen?

Apabila peruncit jual sesuatu GOODS pada harga RM3 sebelum ini, sebenarnya harga yang dibayar pada pengedar mungkin RM2. Maka peruncit akan mengira untung runcit yang sewajarnya.

Sebagai contoh, lihat harga air mineral. Minggu lepas Demang beli sekotak air miniral jenama Cactus di pasaraya berharga 48 sen sebotol (500ml). Air yang sama dijual antara 80sen hingga RM1.20 di kedai runcit dan menjadi RM2 di taman tema air!

Berdasarkan contoh di atas, jika lusa pasaraya tersebut kenakan GST 6% maka 48sen + 6% = 0.028 sen. Maka Jika sebelum ini Demang jual RM1 sebotol dan untung 52 sen maka mulai 1 April 2015 perlukah Demang jual RM1.028 sen?

LIHAT, GST cuma 0.028 sen berbanding untung sebelum ini 52 sen. Tidak bolehkah peruncit korbankan 0.028 sen tersebut dengan kata lain UNTUNG 52sen tolak 0.028 sen dan peruncit masih mengaut untung 50 sen!

Sepatutnya GST tak perlu jadi isu langsung dan tidak perlu diuwar-uwarkan soal kenaikan akibat GST.

Malangnya Demang lihat kerajaan seolah terlalu menyebelahi golongan peniaga! Negara ini negara rakyat atau negara kapitalis? Ini adalah negara rakyat bersultan. Kapitalis hanya penumpang.

Demang kata, KAPITALIS. Demang bukan kata bangsa mereka. Semua bangsa ada kapitalis.

Demang menyeru agar semua pengguna bertegas dengan kerajaan dalam soal ini. Jika anda seorang peniaga insaflah bahawa anda juga seorang pengguna.

Demang sendiri seorang pengeluar produk. Apabila orang bertanya adakah Minyak Morhabshi akan naik harga? Demang jawab, syarikat kita tidak ada sebab untuk naikkan harga. Malah, Demang dapatkan satu formula baru bagi menjadikan harganya lebih rendah bermula 1 Mac 2015 tanpa merugikan sesiapa.

Tadi Demang kira harga runcit dan PERUNCIT. Bagaimana dengan pemborong dan pengeluar? Sebenarnya pengeluar dan pemborong sudah MAKAN BESAR sebelum ini. Kalaupun mereka mungkin perlu bayar RM10 juta x 6% selepas pasca GST namun mereka sudah larikan CUKAI berjuta-juta sebelum ini.

Kenapa kerajaan nak manjakan lagi mereka dan menjadikan pengguna akhir sebagai MANGSA? Bukankah selama ini pengguna sudah BAYAR pelbagai tax dalam setiap GOODS & SERVIS yang digunakan, TETAPI wang tersbut diGELAPkan (baca: diSONGLAPkan) oleh peniaga, yakni tidak dibayar kepada kerajaan.

Ingat, kerajaan dan peniaga adalah dua entiti yang berbeza TETAPI kadangkala memang orang yang SAMA.

Bukan semua yang berbulu ayam itu, ayam.

Tuesday, March 24, 2015

PAS gagal, UMNO laksanakan hudud

Akhirnya Demang buka juga fail video yang dikatakan mempersendakan hudud di Kelantan. Ternyata benar telahan Demang bahawa video tersebut hanya alat untuk menaikkan populariti pembikinnya, dan nampaknya usaha tersebut berhasil. Dari segi marketing, ia srategi yang bijak!

Kali pertama Demang dihantar fail tersebut, Demang diminta memberi komen. Mulanya Demang malas nak layan. Namun akhirnya apabila makin ramai yang memperkatakan, Demang pun buka dan terus menyesal. Langsung tiada apa yang nak dikomen. Cuma Demang bersetuju, tindakan yang sesuai diambil ialah kenakan tindakan di luar undang-undang yang boleh membuatnya menyesal seumur hidup.

Demang bukan emosional dan bukan menghasut tetapi apabila seseorang yang sudah beraqal melakukan sesuatu yang tidak beraqal, maka tindakan yang serupa lah balasannya.

Bagaimana rentak begitulah tari.

Mari kita lihat satu mesej lain yang baru Demang terima. Elok lah baca dulu dan lihat . Tapi kalau nak cepat, boleh skip dan teruskan membaca komen dan cadangan Demang di bawah sekali.

-MESEJ MULA-

Kenapa Rang Undang-Undang (RUU) Hudud yang dibawa oleh Pas ditentang ramai?

Bagi membolehkan RUU Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015), Pas hanya perlu melakukan salah satu daripada tiga perkara di bawah:

1.  Meminda Akta 355 dan 356 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 atau

2. Memohon kebenaran di bawah Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu.

3. Meminda Perlembagaan

Untuk meminda dua akta (1) atau (2), Pas hanya memerlukan sokongan "simple majority" atau 112 orang ahli parlimen sahaja bagi membolehkan ianya diluluskan.

Apakah cukup jumlah 112 untuk membolehkan undang undang itu dipinda di parlimen?

Dari 222 orang, jumlahnya ahli parlimen Islam adalah seramai 136 orang.

Dari jumlah ini, jumlah ahli parlimen Islam yang dijangka tidak akan menyokong RUU ini adalah seramai 25 orang, iaitu 7 orang daripada PAS (PasMa), 2 orang DAP dan 16 orang PKR termasuk Anwar). Itu belum termasuk yang di luar jangka.

RUU ini dibawa oleh PAS dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana anggotanya majoritinya terdiri daripada umat Islam. Bagaimanapun untuk mendapat sokongan 'simple majority' di Parlimen, PAS perlu membuat persiapan yang lebih rapi.

Kenapa RUU PAS ini ditentang ramai?

1. PAS didapati gagal meyakinkan ahli-ahli PAS sendiri, iaitu yang bersama Pasma untuk menyokong RUU Hudud ini. Dari segi moral, jika PAS gagal meyakinkan ahlinya sendiri untuk menyokong RUU ini, maka itu menunjukkan kredibiliti PAS sendiri boleh dipersoalkan.

2. PAS gagal meyakinkan ahli parlimen Islam dalam Pakatan dan mendapatkan sokongan mereka walaupun telah bertahaluf siyasi selama lebih 2 penggal. Jika PAS gagal meyakinkan ahli parlimen Islam dalam PR, maka memang sudah dijangka RUU ini tidak disokong oleh ahli parlimen bukan Islam dalam PR.

3. PAS tidak bersungguh-sungguh mengadakan taklimat dan dialog mengenai RUU Hudud ini kepada semua ahli Parlimen Islam dan bukan Islam dan melobi sokongan mereka.

4. PAS tidak bersungguh-sungguh membuat penerangan bagi mendapatkan sokongan 'stake holder' yang lain termasuk para peguam syari'e, peguam sivil, termasuk Majlis Peguam dan NGO-NGO berkaitan.

Memandangkan PAS perlu mendapatkan sokongan 'simple majority' sahaja, maka sebelum membentangkan RUU Hudud ini, wajar bagi PAS untuk membuat persiapan yang lebih rapi dan penerangan kepada golongan-golongan yang disebutkan di atas terlebih dahulu. Setidak-tidak PAS boleh meyakinkan 112 ahli parlimen Islam untuk bersama-sama menyokong RUU ini dan mengurangkan tentangan daripada ahli-ahli Parlimen yang lain.

Sanggupkah PAS lakukan semua ini terlebih dulu?

-MESEJ TAMAT-

Baca pula komen Demang:

Jika PAS dikatakan tidak mampu melaksanakan hudud maka UMNO lah yang wajar mengambil tanggungjawab. Bukankah UMNO parti terbesar ummat Islam di Malaysia? Bukankah UMNO yang menguasai BN dan UMNO juga yang mengepalai kerajaan?

Dengan kedudukan itu, UMNO mempunyai peralatan yang cukup bagi melaksanakan hudud. Tidak perlu lagi memikirkan hudud di Kelantan dan Terengganu bahkan hudud boleh dilaksanakan di seluruh Malaysia atau sekurang-kurangnya di negeri-negeri tertentu.

Nak tunggu apa lagi?

Sunday, March 22, 2015

Rumah Melayu lawan GST

Tidak sampai dua minggu lagi GST akan dilaksanakan. Walaupun bukan langsung tugas Demang namun batu jemala Demang ikut letih memikirkannya, sebagai rakyat.

Perang persepsi sedang berlangsung. Masing-masing pihak mengemukakan pendapat dan pandangan.

Kesimpulan yang Demang dapat ialah; GST adalah satu sistem baru untuk kerajaan memastikan unjuran kerajaan dalam pungutan cukai mencapai sasaran.

Ertinya, kerajaan berjaya mendapat satu sistem bagi meleraikan kebuntuan mereka dalam pungutan cukai. Selesai masalah kerajaan.

Bagaimana pula dengan masalah rakyat? Apa masalah rakyat?

Masalah rakyat ialah apabila perbelanjaan melebihi pendapatan. Jika masalah itu selesai, maka rakyat peduli apa hatta dengan bapak GST sekalipun.

Kenaikan harga adalah normal. Ada atau tiada GST, harga barang akan tetap naik saban masa dan ketika. Maklum, kehendak manusia tidak pernah puas.

Cuma, GST menjadi alasan baru untuk pengusaha menaikkan harga. Jika produk itu bukan barang keperluan maka pasaran yang akan membuat keputusan. Jika barang keperluan maka tanggung sahaja lah.

Salah satu masalah rakyat ialah mendapatkan tempat tinggal yang selesa. Rakyat bukan mahukan rumah seperti rumah gadang pemimpin namun rakyat juga tidak mahu rumah seperti hamba sahaya. Rumah kos rendah yang ada 2 bilik atau 2 setengah bilik mencerminkan semua pihak yang terlibat membinanya jenis manusia yang kurang akal fikiran. Nak guna istilah bodoh pun boleh.

Pemimpin cina nampaknya berjaya melakukan urbanisasi dan menempatkan kaum mereka di perumahan tersusun sederhana mewah. Padahal bukan sedikit kekangan untuk mereka mendapatkan tanah. Agaknya sebab mereka ikhlas nak menolong kaum sendiri.

Pemimpin melayu pula terkial-kial tak tau nak buat apa. Akhirnya ikut berebut rumah kos murah dengan rakyat marhaen.

Rumah yang kurang selesa menyebabkan anak melayu tak suka duduk di rumah. Mak bapak pun tak suka anak duduk di rumah sebab susah 'nak buat projek'.

Oh, mungkin Demang terlepas pandang sebab rumah sekarang sudah ada 3-4 bilik, namun berapa harganya? Mampukah rakyat biasa membelinya?

GST atau tidak, ia bukan masalah utama. Jika rakyat tenteram, kerajaan pun senang. Pemimpin pun boleh kerap makan angin ke luar negeri.

Walau bagaimanapun jika kerajaan susahkan rakyat maka jangan haraplah kerajaan akan hidup senang. Kalau rakyat sudah marah, mereka tidak peduli lagi DAP bahkan komunis sekalipun menang pilihanraya.

#kembalikanHAKpenduduKkampungBEREMBANG

Thursday, March 19, 2015

Betul ke GST 1 April ni?

GST yang bakal dikenakan mulai 1 April 2015 cuma 6%.
Jika RM1 maka 6% cuma 6 sen.
Jika RM10 maka cuma 60 sen.
Jika RM100 pun baru RM6.
Jika RM1000 maka GST adalah RM60.

Jika gaji Demang RM3000 sebulan, 25hb dapat RM3000, 24hb berikutnya cuma tinggal RM10. Oh ya, selepas ini baki minimum mungkin RM10.60!
- Semuanya habis untuk 'Goods & Services' yang Demang gunakan setiap hari.

Jika mulai 1 April 2015 semua 'Goods & Services' yang Demang gunakan selama ini dikenakan GST maka RM3000 x 6% sudah menjadi RM180 sebulan.

RM3000 x 12 bulan berjumlah RM36000, maka anggaran GST mencecah RM2160 setahun.

Apapun kerajaan kata bukan semua dikenakan GST.
Cuma Demang tidak sempat mengingat yang mana satu kena GST, yang mana pula dikecualikan.

Takpe, lain kali Demang bawa senarai GST setiap kali berurusan.
Apa nak buat, Demang sayang kerajaan ini. Harap-harap peniaga tidak ambil kesempatan sebagaimana yang lepas-lepas.

Err.... apa lagi cukai yang perlu Demang bayar? Tol, roadtax, tanah, pintu, tingkap, jamban?

Bagaimana pula dengan cukai pendapatan serta cukai perniagaan? Bagaimana pula dengan kewajipan Demang untuk membayar zakat?

Majlis Fatwa Kebangsaan kata GST yang asalnya haram diharuskan jika negara sedang kesusahan. Oh... sedang daif rupanya negara Demang.

Mana perginya pakar-pakar ekonomi negara kita? Takkan lah belajar pandai-pandai cuma mahir 'copy and paste' dan edit sistem GST negara kafir?

Alahai negara Demang.

Wednesday, March 11, 2015

Harga turun selepas GST

1 April makin hampir. Bagi masyarakat jahiliah, 1 April adalah hari bodoh untuk memperbodohkan orang lain. Mujur di Malaysia dah tak ramai yang bodoh. Justeru kita dapati 1 April setiap tahun berlalu begitu sahaja kecuali bagi segelintir manusia ketinggalan zaman.

Namun tahun ini agak berbeza. Ramai yang berdebar menanti 1 April. Pada hari tersebut akan berlaku tsunami besar terhadap harga produk dan perkhidmatan yang digunakan selama ini.

Benarkah begitu?

Kerisauan rakyat makin kuat kedengaràn biarpun saban hari media perdana cuba menangkis tanggapan masyarakat menggunakan pelbagai kaedah termasuk mini sitcom di TV bagi memujuk rakyat agar tidak gusar dengan GST.

Turut terlibat dalam isu ini sudah tentulah pihak pembangkang dan pihak ketiga, yakni pihak luar yang faham bahawa apabila ada jong pecah maka ada yu akan kenyang.

GST yang Demang faham ialah alat baru bagi memungut cukai untuk kerajaan. Selama ini kerajaan memang mengutip cukai tetapi dikatakan kurang berkesan.

Kurang berkesan bermaksud kerajaan gagal mengutip cukai yang sepatutnya. Banyak faktor kegagalan namun yang paling utama ialah kerana peniaga menipu dalam pentaksiran pendapatan serta keuntungan syarikat mereka.

Akhirnya ada seseorang yang mencadangkan kita meniru sistem yang digunakan di negara-negara lain iaitu GST. Justeru, sistem lama iaitu SST akan digantikan GST.

Jika dulu SST dikatakan mengenakan cukai antara 6% hingga 18% maka melalui GST semua cukai diselaraskan pada 6% sahaja.

Jika demikian, wajarkah harga produk dan perkhidmatan dinaikkan apabila GST dilaksanakan? Bukankah sepatutnya harga pengguna akan semakin rendah?

Ertinya kesan pertama GST ialah harga akan turun. Sepatutnya lah.

Impak kedua yang turut dikhuatir ialah pada sistem zakat. Sebelum ini ummat Islam diberi pilihan samada membayar cukai atau melunaskan zakat. Pembayar zakat akan menerima rebate bagi dilepaskan cukai kerajaan. Maka ia menyuburkan sistem zakat yang memberi sasaran pada ummah.

Ramai yang khuatir pungutan zakat akan berkurangan.

Sementara itu terdapat satu lagi kekhilafan dalam perlaksanaan GST iaitu 'pengusaha tertentu boleh menuntut kembali cukai yang telah dikutip' melalui satu kaedah yang Demang dan ramai kawan-kawan Demang belum faham. Persoalan Demang ialah jika peniaga boleh menuntut kembali maka apa logiknya harga produk dan perkhidmatan dinaikkan?

Barangkali semua perkara di atas hanya dininabobok pihak tertentu. Makanya kita perlu menanti tarikh pelaksanaan bagi merasakan sendiri kesan GST?

Dalam pada itu majlis fatwa kebangsaan khabarnya sudah mengeluarkan fatwa bagi menghalalkan tindakan kerajaan melaksanakan GST. Namun Demang dapati hujah-hujah yang dikemukakan agak longgar dan banyak lubang-lubang yang dibiarkan tidak bertampal.

Setelah meneĺiti hujah fatwa tersebut, Demang ada satu soalan tambahan. Adakah kita benar-benar terdesak sehingga perlu mengutip cukai daripada rakyat sebagaimana hujah http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-terhadap-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst.

Bagaimana dengan cukai-cukai lain yang masih berlangsung hingga kini termasuk cukai pendapatan dan cukai jalan?

Sudah daruratkah hasil mahsul negara termasuk sumber galian, pembuatan, dan pertanian? Atau pakar ekonomi kita yang muflis idea dan strategi?

Demang sekadar memanjangkam rungutan dan keluh kesah rakyat bawahan maka jangan ditanya penyelesaiannya pada Demang melainkan jika sudi memindahkan gaji dan elaun penasihat ekonomi kerajaan ke akaun bank Demang.

Perlu juga diawasi, perlaksanaan GST memberi peluang kepada peniaga besar yang majoriti bukan Islam untuk menaikkan harga barang dengan menghalakan kesalahan pada kerajaan.

Mungkin Najib masih belum terlambat mencari maksud peribahasa 'musuh dalam selimut'.

Monday, March 2, 2015

Sepatutnya harga minyak tak naik

Sekarang musim panas. Dalam media sosial tersebar nasihat agar tidak diisi minyak kereta penuh-penuh kerana katanya sudah ada kes kereta terbakar setelah tangki meletup akibat pemeluwapan melampau.

Demang sebenarnya dah letih mempercayai info picisan bersumber media sosial ini. Lebih banyak 'auta' daripada fakta.

Itulah sebabnya (agaknya) pihak kementerian pelajaran pun (rasanya) BELUM mengeluarkan arahan agar aktiviti padang di sekolah tidak diadakan pukul 2.00 petang sebagaimana lazim.

KPM memang realistik. Selagi belum ada kes kritikal seperti tsunami berlaku di depan mata, tidak perlu diambil langkah berjaga-jaga. Syabas kawan-kawan Demang di kementerian.

Agaknya mereka tunggu arahan menteri atau YDA.

Malam kelmarin Demang isi minyak penuh-penuh. Demang ambik risiko demi menyelamatkan duit Demang 25 sen seliter.

Jangan sinis dengan Demang. 25 sen darab 100 liter (2 buah kereta) bermakna Demang sudah jimat RM25. Ia bersamaan pendapatan sehari bagi segelintir rakyat bawahan. Kalau tak percaya, semak borang profile murid di sekolah Demang.

Dulu Demang positif (optimis?) dengan harga minyak. Kalau harga petrol naik, petronas juga yang untung dan keuntungan itu berbalik semula kepada negara.

Namun setelah PM sendiri baru-baru ini menjelaskan bahawa kejatuhan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara maka Demang mula keliru.

Jika harga naik kita untung dan harga turun pun dikatakan untung maka eloklah dibiarkan harga runcit di paras terendah.

Fakta pertama, apabila harga petroleum tinggi maka hasil eksport petroleum kita bertambah. Untunglah.

Fakta kedua, apabila harga petroleum jatuh, negara tidak rugi kerana harga produk import berasaskan petroleum ikut menjadi murah. Untung juga.

Fakta ketiga, walaupun keuntungan Petronas (dan Malaysia) susut setelah harga petroleum jatuh, namun rupa-rupanya produk export kita yang lain menyumbang keuntungan yang lebih besar. Tetap untung.

Maka apa perlunya harga runcit yang dijual kepada rakyat dinaikkan? Sisihkan sedikit daripada keuntungan di peringkat global dan agih pada rakyat.

Jualan runcit petrol kepada pengguna hanya melibatkan keuntungan terus kepada pengusaha stesyen minyak. Kerajaan cuma dapat cukai.

Cukai dipulangkan semula pada rakyat dalam pelbagai bentuk, termasuk BRIM yang diterima dengan sinis oleh pelbagai pihak. Kata mereka BRIM ibarat gula-gula bagi melekakan kanak-kanak buat seketika.

Itu bukan sahaja pembangkang yang kata. Orang atas pagar dan sebahagian penyokong kerajaan pun berbunyi juga. Dengar kata, Tun M pun ada menegur. 

Samada ia pandangan skeptikal atau apa, ia sudah memviral dalam masyarakat.

Kerajaan memandang harga petroleum yang direndahkan daripada harga sebenar lebih menguntungkan orang berkenderaan mewah yang bukan sasaran untuk dibantu.

Persoalannya, berapa peratus kelompok tersebut berbanding golongan yang benar-benar memerlukan? Berapa ramai yang ada kereta mewah? Kebanyakan kenderaan yang dulu dianggap mewah kini sudah tidak begitu mewah.

Kerajaan perlu lihat betapa gembiranya rakyat apabila harga turun dua kali baru-baru ini. Tidak bahagiakah melihatnya? Bukankah itu akan memberi impak positif pada kerajaan dalam pilihanraya?

Demang cadangkan, kawallah harga runcit petroleum. Jangan kata tak boleh. Jika harga petroleum dunia naik kita untung dan harga turun pun kita untung (relatif) maka apa nak dirisaukan?

Antara jajan subsidi dengan jajan BRIM tidak banyak bezanya. Belikan jajan anak-anak untuk menggembirakan hati mereka. Ingat (selagi ia tidak memudharatkan) belikan yang mereka minta bukan hanya mendengar nasihat doktor.

Ala.... anak-anak doktor pun makan jajan juga.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)