Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, June 30, 2015

Sayembara Tun Mahathir vs Najib pusingan pertama

Pusingan pertama pertembungan Tun Mahathir dengan Najib Demang kira akan selesai tanpa banyak perbezaan mata.

Sebagaimana yang diduga, ada beberapa isu yang dikemukakan di peringkat awal hampir-hampir langsung tak disentuh kemudiannya. Contohnya isu Attantuya yang sebenarnya telahpun selesai secara perundangan.

Isu 1MDB kekal menjadi 'punching bag' utama permainan ini dan kebanyakan serangan bertumpu padanya.

Oh ya, jika anda masih melihat pada isu ketahuilah bahawa anda sedang tertipu dalam 'games of the year' yang sedang berlangsung. Anda sepatutnya melihat pada para pemain dan penyokong kedua-dua team sebab markah keseluruhan akan dikumpul dari situ.

Dalam pusingan pertama Najib membuktikan bahawa beliau berjaya mengawal media sosial dengan agak baik. Meskipun Demang tidak terlibat namun dalam diam Demang akui Najib menyapu banyak mata dalam kategori tersebut.

Maksud Demang, hampir semua blogger dan facebooker otai kekal menyebelahi Najib, termasuk yang selama ini diketahui sebagai peminat tegar Tun.

Demang kagum cara Tun M selaku pasukan pelawat sekaligus sebagai penyerang bertindak, amat tenang dan cuba mengaut mata setiap kali Najib melakukan kesilapan dalam memberi respon. Setakat ini Najib tidak melakukan banyak kesilapan kecuali ketika membatalkan program kontraversi 'Nothing to hide' tempohari.

Sebenarnya ia adalah suatu tragedi yang hampir-hampir menyebabkan Najib tersingkir terus daripada pertandingan. Ia adalah kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku dan dengan sedikit senyuman sinis, Tun mendapat jutaan undian bonus daripada juri awam!

Agak menarik juga dilihat betapa penganjur sayembara kali ini seolah gagal menarik minat penyokong pasukan lain untuk turut serta ke dalam kancah isu. Kecuali di peringkat awal, isu-isu yang digunakan seolah tidak menarik minat orang ramai.

Ini mungkin disebabkan parti-parti lain bersiaga dengan muslihat UMNO atau kerana parti lain juga masing-masing sedang menghadapi masalah besar yang perlu diselesaikan.

Secara keseluruhannya, UMNO masih mengawal permainan. Meski ada beberapa cubaan tidak matang dengan mengungkit tindakan Tun ketika menjadi PM namun ia segera dipadam sebelum sempat merebak.

Tindakan memasukkan isu Proton, menara KLCC, dan sebagainya bagi memburukkan Tun hanya akan mencalarkan imej Najib dan memberi mata percuma pada Tun.

Monday, June 22, 2015

Raja adil raja disembah raja zalim

Boleh tolong sambung?

Rasanya ramai yang akan memberikan sambungannya "raja disanggah' namun sebenarnya konsep tersebut bukanlah konsep sebenar sistem kesultanan Melayu.

Kata-kata tersebut dinukil dalam zaman pasca modern atau lebih tepat di zaman sosialis sedang cuba menguasai dunia.

Limpahan fahaman sosialis tiba di tanah air kita sebelum merdeka dan meresap ke dalam masyarakat apabila ramai karyawan terpengaruh dengannya termasuk penulis, pembikin filem, jurnalis, wartawan dan sebagainya. Melalui media yang dikuasai mereka, fahaman sosialis dengan cepat mempengaruhi masyarakat.

A. Samad Said salah seorang daripadanya.

Fahaman sosialis mudah berkembang kerana ideanya tampak sempurna dan dilihat mampu memberi keadilan pada rakyat. Musuh utama sosialis ialah kapitalis dan sistem feudal.

Sosial tidak seagresif komunis. Justeru pendokongnya tidak terus menolak sistem feudal terang-terangan sebaliknya meletakkan syarat bahawa selagi raja itu adil maka ia masih boleh ditaati manakala jika baginda berlaku sebaliknya, wajib ditentang. Itu fatwa sosialis.

Antara tindakan aktivis sosialis di Tanah Melayu ialah memberi dimensi baru pada karya agung Sejarah Melayu. Watak Hang Tuah yang selama ini dianggap adipati Melayu dicalar dengan dakwaan Hang tuah telah mencabul semangat setiakawan sekaligus sosialis mengesyorkan agar Hang Jebat dinobatkan sebagai wira baru yang berani menegakkan keadilan.

Kasim Ahmad memulakan langkah mengherokan Jebat.

Rata-rata orang Melayu tidak pernah membaca buku Sejarah Melayu. Meski dulu ia menjadi teks wajib di Tingkatan Enam tetapi berapa peratus rakyat Malaysia yang memasuki kelas persediaan universiti itu? Berapa peratus pula pelajar pra-u tersebut yang membaca dari kukit ke kulit karya agung itu? Atau sekadar membaca sinopsis atau buku ramalan peperiksaan?

Sebahagian besar orang Melayu hanya merujuk kesah Hang Tuah melalui filem dan tulisan sumber kedua (skunder).

Maka dengan mudah persepsi sejarah dialih bagi memburukkan kesultanan Melayu.

Demang bawa catatan di atas berikutan timbulnya kontraversi antara seorang menteri dengan seorang raja baru-baru ini.

Isunya: wajarkah golongan istana campur tangan urusan politik?

Sebenarnya soalan di atas memang mudah namun jawapannya bukan setakat YA atau TIDAK. Terlalu banyak catatan sejarah yang perlu diselak.

Secara ringkasnya, negeri melayu, contohnya Johor adalah milik sultan Johor. Bagi membantu baginda dalam urusan pentadbiran, dilantik MB (bendahara) dan MB menyusun kabinetnya.

Seluruh jentera pentadbiran tersebut dilantik atas nama sultan. Maka jika sultan tidak berkenan lagi, terpulanglah pada keputusan baginda.

Jika ada perkara termasuk politik yang baginda tidak berkenan, tidak bolehkah baginda menegur?

"Raja adil raja disembah, raja zalim akan berjawab di hadapan Allah"


Tuesday, June 16, 2015

Ulama yang muflis idea

Yang ini sunni
Yang itu syiah
Yang sinu?
Oh, itu wahabi.
Yang situ?
Situ salafi.
Yang itu pula?
Yang itu?
Itu lah tariqat...
Yang sebelah tu tabligh
Yang sana tu ...
Ada lagi kat belakang tu, namanya ...
Kat depan tadi dipanggil ...

Fuh. Banyaknya pecahan. Demang dengar, Islam akan terpecah 73 firqah di akhir zaman.

Demang tidak mahu mengulas siapa yang benar siapa yang sesat kerana semua pihak mengatakan mereka yang BENAR!

Untuk apa Rasululullah saw diutus kepada manusia? Ya, untuk meng-esa-kan Allah, menunjuk jalan yang lurus dan membawa seramai yang boleh ke syurga. 'Ramai-ramai' juga bermaksud bersatu.

Rasulullah saw berdakwah siang malam menyatukan manusia. Dikiblatkan ke satu arah agar manusia faham mereka itu bersatu.

Rasulullah saw beritahu semua manusia sama sahaja melainkan taqwanya kepada Allah.

Malangnya ada ulama yang sengkek ilmu dan muflis idea mengambil jalan mudah dalam berdakwah, jika ada yang tidak sependapat, dicopkan sahaja sesat dan dia berlepas tangan dalam berdakwah. Apabila sudah tidak mampu mengawal ego maka diisytihar perang.

Demikianlah perangai buruk manusia yang digelar ulama oleh pengikutnya. Sebenarnya mereka sekadar berkumpul sesama manusia yang merasa diri hebat lantas menamakan diri mereka jemaah Islam. Padahal mereka hanyalah sekumpulan manusia yang kebetulan mengambil jurusan agama semasa belajar, dan cuba-cuba berdakwah namun kecewa dan tidak tahan ujian. Mereka dengan mudah disesatkan oleh syaitan laknatullah.

Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Makin kuat iltizam untuk buat kebajikan, makin banyaklah tentera syaitan berpangkat jenderal turun menghalang.

Ulama yang tidak tahan diuji akan tersungkur di pintu syurga. Niat untuk berdakwah akhirnya tanpa sedar berubah menjadi pemecah belah ummat.

Ulama yang hebat mengatasi ujian dengan mencari kaedah dan strategi baru bagi menangani kedegilan manusia. Mereka memahami sifat dan sikap manusia dan tidak putus asa mendekati mereka.

Sebenarnya ulama hebat lebih ramai daripada ulama tiruan. Namun ulama tiruan pun ramai penggemar. Maklumlah, dalam dunia ini manusia yang paling ramai ialah manusia jahil. Lihat rajah piramid,  bukankah pada tapaknya yang paling ramai?

Ulama muflis-idea mencapai kemenangan dengan cara menjatuhkan pihak lain. Mereka tidak ada idea untuk 'menang-menang'. Bagi mereka, perpecahan adalah sumber kekuatan dan akan menjadikan mereka lebih hebat memimpin puak masing-masing.

Bahkan ada yang melihat betapa karier mereka akan mati jika ummat Islam bersatu.

Saturday, June 13, 2015

Sekolah cina vs sekolah melayu

Kali ini Demang nak berkongsi pasal pendidikan namun jangan bimbang, kita bincang secara santai.

Demang tertarik dengan satu analisis ekonomi yang diviralkan, cuma agak terkilan kerana ditulis tanpa nama. Walaupun Demang menulis menggunakan nama samaran namun dengan sedikit semakan, anda boleh kenal Demang dan menghubungi Demang secara personal.

Tak perlulah Demang ulas semua sekali tulisan tersebut. Cuma Demang nak petik satu  daripada 102 perkara yang dikemukakan.

"Pada tahun 2010, murid Melayu hampir seratus peratus sebaliknya murid bukan Melayu di Sekolah Kebangsaan terus merosot; dari 9% (2000) kepada 6% pada tahun 2010;dan Nampaknya keyakinan ibubapa Melayu sendiri terhadap Sekolah Kebangsaan juga turut terhakis dan keyakinan mereka terhadap SJK (C) pula semakin meningkat apabila bertambah ramai yang menghantar anak mereka ke sekolah tersebut (+32%). Begitu juga ibubapa kaum lain." (Sumber: Dewan Negara).

Demang juga tidak mahu mengulas strategi kerajaan dalam menarik rakyat ke sekolah kebangsaan. Demang cuma nak bangkitkan soalan: mana lebih baik, samada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan?

Demang nak tanya satu lagi soalan: untuk apa kita menghantar anak-anak ke sekolah?

Sebenarnya pendidikan di Malaysia adalah berteras pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menetapkan semua pendidikan adalah bagi menyubur dan mengembang potensi murid dalam empat aspek kemanusiaan secara seimbang iaitu intelek, fizikal, emosi, dan rohani.

Ia diajar, difahami, dihafal, dan dihadam setiap guru pelatih sejak di maktab atau institut perguruan (IPG). Biasanya guru pelatih menyebut dalam akronim JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek.

Kenapa dalam FPK ditulis IFER, yakni intelek disebut dahulu manakala pelatih menghafalnya sebagai JERI iaitu bermula aspek Jasmani?

Sebabnya ialah tidak ada keutamaan terlebih utama samada intelek atau jasmani atau rohani atau emosi bahkan semuanya dianggap sama. Keempat-empat aspek itu lah yang digabung lantas menjadikannya seorang MANUSIA!

Ada tubuh, ada perasaan, ada otak tapi tiada rohani, bukanlah manusia. Begitu juga jika ada rohani, ada otak, ada emosi tetapi tiada tubuh badan layakkah dipanggil manusia?

Keempat-empat aspek tersebut perlu muncul dalam setiap proses pembelajaran secara konsisten dan berterusan. Ia tidak diajar dalam subjek tertentu sahaja.

Ertinya, dalam matematik ada JERI, dalam PJ pun ada JERI, Bahkan semasa di kantin atau dalam tandas pun ditekankan JERI.

Berbalik pada persoalan kita, sekolah mana lebih baik? Anda fikirkan sendiri jika anak anda dihantar ke sekolah jenis kebangsaan samada SjK (Cina) atau SjK (Tamil). Adakah anak anda akan dididik dengan empat aspek FPK tersebut? Mungkin ada tetapi ketika mengetengahkan aspek kerohanian semasa guru mengajar subjek Sains, ke arah mana anak anda akan dibawa oleh guru tersebut?

Bagaimana pula dengan program lain di sekolah? Biasanya pihak sekolah mengadakan pelbagai program di sekolah sepanjang tahun bagi mengukuh dan mengaplikasi kemahiran yang telah diajar pada murid.

Sekali lagi Demang tanyakan: di jalan mana hendak dibawa anak-anak kita? Di jalan yang lurus dan diredhoi atau jalan orang-orang yang sesat?

Fikir-fikirkan.

Friday, June 12, 2015

Kementerian bantu jatuhkan najib

Ketika Tun mendesak Najib menjawab persoalan 1MDB dan Najib meminta pula Tun menjelaskan isu Proton (walaupun kedua-duanya sudah terlebih faham masalah-masalah tersebut), gerakan merampas pemerintahan Tanah Melayu terus berjalan dengan rapi, tersusun namun penuh bijaksana.

Rasanya tak perlulah Demang hujahkan bukti-bukti adanya agenda mengambil alih pentadbiran negara daripada orang Melayu (baca orang Islam). Tak perlulah juga Demang senaraikan sebab musabab yang masuk akal berkenaan keinginan bukan-Melayu menguasai politik selepas berjaya dengan cemerlang mengawal ekonomi negara.

Kerja meruntuh ini bukan susah sangat. Tidak perlu jurutera, arkitek, pelukis plan, budget besar dan sebagainya. Cuma jika nak runtuhkan sesuatu tanpa dikesan lebih awal oleh orang lain, kena cerdik sikit lah.

Oleh kerana kita mengamalkan demokrasi dalam memilih pemimpin maka demokrasi jugalah yang boleh digunakan untuk menjatuhkan pemimpin,

Senang cakap, melalui pilihanraya atau undi tidak percaya.

Untuk menjadikan pengundi benci pada kerajaan bukanlah susah sangat. Buat sahaja tindakan yang boleh mencetuskan kemarahan mereka.

Itulah gamaknya yang sedang dilakukan kementerian kesihatan sekarang, mengarahkan kakitangannya menggeledah bungkusan di pejabat Poslaju konon memeriksa produk kesihatan yang tidak berdaftar.

Siapa menteri kesihatan dan siapa pula pemilik pos Malaysia? Demang bagi 'clue' untuk soalan ini: namanya tidak bermula dengan 'muhammad' dan sebagainya.

Oh ya. Dalam masa yang sama penguatkuasa jabatan lain bertindak menutup 'uptown' atas alasan mengawal produk tiruan. Betul-betul tindakan bersepadu dan terancang.

Petaling Street macamana pula? Tiada barang tiruankah di situ?

Perniagaan online melalui penghantaran pos adalah revolusi perniagaan yang muncul bersama kemudahan internet, pengeposan, dan perbankan internet. Itu yang tersurat.

Yang tersiratnya, ia menggugat perniagaan konvensional yang selama ini dikuasai bukan Melayu.

Perniagaan online membantu ramai pengusaha Melayu belajar berniaga dan ramai juga yang berjaya. Itu yang tersurat.

Yang tersirat ialah ia membantu memendekkan barisan menunggu pemburu kerja dan mengurangkan penggantungan ekonomi orang Melayu pada para towkey chayanunalif.

Sepatutnya pemimpin Melayu yang asyik bercakaran fikirkan perkara ini. Begitu juga pegawai Melayu dalam jabatan berkenaan. Jangan nak lepaskan tembolok sendiri semata-mata. Awak dapat jadi pegawai kerajaan pun bukan sebab awak cerdik sangat. Kalau nak tahu, awak jadi pegawai kerajaan pun sebab kuota Melayu!

Kesimpulannya, tolong beritahu Najib supaya periksa semula menteri, pengarah, dan ketua jabatan. Perhatikan bagaimana mereka bertindak bagai api dalam sekam.

Wednesday, June 10, 2015

Najib belum bersalah

Demang siarkan salinan Whatsapp yang baru Demang terima tadi.

Respon pada statement Tun M di Majlis Dialog Nothing 2 Hide.

- Perkara yg disebut oleh Tun M agak umum dan boleh memesongkan. Bila pulak kita kena tanya singapura untk buat servis keretapi di negara kita? Kalau melibatkan woodland di Singapore memang perlu persetujuan Singapura

-Agak dramatik untk samakan negara kita dijajah semata-mata Najib berkompromi dgn negara jiran dengan dasar 'menang-menang'.  Zaman Tun M dgn Lee Kuan Yu dan Bush untk bertegang urat sudah berlalu....Era 'cowboy diplomacy' sudah berlalu.

- Samada Tun M bersetuju atau tidak tentang polisi baru dan dasar baru tidak relevan. Tun M bukan PM. Jika Tun M tak setuju maka Najib perlu ikut dan taat? Apa mandat yg Tun M bawa?  Dalam parti UMNO, semua ahli boleh bagi pendapat. Tetapi akhirnya Presiden yg akan beri kata putus. Dan beliau perlu bertanggungjawab atas keputusan beliau.  Sebagaimana ahli parti akur pada keputusan yg dibuat oleh Tun M sewaktu jadi Presiden, beliau patut akur pada Presiden UMNO sekarang.

- Tun M becakap pasal hilang wang berbillion, Tun M dah lupa agaknya tentang kehilang 30 billion wang negara pada akhir 90an yg disebabkan kegagalan Bank Negara bermain 'forex' di pasaran matawang? Nilai sekarang 30 billion tu ialah ratusan billion, jauh lebih besar dari nilai liabiliti 1MDB (perlu diingat, 42 billion liabiliti itu diimbang oleh 51 billion aset; tapi Tun M hilangkan 30billion wang reserve negara).

Tun M lupa agaknya skandal MAS di mana Tajudin  Ramli (anak suruhan Tun Daim) di arah beli MAS dgn harga rm8 sesaham (waktu tu MAS ada tunai 600juta lebih)  kemudian beberapa tahun lepas itu tatkala MAS sudah hampir muflis, menjual kembali MAS.pada kerajaan pada harga rm8 sesaham (nilai pasaran hanya rm3). Bukankah itu sekandal berbillion yg mengorbankan duit kerajaan dan rakyat? Sebab Tun M dan Daim yg buat, ianya ok? Atau mgkin masa tu tiada media sosial rakyat tidak tau?

Adakah Tun M maklum pada kabinet tentang skandal forex bank negara dan skandal MAS?  Juga kenapa Tun M tak maklum yg beliau minta Najib bagi dana hampir 2 billion untk bail out Proton yg kini ditangan 'budak' beliau Tan Sri Syed Mokhtar? Kenapa ok guna berbillion dana rakyat untk kawan2 beliau?

- Menggadai telaga minyak Terengganu adalah satu lagi cerita sensasi yg dimulakan oleh mantan MB Terengganu yg juga ketua bahagian Kmn.

Telaga minya bukan milik Terengganu tetapi milik kerajaan pusat yg diurus oleh Petronas. Terengganu hanya dpt 5% hasil wang ehsan minyak tersebut.

Bon (pinjaman) sebanyak rm5 billion perlu dibayar balik menggunakan sebahagian dari duit 5% ini setiap tahun. Maksudnya kalau duit itu 2 billion setahun, sebahagian darinya, mgkin 100-300 juta setahun digunakan untk membayar hutang tersebut setiap tahun. Dana dari hutang tersebut iaitu sebanyak rm5 billion digunakan untk pelaburan.

Oleh itu tidak tepat  dikatakan 'telaga minyak' Terengganu 'dicagar'.

- Kenapa sampai sekarang tiada dokumen yg dijunjung oleh Rafizi ke SPRM tentang 1MDB sebagaimana beliau menjunjung dokumen2 tentang skandal NFC (lembu)? Mana dia dokumen dari Sarawak Report?

- Bila pulak keadilan sejagat berasaskan seseorang atau entiti itu bersalah sehingga dia buktikan dia tidak bersalah? Bukankah sepatutnya Innocent Until Proven Guilty atau tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah?  Adakah adil jika saya lemparkan beberapa tuduhan yg serius terhadap si 'A' (tanpa sebarang bukti, hanya melalui fb dan WA) kemudiannya minta 'A' memberi penjelasan dan buktikan 'A' tidak bersalah....
Lepas itu saya lakukan perkara yg sama pada 'B', 'C', 'D'........

Kenapa 1MDB perlu buktikan ia tidak buat ini dan itu? Bukankah Tun M atau DAP perlu kemukakan bukti yg mensabitkan Jholo dan lain dgn 1 MDB?

Bukankah lebih baik kita tunggu laporan dari Auditor General? Kalau benar ada penyelewengan, kita juga mau mereka yg bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Saya percaya Tun M tahu apa yg dia buat. Beliau bukannya bodoh. Tetapi medebatkan isu dengan tahap intellectual yg rendah dan fakta yg lemah adalah bukan Tun M samasekali. Dikelilingi pula dgn org yg frustrated dan punyai rekod mengugut parti dan keluar parti seperti Ketua Bahagian Kemaman adalah sesuatu yg cukup 'low standard' bagi Tun M.

Samada usia telah memamah keupayaan berfikir secara rasional (serta higher order of thinking) oleh negarawan yg cukup saya hormati ini, ataupun Tun M mempunyai muslihat lain dan sebab yg tersembunyi.  Apapun beliau perlu berhenti sejenak... semoga Allah memberi petunjuk pada beliau InsyaAllah.

Oleh
YB HAJI WAN ABDUL HAKIM B TAN SRI WAN MOKHTAR
KETUA PENERANGAN UMNO NEGERI TERENGGANU
9 JUN 2015

Demang tak nak komen apa-apa namun sependapat bahawa: Tun tahu apa yang beliau sedang buat dan jangan terperanjat jika.... Najib pun tahu. He he...

Saturday, June 6, 2015

Giliran najib pula

Samada Najib terlupa atau tidak tergamak untuk mendoakan bekas PM agar lebih cepat mengadap Ilahi, ternyata usia panjang Tun Mahathir memang memberi masalah pada karier beliau.

Demang tidak dijemput dalam majlis 'Nothing2Hide' semalam dan ia adalah wajar kerana sebagai rakyat biasa, gamaknya Demang harus berusaha sendiri mencari maklumat berkenaan isu semasa. Nampaknya kecanggihan teknologi maklumat tidak mampu menyelesaikan masalah untuk memperolehi maklumat yang tepat.

Mujur media sosial cepat menyalurkan maklumat dan Demang terpaksa percaya apa yang Demang terima dan kalaupun hendak ditapis, masih menggunakan sumber pihak ke-3, ke-44, ke-511, ke-5726 dan terkadang Demang dapat info daripada orang yang ke-28 juta.

Maka Demang menjadi salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang amat kecewa dengan pembatalan program semalam. Kesudahannya Demang tidak dapat juga mengetahui penjelasan daripada sumber perdana (prima). Terpaksa lah Demang bergantung semula pada analisis (tafsiran) sendiri bersumber media sosial dan lain-lain.

Sebagaimana yang Demang jangka (Demang tak tahu apa pula jangkaan pihak penganjur) pembatalan tersebut sudah tentu bukan akhiran sebuah isu sebaliknya bermulalah perang secara terbuka antara pihak yang menyokong PM dengan pihak yang tidak berpuas hati. Mahu tidak mahu terpaksalah Demang menafsir semula apa yang sedang berlaku.

Di sebalik isu yang dilagangkan itu, cabaran amat besar yang harus ditempuh ialah memenangi PRU yang akan datang. Demang menolak faktor nyanyuk atau niat membantu Mukhriz menjadi PM dan Demang berbaik sangka bahawa inilah kerisauan sebenar Tun Mahathir.

Maka individu yang akan menjadi ketua bagi menghadapi peperangan (PRU) tersebut harus benar-benar mantap. Secara mudahnya, orang itu bukan sahaja mesti bersih bahkan dilihat bersih. Justeru proses menjadikan ia bersih harus bermula dari sekarang.

Demang percaya, itulah yang sedang Tun lakukan sekarang.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang sukar difahami. Kita telah melalui pengalaman yang sama semasa Tun sendiri menjadi PM. Apabila beliau diliputi terlalu banyak pertuduhan dan hilang kepercayaan maka beliau dengan rela berundur.

Ia berulang semasa Paklah menjadi PM. Maka apabila Paklah enggan berundur secara rela, terpaksalah dipaksa dan ditekan sehingga gagal bertahan.

Kali ini ia berulang lagi dan anggap sahaja sebagai proses biasa dalam memastikan UMNO terus menguasai kerajaan. Itu sebabnya pembangkang yang faham melihat proses ini dengan penuh debaran. Bagi yang kurang sabar, akan campur tangan dan akhirnya terpinga-pinga sendirian.

Apapun, Najib selaku penyandang berhak untuk mempertahankan diri. Bahkan perlu juga ada kumpulan yang membantu beliau untuk mempertahankan diri. Ini adalah proses semulajadi yang perlu diraikan dengan matang. Andai Najib berjaya, maka layaklah beliau mengetuai angkatan perang dalam PRU nanti dan jika beliau tewas dalam siri ujian ini, maka pengganti beliau akan ditabalkan.

Barangkali pengganti Najib bukanlah terlebih bagus daripada beliau namun sekurang-kurangnya individu tersebut belum banyak tercemar. Jika hendak ditohmah pun, perlukan masa dan jika hendak berkhianat pun, belum begitu berani.

Demang belum mahu menyebelahi mana-mana pihak sebab proses ini baru bermula namun untuk berdiri lama-lama di atas pagar pun, tak boleh juga.

Friday, June 5, 2015

Mat sabu husam tewas

Apa khabar saudara Islam Demang semua?

Akhirnya Mat Sabu dan Husam tersungkur di selekoh terakhir balapan dan TG Haji Hadi, Ustaz Tuan Ibrahim srta pasukan meeeka meranduk pita penamat dengan senyum bergaya.

Memang lah rebah belum bererti kalah namun dalam pusingan ini tiada istilah lain bagi menggambarkan keputusan yang dikongsi hampir semua calon bukan-ulama dalam PAS.

Di luar dewan muktamar orang ramai menerima keputusan ini dengan rasa syukur, termasuk lah Demang. Apa ertinya membuang UMNO jika penggantinya tidak terlebih baik? Sekurang-kurangnya UMNO telah membuktikan mereka lebih berani berdepan dengan rakan-rakan mereka dalam BN.

Itulah mesej tersirat kekalahan team Mat Sabu: ukhwah Islamiyah jauh lebih penting berbanding percaturan politik kerana di situlah asas siloturrohim yang menjadi jambatan antara rohim ke jannah.

Di sudut hati Demang hanya satu harapan; barisan kepimpinan 2015-2017 ini akan lebih menghampirkan perjuangan PAS kepada Islam, bukan lagi berpaksi pada pendirian bebal ciptaan chauvenis DAP: 'Asal Bukan UMNO'. Adakah jika bukan UMNO maka segalanya menjadi halal? Demang memang tidak boleh faham anutan songsang ini.

Dalam negara seperti Malaysia, strategi politik memang perlu licik namun mesti sentiasa berpegang pada tali Islam kerana apabila tali itu putus maka tunggulah saat kemusnahan kita.

Di satu pihak lagi, DS Najib masih bergelut dengan bekas mentornya bagi menjelaskan isu-isu mutakhir yang dibangkitkan. Bagi Demang, fakta-fakta yang diberi selepas sesuatu kejadian (dan selepas ditanya berkali-kali) adalah alasan. Jikalau 'tujuan' seharusnya ia dinyatakan sebelum orang mempersoalkan sesuatu kejadian.

Parti rojak (PKR) pula sedang melengung kekosongan. Apa diharap pada puan presiden yang tidak lebih baik daripada patung yang menunggu arahan dari sebalik tembok penjara? Sedangkan yang di dalam sana itupun belum ketentuan nasib sendiri. Lebih merisaukan rakyat ialah berapa banyak dana tidak diketahui sumbernya telah terlebur sepanjang tempoh perjuangan sia-sia demi seorang manusia dan keluarganya. Akan dibiar begitu sahajakah oleh para pembiaya?

Demang percaya malam ini tawkey-tawkey DAP dan PAP bermesyuarat lagi sambil memegang sempoa.

Sebenarnya kerja meruntuh bukan lah susah sangat. Sentiasa ada ramai yang mahu membantu jika kena dengan upahnya.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)