Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Friday, July 15, 2016

Tun Mahathir tubuh parti baru lawan umno

Menggelupur penyokong tegar Najib apabila Tun M mengumumkan akan muncul parti baru dan menyertai pembangkang bagi mengambil alih kerajaan melalui PRU akan datang.

Antara cemuhan yang akan dilontar ialah 'orang tua nyanyuk' dan 'tak sedar diri'.

Apa bolehkah slogan itu menjadikan rakyat marah pada Tun dan kembali menyokong UMNO dan BN?

Demang kata, jangan haraplah.

Rakyat tahu yang Tun bukannya nyanyuk atau buang tebiat. Sebabnya, kebanyakan rakyat dan ramai rakyat kebanyakan merasakan kerajaan sedia ada gagal memulihkan keyakinan mereka dalam kebanyakan isu.

Bagi Demang, Tun bukan saja-saja nak dengki pada Najib. Penolakan Tun ada asasnya. Kumpulan Najib gagal memahami situasi atau mungkin juga dah faham tetapi tidak mampu mencari penyelesaian. Andaian kedua Demang itu lebih menakutkan!

Bersikap terbukalah. Jika Tun tidak menentang kerajaan pun, penentangan tetap berlaku. Positiflah.

Demang tak kesah jika penyokong Najib yang juga sahabat seperjuangan Demang marahkan Demang sekarang. Kita tahu perjuangan dan kita tahu apa yang diperjuangkan. Siapa yang lari dari landasan perjuangan sebenarnya?

Mengecam Tun bukan caranya. Demang dah katakan lama dulu. Namun Najib tak mampu nak lepaskan diri daripada penasihat-penasihat upahan yang jumud dan beragenda peribadi.

Jika benar Najib hebat, ayuh kita selesaikan masalah ini secara telus dan berani.

Pertama, muhasabah diri. Kedua, buang ke laut mana-mana individu yang orang tak suka. Ketiga, laksanakan Islam luar dan dalam.

Kalau nak laksanakan Islam, maka buat dengan ikhlas. Jangan jadi hipokrit sebab orang nampak dan orang tambah meluat.

Bab aurat, kalau dah itu yang rakyat mahu, suruh Rosmah pakai tudung. Kalau itupun susah sangat, memang susah la.

7 comments:

Anonymous said...

Mula-mula najib mesti dijatuhkan untuk selamatkan Umno kemudiannya bertukar pula kepada Umno mesti dijatuhkan untuk menjatuhkan najib.Inilah realiti kelakuan pemimpin politik yang tak jemu2 mengheret rakyat kedalam dunia dan kelakuan mereka.Ini bukan soal mahathir dan najib kerana kedua-duanya spt kita tetap akan pergi tapi ini soal kesan yang ditinggalkan mereka.Jadi janganlah kita juga menjadi agen kepada perpecahan ini...

Anonymous said...

Betul kata anom 8.34 mula nak jatuhkan najib utk selamatkan umno pastu nak jatuhkan umno utk jatuhkan najib,pastu nak tubuh parti baru,saya cadangkan nama parti baru tu...parti jatuh menjatuh eloklah,kita bangsa melayu ni x habis penyakit Phd persaan hasad dengki. Yg tersepit rakyat.kalau nak cadang rosmah tutup aurat pakai tudung,kena cadang juga siti asmah pun pakai tudung sb dia lagi tua dari rosmah.

Noor Azman Aminudin said...

Saya setuju dgn kedua2 komen di atas. Cuma saya tak setuju dgn cara menyerang semula tun sehingga menunjukkan seolah2 apa yg kita buat sama2 di zmn tin dulu tak betul.

Noor Azman Aminudin said...

*Tun

Anonymous said...

Cukup cukup la Tun M..dah 91 sampai bila nak tongkat langit..silap haribulan lepas saja buat parti baru..PADAM

Anonymous said...

Assalam Bro,asalnya TDM ingin menggunakan saluran yang betul untuk menyingkirkan Najib iaitu melalui UMNO.Tetapi Najib telah dulu membeli hampir keseluruhan pemimpin UMNO.Cara ini tak jalan.Buat Deklarasi Rakyat,Najib tak bagi TDM jumpa Agong.Takdacara lain,lawan cara politiklah.TDM terpaksa tubuh parti baru nak lawan UMNO.Aku orang UMNO dan tak setuju TDM tubuh parti baru.tapi apa nak buat dah terpaksa kerana aku tak mahu anak cucu aku terpaksa membayar hutang yang dibuat oleh Najib.Fikirkanlah.........

Anonymous said...

Bab tak pakai tudung ni sama saja. Siti Hasmah dah tahap moyang pun mana pakai tudung sama juga anak2 Madey yang lain. Bab Islam ni, zaman Madeylah yang hebat berseteru dengan PAS.

Siapa yang mengelupur Madey buat parti baru. Dah jadi tabiat buruk Madey jika kehendaknya orang tak ikut terus merajuk, harapkan simpati orang lain namun perangai buruk itu semua orang dah tahu sangat.

Dia mana ambil peduli jika UMNO diharamkan dulu. Sebab masih ada pejuang2 tulin dalam UMNO seperti Ninam Shah, Tok Mat, Gafar Baba, King Ghaz, Sanusi jika tidak ada orang2 ni dia pun lingkup sama.

Cukuplah zaman Tun mengunci mulut pengkritik2nya dah berlalu. Cuma pengarang yang disuapkan dedak zamannya sahaja yang masih bergetanyangan. Hello untuk Kadir Jasin dan ZAM awak semua ok!.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)