Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Tuesday, November 22, 2016

Pelajar cemerlang 6A meninggal dunia

Wan Adibah Farhani yang memperoleh keputusan 6A dalam UPSR dipercayai menghidap kanser limfoma atau kelenjar darah meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Innalillahi... moga arwah ditempatkan di jannah bersama sekalian orang beriman dan beramal soleh. Beruntung dia dipanggil mengadap Ilahi di usia muda, bahkan setelah selesai menghadapi ujian.

Saya percaya hanya orang yang redho, cekal, tabah, dan tahu bersyukur akan mendapat kejayaan cemerlang begitu.

Saya yakin ramai yang menitiskan air mata menerima berita ini. Itu pelahiran emosi. Apa pula yang bemain di fikiran anda?

Saya bukan nak manipulasi peristiwa di atas sebaliknya saya percaya setiap yang Allah tentukan ada perkara yang kita boleh renungkan.

Sepanjang minggu ini hampir semua sekolah mengadakan majlis penyampaian hadiah. Ia adalah satu usaha positif bagi mengiktiraf, menghargai, dan memberi motivasi pada para pelajar cemerlang.

Biasanya 3 pelajar yang mendapat nombor 1, 2, dan 3 akan menerima hadiah. Selain itu orang yang sama juga biasanya menerima beberapa hadiah mata pelajaran terbaik.

Mungkin kelompok ini terdiri daripada 6 orang pelajar cerdas akademik daripada 35 orang jumlah keseluruhan pelajar kelas tersebut.

Persoalannya, bagaimana dengan baki 30 orang rakan sekelas yang terkebil2 memandang dari lantai dewan?

Untuk tidak menjadikan tulisan ini terlalu panjang, saya ringkaskan melalui saranan berikut:

1. Jangan terlalu fokus pada hasil atau 'goal' sebaliknya berilah sepenuh perhatian sepanjang proses pembelajaran, sepanjang tahun, dan sepanjang tempoh persekolahan anak2.

2. Alangkah manisnya kenangan di sekolah jika semua murid bantu membantu untuk sama2 berjaya. Namun adakah ini akan berlaku jika setiap kali selepas ujian hanya pelajar cerdas akademik diberi penghargaan dan diraikan manakala pelajar yang lebih ramai hanya memandang terkebil2 dari jauh? Tak cukup dengan itu, dimarahi dan dipandang lekeh kerana tidak mampu menguasai kemahiran yang diajar.

3. Tanya semula diri sendiri, adakah ketika kita memberi pengiktirafan pada segelintir pelajar cerdas, dalam masa yang sama baki pelajar yang lebih ramai sedang diberi pengesahan bahawa mereka kelompok pelajar bodoh, nakal, dan tidak berguna?

Saya tak kata pengiktirafan kepada yang cerdas akademik itu tidak bagus tetapi fikirkan sama kelompok anak manusia yang lebih ramai yang sedang termangu2 tidak mengerti dan akhirnya merasakan dunia ini sentiasa tidak adil.

Berita kemarian tadi melibatkan pelajar cerdas akademik yang biasanya selalu mendapat pujian dsbnya. Bagaimana pula jika berlaku pada pelajar yang tidak pernah diberi penghargaan bahkan sering dimarahi?

Cheguman
#titipan 56

Ikuti titipan cheguman *tanpa iklan*, sertai
https://chat.whatsapp.com/L6MFV5HZ7wS0XZ3ADqcaip

waadat.blogspot.my

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)