Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, February 12, 2017

Lama atau baru?

Assalamualaikum. Kali ini tak panjang sangat.😎

Kata mereka, keluarlah dari kotak. 📦
Kemudian ada pulak yang kata kena keluar dari kepompong.⚱
Ada yg lebih agresif mengajak org melawan arus dan suatu ketika dulu popular dengan konsep anjakan paradigma.📡

Sejauh manakah positifnya🔋 kata-kata itu?

Saya ingat lagi semasa menduduki ujian lisan BM (SPM 85) saya ditanya apakah konflik remaja? Saya jawab, pertentangan fikiran antara golongan tua dengan orang muda.🔫

Sayangnya apabila diminta untuk huraikan, saya cuma dapat lakukan hanya selepas keluar dari bilik temuduga. Itupun sekadar dalam kepala.🗿

Beberapa mesej📝 panjang yang mungkin anda telah terima dari saya sebelum ini mirip pada provokatif yang mengajak anda menentang arus. Agaknya saya masih belum cukup matang😅. Ye lah. Pemikiran yang menentang arus dan agresif biasanya dilakukan orang muda👯. Manusia matang selalunya telah sedar realiti kehidupan dan tau beza fantasi dengan realiti📊.

Air yang mengalir ke hilir adalah fitrah, sistem, dan realiti. Apabila ia menjadi rutin maka akan mengundang bosan. Kebosanan memaksa manusia mencari kelainan. 🔬

Manusia yang bersifat baru memang gemarkan sesuatu yang baru. Kelemahan itu disembunyikan dan akhirnya kita menjatuhkan hukuman bahawa yang lama itu tidak baik🔨. Padahal kita cuma bosan dengan rutin dan apa sahaja yang bersifat lama. Adakah bosan itu sifat yang baik?

Cuba lihat sejenak di sekeliling anda sekarang samada dengan mata atau sekadar imaginasi terhadap sesuatu yg telah lama anda miliki. Adakah ia memang telah menjadi buruk? 📻

Saya percaya anda akan dpt mengkelaskan kpd beberapa kategori:
🕳Lama dan buruk.
☎Lama tapi masih cantik.
📻Lama, klasik serta nostalgik.

Oh ya. Jangan hadkan pada benda sahaja. Ia mungkin seorang manusia atau lebih tepat lagi insan yang anda sayangi💑.

Skrg buat penilaian semula. kenapakah anda mahukan yang baru? Kerana kualitinya atau kerana kelemahan anda yang mudah bosan?🤔

Kenapa pengusaha kantin sekolah akhirnya ditukar? Kualiti atau bosan? Buku resepi mereka hilang kah?🤒

Kenapa durian musang king begitu popular? Adakah kerana durian pokok di belakang rumah ayah anda yang pernah anda puja suatu ketika dulu sudah bertukar menjadi tawar?👻

Kenapa pula anda membeli kereta baru🏎 dan menjual kereta lama? 🚙

Kenapa guna nama Cheguman atau Demang sedangkan nama Noor Azman itu sudah cukup baik?😅

Ada empat soalan di atas dan anda tak perlu bersusah payah mencari satu jawapan yang boleh diguna untuk semua soalan. Biasanya 5 soalan memang perlukan 5 jawapan berbeza. Ini bukan teka teki.💡

Sebenarnya saya boleh menulis dan mengutus mesej📮 kepada anda lebih kerap tapi saya terpaksa bersabar kerana tidak mahu anda BOSAN.

Saya percaya, jika kita tiada sifat bosan, mungkin kita sudah lama jadi kaya.

Kannnnn?😎

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)