Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    6 hours ago

Tuesday, February 28, 2017

Minyak untuk urutan

Moga pahalanya sampai pada allahyarham ustaz abdul hamid pengasas minyak morha.

Tuesday, February 14, 2017

Yang naik dan yang turun

Saya pernah pijak dasar laut tapi belum pernah menjijak puncak gunung.

Ye lah. Mandi di teluk kemang pun dah dikira memijak dasar laut.

Bukan calang-calang manusia boleh sampai ke puncak gunung. Lagipun di puncak gunung memang tak boleh menampung ramai orang.

Berbanding pergunungan, pantai yang landai atau lembah yang luas lebih ramai dapat menampung manusia.

Rasanya semua orang tahu puncak gunung amat sukar ditakluki namun hampir semua orang mengimpikan untuk sampai ke puncaknya. Akhirnya yang kecundang lebih ramai.

Daripada yang sedikit itu, ramai juga yang menyesal berada di puncak gunung. Pemandangan memang indah namun setakat boleh dipandang. Nak menetap lama pun tak sesuai. Akhirnya terpaksa turun atau dipaksa turun kerana ada orang lain yang ingin duduk di situ.

Alangkah baiknya jika lembah yang luas ini kita manafaatkan bersama sebagai syurga sementara menunggu waktu untuk berpindah ke syurga yang kekal abadi.

Cheguman.
#titipan 27

Sunday, February 12, 2017

Lama atau baru?

Assalamualaikum. Kali ini tak panjang sangat.😎

Kata mereka, keluarlah dari kotak. 📦
Kemudian ada pulak yang kata kena keluar dari kepompong.⚱
Ada yg lebih agresif mengajak org melawan arus dan suatu ketika dulu popular dengan konsep anjakan paradigma.📡

Sejauh manakah positifnya🔋 kata-kata itu?

Saya ingat lagi semasa menduduki ujian lisan BM (SPM 85) saya ditanya apakah konflik remaja? Saya jawab, pertentangan fikiran antara golongan tua dengan orang muda.🔫

Sayangnya apabila diminta untuk huraikan, saya cuma dapat lakukan hanya selepas keluar dari bilik temuduga. Itupun sekadar dalam kepala.🗿

Beberapa mesej📝 panjang yang mungkin anda telah terima dari saya sebelum ini mirip pada provokatif yang mengajak anda menentang arus. Agaknya saya masih belum cukup matang😅. Ye lah. Pemikiran yang menentang arus dan agresif biasanya dilakukan orang muda👯. Manusia matang selalunya telah sedar realiti kehidupan dan tau beza fantasi dengan realiti📊.

Air yang mengalir ke hilir adalah fitrah, sistem, dan realiti. Apabila ia menjadi rutin maka akan mengundang bosan. Kebosanan memaksa manusia mencari kelainan. 🔬

Manusia yang bersifat baru memang gemarkan sesuatu yang baru. Kelemahan itu disembunyikan dan akhirnya kita menjatuhkan hukuman bahawa yang lama itu tidak baik🔨. Padahal kita cuma bosan dengan rutin dan apa sahaja yang bersifat lama. Adakah bosan itu sifat yang baik?

Cuba lihat sejenak di sekeliling anda sekarang samada dengan mata atau sekadar imaginasi terhadap sesuatu yg telah lama anda miliki. Adakah ia memang telah menjadi buruk? 📻

Saya percaya anda akan dpt mengkelaskan kpd beberapa kategori:
🕳Lama dan buruk.
☎Lama tapi masih cantik.
📻Lama, klasik serta nostalgik.

Oh ya. Jangan hadkan pada benda sahaja. Ia mungkin seorang manusia atau lebih tepat lagi insan yang anda sayangi💑.

Skrg buat penilaian semula. kenapakah anda mahukan yang baru? Kerana kualitinya atau kerana kelemahan anda yang mudah bosan?🤔

Kenapa pengusaha kantin sekolah akhirnya ditukar? Kualiti atau bosan? Buku resepi mereka hilang kah?🤒

Kenapa durian musang king begitu popular? Adakah kerana durian pokok di belakang rumah ayah anda yang pernah anda puja suatu ketika dulu sudah bertukar menjadi tawar?👻

Kenapa pula anda membeli kereta baru🏎 dan menjual kereta lama? 🚙

Kenapa guna nama Cheguman atau Demang sedangkan nama Noor Azman itu sudah cukup baik?😅

Ada empat soalan di atas dan anda tak perlu bersusah payah mencari satu jawapan yang boleh diguna untuk semua soalan. Biasanya 5 soalan memang perlukan 5 jawapan berbeza. Ini bukan teka teki.💡

Sebenarnya saya boleh menulis dan mengutus mesej📮 kepada anda lebih kerap tapi saya terpaksa bersabar kerana tidak mahu anda BOSAN.

Saya percaya, jika kita tiada sifat bosan, mungkin kita sudah lama jadi kaya.

Kannnnn?😎

Sunday, February 5, 2017

Ikan goreng nan seekor

Tinggal seekor ikan kembung bawah tudung saji, lebihan tengahari tadi. Jangan makan dulu, kata mak. Tunggu ayah balik surau,  makan sama-sama.

Lepas isya, kedengaran bunyi salam. Ayah balik tapi bukan seorangan.  Ada sesusuk tubuh lelaki mengekorinya dan ikut masuk ke dalam rumah.

Ayah membisikkan sesuatu pada mak dan sebentar kemudian setalam hidangan dibawa ke ruang tamu tingkat bawah.  Ayah dan tetamunya makan di situ.

Adik,  kakngah,  dan along mengintai dari celah lantai loteng, tepat ke talam yang terhidang. Si tetamu makan dengan berselera. Ikan kembung nan seekor terdampar di dalam pinggan ayan berteman pucuk ubi rebus dan sambal belacan.

Kakngah menarik muka masam apabila tetamu mula mencubit ikan kembung goreng idamannya. Takpe,  kata abang memujuk. Ada sebelah lagi. Si tetamu dipelawa tambah dan dengan segan-segan menadah pinggan untuk dicedukkan nasi.

Along menelan liur dan tiba-tiba adik bersuara agak kuat: "la... Dia alih sebelah lagi."

Itu kesah sekitar 1970an barangkali. Namun awal 1980an kesah seekor ikan kembung berkongsi 4-5 orang bukanlah pelik sangat. Rata-rata keluarga melayu sempat melaluinya.

Yang makan nasik berkuah air panas campur garam pun ada. Ikan masin sudah cukup baik dan sardin dikira mewah.

Masa itu,  mitos yang ditanamkan ialah makan ikan boleh kecacingan. Kekurangan ikan diterima sebagai hikmah,  bukannya masalah.

Satu lagi yang diulang-ulang ibu saya ialah:  "makan malam ni nak bagi larat tarik selimut aja."

Hari ini?  Tak perlulah saya beritahu anda sebab anda sendiri sedang melaluinya.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)