Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, April 22, 2018

Calon bebas logo BN

Siri masin mulut Demang (32)


Islam menjaga dua hubungan: hablumminallah dan hablumminannas. Dalam berpolitik ramai yang lupa menjaga silaturrohim. 


Tiada logo bermakna itulah logo.

Jika pendaftaran umno dibatalkan ianya hanyalah bersifat teknikal. Calon² dari umno masih boleh bertanding menggunakan lambang dacing.

Ia bukanlah mustahil sebab pada pru-13 pun ada calon bebas yang menggunakan logo BN. Contohnya zulkifli noordin.

Maka Demang jangkakan calon² umno akan tetap menggunakan lambang dacing dalam pru kali ini.

Namun kita akan menjadi saksi dalam sejarah betapa dalam mencapai matlamat ada pihak sanggup berkhianat.

Pengkhianat pertama terdiri daripada ahli² umno yang mengungkit hal ini hingga ke mahkamah yang membawa pada pengharaman umno sekali lagi.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Jangan kata itu adalah jasa mereka sebab tindakan itu samalah seperti kita kata dengan adanya pencuri maka polis boleh dapat gaji dan peguam² jadi kaya.

Khianat tetap khianat. Parti umno tidak bersalah biarpun ada segelintir pemimpinnya tidak amanah. Ramai yang ikhlas.

Umno adalah tempat penyatuan orang melayu dalam mempertahankan hak orang melayu di tanah melayu. Di dalam umno ada ulama sejak pengasasannya hingga kini.

Manakala pas ditubuhkan bagi memastikan pentadbiran negara kekal di atas landasan islam. Juga ditubuhkan oleh golongan ulama.

Di sebalik kedua² parti itu ada wali yang sentiasa mendoakan keselamatan negara. Suatu hari nanti kita benar² seperti yang dinyatakan dalam alquran:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik” (QS. Ali Imran 110).

Maka kita lihat betapa kedua² parti itu adalah gabungan perjuangan. Yang satu mempertahankan hak manakala satu lagi memastikan hak tersebut menepati syariat islam.

Pru-14 adalah permulaan bagi gandingan baru pas-umno yang dijelmakan secara fizikal. Sebelum ini ia hanya berlangsung dalam bentuk simbolik.

Tanggungjawab kita seterusnya ialah mengajak rakan² senegara kita memeluk islam. Mereka adalah jiran² dan teman sekerja kita. Insyaallah.

Lihat semula ayat dalam surah Ali Imran tadi. Ada antara mereka yang ingin faham tentang Islam. Mari kita bantu mereka dengan berdakwah.

Ini yang orang tua² kata: biduk lalu kiambang bertaut.

Waalahualam.


Bersambung...

Artikal sebelum: umno haram lagi

Baca dari awal: selepas teori RAHMAN konsep RAHIM pula

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

4 comments:

SUHARLI MASROP said...

Bait-bait ayat dan ungkapan-ungkapan gang baik untuk penyatuan. InshaAllah... kita harapkan inilah masanya seluruh umat Melayu Islam bersatu dan HEBATKAN NEGARAKU

Cheguman Daulay said...

Aamiin. Insyaallah.

Anonymous said...

Bende yg aku paling kagum dgn Najib adalah menyahut cabaran Hj Hadi membina sebuah negara berkebajikan dengan adanya pemberian BRIM, walaupun aku sendiri tak layak untuk menerimanya. Bergitulah contoh check and balance dua parti Islam... Kalau dulu ibu tunggal, org2 tua dikampung hanya boleh dengar kehebatan ekonomi, kek ekonomi hanya diagihkan dikalangan mereka yg berkuasa, anak beranak, taukeh2, kapitalis, kroni dan mereka yg punyai kerja, kini kek ekonomi tersebut walaupun dikatakan dedak telah sampai ketangan rakyat teramai. Aku cadangkan BRIM dinaikkan kepada jumlah RM2400 setahun.

Cheguman Daulay said...

Aamiin.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)