Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, April 11, 2018

wakil rakyat kena ambik tau (3)

Berlatar belakang tapak kebun, bertemankan lalat. Seorang sahabat Demang iaitu haji rawi jadi wakil rakyat (tg bidara, melaka) selepas isu penternak babi di kampungnya. 

Demang beberapa kali tulis tentang kerajinan pengusaha cina. Salah satu yang diusahakan ialah pertanian.

Mereka tidak menjadikan pemilikan tanah sebagai alasaan untuk tidak bertani. Sangat positif.

Di Limbongan ini ada pengusaha yang usahakan tanaman tembikai. Dari tanah kosong menjadi hasil yang dapat dirasai ramai manusia.

Itulah ibadah. Cuma, nak masuk syurga kena masuk Islam dulu. Dalam mengejar untung, kemasyarakatan perlu dijaga. Itu yang nabi muhammad rasulullah saw ajar.

Tanam tembikai kena ada saliran dan baja. Lokasi kebun berhampiran sekolah. Ke mana longkang sekolah nak disalur?

Tiba² ia jadi satu masalah.

Apa baja yang digunakan? Najis haiwan dikatakan bagus untuk tanaman. Tak payah fikir geli sebab makanan haiwan dan tumbuhan tak sama macam manusia. Kalau tembikai subur selepas dapat baja taik ayam, maka itu tandanya dia suka.


Sayangnya bila dah guna baja itu, dikatakan itu punca lalat menyerang. Setakat kebun tak apa. Tapi bagaimana dengan sekolah di sebelahnya? Bagaimana orang kampung? Bagaimana pula warung²?

Dalam menjadikan usaha satu ibadah, semua perkara perlu diambil kira. Tu salah satu sebab kena masuk Islam dulu.

Jika tak sengaja, kena cepat² bertindak, baiki.

Di sini perlunya seorang wakil yang prihatin dengan masalah rakyat setempat dan boleh menjadi orang tengah.

Coretan Demang sebelum ini:
          ini ciri wakil rakyat yang kita nak (2)


No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)