Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, April 19, 2018

MCA pun kena undi

Siri masin mulut Demang (25)
Kerjasama tak boleh hanya tolak ansur. Ia mesti memberi dan menerima. Masa senang dan masa susah kena bersama.

Perjuangan bukan penentu menang atau kalah. Allah taala dah takdirkan semuanya. Kalau nak ubah skrip kena mohon pada Allah taala.

La haula wala quwata illa billahi aliyil azim ertinya tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah subhanahu wa taala.

Itu sebabnya orang pas yang original istiqomah dalam perjuangan sebab bagi mereka itu hanyalah amalan. Beramal kena istiqomah. Mudah²an Allah taala kabulkan.

Orang umno kena ikut cara orang pas. Berjuang untuk akhirat maka ganjaran di dunia tidak penting. Walaupun atas kertas kalah tapi sifir Allah taala tiada siapa yang tahu.

Pas dan umno itu cuma nama parti.

Selepas pru ini mungkin keadaan berbeza dari dulu. Mungkin Najib masih PM tetapi ramai ahli parlimennya orang pas. Bahkan tidak mustahil beberapa menteri daripada pas. Hj hadi bukan calang² ilmunya

Kenapa Demang letak nama Najib? Sebab beliau dah teruji dengan pelbagai ujian. Kena ejek, kena maki, kena tohmah, kena fitnah.

Kalau Demang dah lama letak jawatan.

Najib bukan sempurna. Banyak kelemahannya. Sama macam kita. Namun yang Demang hormat ialah setiap kali ada perkara besar yang berlaku atau nak dilakukan, beliau akan ke mekah mengunjungi rumah Allah. Rukuk dan sujud di hadapan rumah Allah.

10 herba terbaik dunia di dalamnya.

Ini era arRAHIM. Allah pilih pemimpin yang akan menerajui dunia dari kalangan muslim sejati. Bukan yang pura2 atau ikut²an sebab di depan ujian dan cabaran lebih besar.

Dalam umno pun ada pemimpin begini. Kombinasi pejuang islam dalam pas dan umno ini akan membawa negara ke persada dunia. Global.

Zahid hamidi juga pemimpin berwawasan islam. Beliau bukan setakat bercakap tapi buat. Beliau tak tunggu orang lain buat. Sekolah tahfiz ulul albab di melaka dibiayai oleh beliau dengan bantuan para sahabat.

Beliau bijak ambil peluang ketika sedang ada kuasa. Ramai tak tau zahid hamidi ini pemegang ijazah jurusan agama. Kalau di sekolah dah dipanggil ustaz. Kalau nak golongan intelektual, zahid dah ada Phd.

Bagaimana kaum lain? Pemimpin cina dan india pun ramai yang bersedia untuk bekerjasama. Cuma sebelum ini mereka hilang punca kerana asakan puak dap. Sedangkan ummat islam pun boleh tergoda, inikan pula mereka.

Dalam islam ada 4 jenis kafir. Cuma satu yang boleh diperangi. Itupun kerana perang.

Selain itu ada 3 lagi golongan bukan islam yang perlu kita layan dengan baik. Bahkan kita perlu bekerjasama demgan mereka bagi mengharmonikan negara.

Kalau negara huru hara rakyat nak beribadat pun tak selesa.

Insya-Allah, pru-14 akan beri permulaan yang cukup baik untuk kita.

Wallahualam.

Bersambung
Artikal sebelum ini undi mic

Baca dari awal: selepas teori RAHMAN konsep RAHIM pula

Klik gambar produk bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya 


No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)