Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, April 15, 2018

Kombinasi umno pas

Siri masin mulut Demang (14)

"DUN bagi PAS, Parlimen bagi UMNO." Agaknya mahu ke hj hadi berkompromi begitu? 


Demang tak undi Najib. Hj Hadi pun Demang tak pangkah. Mereka bertanding di tempat masing² manakala Demang mengundi di tempat lain. 

Kita bukan negara republik. Kita tak tentukan presiden. Ketua negara kita ialah Yang Dipertuan Agong. Sekarang bergelar sultan Muhammad V dari Kelantan.

Orang yang akan pilih Najib ialah orang Pekan Pahang manakala Hj Hadi akan ditentukan oleh pengundi Marang Terengganu.

Salah seorang daripada mereka belum tentu jadi PM walaupun kedua²nya menang pilihanraya nanti.

YDA akan lantik sesiapa yang dapat yakinkan baginda bahawa beliau disokong oleh majoriti ahli parlimen nanti.

Sebab itu mereka berparti. Bukan sahaja mereka mesti menang malah calon² yang akan menyokong mereka juga perlu menang. Kalau tak, siapa yang akan sokong mereka nanti?


Bagaimana kalau parti mereka tak menang? Dari segi perlembagaan, parti bukan syarat untuk jadi PM. Yang penting disokong majoriti ahli parlimen ketika itu.

Maka jika UMNO kalah dan calon PAS ramai yang menang maka Najib boleh sahaja menjadi PM. Itu maksud perlembagaan. Praktisnya entah lah.

Dalam hidup ini kita tak dapat semua yang kita ingin. Ada perkara yang perlu kita beri. Jangan hanya nak orang terima kita sahaja. Kita pun perlu terima orang.

Itu konsep penerimaan.

Kalau selama ini kita undi ikut parti, kali ini tengok dulu peribadi calon. Kita cuba kombinasi ahli partlimen PAS dan UMNO.

Kenapa perlu ada kompromi? Jika berlaku pertandingan 3 penjuru dalam kawasan melayu, maka 1 akan menang melalui undi nonmuslim manakala 2 lagi akan kalah kerana orang Islam terpecah dua.

Memang lah yang menang itu orang Islam juga tapi anda agak kenapa nonmuslim sokong dia?

Bersambung...


Artikal sebelum ini Ini kali-lah
Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori RAHIM pula

3 comments:

Anonymous said...

Jika muslim vs non muslim, tiada pilihan, pangkahlah yg muslim. Jika muslim vs muslim dan jika berlaku 3 penjuru, kpd pengundi PAS, jika majoriti muslim lebih 80 peratus, silalah pangkah PAS. Tp jika majoriti muslim kurang 60 peratus, pangkahlah UMNO. Jgn kerana nak pertahankan ego, jadi mcm pak pandir, menang sorak, kampung tergadai.

Cheguman Daulay said...

Formula yang menarik. Insyaallah.

Cheguman Daulay said...

Formula yang menarik. Insyaallah.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)