Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, April 23, 2018

PAS jadi gedebe

Siri masin mulut Demang (36)
Laluan PAS untuk jadi kingmaker. 

Maksud kingmaker ialah orang yang mampu buat keputusan. Atau, kedudukannya menyebabkan orang terpaksa rujuk sebelum buat keputusan.

Orang kelantan kata: gedebe.

Gedebe bukan samseng atau ketua genster. Gedebe dihormati dan berpengaruh. Biasanya gedebe akan jadi pendamai atau penyelesai masalah.

Kalau nak pukul orang kampung, kena jumpa siapa yang gedebe di kampung itu terlebih dahulu. Jangan sebarangan ceroboh nanti tak jumpa jalan keluar.

Orang gedebe tidak banyak cakap. Kalau bercakap bahasanya lembut. Santunnya tinggi tapi orang segan nak bantah.

Orang gedebe tak payah pusing belakang untuk menepis jika ada orang pukul curi dari belakang. Tau² orang itu jatuh sendiri.

Jangan salah faham, orang gedebe tidak guna ilmu hitam.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Dalam pru 14 ini pas berhajat untuk jadi kingmaker atau gedebe. Pencalonan lebih 150 menjadi modal untuk parti tersebut letak diri.

Berapa yang akan menang tidak jadi soal. Yang penting semasa berkempen, calon² parti lain perlu ambil kira persetujuan pas. Jika pas bagi laluan, baru boleh menang.

Umno faham perkara ini. Pkr pun faham tetapi pas dah bagi syarat bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan dap atau parti yang bersubahat.

Pan lebih² faham tapi apa boleh buat. Pas dah berpatah arang berkerat rotan dengan parti serpihannya itu. Sudah kalah dalam pemilihan parti, tak boleh terima keputusan dan tubuh parti baru. Begitukah pejuang?

Demang lihat kerjasama paling sesuai ialah pas-umno. Yang lain² itu hanyalah lalat yang perlu dibuang.

Kerajaan RAHIM menegakkan amal maaruf nahi munkar serta mempererat silaturrohim. Parti serpihan adalah golongan yang keluar dan buat kelompok sendiri. Mereka golongan naif yang bersikap negatif.

Golongan kecewa tiada tempat dalam kerajaan RAHIM.

Wallahu'alam.


Bersambung

Artikal sebelum: chin peng pun orang berpengaruh

Baca dari awal: Apa berlaku elepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya


1 comment:

Anonymous said...

Ha..ha.. golongan kecewa telah berbaiah, tapi langgar baiah, tunggu balasan Allah, insyaAllah mereka semua akan kalah. Lebih malang puak2 yg tikam belakang, gunting dlm lipatan, api dlm sekam, anai2, nampak baik, very polite tapi bersikap pondah, lebih mulia kalau mati bersikap gentleman...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)