Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, April 29, 2018

Agenda IRC sebalik anak nik aziz wakili PAN

Yang Demang Sedang Fikir (09)
Payung berpayung. Allah jadikan dua orang ini mengiringi sebahagian besar hidup kita.

Apa agenda di sebalik tindakan nik omar nik aziz sertai PAN?

Sebenarnya nik omar cuma ahli biasa PAS. Bahkan PAS membenarkan ahlinya bertanding atas tiket apa sekalipun.

Yang menjadikan kes ini nampak istimewa ialah nik omar adalah anak almarhum nik aziz. Ia akan menarik minat orang ramai untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku?

Mari kita lihat agenda besar di sebaliknya. Ia adalah kronologi yang agak panjang.

Pernah dengar tentang IRC atau Islamic Representative Council?

IRC ditubuhkan di UK tahun 70an dan bergerak aktif di Malaysia sejak 80an.

10 herba terbaik dunia di dalamnya


Apabila disebut bahawa mereka bergerak aktif di malaysia sejak 1980an maka mana partinya?

Penelitian pada IRC akan membawa pada nama² seperti mujahid yusuf rawa dan khalid samad. Kita juga akan jumpa kaitan rafizi dan beberapa nama lagi yang sedang bersemarak dalam politik terkini.

Bukankah pertubuhan yang aktif hanya umno dan pas? Manakala ngo bukan politik yang biasa kita dengar ialah ABIM.

Dari situ kila akan nampak batang tubuh saifudin nasution, rahim ghaus, dan beberapa orang lagi aktivis.

Di sebalik nama itu sudah tentu ia tidak boleh lari dari Anwar Ibrahim.

Nampaknya hantu² IRC tidak mempunyai jasad sendiri. Mereka merasuk tubuh orang lain.

Untuk memahami serba sedikit berkenaan IRC boleh klik di sini.

Boleh juga lihat pertalian PAN dengan IRC di sini.


Akhir sekali boleh klik sini untuk melihat kesimpulan hubungan IRC, ABIM, dan PAS.

Wallahualam.

Bersambung

Artikal sebelum: huruf nama calon sama

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

2 comments:

Anonymous said...

Pertghn 80an pernah ikut usrah IRC, kemudian bila menyedari dan memahami, tak oleh ada dua jamaah Islam dlm satu satu tmpt, berhijrah ikut usrah PAS pulak.
2010, bila TGHH sain deklarasi org bukan Islam boleh guna Kalimah Allah (swt), terpaksalah sideline kerana bertentangan dgn pegangan akidah ASWJ. TGHH sbg presiden dianggap sbg mewakili keseluruhan ahli PAS, jika terus menyokong, sptlah kita turut menyokong deklarasi berkenaan. Beberapa isu yg tak dipersetujui sebelum tu, dianggap pndgn peribadi pimpinan pimpinan tertentu ajer, tp dlm isu Kalimah, bila dah sain deklarasi berkenaan, dah jadi keputusan jam'i, so semmgnya tak boleh disokong. Kini PAS dah tak bersama DAP, dan lbh mesra UMNO sesama Islam. Kerjasama PAS-UMNO insyaAllah akan lbh bermanfaat utk umat.

Ungkapan Al Jamaah dlm hadis Al Jamaah yg sering dirujuk oleh PAS sbg jamaah atau parti PAS, sebenarnya bukanlah merujuk parti atau jamaah jamaah tertentu, tp adalah berkaitan kenegaraan. Kerana itu harus difahami, keluar PAS bukanlah keluar Al Jamaah sbgmn yg sering diancamkan oleh segelintir tertentu yg tak memahami. Keluar Al Jamaah tu adalah bila seseorg membughat terhadap ulil amri negara, konteks negara kita Agong dan Sultan Sultan.

Anonymous said...

ye gunakan isle sebagai medium kelirukan umat.
habis semua keliru sebab hj hadi. drp amanat sampailah ke kalimah Allah. ersahabat dgn dap masa tu adalah di benarkan tapi umno di cela. sekarang kami benci umno...eh..pas plak terbalik..pening aku..

kena ingat tuan wadat. zaman irc ni mula merebak tahun 2003 selepas tun m letak jawatan sebagai pm. anak tun abdullah adalah pelopor. tapi tun abdulllah diam kan aje..

pada aku..kalahkan bn dan umno. bersama ph..kita corakkan islam itu bukan ahli politik gunakan isle sebagai senjata..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)