Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, July 22, 2018

Dari teko kepada jag, dari cawan kepada mag


Dulu² kalau bertandang ke rumah saudara mara akan di hidangkan tea-o atau kopi-o dalam teko. Kemudian dituang ke dalam cawan.

Sekarangpun masih dihidangkan minuman tetapi ramai yang dah tukar dari teko kepada jar, dari cawan kepada mag.

Beza teko dan jar bukan hanya pada saiz tapi trend dan sikap. Muncung teko lebih kecil dan kena hati² menuangnya ke dalam cawan.

Silap² penutup teko meluncur sama.

Kalau guna cawan minum sedikit. Kalau haus sangat kena tambah banyak kali. Banyak minum manis boleh mengundang penyakit pula.



"Buat macam rumah sendiri." kata tuan rumah. Maknanya, hati²lah. Kalau cawan di rumah sendiri pecah, sendirilah yang rugi. Kalau di rumah orang takkan tuan rumah nak suruh ganti.

Orang melayu tinggi bahasanya. Peribahasa bukan boleh difahami selapis.

Apapun tuan rumah bukan menyindir. Beliau ikhlas. Beliau pun mungkin tidak faham maksud tersirat kata² itu. Cuma kita kena sedar diri sebagai tetamu. Kawal anak². Didikan bermula dari rumah. Sebelum keluar rumah pesankan mereka lagi.

Kalau dulu tetamu akan minum apa sahaja yang dihidang tapi sekarang sudah jadi trend tuan rumah akan tanya dulu nak minum apa.

Jangan hukum perubahan ini betul atau salah tetapi beginilah cara sekarang.

Trend begini tidak hanya pada minuman sahaja. Ia merebak pada gaya hidup dan cara berfikir. Orang sekarang nak cepat dan lebih suka berterus terang.

Jika nak tawarkan khidmat politik atau dalam bisnes maka ini perlu diambil kira.

Ingat 2 perkara: orang sekarang nak cepat dan telus (transparent).

Dalam nak cepat itulah penutup teko kadang² meluncur ke cawan. Kaca beerlaga dengan kaca, faham²lah.

Cheguman Morha


Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)