Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, April 24, 2019

Rahsia isyarat sakit

Amalan penawar sakit mata oleh ustaz raja khairudin di masjid bukit baru. (Foto sekadar hiasan) 

Ini kesah lain. Tiada kena mengena dengan gambar yang saya share di atas.

2-3 orang murid yang tak beri perhatian masa saya mengajar saya cubit. Ada yang tersengih dan ada yang mengaduh kecil.

Kemudian 2-3 orang yang fokus pada pengajaran pun kena cubit kat lengan. Terpinga² mereka. Ada yang terkejut.

"Ok. Apa rasa kena cubit?" saya tanya.

"Sakit cikgu." Beberapa orang menjawab.

"Padan muka." balas saya sambil ketawa.

"Sakit tu sebab kita ada kulit. Begitu juga apabila hampir dengan tempat kebakaran. Rasa panas sampai ke kulit dan info itu dihantar ke otak.


Otak mengenalpasti maklumat itu sebagai bahaya dan perlu dijauhi. Seterusnya ia memberi arahan pada kaki untuk lari.

Makanya jika kita sakit jangan hanya mengaduh sebaliknya fikirkan apa tindakan yang perlu diambil seterusnya.

Barangkali ada mesej penting daripada Allah taala yang perlu kita ambil perhatian.

Contohnya, jika sakit itu bahaya mungkin itu isyarat bahawa ajal kita hampir tiba. Maka Allah taala mahu kita bertaubat dan perbanyakkan ibadah sebagai bekalan.


Kucing yang kejam
Sifu jual ebook mahal
Main dulu main sekarang
Kalau dah tiada jodoh

2 comments:

Anonymous said...

"Dan Kami rasakan (timpakan) kpd mrk sebhgn dr azab yg dekat (di dunia) sebelum dtgnya azab yg besar (di Akhirat), mudah mudahan mrk kembali (bertaubat dan taat)." QS 32:21.

Berbagai bagai bentuk azab yg kita hadapi, pd diri, pd keluarga, pd msykt, pd negara, bahkan pd dunia keseluruhannya, semuanya sbg peringatan utk kita sama sama merenung akan segala kesalahan dan kealpaan kita melaksanakan apa yg diperintahkan. Pun begitu kita masih merasa senang dan tak merasakan melakukan apa apa kesalahan.

Jgnlah nanti dah sampai di sana nanti baru menyesal sbgmn diberitakan dlm Al Quran,

"Dan mrk (ahli Neraka) meraung raung dan menjerit jerit di dlmnya (Neraka), wahai Tuhan kami ! Keluarkanlah kami (dr Neraka ini dan kembalikan ke dunia), nescaya kami akan beramal dgn amal amal yg soleh, bukan sptmn yg telah kami lakukan sebelum ini (di dunia dahulu). (Tuhan berfirman) Tidakkah telah Kami panjangkan umur kamu utk kamu mengambil pelajaran pdnya bg sesiapa yg mahu mengambil pelajaran dan telah dtg kpd kamu pemberi peringatan ? Mk rasakanlah azab (Neraka) itu, dan tiadalah bg org org yg zolim itu (yg menzalimi dirinya sendiri) seorg penolong pun." QS 35:37.

Pemberi peringatan itu dtgnya dlm berbg cara dan bentuknya bermula dgn para rasul, diikuti pewaris pewarisnya, iaitu para guru kita, juga dlm bentuk sbgmn yg tuan sebutkan, penyakit, sakit, usia yg semakin tua, badan yg semakin lemah, kudrat yg semakin berkurangan, kesusahan, kejatuhan ekonomi dan pendapatan, hilangnya kuasa politik dsb adalah termasuk sebhgn drnya.

Zolim yg di sebut dlm Al Quran adalah,
1."Dan brgsiapa yg melanggar (melampaui) hukum hukum Allah (swt), mk mrk itulah org org yg zolim." QS 2:229.
2. "Dan brgsiapa yg melanggar (melampaui) hukum hukum Allah (swt), mk sungguh dia telah menzalimi dirinya sendiri." QS 65:1.

Moga kita terus dipilih Tuhan utk terus diberi bimbinganNya, sentiasa bertaubat, sentiasa ingat pdNya, sentiasa mentaatiNya, dan sentiasa mengambil pelajaran dan mentadabbur setiap peringatan yg diberiNya.

Unknown said...

Aamiin. Insya-Allah. Terima kasih tuan atas tambahan info. Saya amat hargai.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)