Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, April 26, 2019

Roti canai rm8 sekeping

Kesah aku dan roti canai

1980 saya bersekolah di temerloh pahang. Sekurang²nya sebulan sekali saya balik rumah di jengka. Transit di pekan jerantut.

Di jerantut saya akan peruntukkan duit untuk makan roti canai. Masa balik dari asrama budget tentu lah sedikit. Dah tinggal sisa.  Saya akan makan roti canai kosong dan kuahnya pun kosong.

Ketika pulang dari kampung saya akan singgah sekali lagi di kedai yang sama. Kali ini order saya berubah. Agak mewah. Roti canai kosong dan kuah kari daging cincang.

1986, selepas SPM saya kerja di Napo jitra kedah. Jadi kerani kuari tanah merah yang diuruskan bapa saudara saya.

Saya bukan nak cerita pasal lebuh raya PLUS yang sedang dibina PM masa itu tetapi pasal rutin pagi saya di pekan napo.


Setiap pagi saya makan roti canai 30 sen sekeping.

Di pahang ketika itu 40 sen sekeping. Kemudian naik kepada 50 sen, 60 sen, dan 80 sen. 70 sen tak ada rasanya.

PM ketika itu (Dr Mahathir) kata harga tepung naik jangan naikkan harga roti canai tapi kecikkan sikit saiznya. Silap² orang beli dua.

2019 saya makan di melaka seringgit sekeping.

Walaupun berlaku kenaikan 300% dalam tempoh 30 tahun namun penebar roti canai tidaklah jadi kaya. Kalau dulu 100 keping dapat rm50 maka sekarang dengan jumlah yang sama dapatlah kutip rm100. Itu belum ditolak modal.

Menebar roti canai bukan mudah. Saya cuma mahir makan roti canai.

Di bukit baru ada penebar yang buat roti canai frozen. Selain jual di warung sendiri, beliau dapat jual ke warung² lain dan individu yang nak makan di rumah bila² masa.

Saya pernah cadangkan pada beliau sertakan sama kuah segera. Pembeli boleh balik campur air panas sahaja.


Ada banyak cara untuk jadikan roti canai lebih daripada seringgit sekeping. Cara biasa ialah jadikan roti telur,  roti tampal, atau roti sardin.

Di limbongan melaka saya jumpa kedai yang lebih kreatif. Sekeping roti canai boleh dijual lebih daripada dua ringgit. Caranya, pekedai sediakan pilihan kuah seperti asam pedas ikan parang, daging tetel, kari kambing, ikan pari, kembung, atau siakap.

Satu pelanggan pekedai boleh caj antara rm2 hingga rm10. Kalau dulu 100 keping cuma kutip rm100, dengan idea ini jualan jadi rm1000.

Selain itu, apabila kuah sedap pelanggan tidak hanya order sekeping. 100 pelanggan sudah jadi 200 keping.

Selain itu apabila dah cerita kat isteri,  diapun nak rasa sama. Kena lah angkut pula satu keluarga.

Tiba² saya rasa macam nak buka warung roti canai pulak.


Kucing yang kejam
Sifu jual ebook mahal
Main dulu main sekarang
Rahsia isyarat sakit

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)