Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, April 2, 2019

Ujian seronok ujian tak seronok

Gordang Sembilan Mandailing

Ujian seronok ujian tak seronok
Sunnah seronok sunnah tak seronok
--------------------------------------------------------

Kata ulama, dunia ini pentas ujian. Semua yang di sekeliling kita adalah ujian. Tak ada duit itu ujian dan banyak duit juga ujian.

Sejujurnya mana satu kita nak? Rasanya majoriti mahu jadi kaya walaupun sedar itu cuma ujian.

Buktinya, siang malam kita bekerja dan berdoa supaya diberikan rezeki yang banyak.

Apabila ditanya kenapa berniaga, maka dijawab sunnah rasulullah saw. Maka masing² berusaha mendapakan perkara² baik yang pernah diamalkan rasululullah saw.

Memang itu amalan yang baik. Namun sedar tak ada beberapa perkara yang sengaja dipilih oleh rasulullah saw yang kebanyakan dari kita cuba hindari.

Rasulullah saw sentiasa ada peluang untuk kaya raya tetapi hingga akhir hayat baginda tidak berharta.

Rasulullah diberi izin oleh Allah memiliki sebahagian daripada rampasan perang namun sejarah mencatatkan baginda memilih tidak mengambilnya untuk kegunaan peribadi sebaliknya diinfakkan semula pada perjuangan menegakkan syiar Islam.

Cuba kita lihat sahabat² rapat baginda seperti abu bakar assiqdiq, umar alkhattab, dan ali bin abi talib. Mereka berpeluang untuk jadi kaya melalui kuasa yang ada. Masing² pernah jadi khalifah setelah rasulullah wafat tetapi sahabat² radhiallahu anhum itu memilih untuk menuruti sunah rasulullah saw dengan tidak mengumpul harta.

Sanggupkah kita? Jika tidak sanggup maka jangan mengaku diri kita hebat.

Sebenarnya saya nak beritau,  jangan sedih jika kita tidak kaya atau berharta. Kalau Allah beri kekayaan, alhamdulillah. Jika tidak, redho sahajalah.

Wallahualam.

Nak tunggu bila lagi?
Bekerjasama dalam marketing

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)