Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, January 14, 2020

anti vaksin INFLUENZA daripada tumbuhan


Berita baik!!! anti vaksin INFLUENZA daripada tumbuhan dah ada!!!

Pernah dengar pasal minyak morha?

Alaa.. balik-balik minyak morha. Kencing tikus, minyak morha. Demam denggi pun minyak morha. Sekarang influenza pulak.

Rileks... Benda boleh bincang buat apa nak gaduh. Mula² kita kena tahu simptom mangsa influenza, cara ia menyerang mangsa, dan kelemahan bakteria berkenaan.

Bagi mendapatkan info terbaik ialah dengan merujuk pihak berautoriti seperti kementerian kesihatan dan sumber lain yang layak dipercayai. Jangan percaya semua benda tapi jangan pulak tak percaya semua perkara.

Menurut portal immunise4life:
"Bakteria Hib biasanya tinggal di dalam hidung atau tekak seseorang tanpa menyebabkan penyakit atau kesan buruk. Ini bermaksud, bakteria Hib sebenarnya disebarkan tanpa pengetahuan kita melalui sentuhan rapat dan titisan daripada batuk atau bersin orang yang telah dijangkiti. Jangkitan yang teruk berlaku hanya apabila Hib menyerang bahagian tubuh yang biasanya bebas daripada kuman seperti darah dan cecair tulang belakang. Ini dikenali sebagai penyakit invasif."



Menurut laman web tersebut lagi, antara simptom mangsa influenza secara umum ialah:

Demam
Batuk
Sesak nafas
Kesejukan
Berpeluh
Sakit dada yang datang dan pergi setiap kali bernafas
Sakit kepala
Sakit otot
Keletihan melampau

Jika dilihat simptom influenza di atas ia sama dengan flu atau selesema. (ada yang kata tak sama. Mana² la. Bagi mangsa, itu bukanlah penting sangat).

Selesema biasanya hinggap dalam tempoh yang singkat sekitar 1-2 hari sahaja. Manakala influenza lebih lama serta mampu merebak ke peparu.

Adalah dinasihatkan mangsa mendapatkan rawatan di hospital bagi mengelakkan keadaan lebih teruk. (menolak sindiran sesetengah pihak bahawa kalau produk herba boleh rawat penyakit bahaya buat apa ada hospital!!!).

Setelah mengetahui latar belakang influenza tersebut bolehlah kita melihat beberapa alternatif daripada herba² yang dikatakan dapat bertindak seperti vaksin yang dikeluarkan oleh perubatan modern.

Kunci bagi rawatan infkuenza ialah VAKSIN. Vaksin digunakan bagi menentang dan melemahkan BAKTERIA yang menyebabkan influenza.

Sekali lagi bakteria menjadi musuh pada kesihatan manusia!

Maka kita perlu cari ANTI-BAKTERIA.

Terdapat banyak herba yang digunakan oleh manusia sejak ribuan tahun bagi melawan bakteria.

Salah satu daripadanya ialah resin daripada pokok Myrrh atau Comiphorha myrrh.

Myrrh dikatakan dapat menentang bakteria dengan cekap. Sila lihat rujukan.

Satu kajian khusus telah dilakukan bagi melihat kecekapan myrrh bertindakbalas dengan bakteria. Sila lihat rujukan.

Catatan ini bukan bagi mencadangkan mana² rawatan khusus untuk influenza sebaliknya memberikan panduan orang ramai memahami apa itu influenza.

Sebarkan. Kata orang tua² tiada rotan akar pun berguna. Tambah² pulak campuran akar kayu, memang banyak gunanya. Insya-Allah.

Rujukan:
Gejala influenza:
https://immunise4life.my/diseases/mendedahkan-haemophilus-influenzae-jenis-b-hib-penyerang-dalam-diam-2/?lang=ms

https://www.healthline.com/nutrition/myrrh-oil#section1

https://www.google.com/amp/s/scialert.net/fulltext/amp.php%3fdoi=rjmp.2011.65.71

Untuk rujukan selanjutnya boleh buat carian di internet dengan menaip khasiat myrrh atau myrrh benifit.

Sebarkan pada grup keluarga dan kawan².

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)